SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Januari, 2011

YAHOO ...BARANG NAIK HARGA LAGI !!

Baru je dapat SMS ...." Keputusan Majlis Syura PJS - Segera ambil tindakan ! Mulai 1 Feb 2011 semua produk dinaikkan harga 5 peratus . Kopi Jumbo naik ke RM30(10nm) . Produk produk herba RM16 naik ke RM20(10nm). Beli sekarang .. "

Ingatkan BN sahaja naikkan harga barang. Rupa-rupanya syarikat harapan paling akhir ini pun akan menaikkan harga barangnya berkuatkuasa 1 hb Februari 2011. Apa yang boleh diharapkan , untung berpuluh juta sebulan pun sudah tidak boleh bertahan bagaimana dengan peniaga kecik macam AKU ni .. harga naik tapi pendapatan tidak naik. Kalau boleh tu dikajilah juga agen stok punya komisen agar masih berdaya maju dan bertahan ditengah-tengah kegawatan ini.

Peliknya ..."Beli sekarang ...apa motifnya ? Kenapakah digalakkan belian panik oleh majlis Syura PJS ?? Apa muslihatnya ? Menggalakan ahli berebut-rebut untuk belian untuk mengaut keuntungan yang sementara ? Bolehkah beli pada harga lama dan menjual pada harga baru selepas 1 Feb 2011 ? Apakah hukum jualbelinya ?

Dimaklumkan bahawa pihak syarikat tak keluar sesenpun beli bangunan kebanggaan ahli tapi kenapa sejak perlancarannya perniagaan menjadi tak menentu . Kos produk sudah tidak boleh ditanggung dan terpaksa dibebankan kepada ahli dengan hadiah kenaikan harga barang ?? Mana tanggungjawabnya ?

Tak lama lagi syarikat akan menyambut "Hari Raya"nya . Kononnya untuk menghargai sumbangan ahli-ahli yang telah bertungkus lumus membantu syarikat meningkatkan jualan. Tapi benarkah begitu setelah berjaya semua ahli dapat satu lagi hadiah yang cukup besar dengan kenaikan harga ? Adakah sasaran yang ditetapkan iaitu 20 juta tercapai sehingga terpaksa diistiharkan anak bulan telah kelihatan untuk memungkinkan "Hari Raya" disambut. Kalau sudah tidak mampu untuk menampung kos kenaikan bahan mentah bagaimana syarikat boleh mampu berbelanja begitu besar untuk membayar insentif-insentif yang dijanjikan ? Adakah kos yang terpaksa dikeluarkan ini perlu dibayar balik oleh ahli dengan kenaikan harga produk ? Tidak bolehkah aktiviti-aktviti membazir ini dibatalkan demi suatu perjuangan yang panjang. Berbaloikah meraikan segelintir sahaja dengan anugerah yang berbagai-bagai tapi terpaksa mengorbankan 600 ribu ahli yang lain dengan pengumuman kenaikan harga produk ?


Fikir-fikirkanlah ... apakah hala tuju kita sebenarnya ? Perjuangan untuk menyelamatkan ummah atau perjuangan untuk keuntungan semata-mata ?

23 Januari, 2011

MASA UNTUK BERUBAH !!!

Pada malam minggu bersamaan 22 hb Januari 2011 yang lalu , AKU berkesempatan untuk menghadiri satu jamuan makan malam anjuran DAP Melaka bertempat di Markas PAS As Solihin Merlimau Melaka. Sambutan yang diberikan oleh pendokong Pakatan Rakyat cukup membangkitkan semangat perjuangan untuk menawan DUN Merlimau yang berkebetulan kosong ekoran kematian ADUNnya pada 20hb Januari yang lalu. Sebanyak 170 buah meja makan telah berjaya dijual sempena jamuan makan malam tersebut yang bertujuan mencari dana untuk tabung PRU13. Kemeriahan majlis makan malam tersebut bukannya diisi dengan tarian-tarian seksi atau nyanyian artis-artis terkenal tetapi diiringi dengan pidato-pidato hebat dan panas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat yang terdiri daripada Ketua Dapsy Melaka , Ketua DAP Melaka , MP Kubang Kerian , ADUN Sekincan , MP Kepong , Speaker DUN Selangor dan Chegu Bard. Banyak isu-isu semasa yang dikupas , diulas dan didedahkan bagi membuka minda rakyat Melaka khususnya didalam mendepani PRK 15 di DUN Merlimau bagi melakukan penghijrahan yang total bagi menolak BN demi menyelamatkan Malaysia yang tercinta. Jom katakan TAKNAK buat BN .....

