06 Jun, 2012

MENERIMA TETAMU ISTIMEWA !

 ALHAMDULILLAH .... Selasa lepas kami sekeluarga telah menerima kunjungan tetamu yang cukup istimewa terutamanya pada diriku kerana rakan sebilikku di Kolej Pertama Blok B UTMKL telah singgah keteratak kami setelah sekian lama tidak berjumpa. Beliau sekeluarga telah datang berkunjung ke Melaka kerana menguruskan pendaftaran anak sulongnya di KUIM Melaka. Setelah selesai segala urusan dan dalam perjalanan pulang ke Terengganu beliau sudi untuk meluangkan sedikit masa untuk menziarah kami disini. Al kebetulan ... durian dah gugur jadi hidangan istimewa untuk sahabat lama ku ini tidak lain tidak bukan ....Raja Buah . Almaklum ....sudah lama tidak berjumpa maka banyaklah cerita hendak dikongsikan dalam tempoh masa yang singkat. Namun hati ini berbunga kegembiraan kerana dapat meraikan kehadiran sahabat lama ku ini seadanya ...
Makan jangan tak makan ..lebih kita bungkus bawa pulang !


Bakal-bakal pejuang masa depan ..

Teruskan menikmati kelazatan Raja Buah Malaysia

Alhamdulillah ...teruja melihat tetamu puas menikmati hidangan seadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan