SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

26 Mac, 2009

TERKINI KUTIPAN "UNTUKMU GAZA"

Hingga tika dan saat ini kutipan yang terkumpul adalah berjumlah

RM 818.75
Kutipan yang bertambah ini adalah hasil kutipan yang telah dibuat Cawangan Semabok Perdana yang berjumlah RM 282.45 . Bagi pihak kelab tiada ungkapan yang paling cocok untuk diucapkan kecuali ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang budiman dan sekalung doa untuk kalian semua , semuga terus dimurahkan rezeki dan diterima sumbangan ini disisi ALLAH SWT sebagai satu amalan yang soleh. Tidak lupa juga buat semua staf Cawangan Semabok Perdana yang diketuai oleh Cik Arbaeyah diatas kerjasama yang cukup baik demi menjayakan aktiviti yang mulia ini.Insyallah dalam tempoh terdekat baki kutipan yang ada akan dimasukan kedalam Tabung Kemanusiaan Harakah untuk pastikan sumbangan tn/pn akan sampai kepada rakyat Gaza seperti yang dihajatkan. Kepada yang masih belum berkesempatan untuk menderma jangan bimbang kerana kutipan masih diteruskan. Oleh yang demikian ..teruslah menderma !!!
Ayuh ! Teruskan Boikot Produk Israel dan Amerika. Tukarlah supermarket anda semua dengan segera ..

25 Mac, 2009

YANG DITUNGGU AKHIRNYA TIBA JUGA ..


Alhamdulillah penantian yang begitu lama akhirnya terungkai jua... Semalam secara rasmi produk Herba Rendaman Kaki selamat diturunkan di Cawangan Semabok.Saya antara yang pertama telah membelinya. Insyallah produk ini berkhasiat untuk melancarkan sistem peredaran darah- khusus untuk rawatan kebas kaki dan tangan , memberikan kesegaran tubuh dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh digunakan untuk mengimbangi suhu badan dan medan elektromagnet tubuh bagi mengatasi masalah Insominia (Sukar tidur)
Boleh dibeli dengan harga :

Harga Pengguna : RM 25.00
Harga Ahli : RM 20.00
Nilai Mata : 5

LAGI STOKIS LAHIR DARI KELAB

TAHNIAH buat EN MOHAMAD MUJAHID IBRAHIM kerana telah dilantik menjadi Agen Stok berstatus STOKIS. Buat masa ini beliau menjalankan operasinya di alamat No 5 , KM 16 Kampung Pulau Durian Tunggal Melaka. Nombor H/P yang boleh dihubungi adalah 013-3988644. Muga dengan adanya stokis di Durian Tunggal maka akan bertambah luaslah empayar jualan produk HPA yang mana sebelum ini , ramai ahli HPA yang terpaksa keluar jauh untuk mendapatkan produk-produk HPA. Buat orang-orang Durian Tunggal dan persekitarannya apa ditunggu lagi Ayuh kita gempur pasaran produk halal ini sehabis habisnya. Muga pengorbanan stokis ini menyediakan kemudahan para ahli HPA disana akan diberikan ganjaran yang sewajarnya oleh ALLAH SWT. Aminnn. Kuatkan tekad dan teruskan PERJUANGAN YANG SUCI INI...

CORETAN SEKITAR KPJ MELAKA MAC 2009

Alhamdulillah program tersebut telah dapat dijalankan dengan lancar dan lebih teratur berbanding KPJ sebelum ini. Tahniah dan Syabas kepada pihak pengelola kerana telah mengambil langkah-langkah pembaikan diatas teguran dan kekurangan yang ujud sebelum ini. Sayangnya tempat yang selesa yang disediakan tidak disambut dengan kehadiran yang sehebat tempat yang disediakan. Tapi itu bukanlah ukuran untuk menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program yang dijalankan cuma ianya merupakan satu kerugian bagi yang tidak dapat bersama untuk berkongsi secara terus ilmu perubatan herba daripada PU HPA yang kita sanjungi dan hormati. Selebihnya ikutilah perjalanan program ini ..

Salah seorang peserta yang sedang menanyakan soalan .... Saya ada asma , bila saya minum teh manjakani terus saya sesak nafas Kenapa ye..
Sebahagian daripada para hadirin yang memenuhi auditorium MITC malam tu..
En Hassan sedang bertanyakan soalan .... Kenapa produk HPA banyak tak ada stok yek ?? Mohon jasa baik dan kepakaran PU HPA agar dapat merealisasikan pembukaan RFC di Mydin Wholesale di Melaka secepat mungkin.Apa perkembangan perbincangan dengan pihak Mydin ya.

En Mohd Yatim sedang berkongsi dengan para hadirin testimoni pelanggannya .... Minyak but-but

Lagi gambar para hadirin yang hadir pada malam tersebut yang sedang tekun mendengar penjelasan PU HPA akan kelebihan produk Rebusan menggunakan periuk Claypot.

