SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

20 Mei, 2009

LAGI PRODUK BARU DIPASARAN

Minuman tambahan yang ditunggu-tunggu. Bukan setakat menghilangkan dahaga tetapi dengan izin Allah dapat pula merawat penyakit. Sesuai untuk merawat masalah senggugut dan buasir. Cubalah !!
Harga
Pengguna RM 20.00
Pengedar RM 16.00
Nilai Mata
7
Pilihan bagi para ibu dan pengemar Kari. Kini telah berada dipasaran Rempah Kari Ikan serta Ayam dan Daging keluaran HPA. Tukarlah kepada rempah yang terjamin kebersihan , kesucian dan keberkatannya keluaran syarikat Bumiputera Islam 100%. Tinggalkanlah rempah yang selama ini banyak menaja program-program hiburan dan menyalurkan keuntungan untuk perkara-perkara yang tidak menguntungkan ISLAM. Bantulah memperkukuhkan ekonomi ummah.
Harga
Pengguna RM 6.00
Pengedar RM 5.00
Nilai Mata
1
Super Hero baru di dapur dan bilik mandi anda. Diperbuat daripada kulit nenas dan bebas daripada penggunaan SLS.
Dapatkan Pencuci Pinggan Widuri , Pencuci Lantai Merbau dan Pencuci Tandas Angsana sekarang !!
Harga
Pengguna RM 4.50
Pengedar RM 4.00
Nilai Mata
1

Kesemua produk ini terdapat di Pusat Agensi Jasin , Pusat Jualan Duyong , Cawangan HPA dan Stokis berhampiran anda. Ayuh ! Bertindaklah segera ...

PRODUK TERBARU DIPASARAN


Minuman Alg merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang(sachet) teh .
Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang .Selain digunakan untuk
tujuan melawaskan kencing,darah tinggi,gout dan batu karang,
HPA menggunakan teh Alg untuk tujuan anti kanser,atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius.
Jika produk corcinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman Alg
yang bersifat dingin.Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini
untuk demam panas.Apapun Alg sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.
Harga
Pengguna RM 20.00
Pengedar RM 16.00
Nilai Mata
7

UTUSAN PENGGUNA KINI DIPASARAN

Mengupas persoalan PELACURAN yang semakin membarah dan menjadi masalah sosial yang amat serius masakini ?? Isu Radiasi , Isu MSG dan banyak lagi. Dapatkan segera di Pusat Jualan Duyong dan Pusat Agensi Jasin. Harga cuma RM 1.50 sahaja.

19 Mei, 2009

d'VILLAGE RESORT JADI SAKSI ?

Alhamdulillah ... program Perkongsian Bijak Cemerlang telah berjaya diadakan pada 16-17hb Mei 2009 yang lalu di d'Village Resort Ayer Keroh Melaka. Lokasi ini telah menjadi saksi dan medan melahirkan sekumpulan lagi pejuang yang akan mempromosikan produk-produk halal HPA di bumi Hang Jebat ini insyallah !! Saksikanlah selanjutnya ..


Satu pengiktirafan ...

Jom nasyid ..
Mak oii ! Besarnya tapak tangan. Inilah agaknya pepatah melayu yang mashyur tu ...kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Sebahagian tenaga penggerak PBC Melaka.Serikandi belaka ..
PJM Hafidzan sedang menyampaikan slot Halal Haram ...

Ini slot RM RM RM pulak
Sebahagian lagi ...serikandi jugak


Para pserta sedang menyiapkan tugasan yang diberikan bagi slot LDK

Kumpulan Roselle sedang membuat pembentangan dan persembahan ...


Kumpulan Freesia sedang buat pembentangan dan persembahan kumpulan ...ada lagu tema "Bingkai Kehidupan" tapi tak cukup meyakinkan para juri

Kumpulan Centella sedang membuat pembentangan dan persembahan kumpulan. Tahniah ! kerana berjaya meyakinkan juri dan telah diumumkan sebagai Johan bagi PBC kali ini. Subhanallah !

