SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

28 Disember, 2010

TERSIRAT DAN TERSURAT DISEBALIK PESANAN TAQWA !

Alangkah bertuahnya sekiranya TIRAI 2011 dibuka setelah kita mengetahui apa yang tersirat dan tersurat disebalik pesanan TAQWA. Sekiranya ANDA kini seorang lelaki berusia 45 tahun dan tidak pernah ponteng sembahyang Jumaat maka Anda akan mendengar sekurang-kurang 1560 kali pesan agar BERTAQWA . Apakah sebenar RAHSIAnya ... Untuk mengetahuinya dapatkan SEGERA Solusi Isu No 27 yang kini sudah berada di Pusat Agensi dan Pusat Jualan kami

Dapatkannya sebagai hadiah terbaik untuk yang tersayang sempena kehadiran 2011. Jom ubah sekarang Selamatkan Malaysia

26 Disember, 2010

Aku Malas Dan Marah

Aku malas?

… untuk menegur lagi

…untuk berdemonstrasi lagi

…untuk bising sana, bising sini

…untuk meneliti harga yang naik tak henti

Kenapa?

Sebab dulu, Tuan yang berjanji

Harga TAKKAN NAIK walau apa terjadi

Ikrar Tuan pada kami..

…Ekonomi kita kukuh

…Pembangunan akan jadi realiti

…Lisan jelata mesti didengari

Ooo rupanya..

…senyap Tuan merangka strategi

…mencari penyelesaian seorang diri

…harga naik… (oops salah)

…PELARASAN HARGA dicanang untuk merawat hati

Aku…

Diam membisu

Bersuara tapi kelu

Makin aku tegur

Makin aku sindir

Tuan makin menjadi jadi

Nah..

Sekarang baik aku diam

Di tegur NAIK, tak tegur NAIK

Aku malas Aku marah sebab aku benci…

Tak tahulah kalau ada yang memuji…


Coretan,

Fatihee Al-Kelantani

21 Muharram 1432h

SELAMAT KEMBALI FREESIA !!

Ia muncul semula setelah sekian lama direhatkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Freesia Cecair yang tidak dapat dipastikan apa masalah yang membelenggu pengeluarannya kali ini , setelah diwar-warkan boleh dilahirkan 1000 botol sehari. Apa-apa pun SELAMAT KEMBALI FREESIA serbuk di alam perjuangan ini. Semuga kehadiran semula ANDA diraikan oleh pejuang-pejuamg tulin HPA .

24 Disember, 2010

MISI 2 DALAM 1 BERJAYA ??

ALHAMDULILLAH .... pada tanggal 17 hb Disember 2010 yang lalu pada jam lebih kurang 9.30 pagi bermulalah perjalanan kami sekeluarga bermufasir ke Utara dengan matlamat menyempurnakan misi 2 dalam 1 kami.

Memandangkan pemergian kami ini dalam tempoh yang lama (lama bagi orang berniaga macam kami kalau dahulu semasa makan gaji , 4 hari tak cukup lama kalau balik ke Utara) maka persinggahan kami adalah kerumah rakan stokis untuk mewasiatkan barang dagangan terutamanya kopi radix untuk dimanfaatkan kepada ahli yang memang dahagakan bekalan kopi yang sedang dalam krisis semasa ketiadaan kami bercuti sambil menyelesaikan masalah yang tertangguh sekian lama.

Destinasi ke 2 persinggahan kami adalah menghantar pesanan Bantal Panas kepada pelanggan kami yang sedia menunggu dipersimpangan jalan keluar dari Kg Tehel ...he he dapatlah sikit untuk bayar duit tol ..

Perjalanan diteruskan menuju destinasi ke 3 iaitu Alor Gajah. Di sana sedang menanti rakan seperjuangan yang memerlukan stok minyak wangi Munifhijjaz untuk dikembangkan rangkaian pengedaran disana...

