SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

18 Disember, 2013

INIKAH YANG KITA CARI ...??

~Kebanggaan Ibu~ Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat 5A UPSR... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya... Dulu saya dapat 7A dalam PMR... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya... Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.... "Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..." Kata mereka.... Tapi... Pada suatu Subuh... Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu... Saya bacakan surah Abasa... Dan sebak ketika sampai ayat: Yaumayafirrul mar'umin akhih..... Wa ummihi...wa Abih.... Selesai solat, semasa perjalanan pulang... Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu? Saya jelaskan.... Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya... Ibunya... Ayahnya.... Isterinya... Anak-anaknya... Saya katakan... Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya... Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila... Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut...... Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak... Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya... Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya... Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka? Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata.... "Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..." Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku... Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.... Wahai hamba Allah... Apa sebenarnya yang kalian kejar? Apa pula sebenarnya yang kejar kalian? Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia... Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian? Wahai pembaca madahku ini... Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? Sebelum lubang kubur kalian akan digali? Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai? Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang? Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dunia yg aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja... "Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku. Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....

20 Oktober, 2013

BISNES = JIHAD FISABILILLAH

“Mustahil capai transformasi ekonomi menuju ke tahap negara maju tanpa kejayaan bisnes milik Melayu dan umat Islam warga majoriti Malaysia.” Itulah antara inti pati mesej ceramah saya di Konvensyen Inspirasi Usahawan anjuran bersama Radio IKIM-FM dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) minggu lalu di Kompleks IKIM, Kuala Lumpur. Konvensyen dirasmikan pelancarannya oleh Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM yang turut menyampaikan ucaptama. Dewan Konvensyen dipenuhi lebih 300 peniaga dan ahli bisnes sehingga ada yang terpaksa ditempatkan di ruang lain, mengikuti acara menerusi saluran video. Majoriti peserta terdiri daripada pendengar dan pengikut setia program mingguan “Inspirasi Usahawan” siaran Radio IKIM-FM setiap Selasa jam 3 petang. Mustahil perkasa jika bisnes nafsi-nafsi Dalam kata lain, warga bisnes Melayu-Muslim berperanan kritikal dalam usaha memperkasa ekonomi: “Dalam memperjuangkan ekonomi, ahli bisnes berperanan lebih penting daripada politik, kerana di bawah sistem pacuan bisnes kuasa politik dan dasar kerajaan semata-mata tidak berupaya memperkasa ekonomi Melayu." Saya juga tegaskan: Mustahil ekonomi Melayu, Bumiputera dan umat Islam diperkasa