SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

30 April, 2011

JOM BELAJAR DARI SI KODOK

Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, "Apa kau tidak mendengar teriakan kami?". Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.



Renungan :

Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.

Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang "jatuh" dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan 'kata-kata kehidupan' kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa 'kata-kata kehidupan' itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.

Semua orang dapat mengeluarkan 'kata-kata kehidupan' untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit darikeputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.

Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.

27 April, 2011

HARUMAN SI DARA

Buat sesiapa yang sedang tercari-cari barang-barang untuk hantaran perkahwinan ataupun pertunangan ... Apa kata mencuba Set Haruman Si Dara sebagai barang hantaran atau balasan sempena hari yang bersejarah ini . Harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan dan insyallah pihak yang menerimanya pasti tertawan dengan keharuman wangian yang dihadiahkan. Yang berminat bolehlah membuat tempahan sekarang !!


SET HARUMAN SI DARA
SET 3 IN 1 - 1 SET
SET 1 IN 1 - 1 SET

26 April, 2011

PRODUK MINUMAN TERBARU

Tercari-cari produk minuman yang berkhasiat keluaran syarikat Muslim. Kami ada jawapannya ! Dapatkkannya daripada Serompong Enterprise sekarang !!
CHOCO CHAMP ~ MINUMAN MALT BERCOKLAT

RASAILAH ... KEHEBATAN DAN KHASIAT GABUNGAN SUSU DAN BUAH-BUAHAN

SUSU EPAL

SUSU OREN
SUSU NENAS
SUSU YOGHURT
SUSU KRANBERI

PRODUK BARU DI SEROMPONG ENTERPRISE

ALHAMDULILLAH ... Berita baik buat semua penduduk disekitar jasin yang tercari-cari produk sejuk beku .."frozen food" buatan bumiputera muslim untuk hidangan keluarga atau tetamu kini boleh diperolehi di kedai kami dengan harga yang berpatutan. Kini masalah untuk menyediakan minuman petang dan sarapan pagi yang enak dan barokah sudah dapat diatasi. Kunjungilah kedai kami dan buat pilihan terbaik untuk seisi keluarga.


BISKUT GULA ~ RM 4.50


SAMOSA ~ RM 3.80

KARIPAP ~ RM 3.80

BERGEDIL ~ RM 3.80

POPIA SAYUR ~ RM 3.80

HARGA PAKEJ ~ 3 PAKET RM 11.00 - FROZEN SAHAJA

19 April, 2011

KISAH SI PENCARI KOPI

Tersebutlah sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah stokis menjual kopi baru-baru ini . Kisahnya lebih kurang macam ini ....

Kakak : Assalamualaikum

Tuanpunya kedai : Waalaikumsalam ...ya kak , apa hajat ?

Kakak : Kopi ada dik ?

Tuanpunya kedai : Ada kak .... akak nak berapa ? Jumbo atau yang papan?

Kakak : Dengan muka macam tak percaya ... 5 papan ada dik ?

Tuanpunya kedai : Ada ....

Rupanya sudah puas dia mencari kat cawangan-cawangan tapi jawapannya amat mengecewakan ...Takder !
Dalam percaya tak percaya , kegembiraannya tersentap apabila dompet yang dicari didalam beg tangan yang dibawa rupanya telah tertinggal dirumah .

Kakak : Maaf dik dompet akak tertinggal kat rumahlah , tadi beli gas ....kedai tutup pukul berapa sambil menjeling ke jam dinding yang menunjukan telah pukul 6.15 pm

Tuanpunya kedai : Pukul 6.30 petang ...

Kakak : Alamak tak sempat nie ...getusnya perlahan

Tuanpunya kedai : Akak tinggal kat mana ?

Kakak : Selandar dengan nada yang agak kecewa ..

Tuanpunya kedai : Wah ! Jauh juga tu ... sambil memberikan jaminan . Takper kak , kalau akak betul nak , saya tunggu sampai akak datang .