Selesai sahaja misi di ketiga-tiga destinasi ini maka perjalanan ini diteruskan menuju ke destinasi utama .....Kedah dan Perlis. Jom kita lihat sedikit catatan perjalanan kami didalam menyempurnakan misi kami kali ini ...


Masa untuk melayan keperluan perut ... persinggahan pertama di RNR Rawang .
Menikmati bekalan yang dibawa bersama ...almaklumlah ramai tentera , dengan cara ini ianya lebih menjimatkan dan yang lebih penting boleh dimakan tanpa was-was.

Nak tahu lauk apa yang kami bawa .... alhamdulillah sempat asingkan sebungkus ayam organik pada hari terakhir tu , kebetulan pada hari tersebut semua bekalan ayam organik di cawangan seluruh Melaka pun turut habis maka terpaksalah mohon maaf banyak-banyak pada pelanggan kami yang cuba mengecek ayam kami yang seekor tu... selera makan diperjalanan ini walaupun lauknya hanya ayam organik masak merah dengan nasi putih aje ...dah bocor dah menu kami .

Persinggahan ke 2 selepas isi perut adalah menunaikan Solat Zohor dan Asar secara jamak dan qasar. Masjid yang bertuah adalah masjid jamek Tapah. Gambar ini diambil seusai solat sambil duduk melembutkan urat-urat kaki tu , anak-anak ambil kesempatan berehat sambil menikmati ais krim yang dijual diperkarangan masjid tersebut.

Si comel kami tidak lepaskan peluang untuk nikmati ais krimnya dengan pose yang menarik

Terliur gak melihat anak-anak menikmati ais krim tapi apakan daya , sekejap tadi sudah teguk bekalan madulia yang dibawa ...faham-faham ajelah penyakit apa jika dah teguk madulia tu..

Perjalanan kami diteruskan sehinggalah kami sampai ke rumah mertuaku di Kg Bujang lebih kurang jam 8.15 malam.


Esoknya bermulalah perjalanan untuk misi utama kami ...HQ HPA di Jejawi Dalam Perlis. Bertolak pada jam 7.45 pagi akhirnya kami sampai ke destinasi kami pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah kami sampai lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk perjumpaan tersebut iaitu pada pukul 10.00 pagi.


Duduk di sofa sambil menunggu masa untuk dipanggil masuk untuk perbincangan..

Pukul 10.30 baru perbincangan dimulakan dengan dipengerusikan oleh Ust Ahmad Ali Pengerusi Panel Syariah HPA.
Maaf tiada gambar yang dapat dirakamkan kerana perbincangan ini diadakan secara tertutup ! Hebat perbincangan kami ini ... he he.

Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar dan mesra. Pada permulaan itu , aku hanya buku buku catatan sahaja tapi bila nampak perlahanan perbincangan tersebut maka mulalah aku buka laptop yang dibawa untuk rujukan. Lepas tu ku bawa masuk pula segala-gala dokumen yang kubawa untuk membuktikan dan mempertahankan segala dakwaan mereka adalah tidak benar. Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan baik dan lancar dan masalah kami dapat diselesaikan dan banyak perkara yang dapat diselongkar dan banyak kelemahan dapat dikesan bagi mengelakan daripada berulangnya insiden yang berlaku keatas kami yang bukan sahaja menyusahkan dan merugikan kami tapi juga syarikat. Perbincangan kami tamat sekitar jam 2.00 petang dan ditangguhkan dengan janji masalah pusat jualan isteriku akan disemak semula dan diselesaikan dalam tempoh 1 minggu. Jalan telah dirintas dan insyallah masalah yang menimpa isteriku juga insyallah akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Perut pun sudah berkeroncong ...semasa perbincangan tu kami hanya dijamu dengan secawan kopi radix mai secawan , maka terpaksalah bawa diri ke bandar Perlis mencari sesuatu yang mengenyangkan dan hikmahnya ....kami berjumpa dengan Radix Chicken House (RCH) , jadi apa tunggu lagi .... kami terjah ajelah ...


