SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

31 Disember, 2011

PASTI SAHABAT PERLUKAN SUMBANGAN ANDA!



Tirai persekolahan Sesi 2012 sudah hampir menjelang. Persiapan bagi menerima kemasukan pelajar-pelajar baru untuk sesi baru sedang giat dijalankan. Namun terdapat sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memastikan keceriaan pelajar-pelajar memasuki alam persekolahan tidak tercalar tanpa kehadirannya. Mungkin ANDA yang pemurah dan budiman dapat mengelakan insiden daripada terjadi ?? Pihak kami memerlukan SUMBANGAN ANDA bagi membiayai penukaran TIKAR GETAH kami yang telah koyak rabak setelah 2 tahun mengabdikan diri kepada tunas-tunas baru Islam yang kami asuh disini. Almaklum pelajar-pelajar yang baru nak mengenal erti kehidupan tentulah bermacam-macam perangai dan kerenah mereka dan tidak terkecuali tikar getah sediada sering menjadi sasaran mereka. Kos yang diperlukan adalah sekitar RM 400 sahaja. Sehubungan dengan itu , kami merayu kepada para DERMAWAN yang budiman yang diberikan kelebihan rezeki agar dapt menghulurkan sumbangan kepada PASTI kami . Segala sumbangan yang hendak disalurkan bolehlah terus dimasukan ke dalam AKAUN BIMB : PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH  04033010018361 . Kepada yang sudi menyumbang , ucapan ribuan terima kasih kami dahulukan dan mendoakan agar Allah akan melipatkan ganda rezeki tuan/puan pada masa-masa hadapan.

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

27 Disember, 2011

PRODUK HILAL PUN BOLEH JUGA ...

Hilal tidak mahu juga ketinggalan bagi mengisi kekosongan dan kekurangan produk-produk Halal dan Toyyib dipasaran bagi memberikan alternatif terbaik untuk pengguna-pengguna MUSLIM yang mementingkan KEBERSIHAN dan KEBERKATAN....

Pencuci Pinggan Mangkuk

Kicap Penambah Selera

Sos Tiram Menambah Keenakan Masakan

Sos Tomato Pilihan Ramai

Sos Cili Sepedas Namanya

Krim Penjagaan Rambut

Melegakan Apa Yang patut

Kehebatan Serai Wangi dalam BAM

Alternatif Terbaik Produk Berasaskan Koko

Mencuci Bersih Tanpa Was Was

26 Disember, 2011

UZAI MELENGKAPKAN KEPERLUAN DAPUR ANDA !!

Lengkapkanlah keperluan DAPUR ANDA dengan produk-produk UZAI ! Produk keluaran BUMIPUTERA ISLAM yang dijamin HALAL dan TOYYIB . Bebas daripada penggunaan Lemak Haiwan malahan bersifat ORGANIK ! ANDA pasti lebih YAKIN dengan produk UZAI ....
Bedak Talkum harum.

Pencuci Serbaguna Organik - dari membersih sayuran , buahan hinggalah ke pinggan mangkuk dan sebagainya ...

Menambah kesegaran udara dan persekitaran

Pencuci Tangan Organik

Untuk kereta kesayangan ANDA .. untuk motorsikal pun boleh !

Tayar berkilat hati senang ..

Katakan NYAH kepada kotoran degil di tandas

Macam macam serangga boleh dihindari ....Cubalah!

Masih tak percaya ... percayalah KITA pun boleh hasilkannya

Bukan setakat menciut tapi bebas daripada bahan yang subahat

Serbuk Pencuci 2 in 1 - pencuci dan pelembut dan bersifat organik - boleh dibuat baja

Serbuk pencuci organik - harum semerbak

Pelembut pakaian pun ada ...

Ubat gigi - beli ubat dapat berus gigi percuma



DAPATKANNYA DARIPADA KAMI SEKARANG !!

21 Disember, 2011

AGROMAS PUN "FOLLOW"

Dapatkan produk-produk berkualiti AGROMAS daripada kami ...