selagi bisnes tidak dijadikan “sembilan per sepuluh” sumber rezeki dan ahli bisnes Melayu tidak membudayakan jaringan persepakatan bisnes. Paling penting, usahawan dan peniaga Melayu-Muslim tidak bertindak nafsi-nafsi, iaitu menjayakan bisnes sendirian dengan “menjaga periuk nasi masing-masing” tanpa berpadu tenaga dan berkongsi sumber, bersepakat bertindak atas dasar kerjasama dan bermuafakat. Tanpa muafakat bisnes Melayu sangat lemah daya saing, mudah ditewaskan dan pada jangka panjangnya payah dikembangkan secara tersusun dan berorganisasi bersaing di tahap tinggi. Saya juga anjurkan ahli bisnes Melayu meneladani gaya bisnes Cina yang sangat mengutamakan persepakatan dan kerjasama, iaitu menerusi jaringan kongsi (guang-xi) dan persatuan bisnes serta pertubuhan suku-kaum. Kongsi dan persatuan Cina mendukung usaha sampai berjaya ke tahap tinggi. Ini dapat mereka jayakan sekali pun tanpa sokongan dasar kerajaan khusus (seumpama Dasar Ekonomi Baru - DEB) memihak kepada mereka. Anjuran ini bukan bertujuan Melayu menciplak sepenuhnya budaya Cina berniaga - sesuatu yang mustahil dilakukan kerana Melayu bukannya Cina. Apa pun, semangat kerjasama dan “ukhuwah bisnes” antara Melayu wajib dipupuk mengikut acuan nilai hidup Islam dengan menggunakan institusi ijtimaai dan membudayakannya dalam kalangan umat Islam. Jauhi bisnes nafsu-nafsi Satu lagi sumber motivasi hebat bagi usahawan dan ahli bisnes Muslim (seperti diamalkan di Johor Corporation selama lebih dua dekad sebelum ini hingga berjaya merangsang barisan intrapreneur, atau “entrepreneur amanah” membina nilai korporat JCorp melebihi RM18 bilion), ialah menjadikan bisnes satu perjuangan bertaraf jihad, iaitu “Jihad Bisnes”. Sesungguhnya “jihad’ satu sumber motivasi kurniaan Islam sangat hebat lagi memperkasa. Jihad Bisnes menuntut usahawan dan ahli bisnes gagah dan gigih berusaha mengatasi segala halangan dan rintangan, termasuk kegagalan dan ketewasan dalam bisnes dengan semangat juang paling tinggi tanpa mengenal kalah. Paling utama, Jihad Bisnes mewajibkan segala usaha bisnes dikendalikan dengan memenuhi semua tuntutan menyempurnakan bisnes sebagai ibadah dan amalan soleh, amar makruf dan nahi mungkar, selain menjauhi rakus dan serakah. Sesungguhnya kerjaya bisnes satu ibadah jika diniatkan dan diusahakan untuk mendapat rezeki halal menyara hidup mengelakkan diri dan keluarga daripada kemiskinan dan meminta-minta. Bisnes juga antara sunnah dan kerjaya paling baik untuk setiap Muslim yang ingin bebas berdikari, menjauhkan hidup bergantung rezeki selain daripada ALLAH SWT. Namun, prasyarat utama ialah mengetepikan kaedah bisnes mengikut hawa nafsu tanpa sempadan. Lebih dari itu, bangsa Melayu dan umat Islam Malaysia belum berjaya menyempurnakan Jihad Bisnes selagi belum mencapai satu lagi tuntutan Islam di bidang ekonomi: iaitu tidak membiarkan harta kekayaan berputar hanya dalam kalangan orang kaya. Keadilan ekonomi boleh dicapai hanya setelah Melayu dan umat Islam berjaya menegakkan amanah yang diserahkan kepada manusia sebagai khalifah. Antara kewajipan ialah membina keupayaan ekonomi menghimpun harta kekayaan bertujuan memperbaiki kerosakan terhadap kehidupan di dunia hasil perbuatan tangan manusia rakus mengejar hawa nafsu. Sesungguhnya memerangi kemiskinan dan kezaliman ekonomi menerusi bisnes bertujuan menegakkan keadilan satu usaha bertaraf jihad yang dituntut oleh Islam. Di peringkat tinggi pula, ahli bisnes Melayu-Muslim dituntut berjihad bisnes secara tersusun dan