Sedang buat pesananlah tuuu ....

Sedang menunggu pesanan disediakan .....
Antara hiasan yang menemani pelanggan makan di RCH... macam-macam ada
Diantara pelanggan yang menjamu selera bersama kami pada hari tersebut ...

Akhirnya .....sedang menikmati Nasi Ayam Organik yang istimewa ... sedapnyaaaaaa

Dah tak pusing kanan dan kiri dah ... yang sebelah tu dah licin tentu pegi tambah order. Seusai saja makan maka kami pun ziarah ler cawangan-cawangan HPA yang ada. Meninjau produk-produk yang tiada di Melaka untuk dibawa pulang .....dan alhamdulillah kami dapat Kordial Pegaga , Kordial Jambu Batu Merah , Bedak Wanita , Sabun Casia , Madu Asli , Sabun Whitening dan yang paling penting Kopi Papan dan Jumbo . Kami juga bertembung dengan rombongan sahabat daripada Yala Thailand yang sedang melawat HPA sedang membeli belah di Kiosk Jejawi . Seronok tengok semangat perjuangan mereka ...

Selesai misi kami ....jom kita tengok pulak apa misi anak-anak kami pulak




Seronok dapat berendam di Tupah Merbok ...
Si comel dah menggigil kesejukan ...tapi masih belum mahu mengalah.
Senyuman gembira kerana hajat untuk bercuti di air terjun tercapai ..

Si abang pun tak lepaskan peluang ....cuba bakat terpendam

Bakal perenang negara masa depan ...

Sudah kesejukan jadi kelaparanlah pulak , nasib baik ada bekalan yang disisipkan ..

Kalau dibiarkan , 2 hari 2 malam pun sanggup berendam tapi ....itu aje masa yang ada .

Setelah selesai ke dua-dua misi maka kami pun berangkatlah pulang ke Melaka untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ...


Sempat berposing simanis kami di persinggahan kami dalam perjalanan pulang.
Sudah bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan pulang ...


Sempat bergambar kenang-kenangan bersama Along di Masjid Gopeng
Sempat isi minyak sebelum meneruskan perjalanan ...

Alhamdulillah kami selamat sampai kerumah tepat jam 12 tghmalam . Adakah misi kami berjaya ? ANDA yang Nilaikan ...

14 Disember, 2010

CUTI ! CUTI !

Insyallah ...Pusat Agensi dan Pusat Jualan kami akan menutup operasi hariannya mulai

17 hb Disember 2010(JUMAAT) - 20 hb Disember 2010(ISNIN)

Penutupan ini adalah bagi membolehkan kami sekeluarga melaksanakan misi 2 dalam 1 sempena musim cuti sekolah yang panjang ini.

Misi 1 - Ke ibupejabat HPA di Jejawi bagi menyelesaikan isu bagi kedua-dua pusat kami dengan pihak syarikat yang masih tidak kesudahan bersama pihak pengurusan hpa dan panel syariah. Mempertahankan dan mendapatkan semula hak kami serta membincangkan permasalahan semasa.

Misi 2 - Balik kampung mertua yang telah lama kami tak jengok dan meninjau perkembangan semasa negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Kepada semua pelanggan kami , MAAF awal dari kami dan doakan semuga MISI kami ini akan tercapai matlamatnya dengan sempurna.


JUMPA semula pada 21 hb Disember 2010 (SELASA) ...Insyallah

ADA COKLAT DIHATI

Nikmatilah coklat buatan tangan yang enak , lazat dan berkhasiat sambil membantu menjana pendapatan ibu tunggal yang berusaha untuk membesarkan 9 orang anaknya. Ketabahannya mengharungi liku-liku kehidupan setelah ketiadaan suami tercinta menyentuh hati ini untuk membantu memasarkan produk-produk yang dihasilkannya. Jadi ... jika ANDA ingin turut membantu maka dapatkanlah COKLAT didalam bekas berbentuk HATI ini daripada kedai kami dengan harga RM 4.50 sahaja.



