SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

26 Oktober, 2009

TAHNIAH RFC KLUANG !!

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Kelab Sahabat Siti Khadijah kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua pihak pihak yang terlibat diatas kejayaan membuka RFC pertama Zon Selatan di Kluang.
Muga kejayaan membuka RFC pertama di Zon Selatan ini akan menjadi pemangkin dan pendorong kepada semua ahli untuk terus berjuang mempromosikan produk-produk halal keluaran HPA Industries Sdn Bhd.
Dikejauhan ini sempat tangan ini mengirimkan sms TAHNIAH kepada Pengarah Urusan HPA dengan ucapan ringkas yang berbunyi ....

"Salam ..Tahniah atas pembukaan rasmi RFC Kluang hari ini dari kami ajk kelab sahabat siti khadijah . Harap masalah ketiadaan produk yang hingga kini masih tidak selesai tidak dilupakan begitu sahaja. Maaf kerana tak dapat bersama menyaksikan bersama peristiwa yang bersejarah ini " 24 Okt 2009 12.58pm

Sedang menikmati makan tengahari tiba-tiba satu sms masuk dan apa dilihat ianya adalah balasan daripada Pangarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad yang berbunyi ....

" Produk akan disegerakan." 24 Okt 2009 13.03pm

Muga jawapan ringkas ini akan dikotakan kerana sudah terlalu lama menunggu produk-produk yang yang hingga kini tiada nampak jalan penyelesaiannya sejak sebelum Ramadhan lagi hingga kini.

KISMIS MINDA BERWAJAH BARU


Dapatkan ia di Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong segera !!!

Masih mengekalkan harga dan nilai mata yang sama .

RM 8.00 NM 3

23 Oktober, 2009

USRAH MTD BEMBAM

Pada tanggal 19hb Oktober 2009 bersamaan 30 Syawal 1430H telah berlangsung Usrah Bulanan MTD Bemban dimana Pusat Agensi Jasin telah menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah buat kali kedua. Memandangkan MTD Bemban adalah merupakan ahli HPA yang didaftarkan secara sah dengan nombor keahliannya 371361.MY01 maka usrah bulanan ini mempunyai kelainan dan keunikkannya yang tersendiri.
Majlis bermula dengan majlis berbuka puasa sunat secara jemaah dan disusuli dengan Solat Maghrib dan jamuan. Antara menu yang dihidangkan adalah Ayam Organik masak rendang nasi himpit , lodeh , kuah kacang , sambal bilis , air kordial asiatica dan kopi radix mai secawan ...
Seusai sahaja jamuan makan , majlis diteruskan dengan majlis bacaan Al-Mathurat dan solat Isyak berjemaah serta solat Hajat . Selepas itu majlis usrah pun dimulakan dengan dipimpin oleh Naqib Ustaz Jumary Jaffar yang juga merupakan ahli HPA dengan nombor keahlian 371281.MY01 yang merupakan generasi 1 kepada MTD Bemban. Jom kita lihat apa yang berlaku seterusnya ....


Selesai sudah tanggungjawab kepada Ilahi untuk malam itu ...


Saudara 395497.MY01 Mohd Diah Md Katas yang merupakan setiausaha MTD sedang membentangkan pendapatan MTD Bemban daripada pembelian ahli-ahli HPA dibawah rangkaian MTD Bemban bagi bulan Ogos 2009. Alhamdulillah pendapatan bulan ini meningkat kepada RM 108.88. Bertambah lagi dana MTD Bemban hasil perjuangan ahli-ahli HPA. Bukti dah ada tapi masih ramai lagi yang ragu-ragu untuk membeli produk-produk HPA untuk kegunaan harian mereka sekeluarga. Inilah asam garam perjuangan demi mendaulatkan ISLAM!!

Dua generasi berbeza ...veteran dan muda bersatu di usrah


Naqib sedang mengupas ayat Al-Quran sempena kedatangan bulan Haji dan kebetulan salah seorang ahli usrah yang hadir pada malam tersebut akan pergi menjadi tetamu ALLAH pada kali ini...mudah-mudahan mendapat Haji yang MABRUR. Sempat beli Kopi Radix dan Cereal untuk dibawa sebagai bekalan ke tanah suci .. Alhamdulillah.Satu lagi kejayaan buat produk-produk HPA.