Cubalah Jem berperisa Nenas , Belimbing dan Roselle . ANDA pasti teruja !! Begitu juga dengan Seri Kaya madu ...    
Hidangan berkhasiat untuk seisi keluarga : Kordial Roselle , Kordial Mangga , Kordial Sirap dan Kordial Misai Kucing.
Tuang , tambah air secukupnya dan hidang ..... Mudahnya !





TEH STEVIA

NIKMATILAH KESEGARAN RASA TEH SEBENAR MENGGUNAKAN PEMANIS STEVIA DARIPADA KAMI. DIDATANGKAN DIDALAM 2 BENTUK VARIASI - 20 UNCANG DAN 10 UNCANG. 

TEH STEVIA - MANIS TANPA RAGU -RAGU !




19 Disember, 2011

PENAWAR BUAT YANG SAKIT ...


ANDA ditakdirkan telah mengidap penyakit KENCING MANIS , DARAH TINGGI ATAU GHOUT ? Telah berikhtiar mencari penawar secara moden dan tradisonal ? Tetapi hingga kini masih ditakdirkan masih belum berjumpa dengan PENAWARnya ? Jangan cepat berputus asa .... Cubalah BANTES! Ubat herba hasil gabungan 3 produk iaitu INDIAN BLACKBERRY , MAHKOTA DEWA dan TONGKAT ALI bagi merawat penyakit ANDA !  
Manalah tahu ianya sesuai dengan ANDA !



HARGA :   RM 138.00

DENGAN JAMINAN WANG ANDA DIKEMBALIKAN SEKIRANYA TIADA SEBARANG PERUBAHAN KEATAS MASALAH ANDA SETELAH MINUM 1 BOTOL BANTES
* tertakluk dengan terma dan syarat.

TESTIMONI PENGGUNA 1
Saya menghidap kencing manis kronik selama 8 tahun sehingga ke tahap pengambilan insulin . Setelah mengamalkan BANTES selama 2 bulan saya sudah tidak mengambil insulin lagi. Sekarang saya bertekad mengambil produk ini berterusan sehingga terbukti saya bebas dari penyakit diabetes. Walaupun produk ini mahal dan memerlukan perbelanjaan yang banyak tetapi Alhamdulillah saya mendapat 2 botol percuma untuk setiap botol yang saya beli dibawah program anak angkat syarikat pengeluar. Terima kasih kepada BANTES dan syukur kepada ALLAH atas ikhtiar dan doa saya selama ini .- Puan Latifah Bt Kusnin , 46 tahun - Selangor.

TESTIMONI PENGGUNA 2
Dulu saya selalu mendapat penyakit Ghout dan harus mengawal pengambilan makanan laut , kekacang dan daging . Saya sangat suka makanan laut dan setiap bulan saya akan diserang Ghout. Tetapi setelah saya diperkenalkan oleh agen BANTES dan telah mengamalkan hanya 1 botol saya bebas dari GHOUT. Kini sudah 6 bulan saya belum lagi mengalami GHOUT , harap-harap saya sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah hanya RM 138 , saya boleh menikmati makanan kesukaan saya tanpa ragu-ragu akan diserang GHOUT. - Encik Azizan Abdul Hamid , 52 tahun - Melaka.

TESTIMONI PENGGUNA 3
Saya menghidap kencing manis dan darah tinggi selama 10 tahun . Setelah mengamalkan BANTES sebanyak 1 botol sahaja saya sudah merasai kesannya. Sakit-sakit pada tumit saya sudah tiada dan pandangan saya sudah jelas tidak kabur seperti dulu dan kadar gula dalam darah saya pada bacaan 8 sahaja. Terima kasih BANTES . - Haji Ismail Harun , 58 tahun - Seremban

16 Disember, 2011

MANIS STEVIA ...SEMANIS RASANYA

 ANDA gemar meminum minuman manis tapi bimbang dijangkiti penyakit KENCING MANIS ? KINI anda tidak perlu risau lagi kerana ALTERNATIF kepada keperluan ANDA telahpun ditemui ! MANIS STEVIA adalah jawapannya ....

