SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Julai, 2011

JPN TURUN MTD BEMBAN ... MTD BEMBAN TURUN LAPANGAN

Alhamdulillah pada 16 hb Julai 2011 yang lalu telah berlangsung suatu majlis yang amat bermakna didalam sejarah perjuangan berpolitik bila mana Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Negeri Melaka telah berkunjung ke MTD Bemban bagi meninjau persiapan kami didalam menyediakan diri dan menyiapkan jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

Program yang telah berlangsung dengan penuh ukhuwah telah dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak dengan sebaiknya berbincang , bertukar-tukar fikiran serta pandangan , meluahkan apa yang terbuku di qalbu , bermuhasabah diri demi menjana gelombang kemenangan bagi memBERSIHkan yang KOTOR dan merealisasikan konsep Negara Berkebajikan di bumi yang tercinta ini.

JOM kita layan apa yang sempat dirakamkan oleh lensa kami ..


Pengerusi MTD dan Setiausaha JPN serta rombongan sedang memperkatakan sesuatu ..

Perwakilan dan Ketua-ketua UPU yang hadir ...


Perwakilan Halwa MTD Bemban ...
Ketua rombongan merangkap SU JPN sedang membentangkan visi n misi program
Kehadiran yang memberangsangkan memberikan satu petanda baik buat N24 Bemban dalam PRU 13 nanti .... Insyallah.

Dalam serius ada guraunya .... lawan tangkap gambar .


Manakala pada 23hb dan 24 hb Julai 2011 pula telah berlangsung program MTD Bemban bersama MASYARAKAT sempena kedatangan bulan Ramadhan Kareem 1432 H. Program turun kelapangan ini adalah bertujuan untuk meraikan insan yang kurang berkemampuan disaat-saat menghadapi kehadiran bulan Ramadhan yang tinggal seminggu sahaja lagi. Diharap sumbangan yang diberikan ini akan dapat membawa senyuman kepada penerimanya bahawa sanya masih ada kumpulan yang betul betul prihatin dengan nasib mereka walaupun mereka tidak dapat merasakan impaknya tinggal di sebuah negeri yang berstatus MAJU pada 20.10.2010. Keprihatinan yang tidak memilih bulu inilah yang hendak kami terapkan sebagai satu titik permulaan kearah merealisasikan NEGARA BERKEBAJIKAN. Dua hari yang ada ini telah dimanfaatkan untuk menjelajah ke semua UPU di MTD Bemban ~ Tehel , Pondok Kempas , Kesang , Air Baruk , Taman Maju , Seri Bemban dan Ayer Panas. Jom kita selami hati dan jiwa mereka melalui gambar-gambar yang sempat diabadikan ...
Kak Non ...jiran yang prihatin menerima bagi pihak keluarga J5783 di UPU Seri Bemban.
Keluarga yang sepatutnya menerima masih didalam perjalanan pulang setelah pergi mengambil anak perempuannya yang baru sahaja menerima rawatan di Hospital Melaka.

Bersama penerima di UPU Ayer Panas . Turut serta dalam rombongan adalah wakil ARC ~ Alternatif Riding Club yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Syabas dan tahniah !
Keluarga ke 2 di UPU Ayer Panas ..


Penerima di UPU Air Baruk bergambar bersama dengan bakal YB N24 Bemban.
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH ! BERSEDIA PADA BILA BILA MASA UNTUK MEMIKUL MANDAT DAN AMANAH RAKYAT BEMBAN KHUSUSNYA UNTUK MEREALISASIKAN NEGARA BERKEBAJIKAN SELEPAS PRU 13 !! ALLAHUAKBAR !!!

24 Julai, 2011

SURECO ... YANG BARU KU KENALI

Alhamdulillah pada 22 hb dan 23 hb Julai 2011 yang lalu , Aku dan pasanganku telah diberikan kesempatan untuk mengetahui dan mengenali dengan lebih mendalam sebuah lagi syarikat mlms bumiputera melayu Islam yang kini sedang giat mengembangkan bisnesnya sebagai sebuah lagi wadah alternatif kepada umat Islam didalam meningkatkan ekonomi ummah dan alternatif pemakanan kesihatan berasaskan herba daripada kehebatan buah yang dicipta oleh PENCIPTA TERAGUNG yang dikenali sebagai "RATU TUMBUHAN BERBUAh SAKTI" iaitu MENGKUDU.