berorganisasi, menepati kriteria “bunyanun marsus” seperti dinyatakan al-Quran. (Surah As-Saf, 61:4). Bisnes fi sabilillah Selepas selesai konvensyen, saya berkesempatan membaca buku berjudul “Islamic Economics - A short history” (Ekonomi Islam - Satu Sejarah Ringkas, buku setebal 450 muka) karya bersama Ahmed El-Ashker dan Rodney Wilson (2006). Paling menarik perhatian saya ialah pandangan ulama bernama Al-Shaibani (132-189H) mengenai ekonomi menerusi penulisannya “Kitab Al-Iktisab” atau “Kitab perkiraan pendapatan” yang dihuraikan dalam buku tersebut. Al-Shaibani membahagikan penggunaan ekonomi (consumption) menurut Islam kepada 3 bahagian: Pertama, tahap asas iaitu bertujuan memenuhi keperluan asas hidup (subsistence or necessities). Kedua tahap kesederhanaan hidup atau “ma’ruf” (moderation); dan ketiga, tahap mewah atau extravagance. Pada tahap asas, Al-Shaibani menegaskan berusaha satu kewajipan bertaraf ibadah, iaitu, jika tidak disempurnakan untuk menyara hidup, adalah berdosa. Kata beliau: “Dosanya lebih besar jika penggunaan asas terpaksa dikurangkan kerana malas berusaha. Sebaliknya usaha gigih sehingga dapat menambahkan kepenggunaan asas membawa lebih besar ganjaran pahalanya.” Tahap kedua ialah berusaha menyara hidup sederhana bukan bertujuan mengejar kemewahan, namun jangan sampai bakhil atau kedekut berbelanja. Pada Al-Shaibani, usaha untuk hidup sederhana tidak mengakibatkan dosa dengan syarat kesederhanaan bukan sengaja dicari, iaitu terdapat sebab munasabah di sisi Islam, misalnya kerana menumpukan tenaga dan usia menghimpun ilmu pengetahuan atau mengerjakan amalan fi sabilillah. Al-Shaibani berpendapat usaha menuju tahap ketiga iaitu memburu kemewahan tidak disenangi, malahan dilarang oleh Islam. Namun, beliau menegaskan ini bukan bermakna seorang Muslim tidak harus bekerja keras menjana pendapatan melebihi tahap hidup sederhana. Dalam apa hal sekali pun, seorang Muslim mesti bekerja keras dengan syarat pendapatan diperoleh tidak dibelanja untuk bermewah-mewah; kerana kata beliau, seperti disebut dalam al-Quran: “membazir bermewahan seumpama bersahabat dengan syaitan”. Paling menarik perhatian ialah anjuran Al-Shaibani supaya setiap Muslim bekerja keras menuju ke tahap hidup mewah kerana “pendapatan lebih tinggi boleh ditujukan membantu orang lain, untuk diwarisi pewaris bergantung hidup padanya (supaya tidak meminta-minta), membekalkan modal untuk perusahaan, membiayai aktiviti fi sabilillah, dan seumpamanya.” Kesimpulannya, bagi Al-Shaibani, menghimpun harta kekayaan menerusi usaha ekonomi, (termasuk urusan “bisnes” dalam istilah hari ini) satu ibadah, juga boleh dijadikan usaha menuju ke jalan fi sabilillah. Pada saya, prinsip ekonomi anjuran Al-Shaibani selari dengan pendirian ulama kontemporari, Dr Yusof Al-Qaradhawi mengenai “zuhud” terhadap harta kekayaan. Dalam ceramah di Konvensyen Inspirasi Usahawan, saya petik kenyataan Al-Qaradhawi daripada bukunya bertajuk “Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya”: “Hadis-hadis yang memuji tentang zuhud (menjauhkan diri daripada kehidupan dunia) sama sekali tidak bermaksud memuji kemiskinan. Sebab usaha berzuhud itu sendiri menuntut seseorang untuk memiliki kemewahan dunia dan meninggalkannya.” Dr Yusof Al Qaradhawi menambah: “Orang yang benar-benar berzuhud ialah orang yang memiliki dunia tetapi ia meletakkan dunia itu di dalam genggaman tangannya, bukan dalam hatinya.” * Tan Sri Muhammad Ali Hashim Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)

