SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Februari, 2009

TERKINI KUTIPAN "UNTUKMU GAZA"

Alhamdulillah kutipan semakin bertambah dan jumlah terkumpul setakat ini adalah sebanyak :-

RM 471.90

Teruskan menderma !!

JEM ROSELLE

Tahukah anda bahawa JEM ROSELLE HPA sudah berada di pasaran ?? Alhamdulillah kerana saya dan keluarga antara yang bertuah kerana menjadi antara yang pertama berjaya memiliki dan merasai keenakan dan kelazatan jem yang bukan sekadar makanan tapi juga menjadi penawar kepada penyakit Insyallah. Jadi ANDA bagaimana ?? Dapatkannya segera tapi harap dapatlah bersabar kerana stok yang terhad.


Dimaklumkan setiap cawangan hanya dapat peruntukan 1 kotak yang mengandungi 12 botol jem roselle. Di cawangan Tangkak kami dapat 7 botol dan dari cawangan Semabok alhamdulillah dapat 1 botol. Promosi pada ahli yang hadir pada hari tersebut alhamdulillah majoritinya teruja untuk jadi orang pertama merasainya. Nak jadi cerita buat keluarga kami , 1 botol yang kami buka habis tak sampai 1 hari dikerjakan anak beranak. Entah berapa bantal roti habis , sampai pada malam itu , anak kami yang ke 6 bawa depan tv botol jem tu nak sapu dengan roti tapi malangnya roti dah habis. Tak sampai hati , si abah ni terpaksa juga keluar pada malam tu walaupun jam sudah menunjukan jam 10.30 malam untuk cari roti. Alhamdulillah masih ada kedai yang buka dapatlah beli 2 bantal roti. Dah dapat roti lain pula jadinya , roti belum habis jem dah habis dulu. Apa taknya , masing-masing sapu bagai nak rak sebab kelazatan rasa Roselle yang dicampur dengan Madu cukup berbeza dengan jem-jem lain yang sewaktu dengannya seperti strawberry yang agak masam.Hai terliur nampak ...siapa yang nak rasa bolehlah dapatkannya segera kerana waktu catatan ini dibuat masih ada 2 botol lagi yang belum terjual.Siapa cepat dia dapat le...Harap-harap tu pihak HPA akan tambah pengeluaran dan hantar stok ke cawangan-cawangan segera. Jangan jadi macam jem nenas dah le , sampai sekarang tak kunjung tiba.

20 Februari, 2009

KITAR SEMULA

Anda ada masalah dengan cicak atau lalat dirumah ?? Ada produk yang dijual dipasaran yang boleh kita beli untuk atasi masalah ini untuk jangkapendek . Tapi anda tak mahu keluarkan dari poket anda untuk beli itu semua . Almaklumlah keadaan ekonomi tak menentu sekarang ni.Tahukah anda bahawa produk HPA boleh digunakan untuk bantu anda semua untuk atasi masalah ini ?? Tak tahu !! Haa inilah nak bagi tahu .. ia bukan produk herba , produk harian atau produk kesihatan tapi ..bekas kepada kopi papan. Perasan tak kopi papan tu ada pelekat bagi melekatkan sachet. Jadi apabila habis sahaja kopi tu jangan terus dibuang. Ianya boleh digunakan untuk memerangkap cicak atau lalat. Untuk lebih efektif bagi memerangkap cicak atau lalat,letakkan bekas kopi papan itu secara mendatar jangan digantung dan letakkan sedikit sesuatu yang disukai oleh cicak atau lalat sebagai umpan. Insyallah berkesan 2 dalam 1 . Jimat belanja selesaikan masalah. Hanya dengan KITAR SEMULA ...
Selamat mencuba...

