SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

24 April, 2010

SUKAN PASTI KAWASAN JASIN

Insyallah jika tidak ada aral melintang , SUKAN PASTI KAWASAN JASIN akan diadakan pada :

TARIKH : 02 hb Mei 2010
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT: PASTI AS-SOLIHIN Merlimau
ACARA : Bola Jaring dan Bolasepak


Sebagai sebuah PASTI "BARU" , peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja . PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH akan turun ke gelanggang dengan "SEMANGAT HANG JEBAT " bagi memastikan penyertaan sulung ini akan memberikan kenangan dan kemenangan yang diimpikan. Untuk memastikan kehadiran KAMI akan digeruni oleh PASTI-PASTI Senior latihan PUSAT telahpun dimulakan bagi memastikan pasukan yang dibentuk betul-betul MANTOP dan bersedia memberikan cabaran yang sengit kepada lawan-lawan kami dikejohanan ini nanti.

Kalau masih tidak percaya !! JOM kita saksikan sendiri persiapan pasukan KAMI ...




"Warm Up" ... sebelum berlatih kenalah panaskan badan dulu. Kalau tidak "cramp" lah pulak nanti ... Si cilik tu lupalah tu nak bagi tau ummi hari ini kena pakai baju sukan ..

Apa macam ? Gerun tak lihat persiapan KAMI .... ini baru permulaan .


Kamilah JUARA ..... Bukan juara rakyat yeee .Macam-macam bunyi he he


Wah dah tak sabar nak turun padang nie !! Sepak le cepat bola tuuuuu ..

Cayalah ! Tekun dengar arahan daripada JURULATIH ... Dah sedia semua !!

Kalau macamnie punya semangat dan kesungguhan , KAMI yakin kami akan memberikan cabaran yang sengit. Tak caya datanglah tengok KAMI beraksi pada 2 hb Mei nanti..
RUGI kalau tak datang ....


Ayah , Ummi , Atok , Nenek kami datang ramai-ramai nak tengok kami jaringkan GOL .

Sapa-sapa yang menyumbangkan bagi memantapkan lagi persiapan pasukan KAMI bolehlah masukkan SUMBANGAN ANDA ke dalam akuan PASTI seperti yang diiklankan ditepi dan bawah blog ini.

JUMPA DISANA ...

19 April, 2010

MMENYANTUNI INSAN YANG MEMERLUKAN SIRI 2

Alhamdulillah pada 17 hb April 2010 yang lalu , sekali lagi MTD Bemban telah berjaya melaksanakan program JOM TURUN PADANG demi merealisasikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan menjejaki insan-insan yang memerlukan bantuan , perhatian dan simpati. Tanpa dapat merasakan apa yang mereka tanggung setiap hari dengan melihat sendiri kepayahan mereka menempuhi liku-liku kehidupan setiap hari apalah ertinya diisythiharkan Melaka Maju 2010 jika masih ramai insan yang daif yang masih tidak dibela sewajarnya oleh mereka yang diberikan amanah dan tanggungjawab ini ....

JOM kita selami dan hayati kesusahan mereka di UPU Kesang Jaya ....mudah-mudahan dibuka pintu hati kita yang diberikan sedikit kelebihan oleh ALLAH SWT untuk menghulurkan bantuan seadanya ...


Jejak pertama ... menjejaki insan yang pertama

Ikhtiar yang pertama ....untuk mengurangkan beban. Mengasuh anak buah .

Ibu tunggal pertama ...dengan penuh harapan menerima sumbangan daripada kami.
Assalamualaikum .... minta izin untuk berziarah .
Ibu tunggal kedua ... sempat bertanya khabar dan masalah yang dihadapi

Alhamdulilah ... terima kasih kerana sudi menyumbang untuk akak . Muga ALLAH merahmati tuan-tuan semua .
Cara akak nie memegang sumbangan yang diterima cukup menggambarkan betapa dihargainya sumbangan tersebut kerana belum pernah ada sesiapapun yang pernah berkunjung kerumahnya dan menyampaikan sumbangan ...

Ibu tunggal yang ketiga ....
Sambil menyelam sambil minum air ... sempat mendaftarkan anak bujang yang telah mencapai umur 21 tahun sebagai pengundi ....Syabas !

Sebelum minta diri ...terimalah sumbangan ikhlas daripada kami .

