SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

27 Ogos, 2010

NAK NIAGA SECARA KECIL-KECILAN ?

ANDA nak cuba berniaga ? Tapi tak tahu apa yang nak diniagakan ? Tiada modal ? Tiada pengalaman ? Tiada skil pemasaran ? Tiada keberanian ?

Nak berniaga sebab sudah bosan dengan kerjaya ANDA masakini ? Nak berniaga sebab nak jadi jutawan macam orang lain ? Nak berniaga sebab 9/10 kejayaan datangnya dari perniagaan ?


Jika ANDA masih tercari-cari bagaimana nak mulakan perniagaan ANDA . Jika ANDA masih tercari-cari jawapan daripada persoalan-persoalan yang menghantui diri ANDA . Insyallah KAMI ada penawar dan jawapannya .

JADILAH USAHAWAN MINYAK WANGI MUNIFHIJJAZ sekarang !!

Dengan bermodalkan RM 250.00 sahaja ANDA sudah bergelar USAHAWAN dengan keuntungan 20 %

Mulakanlah langkah pertama ANDA bersama-sama dengan KAMI. Asahlah bakat dan skil pemasaran ANDA bersama KAMI ..


Dengan 18 haruman inspirasi dalam botol tunggal 8ML yang boleh dibawa solat , insyallah ianya akan mendapat sambutan hangat kerana pati wangian haruman inspirasi kami diadun dengan teliti bagi menerbitkan aroma berkualiti setara dengan haruman jenama antarabangsa terkini yang diperkukuhkan lagi dengan ketulenan patinya yang memberikan keharuman kekal sepanjang hari , tanpa alkohol dan tanpa pencairan - Munif Hijjaz simbol tanpa keraguan.


Dengan 6 haruman untuk lelaki sejati dan 12 haruman untuk wanita bestari ianya pasti laris dipasaran dengan harga yang amat berpatutan iaitu hanya RM 22 sahaja sebotol . Cara pembungkusannya yang menarik pasti teruja sesiapa yang melihatnya.

Jadi apa difikirkan lagi. Buatlah keputusan yang bijak dengan menyertai kami sebagai USAHAWAN HARUMAN MUNIFHIJJAZ sekarang.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi USAHAWAN atau mendapatkan koleksi haruman ini untuk kegunaan peribadi atau hadiah untuk yang teristimewa sempena AIDIL FITRI yang bakal menjelma , bolehlah menghubungi saya di talian 013-8518745(24 jam) atau 06-5291452 (Waktu Pejabat). Tuah ayam nampak dikaki , Tuah ANDA siapa yang tahu ...


MUNIFHIJJAZ SIMBOL TANPA KERAGUAN

23 Ogos, 2010

NYAHKAN TOKSID DARI DALAM BADAN ANDA ?

Badan ANDA banyak TOKSID ? Tak tahu samada badan ANDA banyak TOKSID atau tidak ? Lihat tapak tangan masing-masing . Lihat pada ulas jari-jari ANDA . Sekiranya ulas jari-jari ANDA warnanya gelap berbanding dengan warna tapak tangan ANDA ini bermakna badan ANDA banyak TOKSID . Jangan PANIK kerana kami ada alternatifnya untuk mengeluarkan TOKSID tersebut dari dalam badan ANDA. Cubalah FOOT PATCH kami sekarang !!


HARGA : RM 20.00 (10 Keping)

Ramai yang telah mencuba dan berjaya ! ANDA tunggu apa lagi ...

20 Ogos, 2010

BERINGATLAH SEBELUM KENA ...

Pagi tadi seusai sahaja bersahur , solat subuh dan sedikit tadarus ,keheningan pagiku diganggu oleh bunyi deringan telefon bimbitku yang jarang-jarang menerima panggilan seawal pagi. Kebiasaannya panggilan daripada pelanggan yang ingin bertanya samada kedai buka atau tidak hari ini ataupun bertanyakan produk-produk tertentu ada atau tidak. Tanpa banyak soal aku bingkas dari pembaringan disofa mengejar telefon bimbit yang berada didalam bilik agar tidak terlepas panggilan. Sebaik sahaja dijawab kedengaran suara seorang perempuan ...

