SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Januari, 2010

SELAMAT BERHIJRAH ...

Bagi pihak semua AJK Kelab Sahabat Siti Khadijah , Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong , kami ingin mengucapkan SELAMAT BERHIJRAH kepada PENGURUS Cawangan HPA Semabok Perdana , Pn Arbaeyah Mohd Rashid yang bertukar ke Cawangan HPA Kulim mulai 1 hb Februari 2010 . Bagi pihak semua , setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kami tuturkan kepada beliau diatas segala khidmat bakti yang telah beliau curahkan kepada kami semua semasa berurusan di cawangan HPA Semabok Perdana. Hasil daya kepimpinan dan pimpinan beliau telah menyerlahkan penampilan dan keunggulan cawangan Semabok Perdana sebagai salah satu diantara banyak cawangan di Zon Selatan yang terbaik sehingga terpilih sebagai cawangan terbaik di Zon Selatan dan juga di peringkat nasional. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya sepanjang perkhidmatan beliau di Melaka sekiranya terdapat salah silap yang berlaku samada secara sengaja atau tidak sengaja , mungkin ada yang terguris hati , mungkin ada yang tersinggung , mungkin ada tutur kata yang menikam semasa kami semua berurusan dengan beliau , maka dengan rasa rendah hati kami mohon kemaafan dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Kami semua berdoa muga penghijrahan beliau akan membawa kebaikan kepada beliau demi sebuah perjuangan yang masih belum selesai. Semuag beliau lebih berjaya disana dan dapat membina keluarga yang bahagia disamping suami yang tercinta. Bawalah yang baik-baik , kenangan-kenangan manis ke sana dan tinggalkanlah segala yang buruk dan pahit itu di sini. Selamat berhijrah , selamat maju jaya dan jangan lupakan kami disini...

19 Januari, 2010

PENYELAMAT ??

Inikah produk yang akan menjadi penyelamat sementara semasa ketiadaanya stok Radix Koko Kg dipasaran ? Berapa lama ia boleh bertahan ? Sanggupkah kita melihat Putera-Puteri PASTI kami yang dijanjikan akan dihidangkan dengan minuman yang bukan setakat berkhasiat tapi diyakini halal lagi barokah , kembali meminum produk yang mendokong perjuangan yahudi laknatullah. Bagaimana pula dengan anak-anak kita dirumah ? Berapa lama lagi stok yang ada boleh bertahan ? Koko Gred apa pun tiada masalah asalkan produk ini dibuat oleh tangan-tangan muslim yang diyakini halal . Tapi kenapa masih ada yang belum faham atau buat-buat tidak faham dalam soal ini ?
Bagaimana pula dengan sabun basuh baju ? Ramai yang mencari-cari bekalan tapi pulang dengan hampa . Kesetiaan mereka seolah-olah dipermainkan. Kenaikan harga dari RM 8 ke RM 10 bukanlah sebab untuk beralih arah kerana diyakini produk yang digunakan bebas daripada bahan-bahan yang tidak sepatutnya digunakan untuk mencuci pakaian jika nak dibandingkan dengan harga produk yang fungsinya sama dipasaran. Apa lagi yang hendak dibuktikan , apa lagi pengorbanan yang hendak dilakukan. Tergamakkah untuk membeli semula produk yang dulunya telah ditinggalkan ? Baju perlu dicuci hari-hari sedangkan tiada sabun basuh alternatif yang diyakini. Bagaimana baju anak-anak yang kembali dari sekolah , dari bermain futsal , pakaian kerja suami yang dipakai hari-hari hendak disucikan kalau tiada produk yang diyakini. Adakah wajar dipekakkan telinga dipejamkan mata , gunakan apa sahaja asal pakaian yang digunakan nampak bersih dan wangi ? Tapi kenapa masih ada yang tidak faham atau buat-buat tidak faham dengan masalah golongan marhain ini ?
Bagaimana pula dengan produk-produk yang lain ? Masih terngiang ditelinga saya perkongsian kisah suka duka salah seorang peserta kursus yang menceritakan antara sebab dia berjuang bersama syarikat adalah kerana penyakit kulit anak beliau telah pulih dengan izin ALLAH SWT setelah dipertemukan dengan sabun ini ? Tapi hingga kini sabun tersebut sudah tidak kelihatan dipasaran sejak September 2009 lagi. Apakah ini sewajarnya berlaku ? Kisah-kisah ini hanya layak menjadi bahan sejarah yang ditinggalkan. Belum pernah ada ahli yang menyatakan beliau masuk untuk sama-sama berjuang kerana mereka lihat syarikat begitu gah dengan bermacam-macam projek mega dan sebagainya tapi majoritinya bersama dengan syarikat kerana dakwah dan jihad dalam mempromosikan tuntutan Fardu Kifayah ditengah-tengah masyarakat. Bagaimana dengan peminat tegar satay ayam ? nugget ayam ? sosej ayam ?Bagaimana dengan pengamal bijirin kerana masalah kolestrol dan jantung ?Tapi kenapa masih yang tidak faham atau buat-buat tak faham. Apalah masalahnya dengan tidak ada dua tiga kerat produk ini . Kan ada beratus lagi produk yang boleh djual untuk mengejar tawaran istimewa 2010. Inilah pemikiran yang ada dikalangan kita yang diberikan amanah untuk memimpin. Mereka ingat kita persoalkan ketiadaan produk dengan matlamat, mudah untuk menjual produk yang tiada ini untuk mencapai matlamat peribadi semata-mata. Kalau itulah yang diperjuangkan semata-mata , percayalah saya tidak akan bersama-sama dalam perjuangan ini. Kembalilah fokus kepada matlamat asal perjuangan suci ini. Janganlah ditinggalkan sejarah yang dicipta dengan keghairahan untuk mencipta satu sejarah yang baru pula...

