SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

23 Februari, 2011

KIBARAN KEMENANGAN

Bahang PRK N27 Merlimau semakin terasa sebagaimana "PANAS"nya cuaca di Melaka buat ketika ini. Namun itu bukan penghalang buat "JENTERA" kami menyiapkan senjata kami bagi menghadapi pilihanraya kecil ini. Jika melihat kibaran "KAU" diatas sana kami percaya lama dah kami menang tapi sayangnya "KAU" tidak boleh memangkah calun kami. Namun kibaran "MU" cukup membakar semangat kami untuk melakukan yang terbaik didalam MISI kami menawan DUN Merlimau bagi memastikan SUARA RAKYAT MERLIMAU khususnya dan seluruh rakyat Melaka secara amnya didengar dan diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak yang berkuasa. Kami mesti buktikan "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" ...

Kuat kerana muafakat ..
Ringan kerana sepakat ..
Bulat kerana iktikad ...
Cerdik kerana berilmu ..
Kecil jangan disangka anak ..
Tua jangan disangka bapak ..
Ketua logistik kami sedang memantau kerja-kerja yang sedang dijalankan...Syabas !
Kibaran pembakar semangat .....TAKBIRRRR

Hebat kerana ikhlas ...
Petugas daripada negeri sahabat yang turun membantu ....Terima kasih.
Hadiah untuk yang ikhlas berjuang ..
Allahuakbar ! .... Kibaran Kemenangan .
Kibaran pencetus kemenangan ISLAM . Patah sayap bertongkat dagu ...
Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

JOM UBAH ! SELAMATKAN MALAYSIA SEKARANG !

18 Februari, 2011

KERETA BAWA RISALAH TERBALIK DEPAN KEDAI ...PANAS !!

Semalam 17hb Februari 2011 tika aku sedang memandu pulang setelah selesai menghantar anak-anak kesekolah telefon bimbitku menerima satu panggilan ... "Abang apa dah jadi dengan kedai abang nie ? Kenapa tanyaku .. dengan nada bimbang ? Habis berselerak depan kedai abang nie .. Alamak .... dalam kotak fikiranku sudah terbayang kedai aku dah kena pecah ke atau mesin air aku kena kebas lagi ? Apa yang berselerak tanyaku ? Nie haa risalah-risalah ini ...sembah derhaka ada , risalah pasal si Nuar pun ada ...macam-macam ada . Ooooo takpe takpe kata ku. Biarkan , biarkan .... nanti saya uruskan . Sampai saja di kedai , memang benar seperti yang dikatakan .... bermacam-macam risalah tadi ditabur dan diselerakkan didepan kedai aku . Ingatkan saja depa nak takut-takutkan aku rupanya seluruh deretan kedai disitu menjadi sasaran puak-puak nie dalam operasi tabur mereka malam tadi. Geli hati pun ada jadinya bila lihat barua-barua nie buat koje mereka. Kat kedai yang takde pengundi pun mereka tabur . Kesian pun ada , demi untuk dapat upah yang tak sebesar mana sanggup depa buat koje yang tidak berfaedah ini. Sudahlah risalah yang ditabur tu semuanya berunsur fitnah dan isu lapuk , tugasan yang dibuatpun tidaklah profesional dan mencemar alam sekitar je kerana membuang sampah dimerata-rata tempat. Almaklumlah upah yang diperolehipun bukannya bersih jadi koje pun tak sesempurna mana..... malas nak layan akupun sapu dan bakulsampahkan aje ... terdetik juga hati untuk simpan dan jual sebagai surat khabar lama dapat juga sesen dua tapi takde maknanya ... sempatlah aku rakamkan sampah yang depa buat-buat kat depan kedai aku tu untuk dinilai dengan ilmu dan fikiran yang waras. Kata Nabilpun ....Lu Pikir le sendiri .Jom kita layan ...