JUALAN AMAL "UNTUKMU GAZA"

ALHAMDULILLAH kami telah menerima satu lagi produk yang telah disumbangkan oleh 020465.MY01 PJ Fuziah Hj Hamzah untuk dijual dengan harga yang cukup istimewa dan sebahagian daripadanya akan disumbangkan kedalam tabung "Untukmu Gaza". Produk yang dimaksudkan adalah


JENAMA PRODUK : ASUMI - ARANG BULUH
KEGUNAANNYA : BERTINDAK SEBAGAI ANTI-BAKTERIA , PENYERAP BAU ,MENYAMAN UDARA BILIK @ KERETA , MENCEGAH LIPAS @ SERANGGA , MENYERAP BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN MENGELAK ANCAMAN PANCARAN EM

HARGA JUALAN : RM 10.00

Hasil daripada jualan ini nanti sebanyak 50 % akan dimasukan kedalam tabung derma untuk membantu rakyat Palestin.

AYUH !! Membeli sambil menderma.

Terima kasih Pn Fuziah Hj Hamzah kerana teruja untuk menjayakan jualan amal ini.

SEMINAR HALAL DAN HARAM

Insyallah satu seminar yang akan membincangkan soal halal dan haram akan diadakan seperti tentatif berikut :

TARIKH : 28 hb FEBRUARI 2009
MASA : 08.30 AM - 01.00 PM
TEMPAT : DEWAN NURRUDIN FAHMI KLUANG 2
BAYARAN : RM 20.00
PENCERAMAH : DR IZDAM
ANJURAN : KELAB AL WAHIDA SELATAN (KAS)

Sesiapa yang berminat atau untuk pertanyaan lanjut sila hubungi : Pn Zaimah Ismail di talian 07-7733717


* Sumber maklumat : HPA Cawangan Semabok

19 Februari, 2009

PETUA ORANG LAMA- KELEBIHAN MINYAK ZAITON HPA

1. BAGAIMANA NAK JADIKAN CEKODOK KITA RANGGUP

"CEKODOK" , "CUCUR UDANG" , "JEMPUT-JEMPUT" atau apa saja nama yang diberikan terhadap kuih tradisional orang melayu yang biasanya dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang untuk keluarga yang bahan utamanya adalah tepung gandum ini insyallah akan menjadi lebih ranggup apabila digoreng sekiranya dimasukan 1 sudu minyak zaiton HPA semasa proses menguli @ menggaul dilakukan. Dengan memasukan minyak zaiton ini juga akan menjimatkan penggunaan minyak semasa menggoreng. Keranggupan ini akan bertambah lazat sekiranya ianya dicicah dengan Sos Cili @ Sos Thai @ Sos Tomata HPA.

2. BAGAIMANA NAK JADIKAN LADA KISAR KITA TAHAN LAMA DAN BERSINAR

Mudah saja . Campurkan lada kering yang hendak di"blender" dengan sedikit minyak zaiton HPA . Insyallah lada tersebut akan tahan lebih lama , bersinar @ berkilat dan akan menjimatkan penggunaan minyak semasa menumis.

Selamat mencuba.

Terima kasih 162478.MY01 Borsra Ab Wahab atas petua yang diberikan.

17 Februari, 2009

KENALI PRODUK HPA TERKINI

Kapsul Herba JAWI (Misai Kucing)



Kapsul Herba Jawi
-dibuat daripada herba misai kucing. ia elok utk masalah gout, buah pinggang, batu karang.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 17.00
Sabah & Sarawak:RM22.00

Nilai Mata: 7

Kapsul D Campuca



masalah lendir atau mukus dalam salur pernafasan dan pencernaan..
-masalah asma
Salah satu lagi produk kapsul yang dipasarkan melalui MLM HPA.
Produk ini dibuat daripada daun betik dan khasiatnya yang paling ketara
ialah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi dan jantung.
Getah betik pada daun mengandungi bahan yang dikenali sebagai "papain"
mengelakan berlakunya pengerasan di dinding arteri darah yang menyebabkan
penyakit arteriskelorosis.
Getah betik digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan
benar-benar juga berfungsi bagi penyakit jantung koronari.
Pesakit darah tinggi juga akan memberikan kesan yang sangat baik
dimana darah akan turun keparas normal selepas pengambil herba ini.
Selain daripada itu banyak kajian menunjukan keujudan "papain" .
sangat berguna terutama untuk batuk jika setitik getah betik dicampurkan
dalam satu sudu madu lebah HPA
selamat mencuba.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 17.00
Sabah&Sarawak:RM22.00