Abang tu control macho nampak ...
Tn Hj Ismail PU HPA ketika sedang memberikan jawapan dan ulasan keatas persoalan yang ditimbulkan oleh para peserta. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para testimonir dan Jom Shoping ... macam-macam ada dijual kat luar dewan ... buku , baju , sticker , besi khurasani dan lain-lain.
Hingga jumpa lagi di KPJ yang akan datang .
Teruskan Boikot Produk HARAM ISREAL DAN AMERIKA !!

20 Mac, 2009

PRODUK HALAL TAPI HARAM ??

TEPUK DADA TANYA IMAN ! ANTARA PUNCA DOA KITA TERHIJAB ... KERANA MEMAKAN DAN MEMBERI MAKAN MAKANAN YANG HARAM . USAH BEBANKAN FIKIRAN DENGAN PELBAGAI PERSOALAN PASAL MAKANAN KERANA HPA SUDAH ADA ALTERNATIFNYA .. BERDOA SAHAJA TIDAK MENCUKUPI TERUSKAN BOIKOT ANDA SEMUA !!!
NO 12 tu baca bebetul...wallahuaalam.

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

19 Mac, 2009

STOKIS TERBARU

Sekalung Tahniah daripada kami semua ke atas Pn Rasilah Yakob kerana telah dilantik sebagai Agen Stok HPA berstatus STOKIS. Doa dari kami muga puan akan berjaya menghadapi apa jua cabaran sebagai Stokis. Inilah perjuangan namanya ... penuh dengan cabaran , dugaan , pahit getir dan kenikmatan yang insyallah akan lahir daripada liku-liku perjuangan yang sangat panjang ini. Kegigihan dan tekad menyahut cabaran untuk memastikan warga Felda Palong 6 mendapat bekalan produk halal amatlah dikagumi dan dihargai. Mudah-mudahan pengorbanan dan pelaburan yang dibuat akan mendapat pulangan yang sewajarnya. Yakinlah bahawa janji Allah SWT itu benar ..." Jika kau bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatku keatasmu ..." Buat semua warga Gugusan Felda Palong terutamanya Felda Palong 6 berilah sokongan kepada Pn Rasilah Yaakop dan keluarga sebagai seorang pengguna yang setia samada berstatus ahli atau tidak. Sokonglah produk halal keluaran HPA Industries Sdn Bhd. Insyallah produk-produk HPA boleh diperolehi di rumah ibu beliau yang beralamat di NO 67 BLOK 3/1 FELDA PALONG 6 73430 GEMAS N. SEMBILAN . No Telefon 06-4667255(Pn Jamnah Mohamad)atau hubungi Pn Rasilah sendiri di telefon bimbitnya 017-6012149.
TAHNIAH !SELAMAT BERJUANG ..
AYUH KITA GEMPUR FELDA PALONG.
BERJIHADLAH ! DOA SAHAJA TIDAK MENCUKUPI. TERUS BOIKOT PRODUK ISRAEL DAN AMERIKA

18 Mac, 2009

CORETAN PBC MAC 2009

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana PBC kali ini dapat dijayakan dengan jayanya di Seri Warisan Resort Ayer Keroh. Dengan kehadiran seramai 37 peserta dari dalam dan luar Melaka ianya mencoretkan seribu kenangan dan padat dengan semangat perjuangan yang insyallah obornya akan terus menyala selagi hayat dikandung badan. Ikutilah coretan selanjutnya..

Sebahagian daripada PJS dan PJ yang akan menaburkan bakti dan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung.

Sebahagian daripada peserta muslimah yang sedang mendengar ucapan wakil kaum mereka di hujung kursus tersebut ...tekun dan yakin nampaknya Alhamdulillah

Wakil kaum Hawa sedang memberikan pandangan terhadap kursus yang telah dihadirinya.. tak rugi katanya join PBC ni sebab banyak maklumat yang diperolehi. Tiupan api perjuangannya saja cukup memberi kesedaran akan perlunya Jihad Ekonomi bagi umat Islam...

Kaum Adam tak ketinggalan untuk memberikan sokongan kepada wakilnya yang sedang berucap ...

Wakil kaum Adam ...Tn Hj Omar Baba sedang memberikan pandangan bernas , kritikan membina dan menanamkan semangat motivasi kepada semua jika ingin berjaya ...

Kumpulan Roselle sedang membuat pembentangan kerjakursus yang diberikan..ada gaya le


Kumpulan Minyak But-But sedang membentangkan penemuan dan kajian kumpulannya ...senyum nampaknya , Ada yang melucukan ke ...ini bukan program Raja Lawak tau.

Kumpulan Omega 3 sedang berpesan .... kalau nak jadi PJ mestilah .....bla , bla


Khusyuk atau berdebar debar menanti giliran untuk tampil kedepan ...dap dup dap dup


Apa nama kumpulan ni yek ... lupa pulak. Maaf ye apa-apa je le...