Diantara ribuan rakyat merlimau yang hadir untuk mendengar penjelasan dan penerangan isu-isu semasa tentang kebobrokan dan penyelewangan yang telah dilakukan oleh BN ..

Perwakilan daripada MTD Serkam ... syabas .
PAS Cawangan Chin Chin pun turut hadir ....


MP Kepong Dr Tan menjadi tetamu istimewa pada malam tersebut ..

Fokus terhadap isu-isu yang diterjah pada malam tersebut untuk membulatkan tekad untuk tolak BN pada bila bila masa dari sekarang ...


Para hadirin berdiri untuk bertafakur dan menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham AdunMerlimau yang pergi takkan kembali sebelum majlis makan malam dimulakan .... Al-Fatihah

Jamuan pun bermula ......pidato pun bermula serentak.

Masih menunggu hidangan sampai untuk disantap .

Macam pernah ku lihat tapi dimana ya ? .... Selamat Malam cikgu

Bakal pewaris kepada pemimpin masa depan ... anak-anak muda sudah tidak sabar untuk turun ke medan juang .....TAKBIR !!


Agihan limau mandarin sedang dilakukan oleh para petugas DAP Melaka
Ketua DAPSY melaka sedang mengutip sumbangan daripada para tetamu yang hadir bagi mengisi Dana PRK 15 Dun Merlimau ..



Selain daripada jamuan dan ceramah , kesempatan ini juga diambil untuk mendapatkan tandatangan sokongan bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi Mendiang teoh Beng Hock ..
Petisyen yang telah ditandatangani diserahkan semula untuk desakan penubuhan suruhanjaya tersebut ..

Limau lai ya.... limau lai ya

Sampul-sampul angpow juga diedarkan kepada para tetamu pada malam itu

Para hadirin sedang menikmati jamuan pada malam tersebut...


Keharmonian dan kesepakatan jelas terpancar dalam pakatan rakyat pada jamuan dimalam tersebut ....ini yang mengusarkan BN
Ada juga bahagian limau mandarin untuk tetamu Islam ...

Tanda sokongan dan pejuangan dari Abuya ...
Tema jamuan makan malam ..... Ada berani ! Mesti Berani ! Jom Ubah ! Selamatkan Malaysia ! Untuk Rakyat Melaka ...Kita mulakan di DUN MERLIMAU !

15 Januari, 2011

MAAFKAN KAMI ! MAAFKAN KAMI ! MAAFKAN KAMI !

Maafkan kami ! Maafkan kami !
Maafkan kami ...si Pusat Agensi


Maaf kami pohonkan kepada semua pelanggan dan ahli-ahli kami yang datang berkunjung ke premis kami pada hari ini dan terpaksa pulang dengan hampa . Ini adalah ekoran daripada ketiadaan banyak produk yang terlaris dipasaran buat masa ini. Berdasarkan Carta Produk Terlaris yang semakin meningkat dari hari kehari maka kami dengan rasa rendah diri meyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki kami memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi keperluan mereka kali ini. Kalau sebelum ini , kalau tiada stok di Semabok boleh cari di Serkam , Kalau di Serkam sudah habis boleh ke Ayer Keroh , Ayer Keroh sudah habis boleh ke Tangkak . Tangkak pulak habis boleh tumpang sekaki di Masjid Tanah. Sana habis boleh menumpang di Tampin. Tampin pun habis boleh balik kampung cari di Muar 1 atau Muar 2. Takder juga boleh pergi jalan-jalan buang minyak ke Segamat. Takder juga boleh pula cuba kat Pusat Antarabangsa yang baru dibuka tu . Tapi kali ini kami "SURRENDER" keadaanya cukup parah sekali ke semua lokasi tiada STOK ! Apa dah jadi ?? Sampai kami ke Utara tempoharipun terpaksa memunggah produk disana untuk memenuhi permintaan disini . Kalau sesiapa tahu dimana ada STOK tolong beritahu kami !! Bukan nak bermegah-megah tapi demi suatu perjuangan untuk memenuhi produk halal yang menjadi tanggungjawab bersama .Sebab itu kini kami benar-benar tak berdaya nak membantu ...bukan sebab kami nak berkira tentang untung dan rugi tapi sebab sudah tiada lagi tempat yang boleh kami pergi untuk dapatkan bekalan.