Tanpa berlengah , akak tersebut keluar meninggalkan kedai dan bergegas ke kereta untuk mengambil dompetnya yang tertinggal ........ sehinggalah jam telah menunjukkan lebih kurang 6.45 petang.

Kakak : Assalamualaikum ..

Tuanpunya kedai : Waalaikumsalam ....wah cepat betul akak sampai ?

Kakak : Akak telefon suruh anak akak hantar kat separuh jalan ...kalau tidak mungkin tak sempat. Akak nak 6 papan boleh ker ?

Tuanpunya kedai : Boleh kak ...untuk sapa beli banyak-banyak nie tanya si penjual tu semula

Kakak : Untuk Abang akak ..

Tuanpunya kedai : Abang akak tinggal kat mana ?

Kakak : Abang akak duduk kat Raub sana ? Dia telefon minta tolong carikan kopi kat sini . Katanya sudah seminggu dia cari kat Raub tapi stok kopi tak sampai-sampai..

Tuanpunya kedai : Jauhnya ...takkan datang melaka semata-mata nak cari kopi ?

Kakak : Kebetulan dia ada datang ke sini hantar anak dia temuduga. Sebab tu dia telefon minta tolong carikan. Tak sampai hati akak ....sebab tu susah payah cuba carikan juga.

Dugaan tak habis setakat itu ...

Tuanpunya kedai : No ahli akak ...

Kakak : Kad akak ntah mana hilanglah dik ..

Tuanpunya kedai : Takper kak ...no ic pun boleh nti saya carikan kat cawangan

Tiba-tiba , telefon akak tu berdering , rupanya dari anaknya. Rupanya arahan telah diberikan kepada anaknya untuk balik dan carikan kad keahlianya .. No ahli ayah adalah , kata anaknya. Betul ker kad ayah kau yang kau jumpa .... apa nombornya ?? Setelah selesai mencatat segala maklumat yang diperlukan dan untuk menyakinkan maklumat yang diperolehi tepat ...


Tuanpunya kedai : Boleh bagi no ic akak , manalah tahu tak betul boleh saya sahkan dengan cawangan ..

Setelah diselak dompet yang dibawa berkali-kali akhirnya ic yang dicari ditemui ..

Kakak : Maaf dik ...dalam keadaan tertekan caripun tak jumpa . Akak kena saman tadi . Bawa kereta cari kopi tak perasan cukai jalan kereta dah mati ...

Tuanpunya kedai : Allahuakbar .... banyak betul dugaannya. Bersabarlah kak ye ..

Sambil memasukan 6 papan kopi yang di beli kedalam beg ...

Tuanpunya kedai : Ini kopi kakak ... dan ini resitnya . Saya jual ye kak .

Kakak : Saya beli dik ...terima kasih banyak .

Kakak tadi meninggalkan kedai dengan penuh perasaan gembira kerana dapat memenuhi hajat Abangnya untuk mendapatkan kopi . Tiada yang lebih berharga ketika dan saat ini kecuali dapat menggembirakan saudara kandung sendiri.

Tuanpunya kedaipun tersenyum gembira. Menutup kedai dengan penuh ceria kerana dapat menunaikan hajat insan lain disaat ditekan dan ditohmah dari pelbagai sudut hanya untuk memperjuangkan keperluan ahli bawahan .

Daripada kisah benar ini yang terjadi maka tidak hairanlah ramai ahli-ahli yang marah di cawangan dan stokis apabila ditanya kopi tidak ada stok . Bayangkan datang dari jauh semata-mata untuk dapatkan kopi tapi ternyata bekalan tersebut telah tiada untuk sekian lamanya. Kalau sekali dua ditanya tidak ada mungkin boleh bertahan tapi kalau sudah berkali-kali masih tidak ada ... tuan puan FIKIRKANLAH SENDIRI !

