SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

16 Jun, 2009

PENANGAN AISKRIM TOIYIBBAH

Setelah sebulan lebih "Freezer" yang dibekalkan kecawangan-cawangan berbalut cantik tidak berisi ,kini penantian itu sudah berakhir ... Kini setiap kali menjejakkan kaki ke cawangan pasti akan disambut dengan bunyi loceng ais krim ....kling ! kling! kling! Ais Krim ! Ais Krim ! Ais Krim ! Yang pastinya anak-anak le yang paling gembira dengan kehadirannya . Mak bapaknya nak juga rasa tapi berhemah dan bersopan le almaklum le nak jadi contoh pada anak-anak ....jangan sampai nampak gelojoh sangat berebut dengan anak-anak.Saksikanlah gelagat anak-anak kami menikmati aiskrim Toiyibbah HPA ini , sudah 2 mangkuk selesai dalam tempoh tak sampai 20 minit aje.. Lihatlah telatah , gelagat dan aksi mereka menikmati keenakan , kelazatan , kesucian dan keberkatan ais krim apa ...kalau bukan AIS KRIM TOIYIBBAH HPA !!!








LAGI PRODUK BARU KINI DIPASARAN


Kopi diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.
Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitanya dan jangan sekali-kali memasukan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.
Hadirnya dalam bungkusan yang menarik boleh dibeli dengan harga pengedar RM 16.00 dan harga pengguna RM 20.00 untuk 15 paket dengan nilai mata 5. Dapatkannya di Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong sekarang !!!
Kicap yang ditunggu-tunggu kini sudah berada dipasaran Melaka. Hadir dengan dua kategori iaitu Kicap Lemak Masin dan Kicap Lemak Manis boleh dibeli dengan harga pengedar RM 3.00 dan harga pengguna RM 3.50 dan nilai mata 0.5. Hadir untuk menguji pasaran dan ternyata kehadirannya memang ditunggu-tunggu kerana kesemuanya habis dijual dalam tempoh 24 jam. Ciri-ciri keselamatannya juga terjamin kerana kicap HPA ini dibotolkan dengan menggunakan botol plastik. Sesiapa yang tidak berjaya untuk membelinya harap dapat bersabar , insyallah penghantaran kedua akan menyusul dalam tempoh yang terdekat.

15 Jun, 2009

BERMADU .... AKHIRNYA


Alhamdulillah produk dibawah keluarga HPA bertambah lagi. Kalau manusia kes-kes macam ini kita istilahkan sebagai "Bermadu" tapi dalam HPA ianya dikenali dengan "Sernegi". Madu yang telah terbukti akan khasiatnya apabila disenergikan dengan plantisol , coscinium dan ardisia yang telah banyak merawat masalah kencing manis , alahan/resdung dan ghout dengan izin ALLAH akan bertambah-tambah baik kesannya dan kemujarabannya kerana madu akan bertindak sebagai katalis bagi memperkuatkan lagi kekuatan herba.
Cara pengambilannya :
Pengambilannya 1 sudu 3 kali sehari dan minum air panas apabila mengambil herba-herba ini dan jangan mengambil minuman berais.
Dapatkanlah di Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong dengan harga pengedar RM 25.00 dan harga pengguna RM 30.00 dengan nilai mata 5.

Nota : Produk ini didapati membeku dibahagian atasnya. Untuk mencairkannya sila goncang secukupnya. Insyallah bahagian yang beku akan mencair semula dan produk tersebut boleh terus digunakan.

11 Jun, 2009

BABY KU...HPA


Alhamdulillah setelah dilancarkan secara rasminya pada 31 hb Mei 2009 yang lalu , kini lampin pakai buang BABY KU telahpun memasuki pasaran. Datang dengan pelbagai saiz , kuantiti dan harga yang tetap sama hanya nilai matanya sahaja.Ayuh dapatkannya segera ...beli jenama lain dah pakai kena buang . Lampin baby ku HPA boleh dikitar semula ke ?? Tidak le sampai macam tu ...dah pakai kena buang juga tapi dapat nilai mata... itulah bezanya.
Saiz S(66 keping)
Harga Pengguna - RM 50.00
Harga Pengedar - RM 40.00
Saiz M (84 keping)
Harga Pengguna - RM 60.00
Harga Pengedar - RM 50.00
Saiz L ( 72 keping)
Harga Pengguna - RM 52.00
Harga Pengedar - RM 62.00
Saiz XL (60 keping)
Harga Pengguna - RM 54.00
Harga Pengedar - RM 64.00
Nilai Mata - 8