P : Assalamualaikum En Halim , saya Pn XXXX daripada sebelah kedai En Halim
S : Kenapa Puan ?
P : Mesin Air En Halim tu sudah rosak ke ?
S : Kenapa Puan berkata begitu ?
P : Takder ler , sebaik saya sampai sahaja tadi saya lihat mesin air tu terbuka pintunya dan senget. Ingatkan rosak atau nak pindah ker ? Itu yang saya telefon ni nak bagi tau ..
S : Peti duit ada lagi tak puan ?
P : Takder
S : Ok puan . Terima kasih ye puan kerana telefon bagitau saya

Selesai sahaja perbualan tersebut maka akupun bergegas le ke kedaiku dengan diiringi isteri dan 3 anakku. Masuk sahaja ke lorong kedai tu , sudah nampak dah mesin air aku tu dah terbuka. Sah mesin air tu sudah kena pecah lagi. Sesampai sahaja didepan kedai lantas terus aku menuju ke mesin air yang sudah pecah tu untuk melihat sisa-sisa yang ditinggalkan ? Ku lihat , kunci mangga telah dipecahkan dan diumpil . Duit dan petinya hilang dilarikan ?? Yang tinggal hanya 2 , 3 keping siling yang bertaburan di bawah dan tertinggal dikotak peti duit . Lantas terpacul suara dari Isteriku .....baik juga pencuri ni sebab tak ambil semua duit . He he ketawa kecil aku dibuatnya lantas ku jawab .... kalau baik takkan dia jadi pencuri ?? Ku ambil kamera didalam kedai lalu ku ambil beberapa keping gambar lantas ku tinggalkan mesin airku yang dah dipecahkan tu menuju ke balai polis Jasin untuk buat laporan polis.
Seusai sahaja laporan polis dibuat , dimaklumkan IO tiada dipejabat , kesemua keluar kerana banyak kes berlaku pada hari ini. Salah satunya yang dimaklumkan oleh petugas di balai itu adalah kes pecah rumah di Air Baruk dimana kejadian berlaku semasa tuanrumah sekeluarga keluar menunaikan Solat Tarawih. Bila balik sahaja didapati rumah sudah kena pecah , habis segala duit dan barang kemas hilang ....anggaran kerugian lebih daripada 5K. Jadi balik le aku tanpa sebarang kenyataan direkodkan. Kehidupan dan perjuangan perlu diteruskan .. aktiviti harian diteruskan macam biasa ... ke cawangan hpa mengambil stok yang tiada untuk hari ini. Sedang urusanku belum selesai ... telefon bimbitku berdering lagi tapi kali ini daripada balai polis jasin memaklumkan bahawa IO sudah berada didepan kedai. Jadi tanpa berlengah ku punggah semua barang dagangan ku kedalam kereta lantas kembali ke kedai. Sampai sahaja dikedai , kulihat tiada IO yang menunggu lantas ku panggil semula ke balai dan dimaklumkan bahawa IO ada kes terbaru ....kali ini kes getah beku dicuri orang di RIM.

Persoalan demi persoalan timbul ? Apa dah jadi dengan negaraku ini ? Sudah teruk sangatkah masalah ekonomi masing-masing hingga masalah kecurian begitu berleluasa. Dibulan yang mulia ini ramai yang berlumba-lumba merebut kelebihan Ramadhan tapi disuatu pihak lagi mengambil kesempatan dan mencari jalan mudah untuk mendapat wang dengan mencuri . Sama-samalah kita fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah dan gejala yang tidak baik ini daripada terus berkembang biak. Beringatlah sebelum kena dan minta dijauhkan daripada terkena musibah dibulan yang mulia ini dikala kita sibuk sedang menunggu-nunggu untuk meraikan kemenangan kita dihujungnya. Jangan disebabkan oleh kealpaan kita maka ianya akan merosakan keceriaan yang kita impikan di bulan yang mulia ini.

Untuk akhirnya , kita saksikan gambar-gambar mesin airku yang telah dipecahkan orang dan dicuri duitnya ...
Untuk pengetahuan semua ... kejadian ini telah masuk kali yang ketiga berlaku keatas mesin air ini ..
Kejadian 1 - hanya terdapat kesan umpilan pada braket keselamatan - tiada lporan polis dibuat.
Kejadian 2 - Pintu hampir berjaya dipecahkan , masih bernasib baik kerana pemilik restoran sebelah dan PN yang menalipon tadi menyaksikan kejadian ini dan mereka cabut lari tanpa hasil - laporan polis dibuat tapi tiada sebarang tangkapan berjaya dibuat walaupun ada no kereta yang digunakan dilaporkan.
Kejadian 3 - hari ini , mereka berjaya memecahkan dan sekaligus mendapat apa yang dicari ....duit siling . Laporan polis dibuat dengan syak ianya dilakukan oleh kumpulan yang sama ...kita tunggulah sepandai-pandai tupai melompat , akhirnya .....tolong habiskan bidalan ini seadanya..