Menyantuni pula ibu tunggal yang keempat ...orang berbudi kita berbahasa. Dijemput masuk oleh tuanrumah ...selesa sedikit untuk bertanya khabar dan bercerita.
Tinggal berseorang setelah suami tercinta meninggal dunia . Anak tunggal pula telah dipanggil kembali oleh Allah SWT. Yang ada cuma seorang cucu yang kadang-kadang datang menjengah nenek bertanya khabar berita. Terharu makcik ini menerima kunjungan rombongan kami. Terharu kerana ada insan yang masih sudi menziarahinya dalam keadaannya yang begini ..
Keluarga yang kelima ...
Berat gak beras nie ? Bila nak sumbang nie ...dah tak larat dah nie .
Akhirnya .... sumbangan selamat disampaikan . Fuhhh legaa
Ade lagi ....nasib baik badan steady . Muga istiqamah dalam perjuangan .

Ibu tunggal yang ke enam ...


Besar hati makcik nie menerima sumbangan daripada kami.
Ibu tunggal yang ketujuh ...

Tenang mendengar kisah sedih makcik tadi ...

Sayu hati menerima sumbangan .....terima kasih ya nak .
Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . Lihatlah dunia ...apa yang akan terjadi kepada anak istimewa ini jika ditakdirkan ibunya pergi dulu . Muga ALLAH memberikan kekuatan dan kesabaran kepada ibu bertuah ini untuk menjaga amanah yang diberikan. Siapa sangka disebalik ketenangan wajah ibu , ketenangan rumah awam yang diduduki rupa-rupanya ada insan istimewa yang menghuninya. Inilah 2 Permata Hati yang dilahirkan 32 tahun dan 29 tahun yang lalu yang menjadi milik ibu tunggal ke lapan dalam kunjungan ziarah kami kali ini.
Inilah dia wanita hebat ....masih mampu tersenyum walaupun hatinya mungkin gundah gulana memikirkan anak nasib serta masa depan 2 anak istimewanya . Wajarkah Melaka Maju 2010 jika nasib keluarga sebegini tidak diberikan pembelaan sewajarnya ??
Ibu tunggal yang ke sembilan. Tersenyum girang menerima kunjungan kami ..seronok bukan kerana dapat sumbangan tapi seronok kerana ada insan yang sudi menziarahinya ...
Satu-satunya Bapa tunggal yang turut menerima kunjungan kami. Bukan tidak mahu berusaha tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Telah menjalani pembedahan jantung "By Pass" dan kini tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.
Terharu menerima sumbangan yang tidak seberapa nilainya daripada kami..



Habis program disianghari .....Malamnya pula kami susuli dengan program USRAH bulanan. UPU Kesang Jaya jadi tuanrumah.
Ahli yang hadir ...fokus kepada perbincangan dan kupasan yang dibuat pada malam tersebut.
Alhamdulillah ...masih setia bersama siang dan malam.

Merenung dan memahami falsafah perjuangan yang sebenar ..

Naqib kami ...
Antara tokoh muda yang berpotensi ....

Demikianlah sedikit coretan yang dapat dikongsi dengan pengunjung setia kami ... Mudah-mudahan coretan ini dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada semua. Ingat dan insaflah bahawa disebalik kesenangan dan kecantikan dunia yang kita miliki ini masih ada insan-insan yang memerlukan pertolongan , bantuan , simpati dan perhatian. Oleh itu jika kita diberikan dengan kesenangan , kemewahan , kesihatan dan sedikit kelebihan oleh ALLAH SWT berbanding insan yang lain maka menyumbanglah sekadar yang kita mampu muga akan lahir sekelumit senyuman daripada insan yang kita bantu.

13 April, 2010

ADAKAH INI CITA-CITA KITA ?

Malam itu adik duduk bersila depan Ummi sambil tangan memegang Al-Quran.

Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik.Sekejap adik lilit kiri,sekejap ke kanan. kadang-kadang serban itu tutup mata adik.Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.
"Bismillahirrahmanirarhum.."
Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.Adik hendak jadi macam abang.Umur 6 tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur 3 tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang.Adik ingat pesan Ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari.Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama Ummi dilaung-laung dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak cik Fatima di depan rumah.
"Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya manyebabkan 7 orang askar Israel mati"
Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkandalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil,bukan..Israel disebut lagi.Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut Walid. Ummi kata Ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik.Adik nampak Walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar meraka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.
Keesokan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang mungkir janji.Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu menjadi munafik.Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti Walid dan Abang. Jamal pergi ke suatu tempat yang cantik.Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu.Mula-mula Walid, kemudian Abang dan akhirnya Jamal.
Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel.Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak Ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang Ummi. Mereka sepak dan terajang Ummi. Tapi Ummi masih bersabar.Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad! Mata adik merah. Adik mehanah marah. Adik tidak suka orang pukul Ummi. Adik sayang Ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah Ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada segaris pun garisan gusar terpancar di wajah Ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba....
"Muhammad!!!!!!!!"
Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh untuk melindungi Ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada Ummi walaupun perit.
"Ummi, adik rasa mengantuk. Adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut Walid dan Abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga Ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata.Adik nampak Walid,Abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.
"Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima.