16 Ogos, 2013

SOLIDARITI JIHAD !!

REBAH TAK BERERTI MENGALAH Nahdah dan Raba'ah, Terhampar di kota Kairo dua dataran perjuangan medan berhimpun para mujahidin pemuda dan wanita bocah kecil, juga ibu-ibu dan para bapa pencinta kebenaran penegak keadilan penyeru kebangkitan pemburu kemenangan perindu kesyahidan. Mereka, menunggu dan tetap menunggu menanti dan terus menanti sedari mula kudeta tentera yang merampas posisi Morsi mengangkat Assisi meruntuhkan suara demokrasi Ikrar mereka laungkan, "Hidup mulia atau syahid menuju syurga!" Nahdah dan Raba'ah, Sudah sepekan Syawal dirai di sini Namun, suka seketika beralih duka derita Kekejaman merasuk segenap kota perjuangan ini Kezaliman meranapkan medan kebangkitan ini Tanpa rasa kasihan belas insani Siapa sahaja menjadi mangsa Ditembak, dibunuh dan dibakar Masjid dan rumah sakit juga musnah hancur berderai menjadi puing-puing menebarkan abu, menimbunkan batu Lalu, warna-warna panjinya berubah: Merahnya darah Putihnya kafan Hitamnya arang. Apakah ini harga sebuah keadilan dan kebebasan yang dikhianati sendiri oleh penyembah tuhan demokrasi? Nahdah dan Raba'ah, Di sini rebahnya ribuan syuhada Darah yang mengalir menjanjikan syurga Sungguh! Walau rebah, takkan goyah Perjuangan suci tidak akan terhenti Tidak akan pernah mengalah Syahadah demi menegakkan syari'ah Allah menenggelam kesesatan syiah dan golongan kuffar membenamkan parah liberal dan barah sekular moga tiada tersisa lagi, walau seinci. A Gafar Mahdi Aktivis PEMBINA 16 Ogos 2013 | 12.00 am Balingian, Sarawak

09 Julai, 2013

KISAH AKU DAN KURMA - BHG AKHIR(HARAP-HARAP)

Harap harap ini betul betul episod yang terakhir ...apa orang kata , ah lantaklah apa orang nak kata. Yang penting HAK AKU dikembalikan , jika tidak Lu Pikir Le Sendiri .. Hadir emel ini sebagai jawapan AKU JANJI Kami akan memeriksa dengan syarikat pengangkutan dan akan memulangkan wang untuk barangan yang tidak diterima oleh tuan. Regards. Dato’ Yusuf Taiyoob Esok dah nak puasa ....muga KISAH ini menjadi pengalaman dan pelajaran yang berguna untuk AKU melalui Madrashah RAMADAN pada tahun ini. Aminnn Maaf jika ada yang terguris atau tersinggung. Tujuan berkongsi kisah ini bukan dengan niat untuk mengaibkan atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak tapi sebagai satu catatan sejarah masam manis kehidupan yang ditempuh sebagai seorang insan yang bergelar "bisnesmen". Yang baik dijadikan tauladan yang tak baik buang saja didalam longkang . Salam Ramadhan Kareemm buat semua.

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 12

Sedang AKU menikmati keenakan makan tengahari yang disediakan oleh ISTERI Tersayang tiba tiba handsetku berdering ....Encik saya sudah sampai kat Balai Polis Bemban nie , kedai encik kat mana ? Tak mahu panjang cerita aku cakap sama itu driver ..U tunggu saya saya pergi jemput , lantas cuci tangan , selera makan dah terbantut lalu memecut laju mengambil lori untuk dibawa kekedai ... perut tengah senak kena pulak turunkan kotak kotak kurma tu nak buat macamana ...nak dibiarkan tak sampai hati pulak ...dah habis turun ada lagi episod yang boleh dijadikan cerita yang sepatutnya berakhir terpaksa disambung semula .....1 karton kurma hilang entah kemana ? Hati yang sejuk kembali menggelegak ...cepat cepat hantar fax dan emel kepada pada siapa lagi kalau bukan orang kuat syarikat kurma ternama ini ... Inilah emelnya ... Pesanan kurma kami telah sampai lebih kurang jam 2 petang tadi. Namun dukacita dimaklumkan bahawa 1 carton Jewel Date 10 kg telah tidak sampai. Bila ditanya dengan pemandu tersebut macamana boleh berlaku ? Dia menjawab mungkin sudah tersalah turun , mungkin naik tidak cukup , mungkin juga kurma tersebut telah terjatuh dalam lori dan dihempap oleh kotak-kotak lain . Nanti kalau ada encik boleh ambil kat pejabat kami di Batu Berendam . Senyum tak kata apa-apa .... walau macamana pun DO 107096 telah kami fax ke pejabat untuk makluman dan tindakan lanjut pihak tuan. Pihak kami sedang menunggu maklumbalas selanjutnya.. Serompong Enterprise JB 7356 Jalan TBU 1 Taman Bemban Utama 77200 Bemban Jasin Melaka