PBC ISTIMEWA JUN 2009

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) bagi bulan Jun 2009 ini agak istimewa dari PBC yang pernah kami anjurkan. Istimewanya PBC kali ini adalah ianya akan diadakan di salah sebuat tempat yang menjadi tumpuan pelancung luar dan dalam negara di Negeri Melaka ini. Tempat yang kami maksudkan adalah TAMAN MINI MALAYSIA & ASEAN AYER KEROH MELAKA.Istimewa yang keduanya adalah Fasilitator kali ini adalah terdiri daripada PEMIMPIN-PEMIMPIN SAHABAT NETWORK selain daripada Kelab Sahabat Siti Khadijah sendiri.Selain dapat berkongsi ilmu kita juga berpeluang untuk melawat Taman Mini Malaysia & Asean ini secara percuma selain dapat berkursus didalam suasana kampung di tengah bandar. Oleh itu apa tunggu lagi ...Daftarlah segera.

TARIKH : 20 - 21 HB JUN 2009
TEMPAT : TAMAN MINI MALAYSIA & ASEAN AYER KEROH MELAKA
BAYARAN : RM 150.00
DEPOSIT : RM 50.00

UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN PENDAFTARAN SILA HUBUNGI
PN ZAHIRAH MUHAMAD - 0136137313
PN FADZILLAH YAHAYA - 0196561050
PN NASIMAH MUSA - 0138518519
PUSAT AGENSI JASIN - 0138518745
PUSAT JUALAN DUYONG - 0133795263

TEMPAT ADALAH TERHAD. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

07 Jun, 2009

TERAKHIR KUTIPAN "UNTUKMU GAZA"

Tanggal 31 hb Mei 2009 yang lalu maka berakhirlah kutipan derma untuk Tabung "Untukmu Gaza" yang diinisiatifkan oleh Kelab Sahabat Siti Khadijah dengan kerjasama HPA Cawangan Semabok , Pusat Jualan Duyong dan Pusat Agensi Jasin.Berikut adalah kutipan terkini yang telah dikumpul diketiga-tiga pusat kutipan tersebut .

HPA Cawangan Semabok - RM 179.75
Pusat Jualan Duyong - RM 32.45
Pusat Agensi Jasin - RM 52.70
Jumlah RM 264.90

Kutipan yang telah dikumpul sebelum ini berjumlah RM 818.75
Jumlah besar kutipan adalah berjumlah RM 1083.65
Jumlah yang telah dimasukan kedalam Tabung Kemanusiaan Harakah berjumlah RM 780.00
Baki jumlah yang akan dimasukan kedalam Tabung Kemanusiaan Harakah berjumlah RM 303.65
Untuk akhirnya , tiada ucapan yang paling berharga hendak disampaikan disini selain daripada ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang memberikan kerjasama didalam menjayakan misi murni ini dan kepada semua penyumbang yang telah menyumbang dalam apa jua bentuk muga-muga usaha kecil dan murni ini akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada ALLAH SWT. Usaha ini tidak berakhir disini ...teruskan BOIKOT PRODUK ISRAEL DAN AMERIKA !!!
HANCUR ! HANCUR ! HANCUR ISRAEL
HANCUR ! HANCUR ! HANCUR AMERIKA
HIDUP ! HIDUP ! HIDUP PALESTIN
HIDUP ! HIDUP ! HIDUP ISLAM
ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUKBAR !!

SENARAI PENUH HARGA PROMOSI PRODUK KOSMETIK CENTELLA WHITE

Atas permintaan , berikut adalah senarai produk kosmetik yang terlibat dengan promosi besar-besaran penghabisan stok.
PRODUK NILAI MATA HARGA AHLI
CENTELLA WHITE ( 1 SET ) 54 RM 136.00
ORANGE WASH ( Cecair Pencuci Tangan ) 3 RM 7.00
BRIGHTENING CLEANSING GEL 4 RM 10.00
CALMING FLUID ( TONER ) 5 RM 17.00
LIGHT MOISTURE BALANCE 8 RM 20.00
MULTI VITAMIN SCRUB MASK 8 RM 24.00
BRIGHTENING NIGHT CREAM 10 RM 29.00
INTENSIVE BRIGHTENING ESSENCE 15 RM 39.00
BODY HYDRATING LOTION 4 RM 10.00
SOOTHING EYE GEL 4 RM 10.00
HAIR MASK 6 RM 12.00
OMRAHAJ ( 2 in 1 ) Shampoo & Body Wash 3 RM 7.50
SABUN OMRAHAJ 2 RM 5.00
OMRAHAJ FACE & BODY MOISTURIZER 10 RM 22.00
OMRAHAJ LIP BALM 5 RM 10.00
OMRAHAJ CLEANSING GEL 5 RM 9.00
CENTELLA WHITE PROTECTIVE SUN CREAM 4 RM 10.00
FOOT LOTION 4 RM 10.00
ESSENTIAL CREAM CLEANSER 5 RM 18.00
SLIM & FIRM CREAM 7 RM 28.00
Tak percaya lagi ....memang berbaloi-baloi.