Dikhabarkan penghantaran terdekat adalah pada hari Selasa ...alamak macamana nie ? Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul ... sampai ada cawangan tu yang berdoa mohon dihantar segera produk-produk yang tiada ke tempatnya. Dahsyat sungguh ! Lalu teman pun meringankan tanganlah mendail kesana untuk mengetahui apa yang telah berlaku .... lalu terbongkarlah sebuah kisah yang agak tragis ... entah kenapa hati saya hari ini tersentuh betul bang ! Dia pun mula bercerita .... ada seorang pelanggan tu datang dari Melaka hanya semata-mata untuk mendapatkan bekalan Omega 3 softgel setelah dikabarkan stoknya ada dicawangannya. Apa yang membuat saya tersentuh katanya adalah kerana kesanggupan ahli tersebut datang sejauh itu semata-mata untuk produk tersebut dan dia tidak dapat yang dihajati. Kesayuan hati dan kesusahan pakcik tersebut kerana bekalan harian telah habis membuat saya betul-betul tersentuh. Kebetulan stok produk masih ada sedikit dipusat agensi jadi untuk mententeramkan keadaannya maka saya menawarkan perkhidmatan dan kebetulan rakan saya ini ada mengambil nombor telefon pelanggan tersebut lantas saya terus menelefon pakcik tersebut yang dikenali sebagai "Pakcik Aziz" . Semasa saya menelefon beliau masih ada di Daerah tersebut dan dengan perasaan gembira pakcik ini berkata ..."Takper nanti saya telefon anak saya di Bukit Piatu untuk datang sekarang juga ke kedai anak " dan benarlah seperti yang dikatakan dalam tempoh yang terdekat anaknya telah muncul di Pusat Jualan kami untuk memenuhi hajat ayandandanya yang tercinta . Apa yang boleh dipelajari dan difahami dari insiden ini ?? Bolehkah matlamat kelulusan beratus-ratus Agen Stok macam cendawan tumbuh selepas hujan dengan alasan untuk servis rangkaian yang sering dilaung-laungkan boleh tercapai dalam situasi begini ? Apakah menjadi suatu dosa kalau saya membiarkan "Pakcik Aziz" ini terkapai-kapai tanpa bantuan kerana dia bukan dibawah rangkaian saya ?? Bagaimana pula dengan peranan dan tanggungjawab syarikat didalam menyediakan keperluan yang sepatutnya ? Adakah wajar sekadar menawarkan produk yang lain yang tidak pasti lagi sesuai dengan seseorang itu sebagai jalan melepaskan tanggungjawab ?

Bagaimana pula dengan kisah ini ? Seorang ibu tunggal singgah di Pusat Agensi kami pada pagi tadi .... tujuannya datang adalah untuk menunaikan hajat anak bongsunya yang teringin makan ayam organik . Setibanya sahaja di kedai dimaklumkan bahawa ayam tiada stok . Terus berkedut dan berubah wajahnya ... macamana nie 2 kali dia pesan , sampai akak nak naik motor pun dia ingatkan lagi ? Apa alternatifnya ? Ada sekadar nak makan ayam organik di Melaka ini masih ada ruangnya tapi terpaksalah berkorban lagi ... menuju ke Mydin ? Tapi belum terjamin juga kerana terdapat peristiwa dimana bekalan ayam disana pun terputus juga . Itu bukan persoalannya ? Persoalannya apakah peranan dan tanggungjawab kita yang telah diberikan amanah untuk merealisasikan impian "Harapan Paling Akhir" ini ...?? Apakah setelah kesedaran timbul maka perasaan dan keinginan ini dipermain-mainkan ? Kenapakah setelah keuntungan semakin meningkat keperluan tidak dapat dipenuhi ? Kemana AMANAH yang diberikan ditunaikan ? Apa peranan "KOOP" yang diamanahkan untuk membantu syarikat didalam permasalahan ini ?? Kemana duit yang dilaburkan oleh ahli dilaburkan ? Alangkah indahnya jika duit perlaburan tersebut dilaburkan untuk memenuhi keperluan produk yang semakin tiada. Kenapa perlaburan tersebut dileburkan untuk mendapatkan bangunan yang belum masanya untuk di "aset"kan sebagai milik kekal ?