DAPATKAN ...KORDIAL dan AIR BERKABONAT kegemaran ANDA dari kami . Kordial dan air berkarbonat yang dihasilkan menggunakan DAUN STEVIA  sebagai pemanisnya bagi menggunakan gula putih yang memudaratkan sekiranya diambil dalam kuantiti yang berlebihan.


                          
KORDIAL BERPERISA : OREN , TROPIKA , SIRAP ROS DAN SARSI
 
AIR BERKARBONAT BERPERISA : STRAWBERRI , TROPIKA , ANGGUR , OREN , SARSI , COLA DAN AISKRIM SODA

JUS BUAHAN TERBAIK ..

   Alternatif kepada penggemar minuman - 4 perisa : Guava , Limau Mandarin , Epal dan Mangga
                    JUS MANGGA BERSARI


15 Disember, 2011

ADABI SEBAHAGIAN DARIPADA KAMI ...

ALHAMDULILLAH WA SYUKURILLAH .....
Dalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan premis kami sebagai pusat setempat produk HALAL dan TOYYIB kini hampir menjadi kenyataan. 

DAPATKAN produk-produk bermutu keluaran ADABI daripada kami ...BERSIH DAN SUCI !




Produk-produk harian ...



Produk-produk segera untuk hidangan keluarga waktu petang dan pagi


Produk alternatif untuk menghilangan ketagihan anak-anak terhadap ayam goreng masakini.



Produk minuman alternatif yang tidak kurang hebat dan berkhasiat serta barakah.

Buat penambah selera makan ... tak selera tanpanya.


Alternatif kepada pengemar MEE SEGERA !


Lagi menu tambahan untuk minum petang dan pagi .

07 Disember, 2011

ISLAM FIRST ! MELAYU FOLLOW !

SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU : ISLAM DIDAHULUKAN, MELAYU BERSAMANYA

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:


قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158



158. Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :


وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد


38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)

Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis: .

(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .

Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.


PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.


PRESIDEN PAS
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang

03 November, 2011

PERNAHKAH ANDA BERMIMPI BEGINI ??

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

14 Oktober, 2011

DIPATUK 2 KALI

Di suatu hari, seorang lelaki sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Dia berjalan dengan menarik seekor keldai di belakangnya. Seorang pencuri melihat hal ini. Dia mengendap-endap dan memutuskan tali pengikatnya dan mengambil keldai tersebut. Setelah beberapa lama, sang empunya keldai pun menyedari bahawa keldainya telah hilang. Dia berlari ke sana sini mencari keldainya dengan panik.

Sampailah dia pada sebuah perigi. Di tepi perigi, dia nampak seorang lelaki tetapi dia tidak tahu bahawa lelaki itulah yang telah mencuri keldai miliknya. Dia bertanya kepada lelaki itu adakah dia melihat seekor keldai di sekitar tempat itu.

Pencuri itu tidak menjawab, malah dia menangis dan bersimpuh di tepi perigi.

"Mengapa kau menangis?" tanya pemilik keldai kehairanan.

"Dompetku jatuh ke dalam perigi ketika aku menimba air. Jika kau dapat membantuku mengambilnya, aku akan berikan kau seperlima dari wang yang ada dalam dompet itu. Kau akan mendapatkan seperlima dari seratus dinar emas di tanganmu!"

Pemilik keldai pun berfikir, "Wah! Wang itu cukup untuk membeli lebih dari sepuluh keldai! Bila satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka."

Dia segera membuka pakaiannya dan turun ke dasar perigi. Sudah pastinya di dalam perigi itu tidak terdapat apa-apa. Dan si pencuri pun melarikan pakaian orang itu.