Nilai Mata: 7

PROMOSI AGEN STOK

Sesiapa yang berminat atau bercita-cita untuk menjadi Agen Stok HPA berstatus STOKIS ini ada berita baik untuk ANDA !
Berkuatkuasa serta merta dan berakhir Feb 2009 , sesiapa yang ingin menjadi STOKIS hanya perlu menyediakan modal belian pertama sebanyak RM 4000.00 sahaja berbanding RM 5000.00 seperti kebiasaannya.
Wah banyaknya diskaun tuuu. Jadi apa tunggu lagi , isi borang dan mohonlah segera. Insyallah kelulusan segera bagi yang memenuhi syarat-syarat untuk menjadi STOKIS.

16 Februari, 2009

MISI DAKWAH DI LUBOK CHINA MELAKA

Alhamdulillah pada 15 hb Februari 2009 yang lalu bertempat di rumah Bonda salah seorang stokis Sahabat Siti Khadijah telah berjaya diadakan satu pertemuan khusus untuk melaksanakan misi dakwah didalam mempromosikan produk halal tanggungjawab bersama. Majlis yang bermula pada jam 3.00 pm telah dimulakan dengan penerangan tentang syarikat , produk-produk hpa dan ujipakai produk yang disediakan oleh kami. Kehadiran kelompok kecil pada hari itu tidak menjejaskan semangat mana-mana pihak namun misi ini dapat berjalan dalam suasana santai dan ceria. Walaupun tidak dapat mengikat komitmen mereka yang hadir sebagai ahli namun pintu hati mereka telah mula terbuka untuk menerima dan menggunakan produk-produk hpa dalam

kehidupan harian. Kesedaran telah mula berputik tapi keadaan ekonomi tidak begitu mengizinkan waktu ini. Namun begitu beberapa produk telah dpilih sebagai bekalan untuk dibawa pulang kerumah untuk dicuba. Tahniah ...


Pelapis dimasa depan sedang dilatih ....




Ehh ... buat apa tu ? Ada pertandingan cabut uban di kaki ke ..
















Sebenarnya ...masing-masing sedang ujipakai Krim But-But , ada kakak tu sebaik sahaja sapu krim but-but saja terus sendawa berkali-kali ....kuasa Allah ye ...krim but-but pun boleh tolak angin dalam badan rupanya.

Dah puas mendengar penerangan dan macam faham je semuanya maka macam biasa le ... penutupnya ada sedikit jamuan yang disediakan oleh tuanrumah. Alhamdulillah ....terima kasih tuanrumah muga diberkati dan dimurahi rezeki.
Aminnn...tamat.

TERKINI KUTIPAN "UNTUKMU GAZA"

Alhamdulillah kutipan semakin bertambah. Kutipan terkini adalah :-

RM 435.00
Teruskan menyumbang..

11 Februari, 2009

TESTIMONI PENGGUNA 3

Nama : Pn Sharipah Bt Syed Aziz
Lokasi : Ampang Selangor
No HP : 018-2271835
Penyakit/Masalah : Masalah Berat Badan & Gastrik
Produk yang diambil/diamalkan : Kopi Radix .....mai secawan

TESTIMONI

Mengalami masalah gastrik . Telah mencuba bermacam-macam ubat tapi tidak berkesan . Alhamdulillah setelah menjadi ahli HPA telah mengamalkan minum air suam setiap pagi sebelum mengambil secawan kopi radix bersama 4 keping roti bakar kosong. Selepas 1 bulan mengamalknnya berat badan beliau telah turun sebanyak 15 kilogram dan masalah gastrik pun turut hilang. Telah bersama HPA selama 17 tahun dan kini berusia 60 tahun.