Wakil peserta lelaki sedang menyampaikan pandangan , cadangan , teguran dan macam-macam lagi . Rupanya seorang guru disiplin. Jadi ... Selamat Hari Guru
Wakil peserta wanita sedang berucap ... rupanya seorang bekas Ketua Jururawat . Terus terang dia tak ambil ubat hospital walaupun kerja kat sana kecuali terpaksa ...
PJ Rahimah Ab Rahman sedang menerima hadiah semangat daripada PJM Hafidzan . Tahniah ! Muga hadiah yang diterima bakal menyuntik semangat untuk terus berjuang dan berjuang ...
PJM Hafidzan sedang menyampaikan amanat terakhir sebelum tirai program dilabuhkan ...

Para peserta khusyuk mendengar amanat yang disampaikan. Muga menjadi bekalan dan pedoman didalam meneruskan perjuangan yang suci murni ini.
Sekian adanya. Hingga jumpa lagi pada PBC akan datang yang akan diadakan pada 20-21hb Jun 2009 Insyallah !.
HPA ...Boleh ! Boleh ! Boleh ! Insyallah
HPA ...Barakallah

14 Mei, 2009

SEKITAR KPJ MELAKA 13 MEI 2009

Alhamdulillah ... Kuliah Perubatan Jawi kali ini telah berjaya diadakan di Putra Ballroom Hotel Ancasa MITC Melaka dengan kehadiran yang cukup ramai. Kehadiran yang ramai ini telah menyebabkan pasukan "HIJAU HPA" terpaksa mengalah demi memberikan keutamaan kepada para tetamu yang datang. Tumpuan kuliah ini adalah kepada produk dan kaedah rawatan penyakit yang telah ditulis didalam buku JAWI MEDICAL HERB oleh PU HPA sendiri.Saksikanlah ....







PU HPA sedang menunjukkan dan menerangkan produk terbaru dipasaran iaitu Pencuci Lantai dan Pencuci Tandas ...panas lagi beb.


Testimonier 1 - En Mohamad Khir Hj Zakariah telah menceritakan pengalaman anak saudaranya yang telah menghidap penyakit Kanser Rahim.Produk yang diambil adalah Shark Cartelilage , Rebusan Mikrolenin , HB .... selepas sebulan mengamalkannya alhamdulillah dengan izin Allah , pemeriksaan yang dibuat telah mendapati ketumbuhan tersebut telah mengecut....SUBHANALLAH !

Testimonier 2 - Pn Rafidah Moksin telah menceritakan pengalaman sepupunya yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Produk yang diambil adalah plantisol , tuju angin , vitex , kopi radix ...dengan izin ALLAH , penyakit sepupunya telah beransur pulih . SUBHANALLAH !

PU HPA TN HJ ISMAIL HJ AHMAD sedang menyampaikan cenderahati kepada Testimoier 1.

Majlis rasmi berakhir pada jam lebih kurang 11.30 malam dan sepertimana biasa PU HPA akan dikerumuni oleh peserta yang mempunyai hajat untuk bertanya kaedah rawatan keatas pelbagai penyakit dan masalah yang dihadapi oleh mereka.Yang itu saya tak tahu pukul berapa ianya berakhir....
Hingga jumpa lagi di siri KPJ yang akan datang. Jangan lupa dapatkan buku Jawi Medicals Herb untuk rujukan di siri-siri akan datang .Beli buku dapat buku dapat ilmu dapat nilai mata .Fikirkanlah ...

11 Mei, 2009

RFC ADA KAT JASIN ??

Sempena dengan Hari Terbuka PAS Melaka anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka , Pusat Agensi Jasin dengan kerjasama Lajnah Ekonomi Dewan Muslimat telah turut sama menyertai program ini yang telah diadakan pada 10 hb Mei 2009 bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat Di Dataran HAMAS PAS Jasin. Dikesempatan ini , pameran dan jualan produk-produk HPA telah diadakan. Tidak ketinggalan produk istemewa iaitu Ayam Organik Goreng ala ala RFC. Alhamdulillah sambutan yang diberikan oleh para pengunjung sememangnya diluar dugaaan. Sembilan ekor ayam yang digoreng telah habis dijual dalam tempoh yang singkat. Apataknya ... sebagai pengubat kerinduan buat sementara waktu bila RFC yang sebenarnya boleh beroperasi di Mydin Melaka agaknya. Gambar yang ada cukup memberikan gambaran bahawa orang Melaka memang mengharapkan RFC agar segera dibuka di Melaka. Saksikanlah sendiri ....