Moral:
Apabila satu kerugian saja membuatmu amat gelisah, maka kerugian-kerugian lain akan datang kepadamu dengan mudah. .

01 Oktober, 2011

KURSUS ASAS PENGEDAR ~ SURECO

Insyallah , STOKIS JASIN dengan kerjasama SURECO SURE RETURN (M) SDN. BHD akan menganjurkan KURSUS ASAS PENGEDAR kepada Ahli dan Bakal Ahli pada :

TARIKH : 29 ~ 30 hb Oktober 2011
Hari        : Sabtu dan Ahad
Tempat   : Hotel Alamanda Jasin
Pendaftaran : 1.00 Petang

Yuran Pendaftaran .

Pakej A ~ RM 124.60
Akan mendapat produk Kopi Cengkudu Kolagen 7 kotak (NM:56)
Penginapan Percuma 2 hari 1 Malam 
Makan dan Minum sepanjang Kursus
Bahan Bahan Kursus
Sijil Penyertaan.

Pakej B ~ RM 122.80
Akan mendapat produk Kopi Cengkudu Kolagen 1 kotak dan Air Sarang Burung Kolagen 1 kotak (NM:43)
Penginapan Percuma 2 hari 1 Malam 
Makan dan Minum sepanjang Kursus
Bahan Bahan Kursus
Sijil Penyertaan.

Tarikh Tutup Pendaftaran : 19 hb Oktober 2011
TERHAD KEPADA 35 PENYERTAAN TERAWAL SAHAJA.


Jom kita berkursus untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkembangan terkini SURECO.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : Abd Halim ~ 0138518745 @ 06-5291452

Bangunlah ! Bangkitlah ! SURECO BOLEH !




20 September, 2011

KISAH SI PENJUAL KEREPEK

SABTU lalu saya singgah untuk berurusan di sebuah bank di Taman Melawati Kuala Lumpur. Seperti biasa kawasan tersebut sesak dengan kereta disebabkan ada pasar tani yang memang mendapat sambutan ramai dari penduduk sekitar kawasan itu, malah dari tempat lain juga.

Setelah meletak kereta di parkir lebih kurang 500 meter dari bank tersebut, saya keluar untuk memenuhi urusan saya itu.

Di kaki lima bank itu saya melihat orang ramai berkerumun. Tertanya-tanya juga hati saya apa yang berlaku, mungkinkah ada orang pengsan? Atau berlaku rompakan? Mungkin juga kemalangan.

Menghampiri kawasan itu segala pertanyaan terjawab. Rupanya orang ramai yang berhimpun di situ sedang menunggu giliran membeli produk makanan ringan yang dijual oleh seorang warga emas wanita.

Dalam pada mengatur langkah ke arah bank, mata saya melihat keadaan itu dengan lebih jelas. Terlihat oleh pandangan saya Mak cik warga emas itu sedang sibuk melayani pelanggannya.

Saya perhatikan kebanyakan yang singgah, membeli sekurang-kurangnya dua paket kerepek yang dijual dengan harga RM2.00 hingga RM10.00.

Setiap paket kerepek itu dibungkus kemas. Makcik itu yang agak saya berumur lebih kurang 80 tahun duduk bersila di atas simen berlapikkan sehelai kain. Di hadapannya ada beg-beg plastik dipenuhi pelbagai jenis kerepek.

Saya melihat kesayuan pada wajah makcik itu. Sekalipun saya tidak nampak dia tersenyum. Tapi tidak siapa peduli. Bagi mereka bukan senyum mak cik itu yang mendorong mereka berhenti membeli tetapi wajah sayunya.

Mungkin semula jadi wajahnya begitu atau kerana keadaan. Tidak siapa tahu apa sebenarnya! Pun begitu, naluri saya dapat membaca apa yang tersirat di dalam hati makcik itu.

Setiap orang yang berhenti bertanya produk jualannya pasti dilayan dengan baik. Semua yang bertanya saya lihat membeli sekurang-kurangnya satu paket kerepek. Namun apabila makcik itu mengembalikan wang baki, kesemuanya menolak. Saya dapat mendengar salah seorang pelanggan berkata, “Makcik simpanlah baki wang itu, buat belanja.”

