SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

29 September, 2010

HATI-HATI ..SAYA HAMPIR TERKENA !!

Jika ANDA mendapat panggilan daripada seseorang yang mengaku daripada syarikat pembekal kad kredit yang memaklumkan bahawa maklumat peribadi ANDA telah disalahgunakan untuk mendapatkan KAD KREDIT PALSU dan ANDA telah berhutang dengan pihak bank angkara KAD KREDIT tersebut ...buatlah keputusan segera JANGAN PANIK dan JANGAN PERCAYA kerana ini adalah antara MODUS OPERANDI mereka yang terbaru untuk MENIPU KITA. Saya hampir terkena ...kisah saya begini ...

Semalam (28/09/2010) lebih kurang jam 4.30 pm , saya telah menerima panggilan daripada MBF Master Card HQ yang menanyakan samada betul atau tidak saya ada menelefon mereka untuk menaikan limit kredit kad saya. Saya menafikan lalu bermulalah dialog seterusnya ...

Mereka memaklumkan bahawa saya adalah pemegang kad kredit MBF Mastercard dan menurut mereka rekod menunjukan bahawa bahawa saya ada berhutang dengan mereka melalui penggunaan kad kredit yang tidak pernah saya miliki ini. Jadi bila kita nafikan sebab kita tidak memilikinya maka mereka memaklumkan bahawa dokumen saya telah disalahgunakan. Jadi saya kata apayang harus saya lakukan ...almaklumlah sapa nak bayar sejumlah wang yang besar yang tidak pernah kita gunakan itu . Lapor polis ? Nada memujuk pula timbul ...encik jangan bimbang kalau betul encik tak guna maka saya nasihatkan encik buat laporan ke Pusat Pengurusan Kad Palsu di Bank Negara ...nanti saya bagi no telefonnya tapi sebelum encik sila catatkan butiran-butiran berikut agar mudah encik buat laporan , setelah encik buat laporan minta pihak bank negara untuk hantar surat pengesahan kepada MBF HQ agar kami boleh batalkan kad kredit palsu encik ini ...

Saya pun mengambil catatan ...

No kad MBF Mastercard 5419120077336480
Jenis : Gold Card
Tarikh mohon : 4/06/2010 di Kota Kinabalu Sabah
Kredit Limit : RM 10,000.00
Alamat kad : Lot 219 , Jalan Pantai 88000 Kota Kinabalu Sabah
Tarikh penggunaan kad : 5/7/2010 RM 8500.00 di Indonesia

No telefon Pusat Pengurusan Kad Palsu Bank Negara 03-27727326

Nampaknya saya kena buat laporan esok sahajalah sebab jam dah menunjukan pukul 5 lebih. Dengan yakinnye mereka menyatakan bahawa pusat pengurusan ini ditutup pukul 6 sebab ini kes penting.

Kebetulan pula pada hari tersebut memang banyak betul dugaan yang menimpa diri ini ditambah pulak dengan masalah RM 8500 ni maka saya pun mendaillah nombor Pusat Pengurusan Kad Palsu Bank Negara tersebut ..

Selamat Petang Pusat Pengurusan Kad Palsu Bank Negara ..boleh saya bantu encik .
Saya nak buat laporan penggunaan kad kredit palsu atas nama sayalah encik .
Kalau encik nak buat laporan maka saya kena aktifkan pita rakaman ini bagi merekodkan segala laporan encik boleh ?
Boleh saya jawab ...ok pita rakaman telah kami aktifkan sila berikan nama dan no telefon encik. Encik letakkan telefon nanti pita rakaman kami akan panggil balik encik .

