SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

29 Disember, 2009

HIJRAH ...PUSAT JUALAN HPA DUYONG

Bermula pada tanggal 7 hb Disember 2009 bersamaan 20 Zulhijjah 1430 operasi Pusat Jualan HPA Duyong telahpun berpindah lokasi. Bermula di sebuah premis rumah kedai yang beralamat di No 7 Jalan SD 2/11A , Taman Seri Duyong Seksyen 2 , Melaka kini lokasi baru pusat jualan kami adalah di KM 11 , Permatang Duyong 75460 Melaka. Berbekalkan semangat HIJRAH maka penghijrahan dilokasi yang lebih strategik kerana terletak ditengah-tengah pusat perniagaan DUYONG yang terkenal dengan Kedai Runcit Ranjini dan Pasar Malam pada setiap Selasa diharap dapat mempromosikan lagi produk-produk HPA ketengah-tengah masyarakat yang masih teraba-teraba mencari produk alternatif untuk keperluan keluarga mereka. Walaupun saiznya agak comel berbanding premis terdahulu namun ianya tidak akan mematahkan semangat perjuangan kami untuk terus bersaing demi satu perjuangan yang amat panjang ini. Kunjungilah kami disana ...Insyallah kami menanti ANDA dengan khidmat dan produk yang terbaik.


Pandangan depan ..








Pandangan sisi kiri ...

Pintu masuk kedai ....Inilah dia pemilik Pusat Jualan Duyong.

Pandangan sisi kanan ...
Walaupun comel tapi Macam Macam Ada ...

28 Disember, 2009

TETAMU KAMI YANG KETIGA ...

Alhamdulillah tetamu kami yang ketiga dihari pertama muncul untuk meraikan pembukaan Radix Cafe D.I.Y kami . Mana dan siapa pula tetamu yang kedua ? Tetamu kami yang kedua adalah pasangan En Jalil dan Pn Zainiah , jiran sebelah kedai kami yang mengusahakan Restoran Air Merbau . Beliau hanya memesan 5 bungkus Nasi Lemak Ayam Organik Goreng kami untuk dibawa pulang. Jadi tidaklah sempat kami merakamkan detik-detik tersebut untuk tatapan semua. Jadi ... kita tumpukan kepada pelanggan kami yang ketiga ini yang datang sekeluarga untuk memberikan sokongan kepada usaha kecil ini sekaligus menikmati keenakan dan lazatan nasi lemak ayam organik herba kami . Jom kita saksikan ...keluarga 300882.MY01 Pn Salasiah Ariffin menjamu selera ...


Tersenyum girang nampak .... tentu puashati dengan hasil tangan pakcik nie..
Ayam pun tinggal tulang nampaknya...wah makan sampai ketulang gitu. Bagus bagus ..tak membazir. Si bapa pula tekun memerhatikan gelagat si anak..


Si comel kami girang pabila fotonya diambil . Si tetamu pula kyusuk menikmati juadah .

Yang nie baru real .... sedap sungguh nasi lemak nie.


Yang ini kek harijadi sapa pulak nie ? Wah bertuah tetamu ketiga kami pada malam tadi . Ada kejutan leeee...
Sabar menunggu kek harijadi dipotong ...Mana Birthday boy ?

Ini dia Birthday Boy nya ... Si Angah 1, 2 , 3 potong.
Selamat Hari Jadi Alif Syahmi ....muga membesar menjadi insan yang berguna kepada agama , keluarga , bangsa dan tanahair. Jom kita nyanyikan lagu hari lahir untuk beliau


Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan kamu , Allah selamatkan Alif Syahmi , Allah selamatkan kamu .


Si adik tumpang sekaki nampak ....

Birthday boy sedang menikmati kek harijadinya sendiri ...

Ewah sempat berposing dengan kek harijadi ye ...

Dapat tumpang sekaki merasakan kek harijadi syahmi

Nampak berselera si along makan kek tu ...

Tok wan tidak ketinggalan meraikan hari jadi cucunya ...

Sapa pula tetamu kami yang seterusnya ....tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

PELANGGAN PERTAMA KAMI ..

Sedang menikmati Ais Krim Vanilla Kopi Ripple bersama anaknya . Tahniah dan terima kasih dari kami semua. Datang lagi tau ...pekena nasi lemak ayam organik goreng herba pulak .

