SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

24 September, 2012

MENAIKAN PANJI-PANJI @ KG TEHEL


ALHAMDULILLAH ...WA SYUKURILLAH 

    Panji-panji kemegahan Parti Islam Semalaysia (PAS) telah berjaya dinaikkan dan dikibarkan di bumi KG Tehel . Hidayah dan kekuatan yang disalurkan melalui Pengerusi PAS KG Tehel telah diterjemahkan dengan tertegaknya BENDERA PAS bersaiz besar buat pertama kalinya didalam kawasan kampung yang sememangnya begitu fobia dengan bendera kami ini. Muga dengan berkibarnya bendera kebanggaan kami ini akan meredupkan seluruh hati rakyat Kg Tehel untuk melakukan kejutan dan perubahan dalam PRU yang akan datang.

Bendera pertama

Bendera Kedua dan Ketiga
Bendera pertama yang berjaya dinaikkan .....kini berkibar megah

Bendera ke 2 ...berhampiran Masjid Kg Tehel

Sudah mula berkibar



Alunan kibaran yang menggetarkan


Semakin terserlah kibarannya ...

Lentukkannya cukup mengasyikkan

Bulan sedang mengambang

KU LIHAT HIJAU .....

05 September, 2012

MAJLIS MENGGALAS HARAPAN MENGGAPAI IMPIAN @SMUAR

Ustaz Azizan sedang membuka majlis
ALHAMDULILLAH .... malam tadi telah berlangsungnya suatu majlis yang serba sederhana tapi penuh bermakna buat para pelajar dan ibubapa Sekolah Menengah Ugama Ar Rahmah (SMUAR) Solok Gaung Melaka . Majlis yang telah menyatukan ibubapa dan para pelajar yang istimewa kerana telah diraikan kerana kejayaan mereka melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi didalam dan diluar negara. Majlis amanat dan penyerahan sumbangan kewangan bagi meringankan beban para pelajar dan ibubapa bagi merealisasikan impian dan harapan semua untuk melihat lahirnya generasi pelapis yang tinggi ilmunya dan kental akidahnya bagi menjamin kelangsungan perjuangan yang masih belum selesai. Bukan jumlah sumbangan yang menjadi ukuran tapi iltizam untuk meringankan beban itu menjadi keutamaan disebalik kekurangan yang ada dimana-mana. Janji ALLAH itu BENAR ..... jika kau syukuri nikmat yang AKU berikan nescaya akan AKU tambah lagi nikmatKU daripada sumber yang engkau tidak ketahui ... Dari sebuah sekolah yang serba serbinya kurang , berkat pengorbanan tenaga pengajar , lembaga tadbir , ibubapa dan para pelajar maka daripada 44 orang pelajar yang telah menduduki SPM , 23 orang pelajarnya telah berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat Sarjana Muda di pusat pengajian tinggi dalam  dan diluar negara. 13 orang akan melanjutkan pelajaran didalam pelbagai bidang di Universiti Al Azhar Mesir manakala selebihnya telahpun mendapat tempat di IPTA/IPTS didalam negara - USIM , UNIZA dan KUIN. Jom kita teropong apa yang berlaku didalam majlis seterusnya ....
Setiausaha Lembaga Tadbir Madrasah sedang memberikan amanat dan motivas


Pengerusi Lembaga Tadbir ..Ayahanda Hj Mohd Diah Abdul sedang berbicara .... bicara tentang perjuangan dan pengorbanan

Mudir SMUAR sedang memberikan nasihat , suntikan semangat dan komitmen untuk meneruskan perjuangan

Para ibubapa yang hadir ..

Ahmad Shahir -- Al Azhar Mesir

Mohd Anuar - Al Azhar Mesir

Abdul Latif - Al Azhar Mesir

Mohd Khidir - Al Azhar Mesir

Luqmanul Hakim - Al Azhar Mesir

Wan Mohd Ikram - Al Azhar Mesir

Ain Hanisah - Al Azhar Mesir

Haziyah - Al Azhar Mesir

Hazirah - Al Azhar Mesir

Norizati - Al Azhar Mesir

Rabiatul Adawiyah - Al Azhar Mesir

Bapa Mohd Asyraf - USIM

Munirah - Usim

Bapa Zulaiha - USIM

Bapa Hanisah - USIM

Bapa Azri - UNIZA

Farah Adilah - KUIN

Bapa Mariam - KUIN

Ibu Nur Wahidah - KUIN

Keceriaan terpancar diraut wajah para ibubapa

Wajah ibu pun ceria

Sudah buka ..... kenalah tutup
AKHIRNYA ..... SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAKKU . KAMI SEMUA MENDOAKAN AGAR KAMU SEMUA BERJAYA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT .

04 September, 2012

KEHIDUPAN BARU BERMULA ...

 Pada tanggal 1hb September 2012 , kehidupan kami sekeluarga telah memasuki fasa baru dalam kehidupan kami. Masa untuk melepaskan anak-anak untuk berhijrah menimba ilmu kini bermula ... Hari ini anak sulung kami pula kami redhakan pemergiannya untuk keluar dari kepompongnya selama ini untuk belajar hidup berdikari jauh daripada pemerhatian rapi keluarga untuk menimba sebanyak ilmu bagi menjadi insan yang berguna kepada Agamanya , Negaranya dan Bangsanya. Ini ujian sebenarnya dalam kehidupan ...UPSR , PMR , PMU , SPM , STAM  hanyalah jambatan. Kehidupan di Kampus akan menjadi kayu ukurnya samada kita benar-benar akan menjadi diri kita sendiri . Segala-galanya bergantung kepada diri sendiri. Nak berjaya kena tanya diri sendiri , Nak Gagal juga kena salah diri sendiri . Nak Cemerlang kena daya usaha sendiri , nak Cukup makan pun pilihan diri sendiri . Segalanya kita terletak pada dirimu ....ALONG ! Abah dan Mak hanya mendoakan yang TERBAIK buatmu ....


Pertama kali menjejakan kaki di bumi USIM

Ammar ....siap sedia untuk menghapuskan kerajaan yang korup

Tak nak turun AKU tembak ...mungkin itu mesej yang  hendak disampaikan

Khemah ATM

Khemah PBSM


Khemah Kelab Sukan -- Golf n Memanah

Khemah PDRM

Khemah JPAM
Selesai mendaftar sebagai Mahasiswa  ... bergerak untuk ke Asrama pula

Menunggu bas untuk ke Asrama

Tiket bas habis ...duduk belakang sekali ...percuma

Berdiri pun seronok juga ...


Sampai di Blok E

Laparlah pulak ....nasib baik ada bawa bekalan , makanlah dulu

Baru nak berkemas

Cadar dah siap dipasang . Lepas ini apa pulak ?

Simpan barang dalam locker

Seronok juga kalau tidur kat atas nie ?

Banyak juga barangan yang dibawa ..

Kenang-kenagan Ain di USIM

Sebelum berpisah ..

USIM ....Bertekad Gemilang