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 11

Hari Isnin yang ceria ...kurma masih tidak sampai , dapat pulak emel drp Dato yang memberikan nasihatnya sekali lagi ... Nak kata apa ucap terima kasih ajelah ...baca dan seperti biasa ...jawap tetap jawap From: Yusuf Taiyoob Sdn.Bhd. To: 'Abd Halim Said' Cc: 'Abdul Rahim Taiyoob' Sent: Monday, 8 July 2013 12:38 PM Subject: RE: PESANAN KURMA Untuk mengelakkan perkara saperti ini berlaku pada masa hadapan, sila berurus terus dengan cawangan Cash & Carry kami diKota Damansara, KL dimana tuan boleh pilih stok yang dikehendaki dan terus beli dan angkut sendiri. Salam. Dato’ Yusuf Taiyoob Ini emel balasan sebagai penghargaan daripada AKU ... Terima kasih atas nasihat yang sangat baik ,kami amat hargai . kalau alamat penghantaran pun salah nak salahkan siapa lagi . muga syarikat tuan terus maju hendaknya. Serompong Enterprise JB 7356 Jalan TBU 1 Taman Bemban Utama 77200 Bemban Jasin Melaka Lori dah sampai di Jasin tapi alamatnya salah ...kedai lama aku bila aku cakap kat Bemban dia bagi alasan AKU bukan orang sini mana aku tahu , takpelah AKU hantar Pekan Jasin dulu ...tahu pulakk??

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 10

Selesai dengan syarikat pembekal ...Ingatkan dapatlah kurma yang ditempah hari ini tapi tunggu punya tunggu bukan lori yang sampai tapi panggilan HANGIT yang sampai. Terpaksa juga hantar pada syarikat hebat ni sekali lagi mengadu HAL ... Beginilah nasib badan . Kini dipermainkan pula oleh syarikat pengangkutan . Tadi kata akan sampai pukul 5 petang tapi sekejap tadi terima panggilan mereka akan sampai pada pukul 7 kalau tak sanggup tunggu kena tunggu pula hari Isnin.Kalau nak cepat datang ambik sendiri di pejabat kami di Batu Beemdam . Bersabar ... Serompong Enterprise JB 7356 Jalan TBU 1 Taman Bemban Utama 77200 Bemban Jasin Melaka

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 9

Nampaknya ada pelakun tambahan yang masuk dan memberikan sebuah nasihat yang baik memandangkan beliau adalah seorang usahawan yang telah berjaya membangunkan satu perniagaan yang hebat .... From: Yusuf Taiyoob Sdn.Bhd. To: 'Abd Halim Said' Cc: 'Abdul Rahim Taiyoob' Sent: Saturday, 6 July 2013 12:25 PM Subject: RE: PESANAN KURMA Sedikit nasihat daripada kami untuk masa depan, sila buat tempahan awal dan bukan pada saat saat yang akhir untuk menentukan barangan sampai pada masa masa yang perlu. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang bersabar dan merancang dengan betul. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. Salam. Dato’ Yusuf Taiyoob Orang bagi nasihat yang baik kita terima tapi jawap tetap jawap Terima kasih atas nasihat tapi kami telah dapatkan komitment daripada syarikat tuan bahawa stok ada tapi apabila bayaran telah dibuat lain pula ceritanya. Kalau tak berupaya janganlah bagi komitmen kepada kami , apabila terjadi begini nak salahkan kami pulak sedangkan kami membayar atas apa yang perlukan. Mungkin jumlah bayaran daripada kami usahawan kecil ini sebanyak mana dimata syarikat tuan. Serompong Enterprise JB 7356 Jalan TBU 1 Taman Bemban Utama 77200 Bemban Jasin Melaka