25 Disember, 2009

KINI BERMULA ...EPISOD BARU SATU PERJUANGAN

INSYALLAH ! Radix Cafe Do It Yourself (RCDIY) kami akan memulakan operasinya pada tanggal 28 hb Disember 2009 bersamaan 11 Muharam 1431H dengan menawarkan hidangan santai produk-produk berkhasiat HPA Industries Sdn Bhd. dengan harga yang sangat-sangat berpatutan.

JOM GI MAKAN .... SIHAT SAMPAI KE RUMAH

23 Disember, 2009

SESI UJI RASA DI RADIX CAFE D.I.Y.

Alhamdulillah pada tanggal 21 hb Disember 2009 bersamaan 4 Muharam 1431 H telah berlangsung majlis uji rasa menu yang insyallah bakal menjadi hidangan istimewa kepada pelanggan-pelanggan RADIX CAFE D.I.Y. kami . Cukup istimewa insan yang terpilih untuk menguji menu hasil tangan pemilik RCDIY adalah AJK Majlis Tindakan DUN Bemban yang terlibat dengan program yang dianjurkan oleh MTD Bemban di Tingkat Atas Pusat Agensi kami pada malam tersebut. Secara simboliknya sesi uji rasa ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang menjadi tetamu istimewa kami sebelum beliau memberikan Pidatonya di Ceramah Pemuda Pakatan Rakyat yang dianjurkan oleh MTD Bemban. Masih tidak percaya ?? Jom kita saksikan ....


Menu Utama RCDIY - Nasi Lemak Ayam Organik Goreng


Along sempat menunjukan tanda BAGUS pada hidangan yang bakal dinikmatinya . He he ....
Gambaran dekat ...menu utama kami .

Sempat menjeling AJK MTD Bemban yang sedang menikmati sajian percuma pada malam tersebut .

Ketawa girang sianak dapat menjamah kelazatan nasi lemak ayam organik goreng . Ewah ...
Si muslimat pula tak sempat nak menjeling dek penangan nasi lemak kami . He he ....
Yang ini untuk siapa pula ???

Sampai menggigit tulang ...punyalah sedapnyaaaaaaaaaa
Dah semakin jelas orangnya .....

Masih tidak jelas ?? Masih tidak percaya ??

Kalau masih tidak jelas dan masih tidak percaya , mungkin sudah tak lama le tuuuu ....Radix Cafe D.I.Y. kami akan dibuka
Wah siap dengan Ais Krim Vanilla Koko Ripple lagi sebagai pencuci mulut . Klas gituuuu....

Kepada Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Ketua Pemuda PAS Pusat kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak tuan menguji rasa menu yang dihidangkan. Tak sempat pula nak temubual untuk dapatkan komen tentang menu yang dihidangkan tapi dari apa yang dapat dilihat tentang apa yang ditinggalkan selepas itu nampaknya habis licin. Ini bermakna secara tidak langsung ....JEMPOL kata orang Jawa.
Terima kasih juga kepada semua AJK MTD Bemban yang sudi menjadi tetamu menguji rasa masakan kami pada malam tersebut. Kalau ada yang kurang tu ... bolehlah komen untuk diperbaiki dimasa hadapan.
Nampaknya sudah ada yang telan air liur dan sudah tidak sabar untuk menikmati hidangan berkhasiat yang ditawarkan di Radix Cafe D.I.Y. kami. Bersabarlah .... tunggu pengumuman selanjutnya dari kami ...

22 Disember, 2009

KEMAJUAN RADIX CAFE ..

Kopi Radix mai secawan ..... sudah bersedia untuk dipetik oleh para pelanggan .


Begitu juga dengan Radix Diet dan Bijrin Radix . Tidak ketinggalan Minuman Roselle dan Minuman Alg yang akan menjadi minuman kesihatan yang boleh diminum terus sebelum sampai di rumah ...

Air panas dan suam sudah sedia menanti pelanggan-pelanggan yang akan membuat sendiri minuman pilihan dan kegemaran masing-masing .

Radix Koko Papan pertama yang memasuki pasaran "Gerai" untuk menguji kehebatan sebenar antara minuman pilihan yang ditawarkan di Radix Cafe D. I. Y. kami ..

Pilih saiz gelas mana pilihan dihati .....nak pekat atau cair itu pilihan selera masing-masing ! Kami sediakan ANDA yang tentukan.....