Antara yang hadir sedang memberikan fokus terhadap kupasan isu semasa yang sedang dibentangkan oleh ahli-ahli usrah.


Naqib sedang mengulas isu hangat semasa ...tak lain tidak bukan PRK N31 Bagan Pinang .

Orang muda sedang memberikan buah fikirannya terhadap keputusan di Bagan Pinang .


Yang lain memberikan perhatian ...seriusss


Pasti ada fakta menarik yang sedang disampaikan , hingga menekup mata dibuatnya ...

Antara wakil kaum muslimat yang hadir ..

Untuk akhirnya sesuatu yang paling penting yang telah dibincangkan dalam usrah kali ini adalah Kelab Sahabat Siti Khadijah dengan kerjasama MTD Bemban akan menapak maju setapak lagi untuk menerokai bidang pendidikan awal dengan menubuhkan sebuah pusat asuhan kanak-kanak dibawah jenama PASTI bermulanya sesi persekolahan 2010. Insyallah dengan doa dan sokongan semua , ruang atas Pusat Agensi Jasin ini akan dimanfaatkan untuk dijadikan PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH. Mudah-mudahan niat murni akan dipermudahkan segala urusan dan direalisasikan menjadi kenyataan. Doakanlah ......aminnnnnnnnnnnnnnnn

20 Oktober, 2009

TERLAMBAT TAPI BERBALOI-BALOI


Kehadirannya terlambat daripada rakan-rakannya yang lain. Kelewatannya menyebabkan rasa rindu dendam semakin kuat...
Kini dia sudah tiba ....
Jadi apa ditunggu lagi ! Rasakan keenakan dan kesedapan Ais Krim Toyyibah Vanila n Roselle Ripple dengan mendapatkannya segera dengan harga Rm 8.00 dan NM 2 dipusat-pusat kami.
Stok adalah terhad seperti apa yang dipaparkan ...Jangan sampai anda menggigit jari he he.

16 Oktober, 2009

SI WAHIDA SUDAH KU MILIKI ...


Si Wahida Syampo Betik telah ku miliki ! Anda bila lagi .... ??
Dapatkannya segera di Pusat Agensi dan Jualan Kami
Harga RM 12.00 NM : 5
Jangan tunggu lama lama
Nanti dikebas orang

14 Oktober, 2009

KEJUTAN UNTUK "ABAH"

Semalam .....seusai sahaja selesai bertugas di Pusat Agensiku lebih kurang jam 9.30 malam , selepas sahaja menyelesaikan urusan yang patut maka kembalilah aku kerumah macam biasa. Setibanya dirumah ...aku disambut oleh anak-anak dengan gembira sekali. Mereka tak sabar-sabar menyuruh AKU ke dapur. Menuruti sahaja kehendak anak-anak , rupa-rupanya ada KEJUTAN untuk ABAHnya pada malam tu. Sejurus itu kedengaranlah ucapan Selamat Hari Jadi ABAH dari anak-anakku . Hiba dan sebak dibuatnya diatas usaha dan penghargaan yang diberikan bagi meraikan hari ulangtahun kelahiran ABAH mereka. Mereka adik beradik telah berpakat untuk meraikan hari istimewa ABAH mereka dengan berusaha membuat sebuah kek mereka sendiri. Walaupun tidak setanding dengan kek yang boleh dibeli di kedai-kedai kek tapi nilainya cukup istimewa bagi seorang ABAH yang tidak mengharap-harap sesuatu yang istimewa dari anak-anaknya. Cukup sekadar ucapan dan doa dari anak-anak yang soleh dan solehah. Istimewanya kek yang mereka usahakan ini adalah selain daripada usaha daripada tangan-tangan mereka , ianya juga telah dimasukan AIS KRIM TOYYIBAH JAGUNG didalamnya menjadikannya Kek Ais Krim Toyyibah yang insyallah setakat ini tidak ada lagi dijual dimana-mana Kedai Kek di dunia ini. Syukur alhamdulillah kerana anak-anakku juga telah memahami erti perjuangan yang sedang diperjuangkan oleh ABAHnya untuk mempromosikan produk-produk halal keluaran HPA. Terasa sungguh istimewanya menjadi seorang ABAH pada malam tadi . Mudah-mudahan semangat perjuangan ini akan terus subur dan marak sampai bila-bila .... Terima kasih anak-anakku. Terima kasih isteriku yang tercinta kerana mendidik anak-anak kita mencintai ABAH dan mencintai perjuangan ini. Muga malam istimewa ini akan menjadi titik tolak kepada kita semua untuk terus istiqamah dalam perjuangan yang masih belum selesai ini .....aminnnnnn





