SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

25 Februari, 2010

APAKAH ETIKA KITA SEMASA MEMASARKAN PRODUK HPA SAMA DENGAN KISAH INI ??

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Moral :

Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t.
Semoga menjadi renungan bersama

PUSAT AGENSI DAN PUSAT JUALAN DITUTUP ESOK

Insyallah esok 27 hb Februari 2010 (Sabtu) kedua-dua pusat kami akan ditutup bagi membolehkan kami sekeluarga meraikan Majlis Perkahwinan Anak Saudara kami di Ampang Selangor. Mohon maaf sekiranya penutupan ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran program dan keperluan harian ahli-ahli dan pelanggan-pelanggan setia kami. Jumpa semula pada hari Isnin 1 hb Mac 2010 INSYALLAH .

19 Februari, 2010

KISAH SI POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Moral:


Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masakini melayan ibu bapa mereka. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa setiap tahun. Semoga kisah ini memberi keinsafan kepada kita semua.

12 Februari, 2010

GONG XI FA CHAI

Sempena kedatangan Tahun Baru Cina yang akan diraikan oleh masyarakat Cina maka satu program turun padang telah diadakan sebentar tadi. Lokasi yang bertuah kali ini adalah Taman Kesang Indah dan Taman Kesang Damai. Program turun padang ini selain daripada untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada masyarakat Cina ianya juga merupakan misi dakwah kepada orang Cina didalam merealisasikan slogan "PAS UNTUK SEMUA" dan menunjukkan sikap tolenrasi dan hormat menghormati orang Islam didalam meraikan hari gembira orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina. Selain menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka , sejumlah 5 biji limau mandarin dan sekeping kad jemputan ke Jamuan Tahun Baru Cina juga diedarkan kepada mereka. Rombongan juga ditugaskan untuk mendaftarkan pengundi-pengundi baru tapi ternyata MAJORITI ahli keluarga orang Cina sudah mendaftar menjadi pengundi sebaik sahaja cukup haulnya . Bagaimana dengan orang KITA ?? Alhamdulillah ...kedatangan rombongan kami disambut mesra oleh mereka . Jom kita saksikan apa yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera ku ....


Tekun mendengar taklimat sebelum gerak kerja turun padang dimulakan ..



Antara bungkusan limau mandarin yang telah disediakan untuk diagih-agihkan kepada masyarakat Cina yang akan dikunjungi .

Ini dia ...Pengerusi MTD sedang memberikan penerangan dan matlamat program hari ini ...

Sempat membelek untuk kali terakhir untuk pastikan tiada limau yang dah "expired" terhulur nanti ...
Sedang menunggu gilirin untuk berlepas ...
Rumah pertama yang dikunjungi ...
Senyuman gembira dan terima kasih yang diberikan atas kunjungan dan hadiah yang diberikan serta ucapan Selamat Tahun Baru Cina.
Walaupun cuma 5 biji berbanding berkotak-kotak limau yang mereka ada didalam rumah . Pemberian ikhlas ini amat dihargai oleh mereka...

Antara makhluk ciptaan Allah yang meraikan kedatangan kami ..
AKHIRNYA .... Gong XI FA CHAI daripada kami semua MAJLIS TINDAKAN DUN BEMBAN . Muga kesatuan dan perpaduan hati dapat kita tautkan untuk menuju masa depan negara yang lebih cemerlang dan berkebajikan dimasa depan.

10 Februari, 2010

PBC TERAKHIR

Setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya. Setiap kali ada pembukaan pasti ada penutupnya. Begitu jugalah dengan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) anjuran Kelab Sahabat Siti Khadijah. Setelah beberapa kali untuk dinoktahkan tapi kali ini insyallah akan benar-benar terjadi. Ini bukan COBAAAN kerana ianya BENAR-BENAR akan terjadi.. Bagi menghargai ahli-ahli rangkaian yang telahpun siap mengumpulkan nilai mata tapi masih belum ada kesempatan untuk bersama-sama dengan kami di PBC maka inilah masanya ...