05 Jun, 2009

MEGA DAH HILANG ??


Setelah menyepi lebih 2 bulan. Setelah puas bertanya kesemua cawangan. Setelah letih menghantar emel tapi tak ada jawapan hingga ke tunjang ku beranikan diri masuk ke gudang tapi tiada kepastian. Setelah bermacam-macam versi yang kedengari .. 3 nak tukar jadi 9 le , ada masalah dengan pembekal le ..Hinggalah pada suatu hari itu.... tiada ribut yang melanda tiba-tiba aku dimaklumkan bahawa dia dah sampai.Alangkah leganya rasa dihati ...buah hati yang ditunggu-tunggu dah kembali. Segera ku dapatkannya dan alangkah terperanjatnya aku kerana MEGA dah hilang ?? Yang tinggal hanya "O" dan 3 sahaja. Puas aku memikirkannya kemana menghilangnya MEGA . Akhirnya kutemui jawapannya .... MEGA rupanya telah dibeli oleh pihak ASTRO untuk siri drama MEGA nya...Tak kisah le tuu. Yang penting produk ini telah kembali dipasaran dengan wajah baru dan yang lebih penting khasiatnya tetap sama dan harga yang sama. Bukan seperti produk tu.... dah le tak de sebarang peningkatan dan penampilan baru tup-tup naik RM 2.00 dan RM 0.50 sen dengan mengekalkan nilai mata yang sama. Sabar aje lee. Biarkan pasaran yang menentukan dan doa semuga harganya diturunkan semula macam harga ayam organik yang telah diturunkan agar lebih ramai dapat menikmatinya.

KENALI SERBUK TANAH LIAT PUTIH HPA

Tahukah ANDA bahawa serbuk tanah liat putih banyak khasiatnya. Apa ! Tak Tahu ? Kalau nak tahu ... bacalah seterusnya .
Serbuk tanah liat putih ini diperbuat daripada 100 % tanah liat putih. Tidak yang hitam , kelabu atau sewaktu dengannya. Berkhasiat dengan izin ALLAH untuk merawat masalah kulit seperti ekzema , jerawat , ruam dan alahan . Mujarab juga sebagai penawar keracunan dan ketagihan dadah. Boleh digunakan juga sebagai bahan untuk menurunkan suhu badan dan menghilangkan kesakitan pada sendi.Boleh digunakan untuk bertayamum bagi mereka yang menghadapi masalah dengan penggunaan air. Boleh diberi dengan harga ahli RM 6.00 dan harga bukan ahli RM 8.00 dengan nilai mata 2. Cubalah.. kita berikhtiar ALLAH jua yang menyembuhkanNya.

LAGI PRODUK BARU DIPASARAN


Kehadirannya tidak disambut oleh paluan kompang yang gemuruh , tidak juga dengan dentuman guruh serta kilat sabung meyabung dilangit , tidak juga dengan majlis perasmian yang gilang gemilang yang disiarkan secara langsung dikaca tv tapi dengan rasa rendah diri dan tawaduk ia muncul di Cawangan HPA Semabok malam tadi dan akulah orang yang pertama membelinya pagi tadi .. Dengan sukacitanya ingin saya perkenalkan produk terbaru keluarga HPA ....PENGHINDAR SERANGGA JASMIN . Baca betul-betul ye ... bukan apa takut apabila digunakan nanti terkejut beruk pulak. Serangga yang disembur masih lagi bebas kesana kemari. Kalau pun ada yang pergi mungkin disebabkan oleh terkejut dek semburan atau lemas terkena semburan yang banyak. Dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan yang baik dimana penyembur ini boleh dibuka dan ditutup semasa tidak digunakan agar tidak membahayakan pengguna terutamanya anak-anak kecil atau dibazirkan oleh anak-anak kecil yang bermain-main dengannya. Boleh dibeli dengan harga ahli RM 12.00 dan harga bukan ahli RM 15.00 dengan nilai mata 2. JOM dapatkannya segera. Tukar dan penuhkan keperluan rumah anda dengan produk HPA..Tak gitu.

DIA KEMBALI LAGI ...