18 Januari, 2010

ALANGKAH INDAHNYA ......

Gambar-gambar ini dirakamkan pada sesi persekolahan pagi tadi , secara tidak sengaja tersentuh hati melihat anak-anak Pasti Sahabat Siti Khadijah sedang bersila manis menikmati minuman pagi dalam keadaan yang cukup sopan dan teratur. Lantas terus turun semula mengambil kamera untuk dirakam detik-detik ini untuk dikongsikan dengan semua .Terdetik dalam hati ....inilah pewaris generasi ibu dan ayah mereka pada masa hadapan. Lenturan daripada rebunglah yang akan menentukan samada harapan ibu ayah , agama , bangsa dan negara dapat dipikul oleh mereka selaku pewaris masa depan didalam keadaan dunia yang semakin gawat ini dengan pelbagai masalah yang semakin kronik. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana ditemukan dengan detik-detik ini yang kalau tidak disebabkan oleh seorang anak Pasti yang meragam pagi tadi kemungkinan besar saya tidak akan dapat merakamkan detik-detik indah ini ... Jom kita saksikan gambar-gambar yang dapat dirakamkan oleh lensa saya ini.


Puteri-puteri PASTI bersila manis sambil menikmati minuman pagi yang disediakan. Alangkah indahnya ....jika kita melahirkan pewaris generasi mengikut acuan ISLAM sebagai satu cara hidup yang lengkap.


Putera-putera PASTI juga tidak menghampakan. Walaupun agar agresif penampilan tapi insyallah hati-hati mereka akan dibentuk mengikut acuan yang benar. Antara menu yang tidak ditinggalkan setiap hari adalah 5 biji Kismis Minda bagi memastikan hati dan minda anak-anak ini akan mudah menerima apa jua ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru mereka. Nampak tak kismis minda HPA yang diletak ditengah-tengah tray mereka itu ..

Puteri dan Putera PASTI Pakistan turut sama walaupun ada sedikit masalah dari segi bahasa komunikasi sesama mereka. Tapi setakat ini ... Alhamdulillah semua berjalan dengan baik.


Disebalik pintu ....sedang menikmati minuman Koko Radix .
Sempat bergurau senda dengan rakan-rakan sambil menikmati hidangan...
Masa untuk belajar semula ....yahooooo. Cukup harmoni .

Masing-masing mempunyai kreativiti yang tersendiri ...
Asyik mengasah kreativiti dan bakat masing-masing. Dari seketul tanah liat yang tidak ada makna boleh dijadikan bahan pembelajaran kepada mereka.
Asyik sungguh ...yang lain sempat berposing bila tahu aksi mereka sedang dirakamkan.
Si Putera terus leka dengan bahan-bahan mainan mereka ..
Yang ini sempat menjeling ..