09 Februari, 2009

TERKINI KUTIPAN "UNTUKMU GAZA"

Alhamdulillah kutipan "UNTUKMU GAZA" meningkatkan lagi . Jualan amal sempena PBC kami yang berlangsung pada 7-8 hb Februari 2009 di Hotel Seri Impian Jasin telah mendapat sokongan padu daripada para peserta kali ini. Selain daripada jualan amal kalender 2009 ini , jualan ayam organik goreng tepung RFC telah dibuat semasa sesi penutup pbc kali ini. Tiada harga yang ditetapkan pada jualan amal ini , setiap peserta yang ingin merasai kelazatan dan keenakan Ayam RFC Sahabat Siti Khadijah ini hanya perlu menyumbang seberapa ikhlas kedalam tabung yang disediakan. Alhamdulillah Ayam RFC SSK yang siap digoreng habis dijual dalam sekelipmata. Selain mengambil kesempatan untuk beramal , setidak-tidaknya ianya juga sebagai pengubat keinginan untuk merasai sendiri ayam RFC di restoran RFC .Setelah ditolak kos ayam , tepung , sos dan lain-lain serta dicampur dengan hasil jualan kalender, hasil bersih jualan amal yang dapat dikumpul adalah sebanyak RM 200.00
Setelah dicampur dengan derma yang diterima pada 6 hb Februari 2009 sebanyak RM 174.00 dan derma pada 7 hb Februari 2009 sebanyak RM 17.80 maka kutipan terkumpul sehingga kini adalah sebanyak :- RM 391.80
Alhamdulillah sebanyak RM 380.00 telahpun dimasukan kedalam akaun BIMB Tabung Kemanusiaan Harakah pada 9 hb Februari 2009.
Mudah-mudahan sumbangan kecil ini amat besar ertinya kepada Rakyat Islam Palestin.
Hancur ! Hancur ! Hancur Israel !
Hidup ! Hidup ! Hidup Islam !
Takbir !!!

CORETAN PBC DI HOTEL SERI IMPIAN JASIN

BIARKAN GAMBAR YANG BERBICARA ...



Suasana hari pertama ...



Macam pernah jumpa je .... tapi kat mana ya !

Wah ! Banyaknya produk kat belakang cikgu tu...





Serius je .... apa topik gaknya ??

Siap dengan gaya PJS Fadillah menyampaikan mesej berkaitan kelebihan dan keistimewan kopi radix . Macam kata mat Bosnia tu.... mai secawan.










Ewah ewah , berbincang atau bergosip ??


Amboi ! Amboi ! Amboi !

Pasti ada yang menarik ya !! Kongsi le sikit.


Serius atau buat-buat macho bro kita ni ?





Wah ! Caya la HPA nak buat Mallnya sendiri.


Wah cayalah ... uji suara ya . Tak pe ini hiburan alternatif bagi mendidik jiwa .














Cakap sorang-sorang je ke ...

Kenapa tapak tangan tu bang !















Kongsi pasal halal haram halal haram ye ...





Berhibur lagi ye ...lagu apa pulak ? Suci sekeping hati ...










Selama ini ku mencari-cari teman sejati buat menemani perjuangan suci ...



















Dah jumpa teman sejati ke ??





Kau nampak tak apa yang ku nampak ? Bakal pejuang HPA in making ...














Dah puas bernasyid jom kita tengok tapak tangan
pulak . Terror ke tuuu...



Wah banyaknya tompok-tompok putih. Patut le bau angin semacam je ...
















Action !!!














Saya cadangkan pn kena ambil ubat ......
Gelak semacam je ...apa yang seronok sangat tu..
















Saya rasa amat bersyukur .......
Wakil peserta PBC sedang menyampaikan ucapan dipenghujung kursus.














Serius je .....

Tengah dengar amanat siapa ye ...

La ... ni siapa pulak yang gambar macam exco je ...
Apa maknanya ini semua ?
Hai takkan tak faham-faham lagi .
Dah selesai daaaa...

05 Februari, 2009

TERKINI KUTIPAN "UNTUKMU GAZA"

Alhamdulillah sempena hari yang mulia ini yang merupakan Penghulu kepada semua hari , Tabung "Untukmu Gaza" telah menerima sumbangannya yang pertama . Syukran Jaziran diucapkan muga sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada ALLAH SWT.. aminnnn.

TABUNG DERMA : RM 162.00 ( 3.48 pm - 060209 )
+ RM 12.00 ( 6.15 pm - 060209 )
Insyallah segala derma dan jualan amal akan dimasukan kedalam Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Harakah yang akan menyalurkan sumbangannya terus kepada Wakil Hamas pada majlis yang dijadualkan akan berlangsung pada 120209 ini nanti.