Tak lepas tu betullah , mereka memanggil saya balik dan lepas tu mula dia merekodkan segala laporan saya dari A - Z kononnya ...
Caranya memang agak pro macam polis menyiasat dengan soalan-soalan yang dikemukakan .
Dipendekan cerita ...
Ok encik , pihak kami akan menyiasat dalam tempoh 3 hari dengan kerjasama pihak polis dan bank dan dalam tempoh ini encik jangan cerita pada sesiapa pun kerana ia mungkin kerja rakan baik encik dan bla bla bla ...
Hujungnya ...
Bagi melindungi encik , pihak kami ada menyediakan skim perlindungan untuk membantu encik sekiranya terjadi apa-apa penipuan keatas kad dan akaun bank encik yang lain . Oleh itu kami perlukan maklumat daripada encik untuk memudahkan kami memantau sekiranya ada bla bla bla ...yang semua itu cuba menyakinkan kita dengan mereka.
Dia minta nama bank , kad kredit bank mana pakai , ada guna online banking ke ? Last-last tu dia minta kita 4 no kad kredit kita , lepas tu dia minta pula semua digit kad ATM yang kita ada . Bila sampai tahap ni hati saya dah berdetik dan was-was ? Alhamdulillah tuhan masih nak selamatkan saya kerana saya hampir percaya dengan mereka dan kebetulan pelanggan saya sudah Q kat kaunter nak beli barang dan mereka memberikan hint agar tidak memberikan nombor-nombor yang diminta lalu bila dia tahu saya dah mula tak percaya ...maka terkeluarlah kata-kata berikut ...kalau encik tak percaya encik boleh buat laporan polis dan saya tunggu laporan polis encik lalu terputuslah talian tersebut toot , toot , toot
Hati rasa tak sedap lalu terus telefon pusat khidmat Bank Islam lalu saya ceritalah kejadian tadi dari A - Z. Syukurlah encik kata eksekutif khidmat pelanggan yang melayani panggilan saya tu. Nasib encik baik kerana sudah ramai yang telah tertipu terutamanya wanita. Jadi itulah sedikit sebanyak yang perlu diceritakan ....kalau nak diikutkan panjang lagi tapi paling penting mesej yang disampaikan dapat difahami ..

Jadi jika ANDA menerima panggilan yang serupa atau seakan-akan serupa yang mungkin bertukar mungkin skripnya .....
Jadi JANGANLAH PERCAYA !

25 September, 2010

HARUMKAN HIDUP ANDA DENGAN ...

Harumkan persekitaran hidup ANDA dengan produk terbaru kami ...REED DIFFUSER . Terdapat dalam 2 bentuk iaitu Haruman dalam bentuk serbuk yang sedia digantung dimana sahaja dan Haruman dalam bentuk cecair yang sedia diletakan disudut-sudut istimewa ANDA bagi mendapatkan keharuman persekitaran yang sempurna.

Diciptakan dalam 3 haruman yang istimewa yang pastinya akan membangkitkan aroma kehidupan yang bersih dan segar ~ Lavenda , Rose dan Epal. Dapatkannya dengan harga yang sangat mampu ANDA miliki ~ RM 10.00 sahaja.


20 September, 2010

TERBARU !! RTD MANGGIS

Dapatkan Produk minum terus (RTD) Manggis yang kini sedang hangat dipasaran. Minuman yang mengandungi ekstrak kulit , isi , biji dan tangkai buah manggis dan lain-lain buah terpilih - acaiberry , blueberry , goji , cranberry , strawberry , cherry dan red grape yang mempunyai bahan antioksidan yang tertinggi didunia.

Gabungan ekstrak buah-buahan yang mempunyai bahan antioksidan yang paling efektif terutamanya kulit manggis boleh mengatasi masalah peneuan dan pelbagai penyakit degeneratif seperti jantung , strok , buah pinggang , hati , kanser , limfoma dan lain-lain penyakit kronik.

Keistimewaan bahan antioksidan adalah bertindak untuk menutralisasikan bahan paling mudarat iaitu radikal bebas yang terdapat banyak dalam tubuh badan. Kesan nutralisasi ini berupaya menghalang dan melumpuhkan kesan mudarat yang dicetuskan oleh radikal bebas.


