SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

19 Mei, 2012

YANG BERAT ... DIRINGANKAN LAGI

 ALHAMDULILLAH WA SYUKURILAH .. Pagi tadi telah berlangsungnya majlis ringkas penyampaian sumbangan daripada PAS Tehel dan Kawasan Jasin kepada mangsa kebakaran Kg Tehel yang telah menghanguskan sebuah rumah baru-baru ini. Sumbangan hasil dermawan-dermawan telah selamat disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Jasin -Ustaz Kamarudin Sidek dengan diiringi oleh Ketua Cawangan PAS Tehel - Tn Hj Ab Hamid Hj Kamat kepada waris keluarga yang terlibat. Mudah-mudahan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut untuk membangunkan semula rumah yang baru.
 
Ketibaan YDP PAS Jasin disambut oleh Ketua PAS Tehel dan waris mangsa


Sempat bergurau walau dalam keadaan berduka

Tapak sedang mula dibangunkan semula

Sempat berbincang isu-isu semasa

Amanah penderma dilunaskan pagi tadi

17 Mei, 2012

INOVASI PRODUK SEJUK BEKU

 DAPATKAN PRODUK SEJUK BEKU YANG SIHAT DARI KAMI ....

MY HALAL MART JASIN
PULUT PANGGANG


SATA

OTAK-OTAK

SATE KEBAB

 SATU LAGI PRODUK INOVASI SEJUK BEKU UNTUK ANDA !!

NIKMATI KEENAKAN SATE KEBAB HARI INI . DIDATANGKAN DENGAN 3 PERISA YANG PASTI  MEMBANGKITKAN SELERA ANDA SEKELUARGA..

SATE KEBAB - PEDAS


SATE KEBAB - LADA HITAM

SATE KEBAB - BERIYANI
DAPATKANNYA DARI MY HALAL MART JASIN SEGERA ...!!


PASTI SAHABAT .. MERAIKAN JASA GURU GURU

Bersempena Hari Ulangtahun Guru-Guru Sedunia , kami yang menumpang disatu titik atas dunia ini mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis bagi menghargai jasa guru-guru Pasti Sahabat Siti Khadijah yang telah berkorban apa saja demi memastikan TUNAS ISLAM bercambah menjadi pohon yang rimbun  dan berguna kepada Agama , Bangsa dan Negaranya . Walaupun dalam keadaan serba sederhana tapi penuh bermakna .... 

JOM kita saksikan aksi-aksi mereka didalam meraikan guru-guru yang mereka sayangi ...


Walaupun diraikan .... tetap sibuk menyediakan keperluan untuk majlis hari ini

Dah tak sabar untuk meraikan guru-guru mereka

Ragam sebelum majlis bermula ..

Bersorak mengucapkan Selamat Hari Guru
 
Jamuan dah bermula

Hidangan LAKSA sungguh enak sekali


Hadiah untuk Cikgu

Makanan kesukaan ramai


Seronok makan ramai-ramai

Laksa yang enak ...lupakan yang lain

Seadanya ....dari kami !

Guru-guru yang diraikan ... memotong kek untuk anak-anak dan diri sendiri

Alhamdulillah .... terima kasih daun keladi

Masing-masing dah tak sabar

Insyallah ... masing-masing akan dapat

Terima kasih ...Cikgu !


Nyum Nyum Nyum ...
Hadiah untukmu Cikgu !
Teima kasih kerana menghargai !









15 Mei, 2012

SELAMAT HARI GURU .. JADILAH OBOR YANG MENERANGI


3 buah sekolah bertuah di DUN Bemban akan menerima kek ini sebagai tanda terima kasih kami atas segala jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh Guru-Guru

























TERIMA KASIH CIKGU !! JADILAH OBOR YANG MENERANGI . JADILAH LILIN YANG MERINTIS JALAN KEGELAPAN . JADILAH PELITA YANG MERUBAH KEHIDUPAN MALAM. JADILAH AGEN PERUBAHAN DIDALAM MEMBUKA MINDA ANAK BANGSA MENGENALI APA ITU KEHIDUPAN YANG TERBAIK. MEMBEZAKAN ANTARA YANG BAIK DAN YANG BATIL . MENERANGKAN RASUAH ITU KEJI AMANAH ITU TERPUJI. KUASA ITU AMANAH FITNAH ITU PUNAH RANAH. MUGA TERUS ISTIQAMAH DALAM MELAKSANAKAN AMANAH YANG TERPUJI INI ...JASAMU TETAP TIDAK KAMI LUPAKAN

PERUTUSAN HARI GURU 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena sambutan Hari Guru 2012, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.

Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."

Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.

Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."

Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:

"Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur."


Seorang guru inginkan muridnya berjaya lebih tinggi darinya, dan ia gembira bilamana muridnya berjaya, dan berdukacita bilamana muridnya gagal. Ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam mendidik muridnya, lebih dari masa ia mendidik anaknya.


Rasulullah s.a.w menjelaskan bilamana mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.

Persoalan ilmu yang bermanfaat menunjukkan kepada kita bagaimana tingginya kedudukan guru yang mengajar ilmu pengetahuan di dunia dan akhirat. Lantaran itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dengan doa agar mereka sentiasa tabah, sabar dan berusaha membina generasi rabbani yang sentiasa dekat dengan Allah swt.


“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012”


Sekian Wassalam


Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


MALAM YANG MENGGETARKAN ....BN !!

 MALAM YANG BERSEJARAH BUAT WARGA DUN BEMBAN !!
 Rakyat berbilang bangsa dan agama telah keluar untuk majlis makan malam Pakatan Rakyat dengan satu tekad untuk tumbangkan siapa sahaja calun Barisan Nasional di DUN BEMBAN pada PRU yang akan datang. Majlis yang berjalan dengan penuh HARMONI telah diserikan dengan ucapan daripada PIMPINAN PAKATAN RAKYAT yang dengan jelas membawa mesej agar rakyat Malaysia Amnya dan khususnya pengundi DUN BEMBAN untuk tumbangkan BN dalam PRU ke 13 nanti. Rakyat yang sudah tidak sabar untuk menumbangkan BN dapat kita saksikan melalui majlis ini ! Tak percaya saksikanlah sendiri ....
Penyelia DUN BEMBAN sedang menyampaikan ucapan alu-aluan


Perwakilan daripada Kg Tehel

Pengerusi DAP Melaka merangkap Ketua Pembangkang DUN Melaka sedang menyampaikan mesej yg jelas ...TUMBANGKAN BN

PERWAKILAN SEROMPONG ENTERPRISE

KEHADIRAN CHEGU BARD

DAPAT MESEJ YANG JELAS UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN BESAR .

UMNO KENA TIPU DGN MCA ...1.2 BILLION KATA CHEGU BARD HEBAT TAK HEBAT PEMIMPIN NO 1 UMNO

YB PARLIMEN PUCHONG ANTARA TETAMU YANG HADIR MEMBANGKITKAN GELOMBANG PERUBAHAN

PERWAKILAN AYER PANAS ... MAKAN SAMBIL MENELAN MESEJ PERUBAHAN

BERBILANG BANGSA TAPI SATU TEKAD ...TUMBANGKAN BN !


SAMBUTAN YANG MENGGETARKAN BN

MAKAN TETAP MAKAN .... LAWAN SAMPAI MENANG !!

KUASA PENENTU ... SUDAH TIDAK MAHU DIPERGUNAKAN DAN DITIPU LAGI

JANGAN KAU RAYU UNDI KAMI LAGI ... JOM ABU

BELUM MULA LAGI ...


YB KESIDANG DAN YB BANDA HILIR

SATU HATI SATU SUARA ...BANYAK UNDI UNTUK TUMBANGKAN BN

PERWAKILAN KESANG DAN AYER PANAS ...AWAL DAH SAMPAI
YB MP PUCHONG SEDANG MENYAMPAIKAN MAKLUMAT NASIONAL

YB ANTHONY LOKE SEDANG BERAKSI ....

TPJ 1 MERANGKAP YDP JASIN SEDANG BERHUJAH ... SAMPAI SUDAH MASANYA KERAJAAN BARU DINOBATKAN !

YB SPEAKER DUN SELANGOR ... DATUK TENG MENUTUP MALAM BERSEJARAH DUN BEMBAM DENGAN MAKLUMAT DAN MESEJ YANG PADAT UNTUK MEMBERIKAN PUKULAN TKO BUAT BN

PENGERAK UTAMA MAJLIS ....TAHNIAH DAN SYABAS !

DENGAN SENYUMAN PUN BN BOLEH TUMBANG !

TAK SABAR RASANYA NAK PERGI MENGUNDI ..

PERWAKILAN MUSLIMAT TURUT BERSAMA UNTUK MEREALISASIKAN IMPIAN

KERAJAAN BARU ! IMPIAN BARU !