Inilah Kek Ais Krim Toyyibah Jagung yang telah dicipta oleh anak-anakku dan isteriku untuk meraikan hari Istimewa ABAH




Si ABAH sedang memotong kek ais krim toyyibah dengan diperhatikan oleh sikecil yang sudah tidak sabar untuk menikamti keenakan dan kelazatan kek buatan mereka.



Masing-masing sudah tak sabar ...


Potongan pertama ....pastinya untuk ISTERI yang tercinta


Potongan yang kedua , ketiga dan seterusnya ...


Dah hampir separuh diagih-agihkan ....


Milik siapakah potongan yang ini .....pastinya untuk yang teristimewa
ABAH


Wah ! Enak sungguh kek ais krim toyyibah ni ...nampak macam tak selera je tapi bila dimakan ...ohhh sedap sekali .

Tak cukup sepotong , cebisan pun habis licin dibalun. Tak mahu membazir dan menghargai setiap usaha yang dibuat oleh anak-anak.

Si bongsu ku pun tak mahu lepaskan peluang. Sabar menanti bahagiannya untuk disuapkan ....

Haaahkan ...dah tersenyum apabila sudah dapat merasakan keenakan kek ais krim toyyibbah jagung.


Lihatlah dunia ...enaknya kek ais krim kami ...nak cuba rasa .

Si Along tersenyum puas menikmati keenakan kek ais krim toyyibah pertama didunia ....He he

Ini sahaja yang tinggal ...mudah-mudahan semuanya SELAMAT di dunia dan diakhirat . Aminnn Aminnn Ya Rabbalalamin. Sesungguhnya KEJUTAN yang cukup ISTIMEWA !!

11 Oktober, 2009

AKHIRNYA ...DIA MUNCUL JUA




Akhirnya ...setelah puas menanti , setelah puas mengadu , setelah jemu menunggu jawapan yang tak kunjung tiba , ia tiba-tiba muncul di Semabok Perdana. Walaupun tidak kesemua perisa yang tiba ... Dapatkannya segera dengan harga RM 8.00 dan NM 2 di kedua-dua pusat kami. Cepat jangan sampai terlambat. Kami dah merasanya ! Anda bila lagi ??

08 Oktober, 2009

INOVASI DARI PRODUK IMT

Dapatkan segera Minuman IMT !! Simpan satu dirumah sebagai stok sekiranya anda terasa panas badan. Minuman IMT ini juga berkhasiat bagi menghalang pertumbuhan sel kanser hati ,payudara dan prostat .Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah . Bertindak sebagai pereda demam , panas dalam , radang paru-paru , tonsillitis dan batuk berkahak. Berperanan juga untuk membersih dan melindungi organ hati dari keracunan . Meningkatkan pengeluaran antibodi sebagai antivirus dan antibiotik. Bertindak untuk mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan. Dengan pelbagai khasiat yang terkandung dalam sebotol kecil 200ml dengan harga RM 3.00 dan nilai mata 0.5 ..... Jadi apa ditunggu mai le beli sebotol dua hari ini juga ...di pusat kami ada dahhh.

07 Oktober, 2009

SARDIN DAH MASUK KE PUSAT

Akhirnya .... sardin HPA masuk juga ke Pusat Agensi Jasin dan Pusat Jualan Duyong. Ayuh dapatkannya segera ? Beli satu dapat 1 nilai mata. Nak 2 nilai mata beli 2 tin sardin dan seterusnya. Harga cuma Rm 5.50 setin. Enak sungguh bila dimakan begitu sahaja. Enak juga untuk dijadikan sandwich , inti karipap juga dibuat popia sardin. Tin pertama sudahpun orang rumah buat gulai tengahari jadi . Ada 10 ekor ikan sardin yang bersaiz S. Cukup le sorang sekor bagi keluarga besar kami untuk sekali makan. Tak dapat nak gambarkan keenakannya ...dapatkan dan rasainya sendiri.

