SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

27 Mac, 2010

MASIH ADA PELUANG UNTUK KEMBALI KEPANGKAL ?? RENUNGKANLAH WAHAI SUAMI-SUAMI ..

"Aduh-.sakitnyer-isk-.. aduuh-.Bang sakit nye tak tahan saya"
keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie-.lama sangat nak
bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya
tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah
sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd
Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 ½
jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak
hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja
yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci
Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan
kemudian bergegas memanggil Doktor Johari-Doktor Johari (Doktor
Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata
meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi
rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran -"Come on Nisa u can do it-one
more-." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga
dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar-"Good mummy" kata
Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba
Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy
and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri, it's a twin"Doktor Johari mengucapkan tahniah
kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan
kelahiran anak pertamanya, kembar pulak . Memang Doktor Johari itu
menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy
dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa
lega- tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya
sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu
kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa
mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam
dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di
Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa
menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.

Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik
semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi
Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan,
gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya
dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi
kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi
waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak
dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh
terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung-Nisa dah 2 bulan-Nisa
cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak
cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa
gembira bila mengandung tapi sebaliknya pulak terjadi. Perasaan
hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa
yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak
jemala Nisa.

"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape
Bang?"soal Nisa pada Zakri

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri
menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu"
sergah Zakri lagi.

"Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg
bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat
jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.

"ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua
kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan
suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar
sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih.

  ri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.
Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua
tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini
sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun
bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan
kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik
lagi budak tu"marah Zakri.

"Entah-entah keturunan kau , darah daging kau pun tak
senonoh-.heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk
Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni ,
saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam
agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya
bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari
kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak
penah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ketempat
kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat
Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah
dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah
Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam
sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya.
Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat
demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan
keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa ditempat kerja terpaksalah
Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada
waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput-macam-macam kata kesat
dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak
senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah
kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa
menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap
perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar diri lah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista
dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa,
ngadu kat emak takut dimarahi pula-bila Nisa balik kerumah kami
berdua akan berlakun yang kami tidak bergaduh-Nisa sedaya upaya
tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinan kami.
Kasihan Nisa-dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan
masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa ke dinding-Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu
Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa
dah seminggu pergi kesana untuk menolong Hari dah mula petang jadi
Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti
bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal
sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas
pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja
keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat
menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut
plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan
mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh
tunggu ker, suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi
lansung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari
pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang
saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan
direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat
demikian-terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening
kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH,
lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH"doa Nisa
dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan
menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam
nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak-berdenyut2-"Bang Nisa
minta maaf jika Nisa membuat Abang marah"Nisa memohon maaf pada
Zakri sambil teresak-esak.

Treet, Treet, Treet, Treet-.bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie
, sebok je-." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan
kawan-kawan di salah sebuah café. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat
wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie?sindir Azlan, kawan
pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung
berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan
cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau
langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku
masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau-mereka
perlukan kita masa tu-nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak
melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir
sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah
bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak
risau lagi"jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau
ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah
nanti"kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet-.bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking"
jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah
Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak
sedarkan diri---"panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke,
teruk ke dia Johari , okay I datang"-tuttttttt. Zakri menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri -"ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom
ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan
otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau-terhantuk
kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda
lebam. Mungkin kesan dah lama ? tanya Doktor Johari dengan serius
dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik
otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya-dan selepas kejadian
itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat
pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan
kesakitan Nisa-.baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk
minta simpati-tetapi sebaliknya-..Zakri hanya diam-."YA ALLAH apa
aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya terasa menggigil-

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala
sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang
amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku
tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum
meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.
Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat
menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah
diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.


Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa,
setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang
berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan
nyata keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Nisa semuanya
tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu
semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa-"YA ALLAH kenapa aku
buat Nisa begini"terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran
diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah
kering-membuat Zakri tertarik untuk membacanya-

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang-
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang
berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan
bunga tu Bang-Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa
dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan
setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu
kan- Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin-Abang panggil Nisa AYANG-terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu-walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah.
Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi.
Kenapa? Benci kah Abang pada Nisa?

Abang-mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu
sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang--.Danial
dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa
yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa
akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan
Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan
Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri
Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka.
Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka-Nisa
ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya
untuk Abang seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa ini
cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari
kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa
harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak
mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana
menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging
Nisa-tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang
sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan
sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat
membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita
dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan
DANIA adalah darah daging abang-Ampunkan Nisa dan halalkan segala
makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada
emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan
Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga
kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga
pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita
bang-Dania mengikut raut muka Abang-sejuk kata orang dan Nisa
yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa-Ibunya-sejuk
perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk
Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan
Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau
masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk
membisu.

YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari
ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara
Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang
gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS
DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN
MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT
NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi
seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu
setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam
kotak otaknya-setiap perbuatannya-seperti wayang jelas
terpampang...kenapalah sampai begini jadinya-kejamnya aku-Nisa,
Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri
tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas
pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan
Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk
melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan
Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir -seakan-akan lirik mata
Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan
berjuta penyesalan menimpa-minpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan
kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari
bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali
terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di
tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat
oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan
diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa
tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang
melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu
berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini
merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat
dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara
dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang
merah tanahnya-meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan
penyesalan -YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU
sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa-.ampunkan aku YA
ALLAH-.akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri
dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas
kegembiraan terpancar dimuka Nisa putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa
nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa

Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar
menangis. "YA ALLAH , Zakri, Zakri bangun Zakri-dan hampir senja
ni, mari kita balik . kenapa kau tidur kat sini Zakri?"tegur abang
long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar
mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah
kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah,
ayah akan menjagamu nak-kaulah penyambung zuriat, darah daging
ayah- emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka
berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa-

23 Mac, 2010

GOLONGAN MANAKAH KITA ?

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?"
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".


Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"


Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.


Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

20 Mac, 2010

BERJIWA BESARKAH KITA ??

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."


Moral:

Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir. Jadilah insan yang berjiwa besar ,berani mengakui kesilapan dan menghargai segala kebaikan.

15 Mac, 2010

53 RIBU SUDAH TERUK ??

Begitulah fokus utama bagi Utusan Pengguna keluaran Mac-April 2010. Adakah ANDA ! tergolong dalam 53 ribu itu ?? Untuk mengetahuinya sila dapatkan UTUSAN PANGGUNA dari Pusat Jualan HPA Duyong dan Pusat Agensi HPA Jasin sekarang ! Hanya RM 1.50 sahaja senaskah ...




14 Mac, 2010

MENYANTUNI INSAN YANG MEMERLUKAN

Pada tanggal 13 hb Mac 2010 , sekali lagi Program JOM TURUN PADANG telah berjaya dianjurkan oleh MTD Bemban. Pada kali ini , UPU Pondok Kempas menjadi sasaran kami dan fokus program kali ini ialah menyelami dan menyantuni kehidupan insan-insan yang memerlukan pembelaan dan bantuan untuk meneruskan kehidupan didalam keadaan ekonomi yang tidak menyebelahi insan-insan yang kurang bernasib baik ini. Dicelah-celah pembangunan yang pesat , dicelah-celah kehebatan manusia mencipta nama dan meloloskan diri menjadi jutawan rupanya masih ramai insan-insan yang terpinggir membawa nasib malang mereka tanpa pembelaan yang sewajarnya. Justeru itu , jika ANDA masih mempunyai hati dan perasaan belas kasihan JOM ikuti pertemuan ini seterusnya ...


Makcik ini semasa ketibaan kami sedang nyenyak tidur di "tilam empok" diluar pintu rumahnya beralaskan "bantal" berharga "JUTAAN" ringgit. Apa yang menyedihkan lagi rupanya Makcik ini telah kehilangan penglihatannya akibat daripada kemalangan yang dialami semasa pulang dari bekerja dari sebuah kilang ayam. Kehilangan penglihatannya juga telah menyebabkan beliau kehilangan pendapatan tetap beliau. Kini kehidupan beliau bergantung kepada anak bujang beliau yang juga tidak berapa sihat yang diakibatkan oleh kemalangan jalanraya namun begitu masih mempunyai pendapatan tetap melalui tugas beliau sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah kilang ayam.




Makcik ini menunjukkan kakinya yang patah akibat kemalangan yang dialaminya ..

Menunjukkan tangan dan jarinya yang patah semasa kemalangan tempohari .


Makcik ke dua yang kami ziarahi. Seorang ibu tunggal yang hidup menumpang di rumah PPRT yang tanah bukan miliknya. Mendapat ehsan daripada saudara mara untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan. Tinggal bersama adiknya yang juga merupakan seorang ibu tunggal juga.
Walaupun hanya menerima sekampit beras daripada kami . Besar hati makcik ini menerimanya ..