05 Disember, 2010

AHLAN WAHSAHLAN 1432 HIJRAH

Dalam diam tak diam 1431 H telahpun sampai ke penghujungnya hari ini. Walaupun kebanyakkan daripada "KITA" tidak berapa ambil kisah tentang kehadiran dan pemergiannya namun bagi "INSAN" yang mengalir didalam tubuh badannya setitik dua roh perjuangan dan cintanya kepada ISLAM maka kehadiran dan pemergiannya cukup memberi erti yang mendalam tentang CINTA dan PENGORBANAN seorang INSAN AGUNG kerana tanpa PENGHIJRAHANNYA maka tidak tersebarlah ISLAM keseluruh mukabumi ALLAH yang maha luas ini.Sejarah telah dilakarkan ...

Bagaimana pula dengan KITA ? ?

1431 H akan meninggalkan KITA . Tidak usahlah dikenang apa yang telah berlaku samada pahit , manis , suka duka , tawa ria , masam mencuka kerana PERJUANGAN kita masih panjang. JOM kita hadapi 1432 H dengan langkah yang BERANI , langkah yang lebih BERSTRATEGI , langkah yang penuh dengan ILTIZAM untuk melakukan PENGHIJRAHAN yang lebih baik demi KEDAULATAN ISLAM . demi kepentingan SEJAGAT , demi KETUANAN RAKYAT , demi KESEJAHTERAAN dan KEADILAN untuk semua. JOM kita raikan kehadiran tahun baru HIJRAH ini dengan tekad untuk merubah KEBOBROKAN yang ada kepada sebuah kehidupan yang AMAN , SEJAHTERA , ADIL DAN SAKSAMA , MESRA DAN TOLARENSI , MUHIBBAH DAN HARMONI.

JOM KITA BERHIJRAH DENGAN BERANI UNTUK MELAKUKANNYA DENGAN SATU UNDI YANG ADA DITANGAN. JANGAN LAGI TERPEDAYA DENGAN JANJI-JANJI MANIS DAN TIPU DAYA YANG SELAMA INI BERJAYA MENUTUPI MATA HATI UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN. CUKUP , CUKUP DAN CUKUPLAH .... AYUH PASANGLAH TEKAD UNTUK KITA RAIKAN KEHADIRAN FAJAR 1432 H UNTUK KITA MEMBUAT PERUBAHAN ...

SELAMAT DATANG 1342 H DAN TERIMA KASIH 1431 H KERANA TELAH MENGAJAR AKU ERTI KEDEWASAAN DAN KEMATANGAN . SINAR KEJAYAAN SEDANG MENANTI KITA SEMUA ....

03 Disember, 2010

APAKAH NILAINYA SEPULUH RINGGIT BAGI KITA ?

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya, “Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata, “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni...”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur. “Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. “Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. “Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu....



Moral :

Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka...

01 Disember, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2011 KINI DIBUKA


PENDAFTARAN PELAJAR-PELAJAR BARU PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH BAGI SESI 2011 KINI DIBUKA ! ANAK-ANAK BERUSIA 4 , 5 DAN 6 TAHUN AKAN DIDIDIK DAN DIASUH BERDASARKAN SATU SILIBUS YANG TELAH TERBUKTI MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG BUKAN SETAKAT MENGUASAI 3 M MALAHAN HEBAT PERIBADINYA. UNTUK KETERANGAN LANJUT ATAU BORANG PENDAFTARAN SILA HUBUNGI :-

PUSAT AGENSI HPA - 013 8518745 @ 06-5291452

ATAU

USTAZAH SITI KHADIJAH SHAARI - 019 6653001
USTAZAH NURUL ATIKAH JANAS - 017 6710925


DIANTARA KHIDMAT TAMBAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK SESI 2011 INI ADALAH KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DAN NURSERI