Tak kenal maka tak CINTA ... bila sudah kenal maka barulah mudah untuk teruskan perjuangannya .. JOM kita ikut apa yang telah berlaku sepanjang 2 hari AKU berada disana . Cuma kelainnya ....jalan cerita ini bermula secara melawan arus ....kita layan ajelaaaaaa



Peserta wanita .... berkongsi pengalamannya sepanjang mengikuti kursus asas ini.

Maaf tiada gambar untuk peserta lelaki .... bukan tak dibenarkan untuk disiarkan tapi peserta lelaki itu adalah AKU !




Senior Crown Director Melaka sedang berkongsi suka duka bersama SURECO .

Aturcara yang tidak boleh dipisahkan ...... makan.
Pengerusi Eksekutif sedang menerangkan khasiat produk Jus Cengkudu .
Dengan gaya yang tersendiri ....yang penting jelas dan berkesan.
Tabiat seorang guru tidak boleh dipisahkan walaupun kini berjawatan Pengerusi Eksekutif .
Riqzahku pun dah berjinak-jinak dengan mlms ...Bangunlah ! Bangkitlah !
Perbincangan tidak berakhir di kelas .... bersambung dimeja makan.
Pengurus Besar sedang demo cara yang betul sebelum meminum Air Sarang Burung Kolagen ...
Cendawan merah terkenal di Negeri China tapi telah diladangkan oleh Sureco untuk kegunaan didalam produk-produknya . Syabas !
Perjalanan untuk meneruskan perjuangan ....
Minum sambil bersilaraturahim .... biasalah kaum wanita.
Tua dan muda bergabung untuk merealisasikan misi perjuangan..
Pengerusi Eksekutif sedang menerangkan VISI syarikat ..
MISI syarikat pula adalah .............

Untuk kenang kenangan .... cewah !
DOA dipohon untuk mendapat keberkatan dan keredhaan ILAHI
Sesi praktikal .....IRIDIOLOGI
Lihat garisan je tau ...jangan lihat yang lain ?
Ustazah Siti Maimon sedang berkongsi ilmu IRIDIOLOGI untuk sesi pertama.
Melagukan lagu tema SURECO ...

19 Julai, 2011

DUA PRODUK HEBAT DARI SURECO ...TERKINI

KINI DIJUAL DIKEDAI KAMI ! DAPATKANNYA SEKARANG ... !

A. ASB KOLAGEN

HARGA : RM 140.00

GABUNGAN DUA BAHAN YANG HEBAT ~ AIR SARANG BURUNG WALIT DAN KOLAGEN PASTINYA MENGHASILKAN SATU PRODUK YANG HEBAT DENGAN IZIN NYA..

KETAHUI KHASIAT AIR SARANG BURUNG WALIT DAN KOLAGEN

1. Menghasilkan kulit yang lebih cantik , licin dan anjal semula
2. Menggalakan perkembangan otak serta menguatkan daya ingatan
3. Menguatkan penyambungan diantara tisu-tisu
4. Menguatkan fungsi jantung serta mengimbangkan tekanan darah
5. Bertindak sebagai agen anti oksida bagi mencegah kanser dan anti penuaan
6. Membantu mengekalkan kesihatan rambut , sendi , tulang serta mencegah osteoprosis
7. Mengaktifkan sistem pengimunan , membekalkan tenaga dan mempercepatkan kadar metabolisma badan
8. Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah dan memperbaiki saluran pencernaan

B. KOPI CENKUDU KOLAGEN


GABUNGAN HEBAT HERBA ~ MENGKUDU + CENDAWAN MERAH + KOLAGEN PASTI TERANGKAT BEB !!

HARGA : RM 21.80

PERISTIWA HEBAT INI BERLAKU DI KAMPUNGKU ..