10 Februari, 2011

DOKTOR DAN PENGUNDI

Alhamdulillah pada 5 hb Februari 2011 yang lalu AKU berkesempatan mengikuti progrom JOM TURUN PADANG di UPU tempat aku bertugas untuk menghadapi PRK DUN Merlimau. Program khidmat masyarakat bersama DOKTOR ANDA dengan PENGUNDI telah berjalan sehari suntuk sedikit sebanyak telah berjaya menyelami minat dan kecenderungan pengundi-pengundi di UPU ini. Menyantuni warga emas dan uzur ini walaupun dengan misi menambat hati pengundi nampaknya mudah tetapi penuh dengan misteri yang tersirat dan tersurat. JOM kita saksikan gambar-gambar yang dapat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung dan ternyata insan-insan "ISTIMEWA" inilah merupakan talian-talian hayat UMNO(BN) yang hanya diingati semasa musim-musim sebegini ....

Dah uzur tapi semasa ketibaan kami , makcik ini sedang membasuh pakaian keluarga menggunakan tenaga empat kerat. Ternyata apabila diperiksa ...hasilnya macam-macam penyakit ada .

Mendengar khidmat nasihat doktor ...


Masih boleh tersenyum walaupun keputusan pemeriksaan ternyata kandungan gula dalam darah dan tekanan darah cukup membimbangkan ...

Demi memastikan kesinambungan hayat Parti Cap Kapal Layar makcik kenalah rajin-rajin makan ubat dan berpantang ye ... nasihat AKU bukan Doktor tu ..

Makcik ni ada iras mak enon dan kebetulan namanya pun sama . Masih tidak menyedari bahawa zaman dah berubah tapi masih setia pada yang satu .... Sabar menunggu jalan masuk kerumah di TAR. Harap-harap PRK kali ini dapatlah TAR ...kalau tidak AKU undi juga Kapal Layar tu ...ngko jangan bimbang.

Duduk keseorangan semasa ketibaan kami ... nak berjalan pun sudah tidak berapa daya. Mudah-mudahan terbuka pintu hati untuk melakukan perubahan sebelum roh dan jasad berpisah ...aminnnn

Masih lagi rancak berbual kerana jarang-jarang dikunjungi tetamu. Kami pun cuba masuk jarum ler ...

Ada sedikit cenderahati selain daripada ubat yang kami titipkan. Mudah-mudahan sedikit kebajikan yang ditaburkan ini akan membawa angin perubahan yang diimpi-impikan.

Ikut rekod baru sahaja jalani ujian bulanan di klinik kerajaan tapi hasil pemeriksaan ternyata kandungan gula dalam darah sudah melebihi paras bahaya ? Sebab tulah kerajaan naikkan harga gula agaknya ....untuk selamatkan talian hayat mereka yang kebanyakannya sudah terlebih makan subsidi. Takpelah setidaknya kunjungan kami ini telah memberikan impak kepada pihak lawan ....esoknya AKU dapati jalan masuk kerumah sudah di TAR baru . He he ...nak lagi undilah PAKATAN RAKYAT !

Seronok makcik ni menerima kunjungan kami ... ingatannya sudah ingat-ingat lupa .
Seronok makcik ni dapat diperiksa kesihatannya oleh doktor yang kami bawa. Walaupun sekejap kami sudah dapat melihat corak pemikiran dan pola pengundian pengundi-pengundi di Saluran 1 ini. Kalau sudah tahu tapi duduk diam sahaja tidak ada maknanya juga. Jadi kami aturkan "STRATEGI" terbaik untuk memecahkan tradisi ini demi menjana kemenangan wakil kami di PRK DUN Merlimau ini nanti.

JOM UBAH ! SELAMATKAN MALAYSIA !

03 Februari, 2011

KEMBALI BERTAUT ....