Puas dengar pasal produk , syarikat Jom kita bernasyid pulak le ...syok juga bernasyid ramai-ramai . Naik semangat macam nak gi Palestin je lepas ni..

PJS Zahirah sedang membentangkan slotnya ... Diagnos Penyakit melalui Saraf Tapak Tangan ..

Asyik nampak sampai tongkat dagu ... Syabas tentu ada sesuatu yang menarik ??

Ustaz Bohkari sedang menyampaikan kuliah subuh ..






Apa yang tak kena kat tangan tu kak ooi ...banyak angin yaa

Presiden KPA sedang menyampaikan slotnya ...Halal haram dan Kenali HPA luar dan dalam ...cayalahhh

Maaf ye ... coretan kali ini terbalik la .. tapi tak kisah le . Yang pastinya matlamat semua peserta tercapai ... jumpa di PBC bulan depan pulak ya

17 Mac, 2009

MILIK SIAPAKAH BAYI COMEL INI ??



Milik siapakah bayi ini . Wajah lembut bagaikan sutera. Cewaah ! Alhamdulillah inilah puteri ku yang ke lapan. Lahir pada tanggal 2 hb Mac 2009 bersamaan 5 Rabiulawal 1430 H jam 5.03 petang di Hospital Pantai Air Keroh dengan berat 2.53 kg. Lahirnya dengan penuh kasih sayang seorang ibu dan abah dan rahmat daripada Allah SWT memberikan kegembiraan kepada semua yang menantikan kelahirannya. Kelahiran pra matang ini telah meninggalkan sedikit implikasi kepada dirinya kerana sebaik sahaja dilahirkan belumpun sempat abahnya mengalunkan azan dan iqamah ditelinganya anak kami ini telah dikejarkan kebilik khas kerana seluruh badannya menjadi biru disyaki telah terminum bahan ibunya.Alhamdulillah keadaannya stabil selepas diberikan rawatan tapi masih memerlukan penjagaan rapi kerana dikhuatiri terdapat jangkitan pada paru-parunya dan didapati juga bacaan darah merahnya juga kurang daripada tahap biasa. Pada jam 10.00 malam setelah keadaannya semakin baik , barulah abahnya dapat mengalunkan azan di sebelah telinga kanannya dan iqamah disebelah telinga kirinya dalam keadaan tangan dan hidungnya penuh dengan wayar-wayar. Kasihan melihat keadaanya kerana dalam usia tak sampai sehari sudah menghadapi ujian yang besar. Sabarlah ya wahai anakku. Abah dan ibu hanya mampu berdoa muga kau cepat sembuh dan sihat segera agar dapat kembali bersama abang dan kakakmu yang dah tak sabar untuk menatap dan membelaimu.Alhamdulillah berkat doa semua , anak kami telah dibenarkan keluar setelah 6 hari berada disana. Hasil pemufakatan dan persetujuan semua Puteri kami yang kelapan ini telah ku namakan dengan nama AIN NADHIRAH yang bermaksud Mata yang berseri.

13 Mac, 2009

TERKINI KUTIPAN "UNTUKMU GAZA"

Alhamdulillah sumbangan masih terus diterima dan jumlah terkini yang berjaya dikumpul adalah sebanyak :

RM 523.30

Sejumlah RM 35.00 telah berjaya dikutip semasa Ceramah Mansuhkan PPSMI Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan di Dataran HAMAS Jasin pada 26 hb Februari 2009 yang lalu.

Teruskan menderma ..

12 Mac, 2009

REFLEKSILOGI BERSAMA UST ABD HADI

Alhamdulillah kursus sehari ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 28 hb Februari 2009 yang lalu. Sambutan yang diberikan adalah amat hebat dan seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Sahabat Siti Khadijah dan bukan ahli berjaya disatukan untuk mempelajari teknik dan ilmu urutan refleksilogi yang betul daripada Ustaz Abd Hadi.




Setiausaha kelab sedang sibuk melayani pendaftaran para peserta ...



Ust Abd Hadi sedang menyampaikan kuliah beliau .. bla , bla

Para peserta sedang kyusuk mendengar kuliah yang disampaikan ...cewah macam faham je..



Kaum ibu sedang mempraktiskan teori yang baru dipelajari tadi ... picit jangan tak picit , jangan sampai cacat ibu jari tu dah le..

Sedang emak dan abah sibuk dengan teknik urutan , si anak ada acaranya yang tersendiri ... siap bekal lagi ..nampak tak apa yang aku nampak ?




Kaum adam tak ketinggalan juga mempraktiskan ilmu urutan yang baru dipelajari ..


Ni siapa pulak ni ..siap duduk atas kerusi malas lagi. Baguih sangat ke ..


Suasana kelas dipenghujungnya ....
alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5312282626676998370" />

Sekian . Tamat.