Keadaan mesin yang terbuka setelah kedua-dua kunci keselamatannya dipecahkan..

Kondisi mesin yang masih boleh beroperasi walaupun telah dipecahkan secara paksa ..

Kedudukan lokasi peti duit yang telah hilang ...

Selak pintu yang pecah kena umpil ...

16 Ogos, 2010

TEMPAHAN KINI DIBUKA!!


Jangan biarkan Aidil Fitri ANDA sekeluarga tidak lengkap tanpanya ? Jangan rosakan kemenangan ANDA mengharungi RAMADHAN KAREEM dengan menghidangkan minuman yang meragukan dan subahat kepada sanak saudara dan sahabat handai yang datang berkunjung di hari yang mulia ini. Inilah masanya yang terbaik untuk mempromosikan "PRODUK HPA" . Inilah masa yang terbaik untuk berbelanja sambil berjihad merealisasikan slogan "Produk Halal Tanggungjawab Bersama". Jangan sampai ANDA menggigit jari diatas kelalaian anda membuat keputusan awal. Justeru ini bagi mengelakan perkara yang tidak diingini daripada terjadi maka TEMPAHAN AWAL KINI DIBUKA bagi yang berminat untuk mendapatkan bekalan Radix - Cola , Sarsi , Oren , Ais Krim Soda , Grape dan Strawberry untuk hari raya nanti. Apa yang perlu anda lakukan adalah :-

1. Nyatakan jumlah dan perisa yang ANDA perlukan.
2. Buat bayaran sekaligus ...hanya RM 34.80 untuk sekarton (12 botol)
3. Nyatakan bila produk ini hendak diambil ?

Pihak kami akan :-

1. Berusaha untuk mendapatkan bekalan awal yang diperlukan
2. Menyimpannya dengan kawalan yang ketat
3. Menyerahkannya kepada ANDA bila diperlukan.

JADI TUNGGU APA LAGI ! TEMPAHLAH SEGERA SEBELUM KEHABISAN ....

09 Ogos, 2010

AHLAN WAHSALAN RAMADHAN 1431 H

Alhamdulillah Alhamdulillah Ramadhan datang lagi . Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT kerana mengizinkan AKU berjumpa dengan Ramadhan Al Mubarak sekali lagi. Bagi pihak semua warga Kelab Sahabat Siti Khadijah dan PASTI Sahabat Siti Khadijah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan RAMADHAN KAREEM dan mengucapkan SELAMAT MENGHAYATI DAN MELAKSANAKAN IBADAH PUASA di bulan Ramadhan Al Mubarak ini kepada semua pengunjung SETIA blog ini. Mudah-mudahan Ramadhan kita semua pada tahun ini adalah lebih baik kualitinya berbanding Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Rebutlah bulan PESTA IBADAH ini sebaiknya untuk kita meningkatkan lagi amalan dan ketakwaan kita kepada ALLAH SWT. Janganlah hendaknya kita terleka dengan aktiviti-aktiviti yang sia-sia dan terpesona dengan tawaran-tawaran dunia yang memang senantiasa melalaikan kita daripada menghayati ibadah puasa pada tahap yang tertinggi iaitu menjadi orang yang sebenar-benarnya berpuasa dan bukannya sekadar menahan lapar dan dahaga disepanjang hari. Carilah yang terbaik , laksanakan yang terbaik dan jadilah insan yang terbaik. Aminnnnnn

06 Ogos, 2010

SEPAGI DI ZOO MELAKA

ALHAMDULILLAH pada tanggal 5hb Ogos 2010 yang lalu , anak-anak PASTI daripada PASTI Sahabat Siti Khadijah telah berjaya melaksanakan aktiviti yang telah dirancang begitu lama iaitu Jalan-Jalan Sambil Melihat Kebesaran Ciptaan Ilahi di Zoo Melaka . Seramai 18 orang pelajar yang telah mendapat restu daripada para ibu bapa berserta dengan 4 orang pengiring telah berjaya melaksanakan misi dengan jayanya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang jumpa dan belajar dari ZOO Melaka , JOM kita lihat gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa kami sepanjang program tersebut berjalan ... zazzzzzzzzzzz


Nak kata lembu bukan lembu , bukan juga seladang , tapi saiznya cukup mantop , dagingnya pejal he he macam dah rasa je tapi itulah yang kita nampak dari otot daging yang menonjol. Kulit hitam berkilat ...inilah kebesaran Ilahi yang dilahirkan melalui mahluk ciptaan yang kami jumpa disana...Subnallah.