Secara ringkasnya KHASIAT RTD MANGGIS ~ CHARGE adalah


~ Meningkatkan tenaga
~ Anti Alergi
~ Menurunkan tekanan darah
~ Melindungi hati
~ Meningkatkan daya ingatan
~ Mengawal gula dalam darah
~ Anti Ulser dan masalah digestif
~ Memperbaiki masalah kulit
~ Mengurangkan masalah kesakitan sendi dan tulang
~ Meningkatkan sistem imuniti
~ Menjaga kesihatan gusi
~ Menjaga kesihatan jantung
~ Melengahkan kemudaratan akibat kanser
~ Melambatkan pembentukan atherosclerosis
~ Membantu aliran darah
~ Membantu kesihatan otak
~ Membantu kesihatan mata

HARGA : RM 3.80 sebotol RM 22.00 sekotak (6 botol)


Cubalah ...Tak rugi mencuba manalah tahu dengan izin ALLAH inilah produk yang bakal menjadi penawar kepada masalah ANDA selama ini.

ZIARAH RAMADHAN @ UPU TAMAN MAJU DAN AIR BARUK JASIN

Alhamdulillah , seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan Kareem , team MTD Bemban sekali lagi turun ke gelanggang menziarahi insan-insan yang terpilih untuk disantuni sempena bulan yang mulia ini. Memandangkan terdapat sedikit masalah teknikal untuk mengemaskini aktiviti ini maka kami bawakan "siaran tertunda" untuk tatapan dan renungan bersama mudah-mudahan tersentuh hati kita untuk sama menyumbang tidak kira dimana insan-insan terpilih ini berada. JOM kita saksikan gambar-gambar yang dapat dirakamkan sepanjang penjelajahan ini ...



Antara penerima sumbangan adalah bapa kepada Allahyarham Dr XZXAXI yang terkorban di Indonesia .

Jasa dan pengorbanan guru mendidik anak-anak PASTI tidak dilupakan sempena bulan yang mulia ini.

Kesihatan yang tidak mengizinkan , akibat kemalangan yang dialami maka kesannya terpaksa ditanggung hingga ke hari ini. Kesedihan berpanjangan apatah lagi isteri tercinta telah pergi menemui Illahi di awal Ramadhan tempohari.


Sempat bertanya khabar dan aktiviti harian sepanjang Ramadhan ini ..

Sebak dan pilu menerima kunjungan kami , kunjungan dan ingatan kami kepada beliau di bulan yang mulia ini cukup untuk membuat ibu ini tersentuh hatinya ..


Yang patut menerima pembelaan akan tetap dibela

Ujian di hujung usia , penglihatan kabur , kekuatan untuk menguruskan diri sendiri sudah semakin kurang , mujur ada isteri yang penyayang disamping. Sebak menerima sumbangan daripada kami .


Nenek tua yang berkorban mengambil alih tugas mendidik cucu-cucu setelah kematian bapa mereka ...

Ibu tunggal yang berusaha keras mencari nafkah demi membesarkan 3 orang anaknya . Tinggal dirumah yang disewa dengan kadar yang tidak sepadan dengan kondisi rumah itu sendiri . Bersabarlah mudah-mudahan akan ada sinar kebahagian dihujung jalan.



Sekian adanya ...

17 September, 2010

SIAPAKAH BIDADARI ITU !

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: “ para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”

Tiba terdengar suatu suara: “ Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana.”

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

“Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia,” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

“ Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini,” terdengar sekali lagi suara tadi.

“Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.

“Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,” Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: “aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?”

“Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.

“Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah,” rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: “jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
“Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu…IBU!”



Moral :

Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.

ADAKAH ADA ESOK BAGIMU ?

Kisah untuk renungan bersama... Katakan sekarang... jgn tunggu sampai esok... Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.

Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mahu minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu wajar-wajar saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh."

Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi. Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya.Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mahu apabila diajak keluar.

Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan mengatakannya."

Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.

Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah serius dan dia tidak sedar bahawa kemalangan itu bakal menjemput isterinya menemui yang maha mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya. Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah meluangkan waktunya untuk mereka.

Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik. Dia menggunakan wang yang disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50, 60,dan 70. Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya,
tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan tersebut. Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu..." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.



MORAL :

Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain !

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia, hari itu tidak pernah akan datang.

Jika anda selalu fikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan pergi

sungguh dengan begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah tinggalkan anda.

08 September, 2010

BILA TAKBIR BERGEMA !