06 Oktober, 2009

RADIX CHOCOLATE KINI DI PUSAT AGENSI

Nampak tak foto coklat tuuu.. Itu ajelah yang ada di Pusat Agensi Jasin. Siapa cepat dia dapat. Dapatkan segera dengan harga RM 7.00 dan NM 2. Harap-harap bekalan tidak terputus lama .

PBC 2 DALAM 1

Dah puas beraya Jom kita mulakan gempuran kita semula dengan menyertai PBC yang insyallah akan diadakan seperti tentatif berikut :

TARIKH : 31hb oktober - 01hb November 2009
Tempat : Hotel Seri Impian Jasin Melaka
Bayaran : RM 140.00 Sahaja

Sesiapa yang berminat sila hubungi pemimpin-pemimpin Kelab Sahabat Siti Khadijah seperti yang disenaraikan dibawah ini.
1. PJS Fadzillah Yahaya 019-6561050
2. PJS Zahirah Muhamad 013-6137313
3. PJS Nasimah Musa 013-8518519
4. PJE Rosli Daud 019-6655637

Daftarlah segera !! Berbaloi-baloi

01 Oktober, 2009

RUMAH TERBUKA PU DI ZON SELATAN

Alhamdulillah , pada 26 hb September 2009 bersamaan 7 Syawal 1430 H kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Rumah Terbuka Pengarah Urusan HPA bagi Zon Selatan. Bersyukur kerana kami sempat sampai kemajlis tersebut lebih kurang 10 minit daripada tamatnya majlis tersebut. Almaklumlah banyak komitmen kerana banyak majlis yang serupa diadakan pada hari tersebut. Bercelaru juga untuk buat keputusan dan alhamdulillah hati digerakkan untuk memilih untuk ke Kluang pada hari tersebut. Memandangkan masa kami sampai tu dah masa kecederaan jadi faham-faham ajelah ... baik dari segi tetamu yang ada dan jamuan yang ada. Apa-apa pun itu tidak penting ....yang paling penting ialah dapat meraikan jemputan PU kerumah terbuka beliau di sebuah kampung yang masih dimiliki oleh orang Melayu sampai bila-bila selagi namanya tidak ditukar iaitu di Kampung Melayu Kluang. Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan dimasa-masa kecederaaan ini ....zassssssssssssssss.

Makan lemang + kuah kacang + ayam ?? masak merah + lodeh kering + cola radix ... sopan jeee. Nak tambah boleh tapi ... faham-faham aje leee

Mentang-mentang lee bekalan cola tak mencukupi sebelum raya tempohari , lepas geram nampak...bedal air cola semacam jeeee.


Percaya tak ? Rezeki orang datang lambat ..He he










Antara pengunjung yang tertinggal keretapi ...He he. Makan tak berteman takpe asalkan berlauk ....




Tambahlah lagi ....jangan malu-malu . Hari ini PU belanja ...







Teman seperjuangan HPA dari Rengit bersama keluarga dengan pakaian sedondonnya . Tahniah !









Tetamu jauh ...datang dari Bahau untuk bersama dengan PU HPA di hari yang mulia ini ...


PJS Nasimah sedang melayan anak-anak menghabiskan juadah hari raya ...


Masih ada berbaki .....??

Dah habis tetamu ....bunga orkid pun jadi glamor di hari yang mulia ini.

Masih bertahan ...duit raya belum diagihkan agaknya ??














Macam dah kenyang je ...?














PU HPA sedang melayan tetamu diruang tamu ...tak sempat nak mencelah ..






























Se kecilku sempat merasa kerepek raya kat dalam rumah .















Pegawai yang bertungkus lumus awal hingga ke akhir. Tunjuk jalan pulang ke tu ...? Apa-apapun sekalung TAHNIAH atas kejayaan penganjuran majlis rumah terbuka pada kali ini.
Sekian adanya . Salam lebaran minalaidil walfaizin maaf zahir batin.