Satu pakatan yang cukup baik ....alhamdulillah.
Semuga pakatan yang baik ini akan dibawa ke alam remaja , dewasa dan ...

Inilah sitembam yang mengizinkan peristiwa ini dapat dirakamkan. Si Fatin yang paginya berguling-guling dilantai sambil menangis mencari ayahnya. Puas dipujuk tapi tidak berhasil hinggalah terkeluar daripada mulut jom pakcik belanja makan aiskrim nak tak ? Terus berhenti menangis dan turun kebawah. Setelah dijamu dengan Aiskrim Toyibbah Vanilla barulah reda sedikit ...sudah henti tangisannya walaupun dimulut masih menyebut nama ayahnya. Dibekalkan juga dengan sebungkus Radix Cookies kemudian baru mesra sedikit dan apabila dipujuk untuk naik keatas barulah bersetuju dan kebetulan sewaktu kami berdua naik , mereka sedang duduk didalam bulatan menikmati hidangan pagi masing-masing.
Mudah-mudahan visi dan misi PASTI untuk melahirkan Generasi Bertakwa akan tercapai . Insyallah ...

14 Januari, 2010

BANYAKNYA SAMPAH ??

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci ? Dapatkan kupasan lanjut ISU yang menjadi topik utama UTUSAN PENGGUNA edisi terbaru 2010 di Pusat Agensi dan Pusat Jualan HPA kami. Beli jangan tak beli . Banyak isu-isu menarik , panas dan kritis tentang pengguna dan kepenggunaan yang dipaparkan dalam keluaran kali ini. Cuma RM 1.50 sahaja dan ANDA Insyallah akan menjadi PENGGUNA yang bermaklumat.

13 Januari, 2010

DIA KEMBALI LAGI ...

Masih ingat tak lagi dengan bentuk botol ini ? Ya bagus cukup bagus . Kini dia muncul lagi tetapi dengan jenama baru ... PENCUCI PINGGAN ORGANIK WIDURI . Dengan kandungan 1 liter ianya dipasarkan dengan harga RM 5.50 dan nilai mata 0.5. Nak tahu akan kehebatannya ? Payah nak cerita ...beli , pakai dan nilailah sendiri kehebatannya didalam menghilangkan minyak pada pinggan mangkuk ANDA. Cubalah ....

12 Januari, 2010

PROMOSI TAHAP KE 2


Apabila keyakinan sudah semakin bertambah ! Inilah hasilnya ....BANNER telah digantung bagi menggamit lebih ramai pelanggan menikmati keenakan NASI LEMAK AYAM ORGANIK GORENG HERBA kami. JOM GI MAKAN ...

11 Januari, 2010

LAGI PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH DI PUSAT AGENSI KAMI

Bagi mempelbagaikan lagi perkhidmatan kepada para pelanggan kami , Rawatan URUTAN REFLEKSILOGI MODEN telah disediakan sebagai salah satu nilai tambah dan alternatif bagi meredakan ketegangan urat saraf dan merelaxkan badan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan diri. Kos yang dikenakan cukup berpatutan. Hanya RM 2.00 sahaja ANDA boleh tentukan sendiri pilihan hati tempoh urutan yang diperlukan iaitu 5 minit , 10 minit atau 15 minit. Cubalah .....KAMI sediakan ANDA tentukan pilihan ANDA.

08 Januari, 2010

LAGI TESTIMONI RADIX CAFE D.I.Y.

Ingatkan produk-produk kesihatan sahaja yang ada testimoni pengguna. Rupanya Radix cafe D.I.Y. kami pun ada testimoninya. Kenapa ? Tak percaya ?? Jom kita lihat gambar pelanggan kami yang keberapa pula nie ...dah lupa nak kira . Ingat tak "Big Brother" kita ini . Hari itu dia sudah datang menikmati nasi lemak ayam organik goreng herba kami bersama rakan sekerjanya tapi kali ini dia datang lagi bersama dengan keluarga besarnya pula ... Terima kasih daun keladi yee... selalu-selalu le makan disini ye . Susah nak kata tapi bagi mereka yang sudah merasainya sendiri pasti sukar untuk melupakannya ... Masih tidak percaya ? Datang dan cubalah sendiri ...

Sempat anak beranak menjeling apabila disedari foto mereka sedang dirakamkan ...