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
LAILLAHAILLAH WAALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM


Itu tandanya Raya datang lagi , Suka tak suka Ramadhan tetap akan meninggalkan kita dan menjelmalah pula Syawal sebagai ganti. Inilah ketentuan Illahi. Sesiapa yang gagal memanfaatkan kehadiran Ramadhan terpaksalah menunggu 11 bulan lagi untuk melangsaikan apa yang masih tidak kesampaian itupun jika ALLAH izinkan. Kehadiran Syawal sebagai tanda kemenangan dan kejayaan pada mereka yang berjaya lulus dengan cemerlang di Universiti Ramadhan. Kehadiran Syawal merupakan hadiah yang terbaik kepada mereka yang berjaya mengharungi pesta ibadah di bulan Ramadhan.
Kejayaan kita di bulan Ramadhan bukan bermakna kita boleh berpesta semaunya di bulan Syawal tapi disebalik kegembiraan kita meraikannya kita dituntut terus meningkatkan amalan dan mutu ibadah kita semuga ianya akan menaikkan tingkatan takwa kita di sisi ALLAH SWT.
Sempena bulan baik dan mulia ini , izinkan kami semua warga kerja Kelab Sahabat Siti Khadijah dan PASTI Sahabat Siti Khadijah mengambil sedikit ruang ini untuk mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA

AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua pengunjung setia blog kami , ahli-ahli kelab , anak-anak didik PASTI dan keluarga dengan harapan dan doa semuga kehadiran syawal ini akan disambut dengan penuh keriangan dan kesyukuran walau dimana ANDA meraikannya. Berhati-hatilah kerana malang tidak berbau. Semuga kita semua akan berjumpa lagi selepas ini dengan penuh keazaman dan semangat yang tinggi untuk melakukan perubahan demi maruah Agama ISLAM , bangsa dan tanahair tercinta ini.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
LAILLAHAILLAH WAALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM

02 September, 2010

ZIARAH RAMADHAN @ UPU TEHEL

ALHAMDULILLAH pada tanggal 29 hb Ogos 2010 bersamaan 19 Ramadhan 1431H , team MTD Bemban sekali lagi telah turun ke padang didalam program ziarah sempena kedatangan bulan yang mulia ini . Program yang bermatlamatkan menyantuni insan-insan yang kurang bernasib baik ini selain berziarah dan bertanya khabar ianya juga disertakan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka.

ALHAMDULILLAH ...sambutan yang diterima cukup baik dimana rombongan kami telah disambut dengan besar hati walaupun mereka tak empunya apa-apa tapi budi bahasa yang dilahirkan cukup menunjukkan kebesaran hati mereka menerima ketentuan Ilahi. Siapa yang mahu hidup didalam keadaan serba daif tapi apa boleh buat , ini ketentuanNya bagi menguji kesabaran dan keimanan mereka lebih-lebih lagi disaat insan-insan lain sedang menanti-nanti ketibaan hari lebaran yang mulia , mereka masih lagi berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka agar kemiskinan hidup mereka didunia ini tidak bersama dengan mereka pabila mereka bertemu dengan Rabbuljalil disuatu ketika yang pasti.

Mudah-mudahan sumbangan yang tidak seberapa ini akan memberikan setitik kegembiraan kepada mereka didalam menanti ketibaan untuk sama-sama meraikan hari kemenangan seluruh umat Islam yang berpuasa. JOM kita saksikan wajah-wajah insan yang wajib disantuni yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama ..






Rezeki yang ALLAH kurniakan diawal Ramadhan ....dipangku mesra oleh abangnya. Alhamdulillah kecil-kecil lagi sudah boleh diharap .




01 September, 2010

SEDALAM MANA CINTA KITA ?

Nak tahu sejauhmana dalamnya CINTA KITA terhadap NYA ? Adakah CINTA kita berbalas atau CINTA kita BUTA ? Dapatkan segera SOLUSI ISU 23 untuk ketahui jawapannya !! dan banyak lagi isu-isu dan topik-topik yang menarik dalam edisi terbaru ini...