Rumah ke 3 yang kami kunjungi. Ibu tunggal yang ke 3 ini tiada dirumah kerana ke Pekan Jasin mendapatkan keperluan harian sekeluarga. Hanya anak-anak yang dapat kami temui. Sumbangan tetap dihulurkan demi kelansungan perjuangan yang panjang dan masih belum selesai.

Anak-anak buah penerima kunjungan kami yang ke 4. Mengambil kesempatan berkumpul dimusim cuti sekolah yang telah bermula. Seronok , gelak ketawa , gurau senda itu perkara biasa seorang kanak-kanak remaja yang masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan dan masa depan.

Sempat menyantuni Atuk yang sedang memikirkan masa depan cucu-cucunya dimasa depan ..
Menyantuni dan menyelami permasalahan ibu tunggal yang ke 4 ..

Akhirnya ...sumbangan sekampit beras dihulurkan buat masa dan ketika ini. Di masa depan belum pasti. Jika berani untuk buat perubahan insyallah ...masa depan yang lebih baik akan menanti .


Ibu tunggal yang seterusnya ... tinggal bersama 5 anak dan ibunya disebuah rumah yang berhadapan dengan rumah-rumah tanah jutawan yang menjadi kontrovesi baru-baru ini. Tempat "rehat bawah tanah " eksklusif yang mendapat bantahan penduduk setempat kerana ketidaksesuaiannya kerana dikelilingi oleh 100 % orang melayu beragama Islam. Tapi apakan daya kuasa "RM" mengatasi segala-galanya..

Keluarga kaum India yang daif juga tidak kami lupakan. Perjuangan kami merentasi sempadan . Siapa yang sahaja yang perlu dibela pasti akan kami bela sewajarnya..

Keluarga kaum Cina yang turut menerima sumbangan sekampit beras daripada kami. ANDA perlukan bantuan KAMI hulurkan bantuan sekadar yang kami mampu.

Mudah-mudahan bantuan yang sedikit ini akan menjadi penawar duka lara insan yang berdukacita. Mudah-mudahan bantuan yang sedikit ini akan mengusik sanubari para penerima dan pembaca untuk menilai kembali sejauhmana peranan kita untuk mengubah senario ini daripada terus berterusan. Tepuk dada tanyalah IMAN kita ... JOM kita lakukan perubahan demi satu kehidupan yang lebih bermakna , lebih berkebajikan demi MALAYSIA yang kucintai ..

09 Mac, 2010

TAKZIAH !

Bagi seluruh warga Kelab Sahabat Siti Khadijah kami ingin merakamkan ucapan TAKZIAH kepada keluarga Cikgu Zainurashid Juki yang merupakan Setiausaha Kelab diatas kembalinya Ayahanda tercinta kerahmatullah baru-baru ini. Kami semua berdoa muga cikgu sekeluarga tabah dan redho dengan pemergiannya. Kami juga berdoa muga roh allahyarham ayahanda akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnnn. Al-Fatihah

05 Mac, 2010

SELAMAT HARI JADI AIN!!

Malam tadi, kami sekeluarga telahpun mengadakan satu majlis yang sederhana bagi meraikan majlis sambutan harijadi anak kami yang kelapan sempena genap setahun usianya lahir didunia ini. Suatu majlis yang sederhana tapi penuh bermakna kerana majlis ini dapat dilangsungkan disuatu tempat yang cukup istimewa .... iaitu di RADIX FRIED CHICKEN ~ RFC di Mydin Mall. Kalau dulu semasa "zaman jahiliyah" setiap kali ada majlis istimewa keluarga sudah tentu ianya diraikan di tempat yang telah menyumbang berbilion ringgit kepada perjuangan Yahudi untuk menghancurkan rakyat Palestin dan umat Islam diseluruh dunia. Tapi kini setelah disedarkan dan telah ada alternatifnya maka kesempatan untuk meraikan yang tersayang pastinya akan mengambilkira segala faktor agar majlis yang diadakan bukan sahaja meriah tapi penuh bermakna kerana disamping dapat meraikan dapat juga menyumbang sesuatu untuk kepentingan dan perjuangan ummah didalam meningkatkan ekonomi umat Islam. Bukan sekadar untuk menghilangkan lapar dan dahaga tapi yang lebih penting daripada itu adalah sumber yang diberikan kepada anak dan isteri adalah dari sumber yang telah dipastikan halal lagi barokah.Dalam perjuangan pastinya perlukan pengorbanan maka pada malam tadi juga ada sesuatu yang terpaksa dikorbankan demi janji dengan anak-anak untuk membawa mereka ke sana . Buat para pelanggan kami yang menelefon kerana kehadiran mereka di Pusat Agensi tidak disambut dengan pintu yang terbuka , berbanyak maaf kami pohonkan kerana Pusat Agensi telah ditutup lebih awal malam semalam untuk memberi laluan kepada majlis keluarga ini .. ..
Untuk dikongsi kemeriahan suasana majlis kami sekeluarga pada malam itu di RFC Mydin Mall JOM kita saksikan sedikit paparan yang sempat di rakamkan mudah-mudahan kegembiraan dan kemeriahan ini dapat dirasai sama oleh ANDA dimana jua ANDA berada ...

