SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

17 Ogos, 2011

Salamfone Kini di JASIN

BERITA BAIK !! Salamfone kini sudah berada di Melaka terutamanya di Daerah Jasin. TAHUKAH ANDA !! Salamfone adalah sebuah syarikat Telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan SUARA , DATA dan SMS mudah alih (Mobile) PERTAMA berasaskan SYARIAH ?Apa bezanya Salamfone dengan Operator Telekomunikasi yang lain ? Dari segi perkhidmatan yang ditawarkan tiada bezanya kerana apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh lain-lain operator Salamfone juga menawarkan perkhidmatan yang sama. Jadi apa bezanya ?? Bezanya adalah konsep perniagaannya adalah berasaskan kepada SYARIAH ! iaitu Berinfaq sambil Berhubung.Kos panggilan sesama Sahabat Salamfone ,1 sen akan didermakan kepada Badan Kebajikan Terpilih. Bukan itu sahaja , Salamfone ada Talian Hidayah - Tele-Ustaz (Khidmat Nasihat Agama) , Tele-Fatwa (Rujukan Fatwa) dan Tele-Halal (Direktori Halal). Setiap Jumaat Salamfone akan memberikan nasihat melalui Tazkirah Jumaat melalui SMS secara PERCUMA ! Ia juga ada perkhidmatan bagi meraikan Hari-Hari Kebesaran Islam. Apa yang menariknya perkhidmatan berasaskan Syariah ini adalah TIADA yang disembunyikan terhadap KADAR Panggilannya. Kadar panggilan RATA ke semua rangkaian RM 00.20 sen seminit kesemua rangkaian dan RM 00.10 sen bagi caj SMS. Ada lagi .... kepada pelanggan Salamfone yang menambah nilai sebanyak RM 30 sebulan adalah berpeluang untuk menunaikan UMRAH dimana setiap bulan seramai 4 orang akan dipilih untuk menunaikan UMRAH manakala seramai 11 orang yang bertuah pula akan dipilih menjadi TETAMU ALLAH bagi menunaikan HAJI oleh panel yang dilantik khas. Jadi apa yang di TUNGGU LAGI .... kini sudah ada ALTERNATIF nya sebuah syarikat Telekomunikasi telah menawarkan satu perkhidmatan yang berasaskan SYARIAH bagi melengkapkan pakej kehidupan kita semua yang ingin mencari KEREDHAAN ILAHI bagi kejayaan di DUNIA dan di AKHIRAT.

Untuk keterangan lanjut dan melanggan sila datang terus ke Premis kami di alamat

SEROMPONG ENTERPRISE
JB 7765 , JALAN ASIA SELATAN 1A
TAMAN ASIA SELATAN
77200 JASIN
MELAKA

013-8518745 atau 06-5291452



06 Ogos, 2011

APAKAH ITU CINTA DAN PERKAHWINAN ?

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"


Moral :

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..

YANG MANA JADI PILIHAN ?

Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an.An Naml (semut), Al 'Ankabuut (labah-labah), dan An Nahl (lebah).

Semut, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.

Lain lagi huraian Al-Qur'an tentang labah-labah. Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh (Al 'Ankabuut; 29:41), ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.

Akan halnya lebah, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal"
(An Nahl;16:68). Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.

Lebah tidak menumpuk makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.

Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis binatang ini. Ada yang berbudaya 'semut'. Sering menghimpun dan menumpuk harta, menumpuk ilmu yang tidak dimanfaatkan. Budaya 'semut' adalah budaya 'aji mumpung'.

Pemborosan, foya-foya adalah implementasinya. Entah berapa banyak juga jenis 'labah-labah' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa"

Nabi Shalalahu 'Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'lebah'. Sesuatu yang tidak merusak dan tidak menyakitkan :"Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya"

Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah!

02 Ogos, 2011

KAMI PRIHATIN ....

Alhamdulillah pada 30 hb Julai 2011 yang lalu , kami PAS Cawangan Tehel dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Bemban (MTD BEMBAN) telah berjaya melaksanakan satu misi bagi membantu meringankan beban saudara seagama didalam menghadapi rencah didalam kehidupan bagi menunjukan keprihatinan KAMI didalam merealisasikan konsep Negera Berkebajikan ditengah-tengah kehidupan bermasyarakat. Walaupun tanpa peruntukan yang besar, sumbangan yang dihulurkan ini diharap dapat membantu insan yang kurang berkemampuan dapat hidup dengan keadaan yang lebih selamat dan sempurna. Mendengar sahaja keluhan daripada insan yang kurang bernasib baik ini apabila diajukan bantuan kepada pihak yang berwajib di sebuah negeri maju telah dibuat seperti bukan rakyat negeri sendiri maka kami dengan rasa prihatin telah terpanggil untuk menghulurkan bantuan demi meringankan beban mereka sekeluarga. Hasrat murni ini telah dapat kami kabulkan pada tarikh keramat ini dimana Pengerusi MTD Bemban sendiri telah turun kelapangan untuk menyampaikan bantuan berbentuk zink dan kelengkapan memperbaiki bumbung dapur rumah saudara seagama ini yang telah bocor kesekian lamanya. Semuga dengan bantuan yang dihulurkan dapat memberikan keceriaan kepada En Mohamad Isa sekeluarga lebih-lebih lagi didalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan Kareem. Jom kita saksikan ...


En Mohamad Isa sedang menunjukkan zink-zink yang telah bocor ... dituduh menyebelahi PR maka peruntukan yang sepatutnya telah dinafikan. Seolah-olah peruntukan yang ada hanya untuk orang yang menyokong kerajaan sahaja. Sedangkan semua rakyat berhak kerana cukai dipungut daripada semua rakyat yang layak.



Keprihatinan kami TERBUKTI !! ... Pengerusi MTD Bemban sedang menyerahkan sumbangan yang tidak seberapa nilainya tapi cukup untuk mengukirkan sekuntum senyuman kegembiraan buat sebuah keluarga .
Sembang-sembang bermanfaat selepas selesai melaksanakan misi kecil tapi besar ertinya ... buat sebuah kehidupan.

UBAHLAH SEKARANG ! SELAMATKAN MALAYSIA ..