Sambil memandang orang yang memberinya, makcik itu mengangguk-anggukkan kepalanya lalu memasukkan duit itu ke dalam sebuah bekas yang ada di atas ribanya.

Sebaik selesai urusan dan melintasi makcik itu saya turut berhenti di hadapannya. Selepas memberi salam dan bertanya khabar, saya bertanya berapa harga satu paket kerepek yang dijualnya.

“Ada RM2.00 ringgit, ada RM5.00 ada juga RM10.00 bergantung kepada besarnya. Nak ke...’’ tanya makcik itu. Suaranya agak gementar.

Saya melihat kedua-dua tangannya berkerut, urat-urat jelas timbul gambaran usianya yang sudah lanjut. Namun dia punya kecekalan. Tubuhnya pada saya masih sihat. Namun kudrat mungkin terbatas.

Memandang wajahnya saya mengangguk. Kemudian memilih dua paket kerepek pisang dan ubi. Seperti orang lain, saya juga tidak mengambil wang baki kerana sesiapa pun yang terpandang akan wajah makcik itu pastinya tidak akan tergamak mengambil semula wang bakinya.

Serentak dengan itu hati saya berperang dengan pelbagai perasaan yang bertukar ganti. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan perihal makcik tersebut. Seorang warga emas yang kecil tubuhnya duduk bersila di atas simen menjual makanan ringan sedangkan sepatutnya dia berehat di rumah.

Dalam hati tertanya-tanya lagi, ke mana pergi anak cucu mahupun saudara maranya? Menyedari tidak ada yang menunggu giliran untuk membeli di belakang, saya meluangkan masa berbual singkat dengan makcik itu. Katanya, dia tidak tinggal di kawasan itu tetapi datang dari kawasan lain yang tidak mampu disebutnya. Mungkin tidak ingat atau dia enggan berterus terang.

Saya bertanya tidakkah dia merasa penat menunggu di situ sepanjang hari. Jawapannya, “Makcik sudah biasa... kalau tidak jual ini, macam mana nak cari duit untuk hidup?”

Jawapannya menjadikan saya termenung seketika. Satu jawapan yang bernas. Sayangnya ia lahir dari bibir seorang warga emas yang sepatutnya sedang bersenang lenang di rumah melayani cucu dan cicit.

Naluri saya terus tertanya-tanya mengapa makcik itu dibiarkan melakukan kerja tersebut seorang diri? Adakah kerana dia sendiri rela hati untuk berjual atau sebab terpaksa. Lama mencari jawapan tapi tidak ada yang pasti. Hakikatnya saya yakin makcik itu terpaksa bekerja untuk menyara hidupnya. Itu saja kerja yang mampu dilakukannya bagi menjana kelangsungan hidupnya.

Biarpun urusan di bank telah selesai dan anak-anak juga semakin resah kerana saya masih enggan berganjak dari tempat itu. Berat rasa hati hendak meninggalkan makcik itu.

Entah kenapa saya sering terperangkap dalam keadaan begitu. Hati mudah tersentuh terutama apabila melihat warga emas, wanita dan kanak-kanak yang menjalani kehidupan yang meletihkan. Namun saya bersyukur kerana masyarakat kita amat penyayang dan prihatin. Contohnya seperti yang saya ceritakan, tidak henti-henti orang berhenti membeli.

Saya tidak tahu berapa lama makcik itu sudah berniaga di situ tetapi saya yakin tempat itu bukanlah lokasi baru makcik itu mencari rezeki. Mungkin juga dia telah pergi ke merata tempat yang difikirnya sesuai untuk dia mencari rezeki.

Kawasan sekitar bank itu mungkin antara tempat dia singgah untuk menjual hasil produk jualannya kerana ramai orang lalu lalang.