TARIKH : 6 HB - 7 HB MAC 2010

TEMPAT : D' ANJUNG INN TANGKAK

BAYARAN : RM 140.00


JOM kita sertai ramai-ramai PBC terakhir ini yang kami bawakan buat pertama kali dan terakhir diluar dari Negeri Melaka ...nun di Anjung sana. Sesiapa yang berminat untuk sama-sama merasai detik-detik terakhir ini silalah buat pendaftaran segera kerana Anjung ini hanya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang peserta sahaja. Ianya juga dibuka kepada mereka yang masih belum menyimpan atau belum cukup nilai mata . Jadi apa tunggu lagi ...

Untuk mendaftar sebagai peserta sila hubungi :

1. Pn Zahirah Muhammad 013-6137313
2. Pn Fadzillah Yahaya 019-6561050
3. Pn Nasimah Musa 013-8518519
4. Pn Nadzlifah Alias 019-7175004
5. En Rosli Daud 019-6655637

SELAMAT PENGANTIN BARU

Bagi pihak AJK Kelab Sahabat Siti Khadijah kami ingin merakamkan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada Pn Noor Emilia Mohd Zulkifli dan suaminya En Mohd Zamani Zakaria yang telahpun selamat melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada 6 hb Februari 2010 yang lalu. Beliau yang merupakan bekas Eksekutif HPA Cawangan Masjid Tanah dan bakal Eksekutif HPA Cawangan Semabok Perdana sekembalinya dari berbulan madu nanti .Kami semua doakan semuga berbahagia dan berkekalan hingga keakhir hayat. Didoakan juga semuga segera dikurniakan dengan cahaya mata yang insyallah bakal menjadi pendokong dan pejuang panji-panji kebenaran. Aminnnnn.

08 Februari, 2010

KURSUS PERUBATAN JAWI - BEKAM

Insyallah satu kursus akan diadakah seperti ketetapan berikut :

KURSUS : BEKAM INOVATIF DAN KEUSAHAWANAN

TARIKH : 14 HB FEBRUARI 2010 (AHAD)

MASA : 9.30 AM - 5.00 PM

TEMPAT : PUSAT AGENSI HPA JASIN

BAYARAN : RM 80.00


PERCUMA : 2 SET BEKAM TANPA LANSET

MAKAN TENGAHARI DAN MINUM PETANG DISEDIAKAN

SIJIL PENYERTAAN JUGA DISEDIAKAN.


FASILITATOR : EN MURAD MD ZIN
PJS PN ZAHIRAH MUHAMAD

TERHAD KEPADA 30 PESERTA SAHAJA. JADI APA TUNGGU LAGI ....DAFTARLAH SEGERA !!!

UNTUK PENDAFTARAN SILA HUBUNGI :

1. EN MURAD MD ZIN 019 6544230

2. PJS PN ZAHIRAH MUHAMAD 013 6137313

3. PUSAT AGENSI HPA JASIN 013 8518745 @ 06 5291452

ANJURAN BERSAMA KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH DAN MURAD CONSULTANCY

05 Februari, 2010

PELUANG KERJAYA DI HPA HALAL HUB SERKAM MELAKA

ANDA masih tercari-cari peluang kerja yang sesuai ? Apa kata ANDA memulakan kerjaya ANDA bersama HPA Industries Sdn Bhd. Antara kerjaya yang ditawarkan di HPA Halal Hub di Serkam Melaka adalah :

1. PEGAWAI AKAUN DAN BELIAN
2. PEGAWAI LATIHAN DAN PROMOSI
3. PEGAWAI PENYELIDIKAN
4. PEGAWAI PEMASARAN


SYARAT PERMOHONAN

a. USIA PEMOHON MESTILAH DIANTARA 25 TAHUN - 35 TAHUN
b. MINIMUM KELULUSAN SARAJANA MUDA DALAM BIDANG YANG BERKAITAN

5. PENYELIA
6. STOREKEEPER
7. OPERATOR KILANG


SYARAT PERMOHONAN

a. USIA PEMOHON 18 TAHUN HINGGA 35 TAHUN
b. MINIMUM KELULUSAN SPM

BORANG-BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DARIPADA HPA CAWANGAN SEMABOK PERDANA MELAKA.

JADI APA TUNGGU LAGI !! BERTINDAKLAH SEGERA !! JADILAH WARGA KERJA HPA. ANDA PASTI TERUJA ..