09 November, 2010

HARI KECEMERLANGAN PELAJAR PASTI 2010

TARIKH : 14 HB NOVEMBER 2010 BERSAMAAN 7 ZULHIJJAH 1431 H (AHAD)

MASA : 9.00 AM - 12.00

TEMPAT : PUSAT AGENSI HPA AIR MERBAU JASIN


SEMUA PENDOKONG DAN PENCINTA PENDIDIKAN ISLAM DIJEMPUT HADIR ! SELAIN MERAIKAN HARI KECEMERLANGAN ANAK-ANAK PASTI IANYA AKAN DISERIKAN DENGAN JUALAN PRODUK-PRODUK MUSLIM DAN BUKU-BUKU ILMIAH YANG MENARIK. DATANG TAU !!

08 November, 2010

SANTAI BERSAMA MUNIFHIJJAZ PERFUMES

Dah banyak kali diwar-warkan!! Dah banyak kali pesan !! Kalau nak jumpa datang !! Tapi ramai yang tak percaya ?? Ramai yang ragu-ragu ?? Tapi apa boleh buat tarikh dan masa yang dijanjikan sudahpun berlalu ... Jadi untuk yang tidak percaya akan berita gempar ni JOM kita saksikan sendiri apa yang terjadi di BOOTH 96 MUNIFHIJJAZ PERFUMES ......zasssssss

Set hiasan bagi mengalu-alukan kedatangan pengunjung ..
Cantik dan menarikkan !!!
En Ewan dari MunifHijjaz dan Pn Azlina orang kuat Melaka Tengah sedang mengatur strategi ....

Orang kuat Jasin sedang menyakinkan pelanggan akan kelebihan minyak wangi kami ....
Bagaimana encik ? Haruman kami kekal sepanjang malam ...
Selamat datang puan ! Nak cuba minyak wangi kami ...

Tak menang tangan kami melayan pelanggan yang tak putus-putus mencuba haruman munifhijjaz ...
Yang ni haruman dia lagi mengancam ...tak percaya cubalah !
Sempat bertukar-tukar pandangan dengan jiranniaga ...
Sempat jadi model ...apamacam boleh ganti Munif ke jadi DUTA ?
Lagi posing sebagai "DUTA" ....sementara he he


Jika dibandingkan dengan gambar yang dibelakang tu mana lebih hebat ??
Ziarah ke lokasi jiranniaga yang menjual kek lapis ...dapat rasa free beb ! Sodap ..
Ada gak yang berkenan nak gambar bersama ...ha ha ha

Standby ! Ramai yang dah datang tu .....
Wah ! Yang ini harumannya bagus sekali. Saya nak 5 kotak lah ...
Pilih-pilih kak ....macam-macam haruman ada. Akak harum abang sayang he he
Siapa yang masih tak percaya tadi ? Sesi bergambar dengan peminat dan pelanggan MunifHijjaz perfumes pun bermula ....
Siap dengan botol nenen lagi ...cayalah ! Tak rugi pakai munifhijjaz perfumes .

1 , 2 Senyum ..... jangan lupa ambil haruman yang sudah dibeli tadi ye ...
Sopan je almaklumlah ada mak guard kat sebelah tu ....
Sempoi , anak beranak peminat Munifhijjaz perfumes cayalah ...
Akhirnya tiba giliran AKU pulak ....sapa lebih kacak ekk ?
Bersama tuanpunya dan DUTA serta bakal .............. aminnnnnnn

Dan yang terakhir ... adik-adik PIZZAPAH ...Ranggup bila Panas , Lembut bila Sejuk dan anak gadis AKU bergambar bersama IKON MUNIFHIJJAZ PERFUMES.

Sekian .... MASIH TAK PERCAYA ? Cobaaaaan ...