SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

31 Mac, 2011

MESIN AIRKU JADI MANGSA LAGI ...

Pada 28 hb Mac 2011 yang lalu , kira-kira jam 6.30 pagi aku telah menerima panggilan. Telefon bimbitku berdering lantas kujawab , Ooooo rupanya kakak restoran sebelah kedaiku yang memanggil. Awak punya paip air ini dah pecah , air melimpah keluar ...laaa mesin air engkau dah kena pecah lagi ... dia baru perasan. Niat hati pagi tu dia macam biasalah rutin pagi nak isi air kat mesin tu tapi lain pula yang jadinya... Apa akak nak buat nie ? Takper kak ...akak kunci dulu kepala paip tu dulu yang lainnya biar saya uruskan.

Seusai menghantar anak kesekolah seperti lazimnya , tugasan kedua ialah mengambil anak-anak PASTI dan setelah selesai urusan tersebut barulah bermula kisah ini .....

Kudapati paip air yang menyambung kemesin dah patah , pintu depan sudah terngangga , peti duit jangan ditanya ada lagi atau tidak ... lepas selesai ambil gambar akupun biarkanlah mesinku itu dan teruskan tugasan seperti biasa di kedai. Hati berat tak nak buat laporan polis tapi datang pulak kawan kedai sebelah tu suruh juga buat laporan polis. Bukan apa masuk ini sudah 4 kali mesinku kena ceroboh dan 3 laporan telah dibuat tapi kejadian ini terus berulang ....akhirnya pergi juga ke Balai Polis untuk buat laporan. Biasalah kalau sudah buat laporan tu .... akhirnya selesai , balik ke kedai dan tak lama lepas tu datanglah pegawai penyiasat untuk lihat dan ambil gambar mesin. Sebab aku dah kata dah banyak kali berlaku dan tiada apa-apa kemajuan , kali ini dia buat skrin cop jari .... adalah dua tiga tempat yang ada cap jari . Harap-harap cap jari penjenayah tu kalau cap jari pelanggan-pelanggan aku nayalah mereka. Dapat tidur hotel free ? Itupun kalau depa serius nak siasat. Mesin tu masih boleh diguna tapi sebab paip sudah pecah jadi takde banyak ler air yang tinggal kat dalam tong tu.....jadi hendak tak hendak terpaksa juga aku betulkan paip tersebut dan boleh juga aku dapat sumber dari mesin yang sudah sudah terkopak tu. Almaklumlah pendapatan yang diperolehi masih belum lagi dapat tampung harga belian mesin air tu ... belum lepas kos sudah 4 kali kena pecah. Tak tahulah sempat atau tidak.. Bosan dengan kejadian yang berlaku ...kini mesin air tu boleh beroperasi tapi pada tahap keselematan yang paling minima. Tali telah digunakan untuk mengikat pintu mesin air tu bagi mengelakan daripada pintu tu terhumban kehadapan . Bimbang juga keselamatan pengguna mesin tu ... takut terhempap pintu mesin ketika membeli air . Naya aku ...


Paip air yang dipecahkan.


Keadaan pintu yang terngangga kerana diumpil secara keras

Rantai keselamatan yang sudah tidak bermakna ?

" YA ALLAH AKU REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU .. KERANA ENGKAU YANG LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERSIRAT DAN TERSURAT DARIPADA KEJADIAN INI , NAMUN AKU JUGA MEMOHON KEPADAMU AGAR KAU BERIKAN KETABAHAN DAN KEKUATAN KEPADA HAMBA MU YANG LEMAH INI UNTUK MENGHADAPI SEGALA DUGAAN DAN CABARAN INI DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAKWAAN .. " AMIN

28 Mac, 2011

USTAZ KAMARULZAMAN AB RAHIM DALAM KENANGAN ...

Pada tanggal 25hb Mac 2011 bersamaan 20 Rabiulakhir 1432 H telah kembali seorang insan kepada penciptaNya dengan tenang. Kembalinya di hari yang penuh kemuliaan ini diterima dengan penuh kejutan oleh rakan taulan , sanak saudara lebih-lebih lagi anak isteri yang tercinta. Tapi apakan daya ...kematian adalah suatu kepastian bagi semua insan. Alhamdulillah sepanjang usia beliau yang dipinjamkan oleh ALLAH SWT telah dimanfaatkan sebaiknya dijalan yang diredhai dengan memikul pelbagai jawatan dan amanah yang pasti matlamatnya untuk mendaulatkan daulah Islamiyah disebalik keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu mengizinkan. Berjuang bersama HPA untuk mempromosikan produk halal tanggungjawab bersama dengan gigih disamping isteri yang tercinta. Banyak berkorban untuk memastikan pasaran produk halal dapat menembusi bumi Hang Jebat ini dan alhamdulillah hasil perjuangan beliau kini boleh dilihat dengan perkembangan pesat perniagaan HPA di Melaka. Siapa yang boleh menafikan sumbangan beliau ini ? Banyak membantu Kelab Sahabat Siti Khadijah didalam mengerakkan program-program terutamanya PBC , susah senang dipikul bersama ... Ohh terlalu besar jasamu untuk dinukilkan satu persatu diruangan ini. Kini beliau telah tiada lagi ...pergi yang takkan kembali. Kembali menemui penciptaNya ...namun jasa-jasa yang ditinggalkan insyallah akan terus subur demi suatu perjuangan yang abadi. Ustaz ! Kami kehilangan seorang teman , kami kehilangan tempat mengadu , kami kehilangan teman untuk berbicara soal-soal perjuangan , kami rasa kehilangan ..... namun kami redha dengan kehilangan ini kerana ini janji ALLAH . ALLAH tidak pernah memungkiri janjiNya . Kami semua dari Kelab Sahabat Siti Khadijah mendoakan semuga roh Allahyarham Ustaz Kamarulzaman Ab Rahim senantiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semuga segala jasa dan pengorbananmu akan diterima sebagai amalan-amalan yang soleh dan mendapat balasan yang selayaknya iaitu Syurga Firdaus ...amin amin amin yarabbalalamin.
AL FATIHAH ...

24 Mac, 2011

MAJLIS SUAIKENAL BERSAMA SMARTHERBS

SESI SUAIKENAL

BERSAMA

SMART HERBS

KENALI DAN KETAHUI …..

1. PRODUK-PRODUK SMARTHERBS

2. PELAN PEMASARAN

TARIKH : 26 HB MAC 2011 (SABTU)

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : SEROMPONG ENTERPRISE

JB 7765 , JALAN ASIA SELATAN 1A,

TAMAN ASIA SELATAN

77200 JASIN MELAKA


JADILAH ORANG PERTAMA MENGENALI DAN MENGETAHUI TENTANG SMARTHERBS.

PELUANG UNTUK MENGETAHUI KEHEBATAN PRODUK-PRODUKNYA DAN PELUANG UNTUK MENJANA PENDAPATAN UNTUK MENINGGIKAN KEDUDUKAN EKONOMI KELUARGA.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI .... BAWA BERSAMA RAKAN-RAKAN UNTUK BERKONGSI BERITA BAIK INI.

SEMUA DIJEMPUT HADIR !

23 Mac, 2011

PRODUK BARU DISEROMPONG ENTERPRISE


KOPI BARLI

KANDUNGAN

Ekstrak Kopi Arabika , Barli Bakar , Ubit Bit Merah , Krimer Bukan Tenusu dan Gula Perang

KHASIAT

Membersih dan menjaga buah pinggang
Menyejukan badan
Menghindar dari kencing kotor
Melancarkan proses pencernaan
Sesuai untuk Diet dan Anti Tumor
Menguatkan minda

Dipasarkan didalam 2 variasi ~ papan dan kotak 20 sachet.

KOPI TONGKAT ALI

KANDUNGAN

Ekstrak Kopi Arabika , Tongkat Ali , Ubi Jaga , Ubi Bit Merah , Krimer Bukan Tenusu , Ginseng , Mas Cotek , Guarana dan Gula Perang

KHASIAT

Mengurangkan Hypertension
Menghindar kolestrol berlebihan
Alaman kesihatan dalam pemakanan seimbang
Membantu melancarkan peredaran darah
Untuk kesihatan lelaki

Dipasarkan dalam 2 variasi ~ papan dan kotak 20 sachet

KOPI KACIP FATIMAH

KANDUNGAN

Ekstrak Kopi Arabika , Kacip Fatimah , Manjakani , Mas Cotek , Ubi Bit Merah , Kolagen , Krimer Bukan Tenusu dan Gula Perang

KHASIAT

Menjaga kesihatan dalaman wanita
Mengekalkan keremajaan wanita
Menghindari penyakit jantung
Membantu melancarkan peredaran darah
Anti kanser dan melicinkan kulit

LOSYEN PATI HALIA

KANDUNGAN

Menthol , Methaparaben , Glyceryl Monostearate , Ekstrak Cengkih , Ekstrak Halia dan Ekstrak Limau Nipis

KHASIAT

Membakar lemak
Mengempiskan perut dan merampingkan badan
Mengurangkan maslah selulit
Membuang angin dalam badan
Menyegarkan badan
SUSU KAMBING MADU

KANDUNGAN

Ekstrak Susu kambing dan Madu

KHASIAT

Meneutralkan asid dalam badan
Antibiotik semulajadi dan Anti kanser
Baik untuk jantung
Mencegah dan merawat gastrik , penyakit kuning
Asma dan Insomnia
Menguatkan sistem penghadaman
Memantapkan Minda dan Ingatan

Dipasarkan dalam 2 variasi ~ papan dan kotak15 sachet.

MERAIKAN KEJAYAAN ALONG DI RFC

Alhamdulillah .... malam tadi kami sekeluarga telah ke Mydin MITC untuk meraikan kejayaan ALONG didalam peperiksaan SPMnya. Syukur kerana di Melaka telah ada tempat yang sesuai untuk meraikan sesuatu majlis yang istimewa buat keluarga yang mementingkan tentang soal halal haram pemakanan untuk anak-anak dan juga soal keberkatan didalam setiap perbelanjaan seharian keluarga.Walaupun ditempat-tampat lain juga telah disahkan dengan logo halal yang besar tapi tempat ini tidak memerlukan itu semua walaupun dari segi undang-undang ianya tidak terlepas daripada keperluan tersebut. Kehalalan dan kesuciannya bukan sahaja terletak pada logo halal yang dipamirkan tapi melebihi daripada itu. Bermula dari anak ayam yang diternak sehingga kepada pekerjanya adalah diyakini terpelihara daripada unsur-unsur keraguan dan subahat dan yang lebih penting keuntungannya tidak disalurkan kepada musuh-musuh Islam yang digunakan semula untuk memerangi Islam.Memandangkan malam ini adalah malam yang istimewa kepada keluarga kami jadi kami tak mahulah komen tentang prestasi RFC yang telah kesekiannya kami pergi . Diharap kalau ada sesiapa daripada pihak syarikat atau pemimpin kepercayaan syarikat yang mengikuti blog ini harap dapat disampaikan maklumat ini supaya tengok-tengoklah perkhidmatan yang ditawarkan terutamanya dari kualiti produk agar dapat dipertingkatkan bagi menjamin daya saing yang kental. Janganlah terlalu bergantung kepada kesetiaan ahli semata-mata untuk terus bertahan kerana itu tidak akan membawa kita kemana-mana. Janganlah dibutakan mata dan dipekakkan telinga apabila insan kerdil ini bersuara ..
JOM kita layan saat-saat manis kami sekeluarga pada malam itu ...


Dah licin pinggan tu ... apa maknanya ?
Ada lagi tak ? Tak cukup pegi order lagi ... dah licin jari aku jilat nie ! Cepatlah sikit hulur ...
Masing-masing nampak berselera makan ayam organik ... almaklum dah standby perut awal-awal lagi . Apataknya tak payah masak dan basuh pinggan malam nie ...seronoklah !
Sayang seorang Along ....walaupun khusus untuknya tapi sedikit sama kita rasa

Senyuman manis dari insan yang diraikan ... Tahniah Along dari kami semua !

PRODUK BARU DISEROMPONG ENTERPRISE


MEE SUA ~ HE HE BETUL KE TAK EJAANNYA. MEE YANG TERKENAL DIKALANGAN ORANG-ORANG CINA KERANA KELAZATANNYA APABILA DIBUAT SUP KINI BOLEH DINIKMATI PULA ORANG ISLAM KERANA MEE SUA YANG KAMI PASARKAN INI ADALAH KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM . DIDATANGKAN DALAM 3 JENIS ~ S , M DAN L HE HE MACAM SAIZ BAJU PULAK . DIPERBUAT DARIPADA KACANG SOYA DAN ENAK DIMAKAN SECARA BERKUAH ~ SUP. CUBALAH .....HANYA RM 7.00 SEBUNGKUS.

AGEN TERBARU MUNIF HIJJAZ PERFUMES

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEKITAR NYALAS DAN SEWAKTU DENGANNYA. SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA EN ABD RAHMAN ABD HADI YANG MENETAP DI TAMAN NYALAS PERMAI KINI TELAH SAH MENJADI AGEN TERBARU PENGEDAR MINYAK WANGI MUNIF HIJJAZ YANG SAH DIBAWAH RANGKAIAN KAMI SEROMPONG ENTERPRISE. SEHUBUNGAN DENGAN ITU JANGANLAH BERGUNDAH GULANA LAGI KERANA BEKALAN STOK PERMINTAAN RAMAI SUDAH SEMAKIN HAMPIR DENGAN ANDA SEMUA . DAPATKANNYA SEKARANG ! NO TELEFON BIMBIT UNTUK DIHUBUNGI ADALAH 019-2785684

MUNIF HIJJAZ PERFUMES ~ SIMBOL TANPA KERAGUAN

HARI INI KU MERASAKANNYA ...

Hari ini 23 hb Mac 2011 ... Aku hari ini benar-benar merasakan detik-detik bersejarah menjadi seorang ABAH. Apataknya hari ini keputusan SPM 2010 telah diumumkan. Anak sulungku hari ini sudah tentu berdebar-debar menunggu detik 10 pagi untuk mengetahui keputusan peperiksaannya . Aku ABAHnya tidak merasakan apa-apa pun ...kawal MACHO la konon sehinggalah lebih kurang jam 12.30 telefon bimbit ku berdering menerima panggilan daripada ALONG. Abah Along dapat ...... tersentuh hati ini bila mendapat perkhabaran gembira daripada anak sulongku tadi. Alhamdulillah dan TAHNIAH ALONG ! Terasa indahnya hidup ini apabila anak sendiri mendapat kejayaan yang cemerlang dengan izin ALLAH. Lantas ku telefon emak dikampung untuk memaklumkan kegembiraan AKU padanya akan kejayaan cucunya. Sebak aku bila memaklumkan akan keputusan itu pada emak. Mungkin ini naluri setiap manusia ..nampak gagah diluar tapi hati didalam mudah tersentuh. Sujudku Zohor tadi pun lebih panjang dari biasa untuk melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kehadrat ILLAHI diatas keizinanNya memberikan anak sulongku lulus dengan cemerlang hasil usahanya sendiri. Munajatku moga kejayaan ini tidak melekakannya malah menjadi pencetus kepada kejayaan yang lebih cemerlang untuk menjadi seorang anak yang soleh , menjadi insan yang berguna pada agama , bangsa dan tanahair serta menjadi contoh tauladan kepada khususnya adik beradiknya yang lain dan yang lebih manis turut menjadi contoh tauladan kepada sesiapa jua yang menyimpan cita-cita dan kejayaan yang serupa. TAHNIAH sekali lagi ALONG. Abah bangga dengan kejayaanmu ...

21 Mac, 2011

PUSAT JUALAN ISTERIKU DALAM KENANGAN

Bermula pada tahun 1996 sebagai Agen Stok berstatus Stokis disebuah premis yang terletak jauh kedalam Taman Seri Duyong Seksyen 2 . Setelah mengharungi detik suka duka , cubaan dan rintangan. Trauma di curi dan dirompak . Bersusah payah mengusung produk dari cawangan yang terletaknya 40 km nun di Alor Gajah demi suatu perjuangan untuk memartabatkan produk bumiputera Islam sehingga berkembang menjadi Pusat Jualan dan berpindah ke lokasi baru walaupun kecil molek tapi lebih strategik penampilan lokasinya sehingga di nobatkan sebagai salah satu daripada 5 Pusat Jualan Terbaik seluruh negara dalam acara gilang gemilang KONVEK 2010 tapi akhirnya ..... Takdir telah menentukannya. Setelah bertahan hampir 3 bulan maka nampaknya krisis ketiadaan produk nampaknya masih tidak kelihatan akan jalan penyelesainnya. Maka dengan rasa berat hati maka operasi Pusat Jualan Isteriku terpaksa dihentikan operasinya kerana sumber yang ada sudah tidak dapat menampung kos operasi memandangkan jualan semakin merosot bukan kerana tiada permintaan tetapi pembekalan tidak dapat ditunaikan oleh masalah kekurangan produk utama dipasaran. Kenaikan harga yang mendadak dan tidak cukup bekalan merupakan suatu cabaran yang cukup besar sehingga ramai pelanggan yang patah hati dan kecewa dengan situasi yang terus berlarutan hingga kini. Memandangkan tiada apa lagi yang boleh dipertaruhkan maka berkuatkuasa mulai 1 hb Mac 2011 maka operasi Pusat Jualan HPA isteriku di Permatang Duyong ditamatkan operasinya. Kepada semua pelanggan dan ahli dibawah rangkaian kami , sepuluh jari kami susun memohon ampun dan maaf sekiranya penutupan ini memberikan kesulitan kepada ANDA semua untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan. Apakan daya kami .... Berat Mata Memandang , Berat Lagi Bahu Yang Memikul. Kini isteriku bergerak secara Mobile untuk memastikan pelanggan-pelanggan dan ahli kami yang masih memerlukan khidmat kami mendapat produk yang diperlukan. Sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi atau menghantar sms ke talian 013-8518519 dan kami akan usahakan produk yang diperlukan dan menghantarnya seberapa segera yang boleh. Ini alternatif yang dapat kami sediakan buat masa ini demi memastikan perjuangan ini dapat diteruskan.Kenangan terindah untuk suatu perjuangan ....

20 Mac, 2011

PRK N27 MERLIMAU - PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI 5

09 HB MAC 2011 ~ JAMUAN KESYUKURAN DAN POST MORTEM

Alhamdulillah walaupun belum diizinkan menang oleh ALLAH SWT pada PRK N27 yang lalu , jamuan kesyukuran bagi meraikan petugas cum pejuang bagi UPU Air Merbau dan Jasin Lalang tetap diadakan dengan penuh kemeriahan dan sambutan yang diterima cukup menggalakan. Walaupun pedih menerima kekalahan namun kekalahan demi kekalahan inilah yang menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Dengan keyakinan yang tinggi bahawa segala usaha yang telah ditaburkan sepanjang PRK ini insyallah akan dituai hasilnya didalam PRU 13 maka kekalahan dikertas undi ini tidak banyak memberikan impak didalam diari perjuangan menegakkan Daulah Islamiyah dibumi tercinta ini. Jom kita lihat apa yang berlaku sepanjang program ini berlangsung namun maaf dipohon kerana gambar-gambar semasa menyantap tidak dapat diselitkan kerana wartawan kami turut menyantap hingga terlupa untuk rakamkan detik-detik keenakan menrasai menu istimewa yang disediakan pada malam tersebut ....jadi biarlah rahsia menu yang kami makan ekk !!


Tiba awal mantan YB kami ... tetap bersemangat walaupun tewas diatas kertas undi.


Sempat berkongsi pengalaman selama 10 hari menjadi YB ..
Wajah-wajah pejuang yang hadir ....tiada tanda-tanda kecewa bahkan puas dengan apa yang telah dicurahkan.
Khusyuk mendengar perkongsian pengalaman YB ...

Sibuk mencatat sesuatu untuk direkodkan sebagai panduan dimasa depan
Tertunduk ...kenapa sudah ada yang kena tempiasnya ? Biasalah terima kritikan membina untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk bangkit dengan lebih bergaya !
Ketua Kempen dan PGS UPU Air Merbau sedang membedah siasat portfolionya ..


Ketua kempen dan PGS UPU Jasin Lalang pula ambil gilirin ...
Sudah macam wartawan pulak ....tulis dan terus menulis
Ketua PACA sedang memberikan komen ...
Ketua Bilik Operasi turut mengambil peluang ...
Wakil muslimat juga tidak mahu lepaskan peluang mencurahkan apa yang terpendam ..
Wakil pemantau SPR juga ambil kesempatan ...
Ketua Muslimat membicarakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian ..
Bendahari sedang membentangkan akaunnya .....ada lebihan he he
Hebat muslimat ...pen dan kertas tak lekang walau dimana-mana


Walaupun tewas ....tanggungjawab tetap dijalankan seusai sahaja majlis jamuan dan post mortem rombongan YB telah sempat menziarahi sebuah keluarga yang sedang meratapi pemergian orang yang disayangi ..
TAKZIAH ! dari kami ....
Perbezaan yang ketara PR vs BN ...PR tidak hanya muncul semasa PRK sahaja
Walaupun PRK telah berakhir sumbangan ikhlas tetap dihulur .... Syabas !


Sempat bergambar kenang kenangan bersama Mantan YB Hj Yuhaizad Abdullah . Insyallah jika diizinkan bulan akan mengambang di PRU 13 nanti . TAKBIRRRRR ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLLAHUAKBAR !

16 Mac, 2011

PRK N27 MERLIMAU - PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI 4

HARI PENGUNDIAN ~ 6 HB MAC 2011 ~ PUSAT MENGUNDI UPU JASIN LALANG


Ahlan Wahsahlan pengundi dan perayu UNDI ...

Lambaian semangat ...
Komited dengan tugas ........Syabas !

Jasamu amat dihargai .....
Steady .... tetap berkibar walaupun agak asing di UPU ini
Tidak mahu ketinggalan ... walaupun sudah terlalu banyak jentera kerajaan yang telah disalahgunakan ?
Rimas dirayu oleh ... dari senyumanmu ku tahu
Tetap setia dan gigih ...
Sesak tapi meriah ....suasana didalam ladang sawit hari itu ..
Mana pengundinya ....?
Ketibaan Calon YB PAS diraikan oleh petugas dan pengundi ..
Ada seuatu yang menarik berlaku disebelah sana ...?
BANGGA mengibarkan dan memegang bendera PAS ! ANDA macamana ?
FRU bertindak sewajarnya mengawal keadaan yang semakin panas !!
Kempen yang tidak beretika dan bermaruah sewajarnya diajar dengan FRU


Puas kerana sorakan yang tidak beretika dan bermaruah diajar dengan penguatkuasaan undang-undang ?
Terkejut dengan cara kempen yang tidak senonoh dan kebudak-budakan oleh pihak lawan ..
Berbincang strategi , pengalaman dan bla bla ..
Perayu undi mereka sedang menunggu habuan ...
Turut sama menunggu ...
Yang ditunggu sudah tiba ....
Disebalik kereta .... pembahagian habuan sedang berjalan
Orang penting mencatur permainan pada hari pengundian ?
Dihujung saat pengundian ditutup ...masih setia walaupun ditemani hujan lebat. Tidak berganjak tetap istiqamah memikul amanah.... Syabas dan Tahniah untuk semua pejuang
Bersedia untuk menutup dengan memanjat doa ..
Buat yang ada sedikit cahaya iman turut sama mengaminkan doa yang dibaca
Amin amin ya rabb ...tiada tempat lain untuk kami mengadu nasib kami kecuali kepada Mu
Inilah munajat kami terakhir sebelum kami beredar meninggalkan lokasi yang menjadi saksi perjuangan kami untuk menobatkan tiang agama Mu Ya ALLAH
Amin Amin Amin Ya Rabbalamin . Kepada Mu jua kami berserah dan kami mohon doa kami ini dimakbulkan ....tidak hari ini , mungkin hari yang lain , tidak minggu ini mungkin minggu depan , tidak bulan ini mungkin bulan depan , tidak tahun ini mungkin tahun depan , tidak dalam PRK ini mungkin untuk PRU 13 ..... LAWAN TETAP LAWAN.