SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

28 Julai, 2010

BILA RAMAI MENCARI KURMA ITU TANDANYA RAMADHAN TIBA LAGI ...

Dapatkan bekalan kurma ANDA bagi menghadapi RAMADHAN AL MUBARAK dari kami. Nikmatilah kelazatan dan keenakan ROTAB BAM IRAN dan KURMA BERTANGKAI HIJRA TUNISIA sebagai amalan sunnah di bulan yang mulia ini dengan harga yang berpatutan. Stok adalah terhad jangan lepaskan ini ! Dapatkan segera sebelum kehabisan di Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong atau hubungi kami di 013-8518745 @ 013-8518519 untuk tempahan !!


Harga Sekotak RM 15.00 Beli 2 kotak RM 28.00

Harga Borong : RM 130 sekarton (12 kotak)





Harga sekotak RM 10.00 Beli 2 kotak RM 19.00

Harga Borong : RM 100.00 sekarton (12 kotak )

20 Julai, 2010

SUBSIDI OH SUBSIDI

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

dr maza
July 2010

17 Julai, 2010

BANTAL PANAS @ TUNGKU MODEN

DIPERBUAT DARIPADA BAHAN ANTI KUMAN YANG MENGANDUNGI CECAIR , TUNGKU MODEN INI BERSIH DAN MEMPUNYAI UNSUR PENGUBATAN YANG TERSENDIRI

INSYALLAH BERFUNGSI UNTUK :-

1. MENGELAKAN ARTITIS
2. BAIK UNTUK PESAKIT STROK
3. MENGURANGKAN SAKIT SRVIKAL VERTEBRA
4. MENGURANGKAN SAKIT KEPALA , SAKIT GIGI
5. MELEGAKAN SAKIT LEHEL , BAHU DAN TULANG BELAKANG
6. MELEGAKAN MASALAH SENGGUGUT
7. MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
8. MENGURANGKAN MASALAH LENGUH-LENGUH LUTUT DAN SAKIT PINGGANG
9. MENGURANGKAN MASALAH PERUT KEMBONG
10. MELEGAKAN BAHAGIAN TULANG PATAH

CIRI-CIRI :-

CECAIR YANG DIGUNAKAN MERUPAKAN GABUNGAN GARAM BUKIT DAN GEL. IANYA DIISI SEKALI SAHAJA DAN MUDAH DIBAWA KEMANA SAHAJA.

SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKANNYA ?

* ORANG DEWASA 12 TAHUN DAN KEATAS
* WANITA YANG BARU LEPAS BERSALIN DAN MENGHADAPI MASALAH SENGGUGUT
* MENGHADAPI MASALAH LENGUH-LENGUH LUTUT DAN SAKIT PINGGANG
* JUGA UNTUK LELAKI SESUAI UNTUK SELURUH BADAN KECUALI KEMALUAN

CARA-CARA MENGGUNAKANNYA

CAJ TUNGKU SELAMA 5 HINGGA 8 MINIT. LAMPU CAJ AKAN TERPADAM SECARA AUTOMATIK. BANTAL AKAN MENJADI PANAS SEHINGGA 70 - 80 DARJAH CELCIUS DAN IA AKAN BERTAHAN DI ANTARA 2 - 3 JAM.
TANGGALKAN WAYAR PENGECAS DAN BOLEH DITUAMKAN DITEMPAT YANG BERMASALAH. JANGAN TUAM TERLALU LAMA PADA SATU-SATU TEMPAT BAGI MENGELAKAN MASALAH PADA KULIT.

BERMINAT UNTUK MENDAPATKANNYA UNTUK KEGUNAAN SEISI KELUARGA. SILA BUAT TEMPAHAN DI PUSAT AGENSI KAMI DENGAN SEGERA.

HARGA PROMOSI !! HANYA RM 55.00 SAHAJA.

09 Julai, 2010

JOM FIKIR CARA POSITIF ...CABARAN 7 HARI

Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.

Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.

Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif.

Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!

02 Julai, 2010

JOM TURUN PADANG SIRI 3

ALHAMDULILLAH pada tanggal 26 hb Jun 2010 yang lalu program JOM TURUN PADANG SIRI 3 anjuran MTD BEMBAN telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kali ini UPU TEHEL telah menjadi tuanrumah dan telahpun mengenalpasti seramai 21 orang yang akan dikunjungi dalam siri ini bagi menerima sumbangan. Jumlah penerima kali ini bertambah satu kali ganda berbanding biasa memandang UPU Tehel telah bermurah hati untuk menaja sebahagian daripada kos sumbangan tersebut. Apa-apa pun jom kita saksikan sebahagian daripada koleksi yang dapat dirakamkan sepanjang JOM TURUN PADANG SIRI 3 untuk diambil iktibar dan pengajarannya ....



Pengerusi UPU Tehel Tn Hj Ibrahim sedang memberikan taklimat tentang senario penduduk di Kg Tehel dan perlaksanaan kunjungan pada hari itu ..



Semuanya khusyuk mendengar , lebih-lebih lagi sudah pekena bubur kacang durian sebentar tadi ... asyikkkk.