Setelah menghilangkan diri lebih 2 bulan ...Setelah lama tidak menukar berus dirumah sebab kehilangannya yang tiada galang gantinya. Walaupun dikhabarkan model ini mudah patah kerana lehernya yang runcing tapi heran gak berus yang aku gunakan tak patah-patah pulak. Agaknya depa guna untuk berus lantai agaknya ?? Kini dia kembali semula dipasaran dengan penampilan yang lebih "Elegence". Rupanya kehilangannya adalah untuk meningkatkan lagi penampilannya agar nampak lebih macho dan bergaya. Tak percaya lihat le sendiri.Tapi awas sesiapa yang berhajat untuk menukar yang lama kepada yang baru ini pastikan wangnya lebih 50 sen ye... kerana ke "machoannya" itu maka harga barunya dipasaran adalah RM 3.50 sen dengan nilai mata yang sama. Tak pe kan yang penting dapat yang macho . Jadi apa tunggu lagi dapatkannya sekarang di Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong segera !!

04 Jun, 2009

HATI-HATI BILA MEMBELIKAN COKLAT UNTUK ANAK-ANAK




Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Oleh Dr. M. Anjad Khan



Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan
Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat
semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan
produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan
Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh
sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada
juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya,
saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian
menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang
dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN
JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian
mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa
yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah
daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis
sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan
haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-
lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut?
Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara)
kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi
tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi.
Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal
kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan
dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang
mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan
pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig
Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama
40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin
tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang
dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya
memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk
mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi.
Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan.
Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang
kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka
tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara
(civil war).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan
penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang
yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai
lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi
(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim
kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh
karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam.
Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat
serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara
Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui
oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan
dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan
multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut,
makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih
banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-
barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai
masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat
yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu
bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar
kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk
yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod
tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

EMULSIFIERSEMULSIFIERSEMULSIe-codese-codese-co1.10021.32741.472.11022.33442.473.12023.33543.474.14024.33644.475.14125.33745.486.15326.42246.487.16027.43047.488.16128.43148499.21029.43249.4910.21330.43350.4911.21431.43451.4912.21632.43552.4913.23433.43653.5414.25234.44054.57015.27035.44155.57216.2836.47056.6317.30037.47157.6318.30138.47258.90419.32539.47359.92020.32640.474
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam
dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Yang membingungkan adalah ada tanda Cop Halal lagi. Terpulanglah samada nak percaya atau tidak. Tepuk Dada Tanya Iman.

PROMOSI TERHEBAT PRODUK KOSMETIK

Tahukah ANDA ?? HPA sedang menjalankan jualan penghabisan stok produk-produk kosmetik . Jika tak tahu ini kami nak beritahu kepada semua. Yang tak nak tahu pun kami nak beritahu kerana takut-takut nanti kempunan pulak. Beli dengan harga yang istimewa dan dapat dapat produk yang berkualiti bukan setakat berkualiti tapi dijamin kesucian dan barokahnya. Promosi yang dimaksudkan adalah potongan harga sehingga 50 % keatas produk-produk terpilih. Contohnya Brightening Cleansing Gel kini dijual pada harga RM 20.00 berbanding harga asal RM 40.00 .Set Centella kini hanya RM 136.00 berbanding harga asal ahli RM 272.00. Promosi ini tidak termasuk semua jenis syampoo dibawah rangkaian Centella White. Promosi ini juga melibatkan produk-produk dibawah rangkaian Omrahaj.Apa yang menariknya , walau harga diturunkan tapi Nilai Mata (NM) tetap sama. Produk-produk ini boleh didapati di Cawangan HPA Semabok sahaja atau boleh dibuat tempahan di Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong. Anda tempah kami dapatkannya dan serahkan pada ANDA dengan harga promosi. UNTUNG LOOOO...Berbaloi baloi.Ayuh cepat dapatkannya ...Promosi sah selagi stok masih ada.

Nota : Gambar yang dipaparkan hanya hiasan semata-mata.Tidak semua produk yang dipaparkan terlibat dengan promosi ini.Tarikh yang dipaparkan tiada kena mengena dengan promosi ini. Harap maklum.

02 Jun, 2009

JOM BANTAH PPSMI !!!

ANDA mahu masa depan anak-anak anda tergadai ? Anda mahu masa depan Bahasa Melayu terkulai ?? Anda ingin lihat negara anda DIJAJAH secara tidak anda sedar ?? Jika ANDA tidak mahu ini berlaku ayuh mulakan usaha kecil anda untuk menyatakan bantahan anda terhadap perlaksanaan PPSMI ini dengan menghantar POSKAD bantahan ini dengan segera. Mudah-mudahan usaha yang sekecil ini akan memberikan impak yang BESAR kepada pemansuhan perlaksanaan PPSMI ini yang bukan hanya merugikan bahkan menghancurkan masa depan Agama , Bangsa dan Negara. Dapatkan segera POSKAD ini di Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong.Insyallah suara kecil ini akan bergema jika kita BERANI menyatakan HAK kita !!