Yang ini pula .....bila sudah kena penangan nasi lemak ayam organik goreng herba kami langsung tak toleh kiri dan kanan. Apa orang kata ... " mak mertua lalu pun sudah tidak nampak " He he

DEW SUDAH TIBA

Ketibaannya tidak disangka-sangka. Kami cuma dapat 3 botol. Jadi sesiapa yang ingin menjadi insan pertama yang dapat memiliki dan sekaligus merasanya dapatkan segera dari Pusat Agensi dan Pusat Jualan kami dengan serta merta dengan harga RM 3.00 dan Nilai Mata 0.5 Muga khasiat Dew Minuman Berperisa ini dapat memberikan kesihatan dan kesegaran berpanjangan kepada peminumnya kerana labelnya tidak mudah untuk dibaca. Harap pihak syarikat dapat memberikan perhatian sewajarnya dan sebaiknya ikut macam Minuman IMT yang disertakan tentang khasiatnya sekali. Jadi mudahlah untuk dipromosikan kepada ahli dan pengguna.
Khasiat Dew Minuman Berperisa yang baru diperolehi ..

DEW WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...

06 Januari, 2010

WARNA WARNI HARI PERTAMA DI PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH

Alhamdulillah sesi persekolahan 2010 telahpun membuka tirainya pada 4hb Januari yang lalu dan sebagai pemain baru dalam dunia pendidikan PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH tidak mahu ketinggalan untuk berkongsi warna warni hari pertama persekolahan dengan semua . JOM kita saksikan ....


Kelas yang masih lenggang menunggu ketibaan para pelajar baru ...

Guru-guru PASTI sedang melayan tetamu yang sudah mula hadir ...
Antara bahan mengajar yang telah disediakan ...


Wah ! Pelajar pertama yang telah mendaftar ...
Eh mana anaknya ? Ibu @ bapa yang belajar nie ...
Antara ahli HPA yang menyahut cabaran menghantar anaknya untuk menimba ilmu di PASTI SSK ....Insyallah berkat.

Yang sedang menunggu giliran untuk mendaftar ...
Sabar menunggu giliran juga ... alhamdulillah.


Sibapa mendaftar , sianak pula dah mula menunjukkan kemesraannya dengan Guru dan rakan rakan sebaya yang lain . Cayalah ....

Si abang yang nak belajar , si adik tumpang sekaki . Tahun depan giliran awak pulak yeee.

Dah dapat giliran ....Alhamdulillah
Cuba try test baju tu ...takut tak muat pulak ?

Anak-anak dah lupa mak bapak ...bila dah dapat geng ?
Hari pertama dah dapat main tanah liat ye ...sapa yang tak suka ke sekolah ye !


Masih ada lagi yang datang untuk mendaftar ....



PENGURUS PASTI SSK sedang beramah mesra dengan ibubapa...macam tulah.
Wah seronok anak-anak ini dapat Guru yang baik ..
Semua ikut apa yang cikgu buat yeee...

Ibubapa yang baru sampai untuk mendaftar ...TAHNIAH
Bilik yang tadi kosong kini sudah bertukar wajah ...
Duduk le disini ...Jangan le malu malu .
Pelajar internasional ...anak Pakistan turut tertarik untuk belajar di PASTI SSK . Cayalah ...

PLX Ammar Firdaus pun belajar di PASTI SSK ...Tahniah !


Sikecil manis ini adalah anak Pakistan yang bersama-sama mewarnai PASTI kami ...
Ikut macam apa yang Cikgu tulis ye murid murid ...
Wah bukan main mesra anak-anak PASTI kita ini. Baru hari pertama sudah boleh berkomunikasi dengan baik . Alhamdulillah ...


Wah bersemangat sungguh anak-anak PASTI ini melakukan apa yang disuruh oleh Cikgu Intan .. TAHNIAH muga visi dan misi PASTI SSK akan dapat dicapai dengan jayanya didalam percubaan pertamanya pada tahun ini.

Sehingga coretan ini dibuat , seramai 19 orang pelajar telah mengesahkan pendaftarannya untuk menimba ILMU di sini. Syukur kehadrat ILAHI kerana apa yang diusahakan dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat ...GURU-GURU , AJK PASTI SSK , IBUBAPA dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam mewarnai hari pertama yang penuh BERMAKNA dan BERSEJARAH ini. Muga segala pengorbanan dan jasa yang dicurahkan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada ALLAH SWT. Aminnnnn