Insyallah jualan amal akan kita gerakkan semasa PBC di Hotel Seri Impian Jasin pada 7-8 hb. Apa produknya ....tungguuuu

AYUH ! BERJIHADLAH !!!

04 Februari, 2009

JUALAN AMAL "UNTUKMU GAZA"


Jualan amal ini adalah bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung Kemanusiaan Palestin bagi membantu meringankan bebanan , trauma dan kemusnahan yang diakibatkan oleh serangan Israel Laknatullah. Usaha sekecil ini diharap dapat menyumbang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh warga HPA Melaka khususnya dan warga HPA keseluruhannya untuk menjayakannya. Inisiatif ini dimulakan dengan menjual Kalender Ekslusif 2009 kami dengan harga RM 5.00 . Bagi setiap RM 5.00 yang diperolehi daripada jualan tersebut sebanyak RM 3.00 akan dimasukan kedalam tabung tersebut.Buat permulaan ini , jualan amal ini telahpun dilaksanakan di Pusat Agensi Jasin dan insyallah akan diluaskan lagi ke Pusat Jualan Duyong dan Stokis-Stokis Kelab Sahabat Siti Khadijah yang ingin turut serta menjayakan jualan amal ini. Lebih ramai stokis yang terlibat akan memudahkan lagi ahli-ahli HPA untuk menderma sambil membeli . Usaha juga sedang dilakukan untuk mendapatkan kerjasama daripada Cawangan HPA di Semabok dan Tangkak untuk membantu didalam jualan amal "Untukmu Gaza" ini. Buat ahli HPA/Stokis HPA yang mempunyai barangan atau idea lain untuk menambah koleksi jualan amal ini adalah amat dialu-alukan. Kepada ahli HPA yang berada di luar Melaka yang rasa terpanggil untuk bersama dengan kami untuk menjayakan jualan amal ini boleh berhubung dengan kami seberapa segera yang boleh. Kepada para ahli HPA yang tidak mahu membeli sambil menderma tapi berhajat untuk menderma juga boleh berbuat demikian dengan memasukan sumbangan anda kedalam Tabung Derma yang akan disediakan dilokasi-lokasi yang mengambil bahagaian. Insyallah perkembangan jualan dan kutipan derma serta lokasi-lokasi jualan yang akan mengambil bahagian akan diumumkan dari masa kesemasa dalam laman blog ini.

Ayuh !! Kita mulakan sumbangan kecil ini mudah-mudahan ianya akan dapat membantu Rakyat Palestin mengalahkan Israel Laknatullah. Takbir ! Takbir ! Takbir !

AGEN STOK TERBARU

Alhamdulillah salah seorang ahli kelab telah berjaya dilantik sebagai Agen Stok berstatus Stokis berkuatkuasa Januari 2009. Beliau yang dimaksudkan adalah Pn Rahimah Ab Rahman. Tahniah dari semua Ajk Kelab buat Pn Rahimah diatas kesungguhan beliau didalam mengembangkan pasaran dan rangkaian beliau dalam tempoh masa yang singkat. Mudah-mudahan kejayaan yang telah diterokai ini akan menjadi contoh ikutan kepada ahli-ahli HPA dan kelab yang lain. Pihak kelab akan sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan dan bantuan yang diperlukan dari masa kesemasa. Dengan adanya stokis terbaru ini akan memberi kemudahan kepada para ahli HPA untuk mendapatkan produk dan penerangan yang lebih terperinci berkaitan perkembangan syarikat. Buat masa ini beliau beroperasi dan boleh dihubungi dialamat seperti berikut :
Pn Rahimah Ab Rahman
KM 10 Kampung Solok Gaung
75460 Ayer Molek
Melaka
HP : 019-6570166
Tahniah dan selamat maju jaya.

03 Februari, 2009

KURSUS REFLEKSILOGI

Insyallah kursus tersebut akan diadakan seperti tentatif berikut :

Tarikh : 28 hb Februari 2009 (Sabtu )
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Tingkat 1 Cawangan HPA Semabok
Fasilitator : Ustaz Abd Hadi (Herbalis HPA)
Bayaran : RM 30.00 (Ahli-ahli KSSK dapat potongan sebanyak RM 5.00)
Untuk Ilmu , Nota dan makan minum sepanjang kursus.