Anak Rusa nani sedang sarapan pagi ...

Inilah si leher jinjang ... bukan tiada guna leher panjang yang diciptakan oleh ALLAH ini. Banyak kelebihannya tau ..Dengan lehernya yang panjang Si Zirafah ini boleh menikmati pucuk-pucuk muda yang lazat berbanding dengan binatang yang lain. Bukankah sesuatu kejadian ciptaan ALLAH itu tidak sia-sia . Jadi fikir-fikirkanlah akan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kita ...pasti ada hikmahnya.

Satu lagi kebesaran Ilahi . Rupa bentuk macam lembu tapi tanduknya berbeza dengan lembu-lembu yang ada di negara kita. Cantikkannn...

Yang ni confirm lembu .....he he

Pukul berapa sang Harimau .... Pak Belang yang sedang aktif. Mungkin perut sudah berkeroncong , habuan tak terima lagi . Bersabarlah yer ....kan sabar tu separuh daripada iman.

Pukul berapa Sang Harimau ..... aik dah dekat pukul 10 nie . Kalau kat PASTI dah masa rehat nie . Apa pula menu hari ini ekkk ?

Pukul berapa Sang Harimau .... sabor aje lee . Malu kat budak-budak PASTI . Depa pun tak henti berehat hari nie sebab seronok ikut program lawatan ni.
1, 2 ,3 lekok , jantan betina kena ketok .... tidur yee. Boleh percaya ke ? Mungkin Sang Buaya ini sedang berkabung dan bersedih kerana saudara dia baru-baru ini telah dijumpai mati di perairan PD . Diam diam sang buaya ...berhati-hati akan libasannya .

Sang Burung Undan sedang membersihkan diri selepas mandi . Adik-adik sebelum ke sekolah mandi tak ? Kalau tidak malulah pada Sang Undan nie ...

Tiru macam saya adik-adik . Walaupun kakiku tirus tapi aku berjaya berdiri dengan kaki sebelah dengan bergaya. Adik-adik mempunyai sepasang kaki yang cantik dan besar , bolehke berdiri dengan kaki sebelah dengan stabil ditempat tinggi macam saya. Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita. Manfaatkanlah dijalan yang betul ...


Kesian Sang Helang tidak dapat menunjukan kehebatannya terbang bebas di angkasaraya. Apa boleh buat ...dah nasib badan.

Keriangan Anak-Anak PASTI menaiki trem mengelilingi ZOO Melaka .

Kalau ikan dikolam semakin susut inilah peminat setianya ....Memerang.

Oh Dunia ! Lihatlah mahkota ku yang cantik ini ... inilah burung Enggang @ Hornbill

Kita serupa ....menurut Teori Darwin ? Orang Utan = Manusia ?? Fikir-fikirkanlah ...
Si Rusa Bintik sedang menikmati pucuk daun segar ....
Si guru dan anak-anak PASTI sedang menikmati nasi lemak bungkus dan behoon goreng segar . Selera sungguh nampaknya. Almaklumlah dari pagi tadi belum ambil sarapan pagi kerana tak sabar-sabar nak melihat binatang-binatang di ZOO. Sudah puas keliling terasa laparlah pulak .... Jom kita pekena nasi lemat sat .
Si Alya Maisarah ..ceria bermain jongkang jongkit.
Peaceeeeeeee si Najwa


Aksi si Alia Rudin , Dina dan Asma di buaian ....
Ayunan Si Ameera dan Si Maisarah...
Semangat kerjasama dan tolong menolong yang ditonjolkan oleh anak-anak didik PASTI ....Alhamdulillah.

Ianya tidak sahaja wujud dalam kelompok manusia tapi juga wujud dalam kelompok haiwan. Inilah kejadian simbolik yang yang dapat dirakam di ZOO Melaka. Si Monyet ini datang mencuri makanan Si Burung Macaw . Tanpa segan silu walaupun kehadiran ramai pengunjung , dengan muka selamba masuk ke kawasan orang lalu membawa lari sebelah buah betik Si Macaw . Si Macaw yang ketakutan hanya melihat sahaja Si Monyet melarikan hidangan pagi mereka sekeluarga. Adik-adik jangan tiru perangai si Monyet tu tau ....
Mana pula pergi betik aku . Tadi aku lihat ada kat sini ....

