SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

31 Disember, 2008

MASA OPERASI PUSAT AGENSI JASIN 2009

Berkuatkuasa pada 1 hb Januari 2008 , masa operasi bagi Pusat Agensi Air Merbau Jasin adalah seperti berikut :

ISNIN - JUMAAT : 9.30 PAGI - 9.30 MALAM
SABTU : 9.30 PAGI - 6.30 PETANG
AHAD : TUTUP

Diharap dengan waktu operasi baru ini akan dimanfaatkan oleh semua ahli HPA untuk meningkatkan jualan dan promosi produk-produk halal kepada semua.

27 Disember, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1430 H

Saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa Kelab Sahabat Siti Khadijah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah kepada semua ahli kelab khususnya dan seluruh ahli keluarga HPA amnya. Sesungguhnya kedatangan tahun baru ini dinanti dengan penuh syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus berjuang dan berjuang sehingga ketitisan keringat yang terakhir didalam meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini dan debaran kerana cabaran demi cabaran pastinya sedang menanti pejuang-pejuang didalam mendepani suasana ekonomi yang tidak menentu buat masa kini. Namun yakin dan percayalah dengan janji-janji Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud "Sekiranya kamu bersyukur denganKu Nescaya akan Aku tambah nikmat pemberianKu keatasmu" Oleh itu Ayuhlah ... sempena kedatangan tahun baru hijriah ini marilah kita sama-sama perbarui tekad dan azam kita untuk berhijrah kesuatu destinasi , suasana , cara hidup yang lebih baik dan diberkati oleh Allah SWT. Ayuh kita teruskan Jihad Ekonomi kita dengan menukar "Supermarket" kita mudah-mudahan usaha murni kita ini akan dapat membantu meningkatkan kedudukan ekonomi ummah dan sekaligus berjaya meruntuhkan ekonomi kapitalis yang menjadi punca masalah ekonomi kita sekarang ini. Buangkan perasaan hasad dengki dan iri hati sesama ummah tapi tanamkanlah semangat kesukaan dan kecintaan untuk melihat ummah kita berjaya dan menerajui barisan hadapan walaupun mereka tidak nampak atau kenal siapa yang membawa mereka kehadapan.Percayalah usaha sekecil ini insyallah akan membebaskan kita dari kemurkaan Allah SWT dan insyallah syurgalah balasannya. Ingat tak kisah seekor burung dizaman Nabi Ibrahim yang telah menggunakan paruhnya untuk mengambil air untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada terbakar ?? Walaupun dia tahu air yang dibawa tidak akan dapat memadamkan api yang marak tersebut tapi niat ikhlasnya untuk menunaikan tanggungjawab yang boleh dilakukan dengan kudrat yang ada itulah yang bakal dinilai oleh Allah kelak di akhirat sana. Jadi ayuhlah ... contohilah siburung kecil ini , mudah-mudahan ianya merupakan titik hijrah yang paling murni dan besar disisi Allah SWT. Amin...

TESTIMONI PENGGUNA 1

Nama : Pn fauziah
Lokasi : Kg Padang Temu
No Tel : 06-2818642
Masalah : Kegemukan Berat Badan (80 kg)
Beliau telah menggunakan produk kopi radix , bijirin radix dan pelawas selama satu bulan. Alhamdulillah berat badan beliau telah berjaya diturunkan sebanyak 10 kg. Memandangkan terdapatnya perkembangan yang positif , beliau telah meneruskan pengambilan tersebut secara konsisten dan amat bersyukur kerana telah berjumpa dengan teman sejati didalam mencapai cita-cita untuk tampil dengan lebih berketrampilan.

19 Disember, 2008

PBC TERAKHIR 2008

Alhamdulillah PBC terakhir untuk tahun ini telah berjaya dijalankan dengan baik pada 13-14hb Disember 2008 yang lalu di RS Park Hotel Bandar Hilir Melaka. Seramai 40 orang telah turut serta dimana ianya adalah diluar jangkaan kami memandangkan musim cuti sekolah yang penuh dengan undangan perkahwinan disana-sini. Alhamdulillah berkat kerjasama dan komitmen semua bilik yang comel menjadi medan untuk semua peserta memahat komitmen untuk "Jihad" bersama-sama dengan HPA untuk memastikan produk halal memenuhi segenap ruang keluarga muslim. PBC kali ini menarik kerana ianya turut disertai oleh ahli-ahli HPA dari Kuala Lumpur , Selangor dan Johor selain orang Melaka sendiri. Perjuangan ini memang penuh dengan ranjau dan duri tapi alhamdulillah semuanya ini bukanlah suatu halangan untuk semua peserta untuk menoleh kebelakang lagi. Antara yang menarik untuk dikongsi daripada PBC kali ini adalah testimoni daripada salah seorang Fasilitator berkenaan kebaikan Evergreen Centella bagi merawat masalah hubungan suami isteri. Masalah yang dihadapi oleh sepasang suami isteri ini adalah hubungan kelamin mereka hanya berlaku 6 bulan sekali sahaja . Tak percaya ke ?? Bagi merawat masalah ini , perawat telahpun mengemukakan resepinya seperti berikut :- Masukan 3 titik madu asli HPA , satu sudu teh evergreen centella dan kemudian dimasukan 1 sachet kopi radix , bancuh dengan air yang sederhana panas dan minum. Alhamdulillah dengan izin Allah ...."Mesra Alam" ....tak faham ke! Hingga jumpa lagi ..

03 Disember, 2008

PERASMIAN CAWANGAN HPA MUAR

Perasmian cawangan tersebut akan diadakan pada 4hb Disember 2008 pada jam 8 malam oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd. Tuan Haji Ismail Bin Ahmad. Semua ahli adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Lokasinya adalah berhampiran dengan GIANT Muar - iaitu di Tanjung Agas Muar berhadapan dengan Sungai Muar