Yang berminat sila daftarkan diri dengan segera kepada :
Pn Zahirah Muhammad - 013-6137313
berserta bayaran yang tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal hadir pada hari kursus tanpa alasan yang munasabah.Pendaftaran boleh juga dibuat di Pusat Agensi HPA Jasin.

AYUH !! Kita tambah dan tingkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam salah satu cabang Perubatan JAWI dengan hadir ke kursus ini beramai-ramai. Rugi tau kalau tak join ...

02 Februari, 2009

CORETAN KPJ BERSAMA PU HPA

Alhamdulillah majlis tersebut telah dapat dijalankan dengan jayanya mengikut jadual. Hotel Kings yang menjadi tumpuan pada malam tersebut menyaksikan satu kejutan diluar jangkaan kerana hadirin yang hadir pada malam tersebut telah melimpah hingga keluar dewan. Tahniah dan syabas kepada semua pejuang dan pendokong HPA Negeri Melaka dan sekitarnya yang telah hadir beramai-ramai untuk mendengar kuliah Tn Hj Ismail yang padat dengan perkembangan HPA dan perkongsian ilmu perubatan herba. Majlis yang telah dimulakan dengan tayangan slide mengenai Palestin dan sebaik sahaja Tn Hj Ismail hadir bersama isteri kira-kira jam 9.45 malam beliau telah melancarkan kutipan derma "Untukmu Gaza" bagi peringkat Negeri Melaka dan alhamdulillah kutipan yang berjaya dibuat pada malam tersebut berjumlah RM 1399.45. Mudah-mudahan sumbangan yang telah dihulurkan akan dapat membantu pejuang-pejuang Palestin mengalahkan tentera-tentera Yahudi laknatullah.
Didalam kuliah kali ini Tn Hj Ismail telahpun berkongsi antaranya dengan semua ahli adalah kelebihan dan khasiat 3 produk baru yang telah berada dipasaran Melaka iaitu Minuman Roselle , Sabun Clay dan Kapsul IMT. Apa yang menakjubkan hasil daripada penerangan tersebut stok minuman Roselle dan Sabun Clay di Cawangan Melaka dan Tangkak habis keesokan harinya. Ramai yang hampa kerana tidak dapat menjadi antara orang pertama yang memilikinya. Apa boleh buat maaf jua yang dapat dipinta kerana stok di PJ Duyong dan PA Jasin juga habis dalam sekelip mata. Harap-harap pihak pengurusan dapat bertindak serta merta untuk menghantar stok baru dengan segera. PA Jasin berusaha juga untuk dapatkan stok dari Cawangan Muar tapi dimaklumkan bahawa bayang Minuman Roselle pun mereka belum nampak. Kesian yee.. cuma usaha kami berbaloi le juga sebab stok Sabun Clay ada sedikit kat sana.
Majlis malam tersebut berlarutan dan habis kira-kira jam 11.45 mlm. Nampaknya ramai yang tidak puas kerana tiada peluang untuk bersoal jawab. Diharap pihak pengurusan peka kepada penganjuran dimasa depan agar majlis tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memberi peluang secukupnya kepada para peserta dan perkara ini boleh diatasi sekiranya majlis dimulakan lebih awal berbanding masa kuliah Tn Hj Ismail pada malam itu bermula pada jam 10.00 malam. Testimoni yang hendak dikongsikan sepatutnya dikawal isi kandungannya agar tidak meleret-leret dan memakan masa yang panjang. Pemilihan tempat juga perlu diberikan perhatian dimasa depan bagi mengelakan banyak gangguan kepada perjalanan kuliah. Cuma daripada jadual yang telah dikeluarkan untuk siri KPJ pada bulan Februari 2009 nampaknya orang Melaka kena menunggu 2 bulan lagi untuk bertemu semula dengan Tn Hj Ismail kerana dalam jadual tersebut tiada peruntukan untuk Melaka di bulan Februari 2009. Sabau je le ...