CATATAN :

Tapi kenapa masih ramai umat Islam yang tidak ambil peduli tentang kekejaman Israel dan bangsa Yahudi ?? Adakah kita hendak menunggu sampai kena batang hidung sendiri baru nak tersedar ? Adakah kita nak tunggu sampai tentera Israel melakukannya sendiri keatas ibu , bapa , abang , kakak dan saudara mara kita baru kita hendak percaya ?? Bukankah Israel dan kuncu-kuncu telahpun bersama kita setiap hari tanpa kita sedari atau buat-buat tak sedar . Cara hidup kita ? Pemakanan kita ? Hiburan kita ? Keselamatan Negara Kita ?Jadi nak tunggu bila lagi ? Jom kita ganyang Israel sebelum terlambat ...

APA ERTI PENGORBANAN PADA ANDA ??

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Moral:
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.

ISTIMEWANYA HADIAH DARI AYAH ?SUDIKAH ANDA MENERIMANYA ...

Sehari sebelum saya berangkat ke kota, ayah memanggil saya ke pejabatnya. Saya agak hairan ketika itu, apatah lagi apabila ayah menyuruh saya masuk ke pejabatnya. Kami jarang sekali dibenarkan masuk ke pejabatnya, terutama sekali ketika ayah sedang sibuk menyiapkan bahan penulisan yang bakal dicetakkan di dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan.

"Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu", kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar. Dan esoknya ayah menghantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna.

Suatu hari, setelah hampir 3 bulan saya berada di kota, saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya. Saya teringatkan bungkusan yang ayah berikan dulu. Saya kira, inilah masanya untuk saya membuka rahsia yang tersirat di sebalik bungkusan tersebut.

Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehelai sejadah lama, sehelai kain pelikat baru dan sebuah kompas penunjuk arah kiblat serta sekeping nota yang berbunyi :-

"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah.

Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan.

Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.

Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

~Muhammad Salleh~

Saya terpana, ternyata ia adalah hadiah daripada datuk saya kepada ayah saya dan sekarang diwariskan kepada saya.

Dan sejak dari hari itu, saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuhan masih mengambil berat akan saya.


Moral:

Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.

Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.

07 April, 2010

PENGALAMAN DIBEKAM

Pada tanggal 4 hb April 2010 bersamaan 19 Rabiulakhir 1431 H , demi untuk merasai pengalaman berbekam , maka satu sesi berbekam khas telah diadakan untuk membekam diriku di Pusat Agensi Jasin. Dengan disaksikan oleh anak-anakku yang selama ini asyik melakukan bekam angin dan bekam luncur keatas abahnya dirumah tapi hari ini .....mereka dapat saksikan sendiri bagaimana abahnya dibekam.Jom kita saksikan apa yang terjadi selanjutnya ....


Antara barang-barang yang telah bersedia untuk digunakan untuk membekam AKU ...

Maaf gambar tak berapa jelas ...saja buat macam tu agar tiada siapa yang pengsan bila lihat darah plak ... agak-agak kat kawasan mana ekkk ?

Dah semakin jelas dimana ? Bukan main cantik Mr Barber tu bersihkan kawasan untuk operasinya ...

Sekali pandang macam bertanduk pula ... Wah darah sudah semakin banyak keluar di bahagian atas .

Boleh tahan jugak darah yang patut disingkirkan hari itu berjaya dikeluarkan ...

Nampak tak apa yang aku nampak .... kepala botak dan darah yang membuak-buak ...
Ini dari posisi yang lain tapi lokasi yang sama ...


Dan lagi .....


Dan lagi ...
Dan inilah ... antara kandungan darah yang telah berjaya dikeluarkan. Sudah menjadi "Jelly" Alhamdulillah..

Lokasi seterusnya ...belakang badan . Baru nak mula keluar ..

Slow n steady je dia mengalir keluar ...

Dah mula bertakung ...Tabung 1

Tabung 2 ....mula mengejar dari belakang . He He
Tabung 3 ...tak mahu ketinggallan dalam persaingan ...

Tabung 4 ..... sudah mula memberikan saingan yang sengit.

Marah si nyamuk malam nie ...darah kotor yang sering dihisap sudah tiada lagi ..

Persaingan yang hebat diantara tabung-tabung ..
Inilah JUARANYA ....he he . Bukan JUARA RAKYAT jangan silap pulak.
Lagi "Jelly" yang berjaya dikeluarkan.

Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman berbekam seperti "AKU" ianya boleh diaturkan. Jangan segan-segan. Jangan takut-takut. Hubungilah kami , kami akan aturkan untuk anda. Tak cuba tak tahu ...berbaloi-baloi.