KINI DIJUAL DIKEDAI KAMI ! DAPATKANNYA SEKARANG ... !A. ASB KOLAGEN
HARGA : RM 140.00GABUNGAN DUA BAHAN YANG HEBAT ~ AIR SARANG BURUNG WALIT DAN KOLAGEN PASTINYA MENGHASILKAN SATU PRODUK YANG HEBAT DENGAN IZIN NYA..KETAHUI KHASIAT AIR SARANG BURUNG WALIT DAN KOLAGEN 1. Menghasilkan kulit yang lebih cantik , licin dan anjal semula2. Menggalakan perkembangan otak serta menguatkan daya ingatan3. Menguatkan penyambungan diantara tisu-tisu4. Menguatkan fungsi jantung serta mengimbangkan tekanan darah5. Bertindak sebagai agen anti oksida bagi mencegah kanser dan anti penuaan 6. Membantu mengekalkan kesihatan rambut , sendi , tulang serta mencegah osteoprosis7. Mengaktifkan sistem pengimunan , membekalkan tenaga dan mempercepatkan kadar metabolisma badan8. Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah dan memperbaiki saluran pencernaanB. KOPI CENKUDU KOLAGEN
GABUNGAN HEBAT HERBA ~ MENGKUDU + CENDAWAN MERAH + KOLAGEN PASTI TERANGKAT BEB !!HARGA : RM 21.80
Hari Jumaat yang lepas , Angah ada menelefon aku dikedai ... mengingatkan AKU akan ada orang kampung jemput kenduri arwah lepas maghrib. Jadi seusai aje Solat Maghrib aku pun keluarlah menunaikan hajat orang yang sudi mengundang AKU tu ... bukan sebarang orang ... bekas Pengerusi JKKK yang kini uzur tapi masih bersemangat. Sesampai disana jemputan masih belum ramai yang datang ...AKU pun cari "port" yang sesuai dan berbual-bual kosong dengan rakan disebelah. Abang tahu tak ? Dia mula buka cerita ....tahu apa ? Berita pasal Exco Pertanian Melaka serta Timbalannya jatuh Sungai Tehel padi tadi ? Ya ke jawap aku separuh percaya ? Ada program apa hari ini ? Biasanya kalau ada program kat kampung penuh poster keliling kampung , takkpun depa umumkan kat masjid pada hari Jumaat tapi hari ini takde pun ? Betul bang dia cuba meyakinkan aku ...pagi tadi dia orang ada program melepaskan anak ikan Lampan kat Sungai Tehel . Semasa dia sedang melepaskan anak-anak ikan tu tiba-tiba aje jeti tu roboh maka terjunlah kelima-lima orang besar yang berada diatas jeti tu kedalam Sungai Tehel sebagai satu PERISTIWA BESAR yang sensasi. Apa lagi ayat yang boleh terkeluar masa itu kecuali KESIAN DIA ! Perbualan terhenti kerana jemputan semakin ramai yang datang dan majlis dah nak bermula. Seusai majlis aku ke mesyuarat cawangan ...bila ku tanya orang-orang kuat cawangan seorangpun tak tahu menahu akan peristiwa yang telah berlaku ? Hinggalah ...ada seorang mamat tu membuat "Posting" kat FB barulah kesahihan kisah hebat ini dapat dibuktikan. Lihatlah dunia ..... betapa besarnya kuasa PENCIPTA ALAM ini didalam merencana kejadian di mukabumi ini.
Apa tauladan dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa ini ? Apa rasionalnya melepaskan anak ikan di perairan umum ? Adakah ada udang didalam Sungai Tehel ? Siapa yang dapat manfaat daripada program ini sampai dapat ganjaran mandi sungai ? Duit sapa yang digunakan untuk membeli anak-anak ikan tersebut ? Golongan mana yang akan dapat dibantu daripada program tersebut ? Adakah orang Kg Tehel ? Terlalu banyak persoalan demi persoalan yang akan timbul daripada program ini ? Jadi tak perlulah AKU berikan jawapan kepada persoalan ini , Lu pikir ler sendiri ... (pinjam ayat Nabil dengan izin ) Inilah musibahnya kalau memilih kerajaan yang tidak mengutamakan Negara Berkebajikan . Jadi ..... Ubahlah Sekarang ! Selamatkan Malaysia !