Hari Jumaat yang lepas , Angah ada menelefon aku dikedai ... mengingatkan AKU akan ada orang kampung jemput kenduri arwah lepas maghrib. Jadi seusai aje Solat Maghrib aku pun keluarlah menunaikan hajat orang yang sudi mengundang AKU tu ... bukan sebarang orang ... bekas Pengerusi JKKK yang kini uzur tapi masih bersemangat. Sesampai disana jemputan masih belum ramai yang datang ...AKU pun cari "port" yang sesuai dan berbual-bual kosong dengan rakan disebelah. Abang tahu tak ? Dia mula buka cerita ....tahu apa ? Berita pasal Exco Pertanian Melaka serta Timbalannya jatuh Sungai Tehel padi tadi ? Ya ke jawap aku separuh percaya ? Ada program apa hari ini ? Biasanya kalau ada program kat kampung penuh poster keliling kampung , takkpun depa umumkan kat masjid pada hari Jumaat tapi hari ini takde pun ? Betul bang dia cuba meyakinkan aku ...pagi tadi dia orang ada program melepaskan anak ikan Lampan kat Sungai Tehel . Semasa dia sedang melepaskan anak-anak ikan tu tiba-tiba aje jeti tu roboh maka terjunlah kelima-lima orang besar yang berada diatas jeti tu kedalam Sungai Tehel sebagai satu PERISTIWA BESAR yang sensasi. Apa lagi ayat yang boleh terkeluar masa itu kecuali KESIAN DIA ! Perbualan terhenti kerana jemputan semakin ramai yang datang dan majlis dah nak bermula. Seusai majlis aku ke mesyuarat cawangan ...bila ku tanya orang-orang kuat cawangan seorangpun tak tahu menahu akan peristiwa yang telah berlaku ? Hinggalah ...ada seorang mamat tu membuat "Posting" kat FB barulah kesahihan kisah hebat ini dapat dibuktikan. Lihatlah dunia ..... betapa besarnya kuasa PENCIPTA ALAM ini didalam merencana kejadian di mukabumi ini.




Apa tauladan dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa ini ? Apa rasionalnya melepaskan anak ikan di perairan umum ? Adakah ada udang didalam Sungai Tehel ? Siapa yang dapat manfaat daripada program ini sampai dapat ganjaran mandi sungai ? Duit sapa yang digunakan untuk membeli anak-anak ikan tersebut ? Golongan mana yang akan dapat dibantu daripada program tersebut ? Adakah orang Kg Tehel ? Terlalu banyak persoalan demi persoalan yang akan timbul daripada program ini ? Jadi tak perlulah AKU berikan jawapan kepada persoalan ini , Lu pikir ler sendiri ... (pinjam ayat Nabil dengan izin )

Inilah musibahnya kalau memilih kerajaan yang tidak mengutamakan Negara Berkebajikan . Jadi ..... Ubahlah Sekarang ! Selamatkan Malaysia !

11 Julai, 2011

SANTAI SELEPAS ..... BERSIH 2.0

TARIKH : 10.07.2011
MASA : 10.10 AM

LOKASI : BAWAH JAMBATAN SUNGAI TEHEL
AKTIVITI : HIMPUNAN HARAM "BERSIH"KAN IKAN


Acara baru bermula ...


Santai gila ...
Belum ada yang mengena ...
Namun tetap gembira ....
HASILNYA : TIADA TANGKAPAN DIBUAT ??

MASA : 11.30 AM
LOKASI : ATAS JAMBATAN KAYU SUNGAI TEHEL

AKTIVITI : HIMPUNAN HARAM "BERSIH"KAN IKAN VER 2.0


Tetap santai ....tiada GENTAR

Dah ada sasaran .....pakai baju leher "KUNING"
Ikan Oh Ikan kenapa ngko tak keluar Macamana aku nak keluar polis buat "Roadblock" Ikan Oh Ikan kenape ngko tak nak makan umpan Macamana aku nak makan , depa tutup kedai


Masih mengharap agar ada "TANGKAPAN" dapat dibuat ..

HASILNYA : TIADA TANGKAPAN DAPAT DILAKUKAN ..

MASA : 12.10 PM
LOKASI : DATARAN SUNGAI TEHEL

AKTIVITI: PERHIMPUNAN KELUARGA HARAM TANPA PERMIT



Mengharap TANGKAPAN di lokasi baru ...

Ini DIA .... TANGKAPAN PERTAMA ....anak SI Belida Gedik
KESALAHAN ~ 1. Melanggar perintah Majestrate kerana berada di kawasan larangan.
~ 2. Memakan cacing "KUNING" tanpa membaca Bismillah ..




TANGKAPAN KE 2 ~ Anak Belukang Malang
KESALAHAN ~ 1. Terlupa menggosok gigi sehingga KUNING
~ 2. Mulut tak henti henti sebut BERSIH ! BERSIH! BERSIH ! walaupun dah kena tangkap


Itulah seadanya ...apa apa pun inilah MASANYA untuk UBAH SEKARANG ! SELAMATKAN MALAYSIA