Berlapar lagi lagilah kita maknya hari nie ... Si Monyet celaka tu dah larikan makanan kita lagi.
Sedia 1 ,2 3 ... Buai laju-laju ... Sampai pucuk atap ...
Aksi si Sohait Abbas .....
Alhamdulillah selamat mendarat ....
Gaya Si Asma Aqila ...
Cara si Insyirah ....
Tawa girang Si Atiff ...
Peaceee sekali lagi dari Si Najwa ...
Aksi girang Si Najah ....
Lagak handsome si Ammar Firdaus ...
Tari Sang Gajah ....
Aerobik pagi Sang Gajah ...
Aksi anak-anak PASTI yang mencuit pengunjung pada hari tersebut. Sebaik sahaja melihat Sang Gajah kumpulan koir(tak rasmi) Pasti Sahabat Siti Khadijah telah mendengangkan sebuah lagu yang berkaitan dengan Sang Gajah ...
Gajah berkaki empat ...Masyallah
.........
..........
.........
Adik-adik ingin tahu
Gajah makan apa
Sya la la la
Sya la la la
Gajah makan tebu

Dengan penuh bersahaja dan bersemangat mereka mendengangkan lagu yang diajar oleh guru mereka di sekolah. Dengan gaya yang tersendiri , mereka telah mendapat tepukan dan pujian daripada pengunjung yang turut sama mendengarkan lagu tersebut dan kebetulan Sang Gajah tersebut seakan-akan menari bila mendengar lagu yang didendangkan oleh anak-anak PASTI tadi ... Subhanallah.

Sempat berposing untuk menghilangkan keletihan berjalan ...
Meninjau tasik ZOO sambil menikmati aiskrim ....yum yum

Pasangan bahagia ....Si Angsa Putih

Wah lihat tu ...Si Angsa Putih yang comel .


Showtime .... sabar menunggu untuk melihat persembahan Gajah

Si Faris , Ammar dan Abbas ...sedang menunggu ketibaan gajah-gajah.

Muka-muka keletihan tapi masih bersemangat untuk melihat pertunjukkan Gajah.

Sempat lagi bercerita tentang pengalaman masing-masing di Zoo Melaka

Aksi si Danisya ....mana Gajah-gajah ni tak keluar lagi.

Peminat-peminat sudah semakin ramai ...

Peaceee sekali lagi dari Si Najwa ..
Akhirnya .....pertunjukan pun bermula. Si Raja sedang memberikan Salam Perkenalan kepada semua penonton.

Aksi gajah yang hendak tidur ....
Serupa dengan cara kita tidur ke ? Dihutan hanya anak gajah sahaja yang tidur berbaring , ibu dan bapa gajah tidur berdiri demi memastikan keselamatan anak-anak mereka. Begitulah antara info yang disampaikan oleh pelatih gajah kepada kami . Bayangkan tuan/puan , Gajah pun ada perasaan kasih dan sayang kepada zuriat mereka. Tapi kita hari ini ....apa sudah jadi ...ramai yang buang anak macam buang sampah jer ? Renung dan fikir-fikirkanlah !

Gajah pun pandai duduk antara dua sujud. Kalau kita tidak pernah melakukan duduk macam tu lima sekurang-kurangnya 5 x sehari malulah kita dengan gajah ini...


Para penonton yang kagum dengan pertunjukkan yang dipersembahkan ...


Gaya si pembalak profesional ....bukan pembalak "HARAM"

Si gajah pun pandai memakaikan topi tanpa perlu ada tangan ...

Si Noni sedang meniup harmonika ...
Si Tian sedang memukul tamborin ...
Si Gajah pun ada perasaan. Mudah tersinggung ...tak tahu apa sebab dia tiba-tiba merajuk ...
Siap sedia untuk memberikan si Gajah makan tebu ....
Bismillahirahmannirahim ...jangan lupa baca doa tau ...mungkin itu yang dikatakan oleh Si Husna kepada gajah tu..

Ada berani ke ?


Si Ammar menunjukan keberaniannya memberi gajah makan tebu ..
Dinosaur moden .....Sang Iguana sedang beristirehat sambil berzikir memuji ALLAH.


Last kopek ....pusingan terakhir sebelum mengundurkan diri bersama ilmu pengetahuan yang cukup berguna.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang memberikan kebenaran dan sumbangan untuk kami menjayakan aktiviti luar ini dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak ZOO Melaka kerana sudi menerima kunjungan kami . Terima kasih kepada Abang Trem yang telah memandu TREM dengan baik dan Terima kasih kepada semua haiwan yang sempat kami ziarah kerana sudi menerima kunjungan kami dan memberikan pelajaran yang amat berguna. Hingga jumpa lagi di lain kunjungan...