Semangat apa yang telah di "BAKAR" sebenarnya ? Pemimpin-pemimpin besar kini sedang bersedia untuk membakar "SEMANGAT" kerana 2 peristiwa besar akan berlangsung untuk 2 bulan mendatang . Lihat-lihatlah "KITA" yang dibawah ini ... janganlah buat-buat tak dengar , buat-buat tak nampak , seolah-olah tiada apa yang berlaku dibawah ! Jatuhkah imej kita sebagai pejuang jika mengakui kesilapan yang berlaku ? Tak cukup besarkah jiwa kita untuk memperbetulkan kekurangan yang ujud ? Bimbang sangatkah ANDA untuk berkata yang benar walaupun pahit ? Adakah pangkat-pangkat ANDA akan digugurkan hanya untuk menyatakan yang "HAK" ? Sedarlah ! Jangan jadi "Pemimpin yang Hipokrit" ...

Sekali lagi ....

MAAFKAN KAMI ! MAAFKAN KAMI ! MAAFKAN KAMI ! .... berapa banyak maaf daaaaa

11 Januari, 2011

CARTA PRODUK TERLARIS MINGGU INI

01. KOPI RADIX PAPAN
02. KOPI RADIX JUMBO
03. KOPI RADIX KECIL (15 SACHET)
04. KOPI RADIX DIET
05. KOKO 1 KG
06. MADU ASLI
07. CECAIR FREESIA
08. SABUN CLAY
09. SABUN SUSU KAMBING
10. SABUN WHITENING
11. SABUN PEGAGA ALAMI
12. SABUN ANTI RESDUNG
13. WAHDAH
14. MADULIA
15. SYAMPO PEGAGA
16. OMEGA 3 SOFTGEL
17. AYAM ORGANIK
18. KORDIAL JAMBU BATU MERAH
19. KORDIAL ASIATICA
20. KORDIAL KURMA MADU
21. RTD ROSELLE
22. RTD JAMBU BATU
23. RTD ASAM JAWA
24. DEODORANT RADIX MEN
25. DEODORANT CENTELLA WOMEN
26. DOEDORANT CENTELLA MILD
27. RADIX MEE KERING
28. SARDIN
29. HABBATUSAUDA SOFTGEL
30. QAUSAR SUSU SARBAT
31. AIR MINERAL MEGA

Tahniah ! Tahniah ! dan Tahniah ! kerana telah menjadikan produk-produk tersebut sebagai pilihan ANDA untuk Carta Terlaris minggu ini. Jangan lupa untuk terus membeli dan kepada yang ingin mengundi bagi mengubah kedudukan produk-produk terlaris untuk minggu depan bolehlah menghantar dengan menghantar undian ANDA ke 3x3xdx . Tanpa ANDA pembeli dan pengguna yang setia siapalah kita. Kepada pihak yang berwajib sila pastikan stok produk senantiasa mencukupi bagi memastikan keperluan pengguna dapat dipenuhi. Tumpukan kepada pengeluaran jangan sampai terjatuh bangunan. Biar gudang dipenuhi barang jangan sampai dipenuhi sawang. Hiasi peribadi , tingkatan kualiti dan kuantiti , kurangkan kontrovesi dan pembaziran ....

10 Januari, 2011

MERINTIS JALAN PERJUANGAN ...

Alhamdulillah dipagi yang hening tanggal 8hb Januari 2011 bersamaan 03 Safar 1432 H telah bermula satu lagi era baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Pada hari tersebut , Along telahpun keluar daripada kepompong keluarganya untuk belajar hidup berdikari ditempat orang. Meninggalkan adik beradiknya yang lain demi mengejar impian dan cita-cita menuntut ilmu bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan berhijrah ke negeri Serambi Mekah untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM). Justeru itu , Pusat Agensi kami telah menutup operasinya pada hari tersebut demi memberi laluan kepada detik-detik bersejarah ini untuk dikongsi dengan semua muga mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada pengalaman yang telah kami sekeluarga lalui. Oleh kerana masa dan situasi yang tidak begitu mengizinkan , maka hanya AKU sahaja yang berkesempatan mengikuti rombongan yang disediakan oleh pihak sekolah untuk bersama Along dan rakan-rakannya yang lain untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak YIK . Jom kita layan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang proses perjalanan dan pendaftaran pelajar di bumi Serambi Mekah ....zasssssssss

Pelajar-pelajar perempuan dan pengiring yang telah sedia tiba diawal pagi

Diantara bapa , ahli lembaga tadbir sekolah , pendokong yang turut hadir memberikan semangat kepada bakal-bakal pewaris generasi masa depan kepimpinan Negeri Melaka.

Cikgu Amran selaku wakil Lembaga Tadbir Madrasah Ar Rahmah sedang memberikan ucapan alu-aluakan , perangant dan motivasi kepada semua yang hadir .