Jadi apabila ada yang merintih dan meratap melahirkan rasa tertekan maka pinjam-pinjamkanlah telinga dan perasaan tuan puan untuk mendengar dan memahami masalah yang dihadapi. Jangan semudah menuduh , mengarah orang berhenti kalau sudah tak sudi , menggunakan kuasa yang sementara untuk merobek-robekkan semangat insan bawahan. Usahlah mempersoalkan kesetiaan dan pengorbanan ahli seolah-olah KAMI hanya mementingkan soal WANG semata-mata ? Adakah kerana wang hingga kita teralpa hingga disaman kerana mencari sepapan kopi . Adakah kerana wang kita tak sanggup berpatah balik untuk mengambilnya hanya untuk sepapan kopi ? Adakah hilangnya setia kami kerana mempersoalkan itu dan ini ? FIKIR dan JAWAPLAH SENDIRI ...

13 April, 2011

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL UNTUK ARWAH ..

ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLA ...pada hari Ahad yang lepas kami telah berjaya mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil untuk Allahyarham Ustaz Kamarulzaman secara kecil-kecilan. Mudah-mudahan kebaikan dan manfaat daripada majlis ini akan diterima oleh ALLAH SWT sebagai amal jariah kami kepada perginya seorang sahabat , seorang usahawan , seorang pendakwah dan seorang pejuang daripada kehidupan kami semua yang secara kebetulan jatuhnya hari ulangtahun kelahiran arwah yang ke 47 tahun. Muga rohmu tenang disana ........aminnnn.



Abang kepada arwah memberikan ucapan aluan sebelum memimpin majlis bacaan pada hari tersebut ..

Diantara kaum kerabat arwah yang dapat hadir ...
Diantara ajk kelab yang hadir dan memainkan peranan yang besar menjayakan majlis..
Doa dipanjatkan mohon diterima segala amalan dan disampaikan kepada arwah ..

Amin .... amin .... amin Ya Allah
Menikmati jamuan yang disumbangkan secara jemaah oleh ahli kelab
Ya ALLAH kami redha dengan ketentuanMU . Kami yakin Engkau lebih menyayanginya. Justeru itu kami mohon agar KAU terimalah amalan kami ini sebagai amal jariah kami. Mudah-mudahan roh Allahyarham Ustaz Kamarulzaman akan tenang dan aman bersemadi bersama para pejuang dan ahli-ahli syurgmu yang lain .....Amin Amin Amin Ya Rabbalalamin

08 April, 2011

PERNAHKAH KITA DIBANTU SEBEGINI ??

"Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.




Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .


Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali kali dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab


"Aku adalah IBLIS"

Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu.

Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa dosamu.

Saya membuatmu jatuh kali kedua, dan bahkan itupun tidak membuatmu berubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa dosa seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan jangan Allah akan memaafkan dosa dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat....'

Moral:
Jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .

06 April, 2011

KELAS MINGGUAN SMARTHERBS

Memandangkan permintaan yang semakin tinggi maka dengan ini adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan mingguan ahli-ahli dan bakal ahli SMARTHERBS di SEROMPONG ENTERPRISE adalah seperti butiran berikut :

HARI : SABTU MALAM AHAD

MASA : 9.00 MALAM

ALAMAT : SEROMPONG ENTERPRISE
JB 7765 , JALAN ASIA SELATAN 1A
TAMAN ASIA SELATAN
77200 AIR MERBAU
JASIN MELAKA
06-5291452 @ 013-8518745

Sila sebarkan dan bawalah rakan-rakan taulan bersama untuk berkongsi kejayaan bersama SMARTHERBS

" AMALKAN ..... BERKONGSI ......DAN BERJAYA BERSAMA-SAMA ... INSYALLAH !

SESI UJIRASA PRODUK AKAN DIBERIKAN KEPADA HADIRIN YANG PERTAMA KALI HADIR DI PERJUMPAAN INI ...SUDI SUDIKANLAH ...TAK RUGI . PERCAYALAH !