Keluarga pertama yang kami kunjungi ...

Tersenyum girang menerima sumbangan daripada kami ... mudah-mudahan sumbangan yang lebih bermakna dapat kami hulurkan jika ditakdirkan kami dapat memerintah kelak ....INSYALLAH

Kehadiran kami disambut dengan tangisan kegembiraan . Bekas guru mengaji yang cukup berjasa di Tehel dan Bemban yang kini dilupakan ? Sempat bertanyakan apa makna ayat Al-Quran yang disering menggangu beliau semasa tidurnya . Alhamdulillah segala persoalan dapat dihuraikan oleh Pengerusi MTD Bemban dengan baik.

Keluarga seterusnya ... dicelah kehidupannya rupanya terdapat remaja yang sudah layak menentukan masa depan negara yang masih tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Ketua keluarga ini tiada dirumah semasa kunjungan kami. Keluar berniaga kentang putar demi sesuap nasi anak dan isteri. Walaupun keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan ekoran penyakit leukimia yang dihadapinya. Apa boleh buat selagi hayat dikandung badan , perjuangan wajib diteruskan ...

Besar hati makcik ini menerima sumbangan daripada kami ... Walaupun tidak berada tapi semangat melawannya kepada pihak yang tidak prihatin terhadap kesusuhan rakyat sepertinya sukar ditandingi ....

Seorang ibu tunggal yang gigih berjuang untuk membesarkan anak-anaknya. Anak sulongnya yang menghadapi masalah buah pinggang telahpun kembali menemui Ilahi 2 tahun yang lalu ..


Seorang ibu tunggal yang menghadapi masalah kesihatan tinggal bersendirian. Dikhabarkan bulan depan bantuan bulanan yang diterimanya akan ditarik balik oleh pihak JAIM . Dah teruk sangat ke kewangan JAIM sehingga bantuan yang dihulurkan terpaksa ditarik balik ??

Tetap bersemangat bercerita .. semangat perjuangan tetap kental walau apa halangan yang menimpa . Mencari pendapatan sampingan dengan menjual penyapu lidi kelapa sawit. Hormat dengan kesungguhannya untuk mencari rezeki halal untuk keluarga. Tidak boleh ku bayangkan insan yang mempunyai segala-galanya tapi masih suka melepak disana sini menghabiskan harta ibubapa dan menyusahkan orang lain dengan merempit dan masalah keruntuhan akhlak disana sini dikalangan remaja melayu. Usaha tidak mahu tapi mahu pulangan yang besar ...
Makcik ini kaki sebelahnya telah dipotong akibat serangan kencing manis. Tinggal bersama suami tercinta setelah anak-anak mempunyai kehidupan berkeluarganya sendiri. Rindu dengan suara riuh rendah cucu-cucunya. kehadiran kami sekurang-kurangnya mengubat kerinduan kepada keriuhan tersebut ..

Sempat bergurau dengan Pengerusi UPU Tehel ...terharu menerima sumbangan peribadi daripada beliau .
Seorang bapa tunggal yang menghadapai masalah jantung. Telah menjalani pembedahan pintasan jantung. Tinggal bersama seorang anaknya setelah 2 orang lagi anaknya tinggal diasrama sekolah demi mengejar cita-cita untuk mengubah kehidupan keluarga.. Berbesar hati sungguh menerima sumbangan daripada rombongan kami.

Kehadiran rombongan disambut dengan penuh mesra ..


Sempat menceritakan kejadian yang berlaku semasa bertugas yang telah menyebabkan dirinya lumpuh dari pinggang kebawah hingga ke hari ini.

Tersenyum lebar menerima kedatangan kami ...
Terima kasih banyak atas sumbangan .. insyallah ianya akan dimanfaatkan sebaiknya.



Akhirnya ....setelah selesai perjuangan untuk hari ini . Semua ahli rombongan telah dibawa oleh Pengerusi UPU Tehel ke warong untuk melangsaikan keperluan jasad yang sudah kekeringan pada petang itu..
Tersandar kepenatan dan kepuasan setelah hajat tertunai sudah untuk turun padang ke Tehel ..

Tersenyum girang Sang Pengerusi kerana hajat untuk turun ke UPU tehel tercapai ..
Kemuncak daripada program Jom Turun Padang di UPU Tehel ... Usrah Bulanan.

Demikianlah sedikit perkongsian pengalaman yang diperolehi daripada program tersebut. Siapa sangka disebalik kegemilangan yang direkodkan oleh Kg Tehel masih ramai insan-insan yang terpinggir tidak mendapat pembelaan sewajarnya . Jadi kita perlukan keberanian untuk mengubahnya . JOM kita sama-sama BERUBAH untuk sebuah negara yang BERKEBAJIKAN.

ANDA TAKABBUR ?

ADAKAH ANDA SEORANG YANG TAKABBUR ? NAK TAHU CARA BAGAIMANA NAK MELEBURKAN SIFAT TAKABBUR ? DAPATKAN SOLUSI EDISI 21 SEKARANG !!