Apa pun, siapa pun makcik itu, dari mana asalnya, sebagai manusia saya benar-benar tersentuh hati dengan kegigihannya. Saya pasti makcik itu punya semangat dan kekuatan yang hebat untuk melawan kepayahan hidupnya.

Kegigihan makcik itu patut menjadi contoh kepada warga emas lain yang hanya mengharapkan simpati dan belas ihsan untuk terus hidup.

Pada masa yang sama, saya mendoakan kesejahteraan makcik itu dan berharap dalam usia yang semakin meningkat dia tidak akan terus dibelenggu kepayahan untuk mencari rezeki dengan kudrat yang semakin lemah dan kesihatan yang entah sampai bila mampu bertahan.

Saya juga mengharapkan agar satu hari nanti, dalam masa yang terdekat ini, akan ada darah daging makcik itu yang menjenguk dan bertanya khabarnya dan seterusnya membawa dia ke dalam kehidupan yang lebih ceria dan sempurna bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya.

Menutup kata, pesanan saya untuk renungan kita bersama. Hidup ini adalah satu perjuangan yang tidak pernah ada penamatnya. Ia akan berhenti dengan sendiri apabila sampai saat kita di jemput Ilahi. Wallahualam.

17 Ogos, 2011

Salamfone Kini di JASIN

BERITA BAIK !! Salamfone kini sudah berada di Melaka terutamanya di Daerah Jasin. TAHUKAH ANDA !! Salamfone adalah sebuah syarikat Telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan SUARA , DATA dan SMS mudah alih (Mobile) PERTAMA berasaskan SYARIAH ?Apa bezanya Salamfone dengan Operator Telekomunikasi yang lain ? Dari segi perkhidmatan yang ditawarkan tiada bezanya kerana apa perkhidmatan yang ditawarkan oleh lain-lain operator Salamfone juga menawarkan perkhidmatan yang sama. Jadi apa bezanya ?? Bezanya adalah konsep perniagaannya adalah berasaskan kepada SYARIAH ! iaitu Berinfaq sambil Berhubung.Kos panggilan sesama Sahabat Salamfone ,1 sen akan didermakan kepada Badan Kebajikan Terpilih. Bukan itu sahaja , Salamfone ada Talian Hidayah - Tele-Ustaz (Khidmat Nasihat Agama) , Tele-Fatwa (Rujukan Fatwa) dan Tele-Halal (Direktori Halal). Setiap Jumaat Salamfone akan memberikan nasihat melalui Tazkirah Jumaat melalui SMS secara PERCUMA ! Ia juga ada perkhidmatan bagi meraikan Hari-Hari Kebesaran Islam. Apa yang menariknya perkhidmatan berasaskan Syariah ini adalah TIADA yang disembunyikan terhadap KADAR Panggilannya. Kadar panggilan RATA ke semua rangkaian RM 00.20 sen seminit kesemua rangkaian dan RM 00.10 sen bagi caj SMS. Ada lagi .... kepada pelanggan Salamfone yang menambah nilai sebanyak RM 30 sebulan adalah berpeluang untuk menunaikan UMRAH dimana setiap bulan seramai 4 orang akan dipilih untuk menunaikan UMRAH manakala seramai 11 orang yang bertuah pula akan dipilih menjadi TETAMU ALLAH bagi menunaikan HAJI oleh panel yang dilantik khas. Jadi apa yang di TUNGGU LAGI .... kini sudah ada ALTERNATIF nya sebuah syarikat Telekomunikasi telah menawarkan satu perkhidmatan yang berasaskan SYARIAH bagi melengkapkan pakej kehidupan kita semua yang ingin mencari KEREDHAAN ILAHI bagi kejayaan di DUNIA dan di AKHIRAT.

Untuk keterangan lanjut dan melanggan sila datang terus ke Premis kami di alamat

SEROMPONG ENTERPRISE
JB 7765 , JALAN ASIA SELATAN 1A
TAMAN ASIA SELATAN
77200 JASIN
MELAKA

013-8518745 atau 06-5291452



06 Ogos, 2011

APAKAH ITU CINTA DAN PERKAHWINAN ?