DARI MINYAK KE MINUMAN


Dulunya Caesalpinia Seppan telah digunakan untuk menghasilkan produk Minyak Pati Sepang tapi kini ianya telah muncul dalam bentuk MINUMAN KESIHATAN dengan jenama Minuman Sepang. Minuman yang berkhasiat untuk menyembuhkan masalah cirit birit dan kehilangan air dalam badan disebabkan oleh dehidrasi yang menyebabkan kehilangan fosforus , sodium , potasium , kalsium , sulfur dan magnesium. Lebih berkesan sekiranya diminum bersama lobak merah yang direbus dan dicampur dengan sedikit garam bukit.
Dapatkannya SEGERA daripada Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong dengan Harga Ahli RM 16.00 dan Nilai Mata 7

16 Disember, 2009

JOM HIJRAH

KAMI MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431 KEPADA SEMUA PENGUNJUNG , PELANGGAN , AHLI KELAB DAN YANG BAKAL MENJADI AHLI .
DOA DARI KAMI MUGA OBOR PERJUANGAN INI AKAN TERUS SUBUR DITAHUN BARU YANG INSYALLAH AKAN KITA SAMA-SAMA LALUI DENGAN PENUH KEAZAMAN UNTUK MENYELAMATKAN UMMAH DARIPADA TERUS DIBELENGGU DENGAN MAKANAN YANG TIDAK HALAL .
JOM KITA HIJRAH BERAMAI-RAMAI. BEBASKAN DAN BERSIHKAN HATI KITA DENGAN PEMAKANAN YANG HALAL LAGI TOYYIB.

SALAM MAAL HIJRAH 1431


14 Disember, 2009

KOKO PAPAN SEDIA UNTUK MENGGEMPURRRR

Dengan harga PENGEDAR RM 19.00 dan harga PENGGUNA RM 23.00 dan Nilai Mata 6
RADIX KOKO PAPAN telah bersedia untuk MENGGEMPURRRRRR pasaran. Dapatkannya segera dari Pusat Jualan Duyong dan Pusat Agensi Jasin .

06 Disember, 2009

RADIX CAFE AKAN DIBUKA


INSYALLAH Radix Cafe Do It Yourself akan broperasi tak berapa lama lagi. Tunggulah kemunculan dan perkembangannya dari masa ke semasa.

05 Disember, 2009

PROGRAM ILMU SEMASA CUTI SEKOLAH UNTUK IBUBAPA DAN ANAK-ANAK

Tarikh : 4 Muharraam 1430 H Bersamaan 21 Desember 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kompleks Pas Kawasan Jasin (KOMPAJ)
Penceramah :
1.Ketua Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi)
2.Ketua Angkatan Muda PKR (Shamsul Iskandar Mohd Akin)
3.Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook
_____________________________________________________

03 Disember, 2009

PBC TERAKHIR

Insyallah PBC terakhir 2009 akan diadakan seperti tentatif berikut :

TARIKH : 12 - 13 HB DISEMBER 2009
TEMPAT : HOTEL SERI IMPIAN J
ASIN MELAKA
BAYARAN : RM 140.00


Berminat untuk bersama dengan kami di PBC ini ? Sila daftarkan diri ANDA @ DOWNLINE ANDA kepada :

1. PJS Pn Zahirah Muhammad 013-6137313
2. PJS Pn Fadzillah Yahaya 019- 6561050
3. PJS Pn Nasimah Musa 013-8518519

Atau

Datang sendiri ke Pusat Jualan HPA Duyong atau Pusat Agensi Jasin.

AYUH PERSIAPKAN DIRI ANDA UNTUK MELANGKAH KE 2010 BERSAMA-SAMA KAMI ..

02 Disember, 2009

RFC MYDIN MEMERLUKAN KHIDMAT ANDA ?

Berminat untuk menjaga warga kerja RFC di Mydin Mall Melaka ?
Jika berminat sila hadir ke TEMUDUGA TERBUKA yang akan diadakan di :-

TEMPAT : HPA CAWANGAN SEMABOK PERDANA
TARIKH : 4 HB DISEMBER 2009 ( JUMAAT )
MASA : 10.00 AM - 5.00 PM

Jawatan kosong yang ditawarkan termasuk :
1. Customer Service Crew
2. Juruwang
3. Pembantu Dapur
4. Chef (Tukang Masak)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
1. En Azizi Abd Aziz - Pengurus Zon Selatan 019-4168734/012-4879974
2. En Muhd Rezuan Naira Zaroni - Regional Manager 013-4859424/017-5880691

JUMPA DISANAAAAA...