Suasana dikaunter pesanan ...4 kaunter dibuka dan alhamdulillah semuanya penuh .


Macam kenal je .... para petugas sedang melayan tetamu dengan ramah dan senyuman TAHNIAH !!


Anakku ...Ammar Firdaus sempat berposing sementara menunggu gilirin untuk membuat pesanan. Maaf ye Ammar ...hajat tak tertunai malam tu. Beriya-iya benar untuk memesan hidangan Kid Meals tapi hampa kerana stok mainan sudah habis. Nasib baik dia memahami kalau dia buat hal meraung pada malam tu ...Ingatkan kat cawangan je stok yang banyak habis ? Rupanya kat sini pun ada masalah yang serupa . Cobaaaaaaan


Tak dapat mainan pun takpe le ...dapat gambar kat mainan pun jadilah ... Lain kali kita pergi lagi ye ....Ammar dan Alya Maisarah . Gitulah anak abah ...


Adengan makan pun tiba ...Wah bukan main seronok si birthday girl . Tapi yang lebih seronok adalah abang-abang dan kakak-kakaknya ..Dapat tumpang sekaki . He he

Wah macam-macam ada ....Lepas ni nak rasa apa pulak ye ?


Macam tak sabar rasanya Birthday Girl nak rasa Banana Ais Krim yang ada ditangan kakak tu ...Cepat le suapkan kat Ain


Si AIN memberikan pose yang terbaik malam tu ...Tunjuk apa tu ...??

Along dan si Angah terpaksa berpisah kerana ruang untuk keluarga besar seperti kami ini semuanya sudah dicop orang ...tak kisah le ...yang penting ayam goreng RFC ni sedappppp

Habis ayam ,,,, rasa pulak keenakan Burger Spicy Herb . Fuhhh lain daripada yang lain . Tak percaya cubalah sendiri.


Yang tinggal hanya tulang ...Banana Split Ais Krim pula jadi sasaran lepas nie ...

Dah sendawa le tu ...terbuka mulut nampak ..

Ada juga sahabat yang ditemui mengambil kesempatan untuk merasakan sendiri RFC. Tahniah ...

Dah kenyang ...kenalah pula ambil giliran jaga si Ain.

Si Ain seronok sungguh pada malam tersebut kerana diraikan ...

Sempat mengisi borang Kelab Wildani RFC untuk sekecil . Masing-masing tak mahu ketinggalan untuk jadi ahli ....PERCUMA.


Antara hiasan dinding di RFC Mydin Mall yang pasti menggamit para pengunjung yang datang.
Masih panjang barisan walaupun jam dah menunjukan jam 9.45 malan .


Ini sahaja yang tinggal sebagai bekalan ...

Dimana nak ku cari paparan sebegini kalau tidak disokong terus agenda perjuangan ini ...


Masih lagi bertali arus pengunjung yang masuk walaupun disaat kami sekeluarga meninggalkan RFC jam sudah hampir jam 10.00 malam.

Jadi begitulah kisahnya ...Bulan depan hari jadi siapa pulak ? He he
Jadi bagi sesiapa yang masih belum mencuba RFC di Mydin Mall jemputlah meraikan diri anda disana. Apa orang putih ada menyebut ..."Seeing is believing"

Untuk akhirnya ....SELAMAT HARI JADI AIN NADHIRAH daripada abah , emak , along ,angah ,anis , ainul , jiha , ammar dan alya. Muga membesar jadi anak yang solehah. Aminnnn



04 Mac, 2010

APA ERTI KASIH PADA ANDA??

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

"Untuk apa?" tanya si ayah.

"Nak bungkus hadiah" jawab si kecil.

"Jangan dibuang-buang ya." pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah........ ada hadiah untuk Ayah."

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja."

Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."

"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.

"Hadiah apa ni?"

"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.

Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-
buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"

Si kecil menjawab, "Tak Ayah....., ada isi tu... Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.

Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.



Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.

Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.

KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari "fikiran" anda sendiri.

Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda.

Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.

Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang koson
g