Pada tanggal 29 hb Januari 2011 yang lalu , Alhamdulillah AKU telah bawa keluargaku ke suatu perjumpaan "SEMULA" demi menunaikan hajat ISTERI tersayang untuk berjumpa rakan-rakan sepersekolahan DIA di SMTAS ~ Sekolah Menengah Teknik Alor Star 1984 di sebuah restoran di Bandar Baru Bukit Raja Klang. Alhamdulillah kami sampai dalam jangkamasa yang dirancangkan walaupun pada hari itu AKU terpaksa menutup OPERASI kerana banyaknya undangan perkahwinan dan terpaksa pula berkejar ke Klang. Maaf banyak-banyak kepada pelanggan KAMI dan Keluarga Pengantin yang tidak sempat kami penuhi undangannya kerana faktor masa. Alhamdulillah perjalanan kami lancar walaupun keadaan cuaca dan jalanraya tidak menentu kerana hujan ... bimbang juga terjadi apa-apa yang diluar jangkaan lebih-lebih lagi keadaan diri pun tidak berapa stabil ...jiwa kacau dan stress. Almaklumlah tekanan perjuangan ...
Macamanapun perjumpaan tersebut telahpun selesai dan ianya telah menjadi suatu kenangan terindah bagi semua yang terlibat , bagi yang tidak dapat join disaat-saat akhir maka berdoalah semuga akan ada perjumpaan selanjutnya selepas ini .... Jomlah kita layan detik-detik yang sempat dirakamkan .... Faham-faham ajelah , bila orang "UTARA" dah berkumpul ....kalau "HANG" tak faham butir bicara maka "TERLOPONGLAH" ...tapi AKU biasalah dah kahwin dengan orang UTARA takkanlah tak boleh "MASUK" ....Ha ha ha


Ni mesti cite masa buat nakal kat asrama ...senyum semcam je !
Ada orang buat lawak ke ? Semua tunjuk gigi ...

Ada kisah terlampau ke masa kat sekolah dulu ....


Ni rupa yang buat lawak ? Ha ha ... sedang memberikan penghargaan kepada pihak penganjur dan mengimbau kembali kenangan semasa zaman persekolahan ...itu yang pakat gelak tu ... ingat buka cite SX ?
Tumpang seronok ....

Macam faham je ..... bukan orang SANA ?

Sapa pulak yang buat lawak kali ini ?

Chef mana nie ? Tuanrumah dan pemilik restoran sedang mengalu-alukan kedatangan kami ...En Zamri .

Dah bersedia untuk bersantap ....


Itu dia no .....nasi briyani arab
Pilih pilih jangan tak pilih. Macam-macam ada ...


Chef sedang mengintai menu yang disediakan ...
Ohhh sup kambing arab ..... sedap no
Malu-malu pulak nak ...bak le pinggan tur
Dah tak boleh tunggu .....jom kita pekena nasi arab.

Aik sikit je ? Diet ker ? Betul ker menunya nie ?
Si Ammar sedang menikmati nasi arab bersama ice blended ...site order . jangan lupa bayar plak yer ?
Ini dia restorannya ....Jalan 2a , Bandar Baru Bukit Raja Klang . Kalau tak jumpa cari Jalan Haji Sirat ....dekat-dekat situlah . Bolehlah datang bawa keluarga cuba nasi arab pulak. Sesekali tukar selera apa salahnya ekk ....



Selera sungguh .... apataknya makan sambil cite kisah kisah lama

Maaf rokok arab tidak disediakan ...jadi kenalah pekena rokok yahudi walaupun membahayakan kesihatan. Berani sedut berani tanggung akibatnya ... pesanan dari kawan yang prihatin.
Aktiviti memecahkan kolestrol selepas makan ....
Seronok , gembira dah kenyang dapat pulak bersantai ...
Anak gembira Aku pun gembira ...

Muga tautan ini akan membuahkan sebuah ikatan persahabatan yang diredhai dan membawa kejayaan hakiki di dunia dan diakhirat ......JOM UBAH SELAMATKAN MALAYSIA