Satu hari, Plato bertanya pada gurunya, "Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,"Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta" Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, "Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab, "Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali (berbalik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak ku ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya"

Gurunya kemudian menjawab "Jadi itulah yang dikatakan cinta"

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, "Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?"

Gurunya pun menjawab "Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkawinan"

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, "Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Plato pun menjawab, "Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya" Gurunya pun kemudian menjawab, "Dan itulah yang dikatakan perkahwinan"


Moral :

Oleh itu carilah cinta dan dapatkan perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..

YANG MANA JADI PILIHAN ?

Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an.An Naml (semut), Al 'Ankabuut (labah-labah), dan An Nahl (lebah).

Semut, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Konon, binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.

Lain lagi huraian Al-Qur'an tentang labah-labah. Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh (Al 'Ankabuut; 29:41), ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.

Akan halnya lebah, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal"
(An Nahl;16:68). Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.

Lebah tidak menumpuk makanan. Lebah menghasilkan lilin dan madu yg sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat disiplin, mengenal pembagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.

Sikap kita dapat diibaratkan dengan berbagai jenis binatang ini. Ada yang berbudaya 'semut'. Sering menghimpun dan menumpuk harta, menumpuk ilmu yang tidak dimanfaatkan. Budaya 'semut' adalah budaya 'aji mumpung'.

Pemborosan, foya-foya adalah implementasinya. Entah berapa banyak juga jenis 'labah-labah' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa"

Nabi Shalalahu 'Alaihi Wasallam mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'lebah'. Sesuatu yang tidak merusak dan tidak menyakitkan :"Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya"

Semoga kita menjadi ibarat lebah. Insya Allah!

02 Ogos, 2011

KAMI PRIHATIN ....

Alhamdulillah pada 30 hb Julai 2011 yang lalu , kami PAS Cawangan Tehel dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Bemban (MTD BEMBAN) telah berjaya melaksanakan satu misi bagi membantu meringankan beban saudara seagama didalam menghadapi rencah didalam kehidupan bagi menunjukan keprihatinan KAMI didalam merealisasikan konsep Negera Berkebajikan ditengah-tengah kehidupan bermasyarakat. Walaupun tanpa peruntukan yang besar, sumbangan yang dihulurkan ini diharap dapat membantu insan yang kurang berkemampuan dapat hidup dengan keadaan yang lebih selamat dan sempurna. Mendengar sahaja keluhan daripada insan yang kurang bernasib baik ini apabila diajukan bantuan kepada pihak yang berwajib di sebuah negeri maju telah dibuat seperti bukan rakyat negeri sendiri maka kami dengan rasa prihatin telah terpanggil untuk menghulurkan bantuan demi meringankan beban mereka sekeluarga. Hasrat murni ini telah dapat kami kabulkan pada tarikh keramat ini dimana Pengerusi MTD Bemban sendiri telah turun kelapangan untuk menyampaikan bantuan berbentuk zink dan kelengkapan memperbaiki bumbung dapur rumah saudara seagama ini yang telah bocor kesekian lamanya. Semuga dengan bantuan yang dihulurkan dapat memberikan keceriaan kepada En Mohamad Isa sekeluarga lebih-lebih lagi didalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan Kareem. Jom kita saksikan ...


En Mohamad Isa sedang menunjukkan zink-zink yang telah bocor ... dituduh menyebelahi PR maka peruntukan yang sepatutnya telah dinafikan. Seolah-olah peruntukan yang ada hanya untuk orang yang menyokong kerajaan sahaja. Sedangkan semua rakyat berhak kerana cukai dipungut daripada semua rakyat yang layak.