Para hadirin yang khusyuk mendengar pesanan daripada Cikgu Amran

Senyuman manis daripada salah seorang pelajar yang akan pergi "Berjihad"

Tazkirah ringkas oleh Ustaz Musa sebelum doa selamat dibacakan...

Amin , Amin , Amin ....para hadirin mengaminkan doa yang dipohon

Para ibu juga turut mengaminkan doa yang dipohon ...


Saat perpisahan sudah tiba .... jeng jeng jeng
Tak sanggup menatap wajah ibu yang sayu ....

Akhirnya perpisahan tiba jua ... dakapan kasih seorang ibu dan anak yang akan pergi "Berjihad" di medan ilmu...
Bergenang dan bercucuranlah air mata demi suatu perjuangan ...

Suasana didalam bas yang telah bersedia untuk berlepas ...

Persinggahan pertama untuk mengisi tangki perut dan bersolat ...
RNR Chadok menjadi pilihan pilot bas kami pada hari tersebut.


Boleh tahan mahal harga makanan kat situ .... Aku makan nasi putih berlauk seekor ikan goreng sambal dan sayur labu masak lemak dicajnya RM 5.70 . Harga barang dah naik beb ! Nak buat macamana ....Barang Naik pilih ler lagi ...Jom Ubah!!

Akhirnya kami selamat mendarat di Serambi Mekah lebih kurang jam 9.00 malam

Masing-masing mengeluarkan barang keperluan untuk kami menginap di Belakang Firdaus Hotel milik Koperasi MGU .

Masih ada lagi yang perlu dikeluarkan ...

Sarapan pertama di bumi Serambi Mekah ... pekena roti canai nampak. Bila nak pekena nasi kerabu ka , budu ka ...

Tiba diluar Kolej Yayasan Islam Kelantan Kok Lanas ... dari situ kami terpaksa menapak kedalam kerana jalan yang ada tidak mengizinkan bas kami masuk sampai ke dalam .

Masing-masing memastikan barangan yang dibawa tidak tertinggal sebelum kami bergerak untuk memasuki kawasan kolej ...

Sempat mengatur strategi sambil meninjau tempat-tempat penting ... cc , futsal , kedai topup he he ..


Tak habis lagi keluarkan barang ....macam-macam dibawa. Almaklumlah nak berjihad ...
Dah bersedia nampaknya untuk memulakan suatu kehidupan dan suasana pembelajaran yang baru ...

Ibubapa pun nampaknya sudah bersedia untuk melepaskan anak-anak mereka pergi ....

Akhirnya sampai ke Kolej setelah melalui suatu perjalanan yang indah ..

Mula sibuk untuk mendaftar dan bayar apa yang patut ...

Pelajar-pelajar telah bersedia untuk mendengar taklimat ...

Pelajar-pelajar dan ibu-ibu dari Melaka juga sudah bersedia untuk mendengar taklimat .


Rombongan kami terpaksa meninggalkan anak-anak teruna kami bersendirian kerana perlu berkejar kesatu lagi destinasi bagi mendaftarkan pelajar-pelajar perempuan pula . Selamat Berjihad anak-anakku ...

Dewan perhimpunan dan dewan solat pelajar yang tersergam indah ..
Bangunan asrama pelajar ... tak kesempatan untuk meninjau kerana kesuntukan masa. Lain kali insyallah ..

Bangunan pentadbiran dan sekolah .... Hebat !!

Destinasi ke 2 .... Madrasah Ar Rahmah Kenali untuk pelajar-pelajar perempuan
Kedatangan kami disambut oleh Mudir dengan besar hati ...
Mendengar dengan serius arahan untuk melancarkan proses pendaftaran .
Destinasi ke 3 .... jalan-jalan cari ...... di bumi Serambi Mekah . Mercu tanda negeri ilmu Kelantan Darul Naim .
Kalau ke bumi kelantan tak sah kalau tak bawa pulang sehelai kain batik , keropok , dll ....jadi tak perlulah disiarkan banyak-banyak aktiviti ini nanti ada orang kena jual ha ha ha.

Seusai sahaja kami melakukan urusan meningkatkan ekonomi ummah maka destinasi seterusnya adalah kembali semula ke bumi Melaka untuk meneruskan perjuangan yang dilupakan seketika demi sebuah perjuangan .... alhamdulillah kami selamat sampai lebih kurang jam 5.00 pagi . Tak sempat untuk berehat ... semboyan perjuangan terus menggamit. Selagi hayat dikandung badan ....perjuangan ini WAJIB diteruskan.