Keprihatinan kami TERBUKTI !! ... Pengerusi MTD Bemban sedang menyerahkan sumbangan yang tidak seberapa nilainya tapi cukup untuk mengukirkan sekuntum senyuman kegembiraan buat sebuah keluarga .
Sembang-sembang bermanfaat selepas selesai melaksanakan misi kecil tapi besar ertinya ... buat sebuah kehidupan.

UBAHLAH SEKARANG ! SELAMATKAN MALAYSIA ..

25 Julai, 2011

JPN TURUN MTD BEMBAN ... MTD BEMBAN TURUN LAPANGAN

Alhamdulillah pada 16 hb Julai 2011 yang lalu telah berlangsung suatu majlis yang amat bermakna didalam sejarah perjuangan berpolitik bila mana Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Negeri Melaka telah berkunjung ke MTD Bemban bagi meninjau persiapan kami didalam menyediakan diri dan menyiapkan jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Program yang telah berlangsung dengan penuh ukhuwah telah dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak dengan sebaiknya berbincang , bertukar-tukar fikiran serta pandangan , meluahkan apa yang terbuku di qalbu , bermuhasabah diri demi menjana gelombang kemenangan bagi memBERSIHkan yang KOTOR dan merealisasikan konsep Negara Berkebajikan di bumi yang tercinta ini.

JOM kita layan apa yang sempat dirakamkan oleh lensa kami ..


Pengerusi MTD dan Setiausaha JPN serta rombongan sedang memperkatakan sesuatu ..

Perwakilan dan Ketua-ketua UPU yang hadir ...


Perwakilan Halwa MTD Bemban ...
Ketua rombongan merangkap SU JPN sedang membentangkan visi n misi program
Kehadiran yang memberangsangkan memberikan satu petanda baik buat N24 Bemban dalam PRU 13 nanti .... Insyallah.

Dalam serius ada guraunya .... lawan tangkap gambar .


Manakala pada 23hb dan 24 hb Julai 2011 pula telah berlangsung program MTD Bemban bersama MASYARAKAT sempena kedatangan bulan Ramadhan Kareem 1432 H. Program turun kelapangan ini adalah bertujuan untuk meraikan insan yang kurang berkemampuan disaat-saat menghadapi kehadiran bulan Ramadhan yang tinggal seminggu sahaja lagi. Diharap sumbangan yang diberikan ini akan dapat membawa senyuman kepada penerimanya bahawa sanya masih ada kumpulan yang betul betul prihatin dengan nasib mereka walaupun mereka tidak dapat merasakan impaknya tinggal di sebuah negeri yang berstatus MAJU pada 20.10.2010. Keprihatinan yang tidak memilih bulu inilah yang hendak kami terapkan sebagai satu titik permulaan kearah merealisasikan NEGARA BERKEBAJIKAN. Dua hari yang ada ini telah dimanfaatkan untuk menjelajah ke semua UPU di MTD Bemban ~ Tehel , Pondok Kempas , Kesang , Air Baruk , Taman Maju , Seri Bemban dan Ayer Panas. Jom kita selami hati dan jiwa mereka melalui gambar-gambar yang sempat diabadikan ...
Kak Non ...jiran yang prihatin menerima bagi pihak keluarga J5783 di UPU Seri Bemban.
Keluarga yang sepatutnya menerima masih didalam perjalanan pulang setelah pergi mengambil anak perempuannya yang baru sahaja menerima rawatan di Hospital Melaka.

Bersama penerima di UPU Ayer Panas . Turut serta dalam rombongan adalah wakil ARC ~ Alternatif Riding Club yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Syabas dan tahniah !
Keluarga ke 2 di UPU Ayer Panas ..


Penerima di UPU Air Baruk bergambar bersama dengan bakal YB N24 Bemban.
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH ! BERSEDIA PADA BILA BILA MASA UNTUK MEMIKUL MANDAT DAN AMANAH RAKYAT BEMBAN KHUSUSNYA UNTUK MEREALISASIKAN NEGARA BERKEBAJIKAN SELEPAS PRU 13 !! ALLAHUAKBAR !!!