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 8

Lepas aje hantar emel tadi maka dalam 10 minit gitu , terima satu panggilan daripada UTARA .... lembut aje suaranya "Encik lori sekarang sudah berada di Masjid Tanah , jadi kurma encik akan sampai pada hari ini , kalau encik nak tahu masa sebenar ketibaan encik boleh ambil nombor hp ini 016XXX XXXX boleh call la driver tu sendiri . Lepas terima call tadi AKU lihat ada emel baru masuk lantas AKU buka dan baca .. Salam. Untuk makluman tuan kami disini bukannya bersantai. Kami bekerja keras hingga ke pukul 2 hingga 3 pagi tiap-tiap hari tanpa rehat semata-mata untuk menyiapkan pesanan seluruh Malaysia. Barangan tuan ada di atas lorry yang sekarangnya telah berada di Melaka. Petang ini pesanan tuan akan diterima. Sila beri kata putus nak terima atau tidak pesanan tuan untuk kami maklumkan kepada pihak transport tindakan selanjutnya. Regards. Abdul Rahim Taiyoob Dan ini adalah jawapan balas AKU terhadap pertanyaan mereka .... Sekiranya petang ini masih tidak diterima , kami akan maklumkan kepada pihak tuan semula tq Serompong Enterprise JB 7356 Jalan TBU 1 Taman Bemban Utama 77200 Bemban Jasin Melaka

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 7

Kisah ini kembali panas . Setelah menunggu janji , hari berganti hari , selasa dah jadi rabu , khamis dan bertukar kepada jumaat , akhirnya sampai Sabtu ... jam dah pukul 10 pagi ...tiada kelibat lori yang akan hadir , telefon pun tak berdering maka berdesing laaa hati ini maka AKU mesti bertindak .... justeru itu satu emel PANAS wajar aku lancarkan maka inilah hasilnya ... Salam Bolehkah pihak tuan bersantai gembira bersama keluarga dihujung minggu disaat kami disini berdukacita memikirkan tentang pelanggan-pelanggan kami yang terpaksa membatalkan tempahan mereka kerana kurma yang kami beli daripada syarikat masih juga tidak kunjung tiba ? Serompong Enterprise JB 7356 Jalan TBU 1 Taman Bemban Utama 77200 Bemban Jasin Melaka

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 6

Episod kali ini adalah balasan AKU terhadap emel yang dihantar pasal hasil siasatan . Malas nak panjangkan cerita ... Waalaikumsalam Lain pula ceritanya tapi itu bukan isunya yang nak diperbesarkan. Yang penting pesanan kami dapat dihantar dengan kadar yang segera sebelum berakhir minggu ini kerana kami juga punya komitmen pada pelangan pelanggan kami. Harap jangan kecewakan kami usahawan usahawan kecil ini. Serompong Enterprise JB 7356 Jalan TBU 1 Taman Bemban Utama 77200 Bemban Jasin Melaka

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 5

Setelah emel HANGIT dihantar maka aku tertunggu-tunggulah balasan almaklumlah talian telefon tadi telah aku putuskan dek angin satu badan. Kesian juga pada adik yang jadi kemarahan AKU tadi tapi apa boleh buat ....panas betul hati ini dipermainkan . Ada 2 emel AKU terima ...1 pasal dia nak buat siasatan kononnya dan yang kedua emel pasal hasil siasatan yang telah dibuat he he Assalamualaikum. Terima kasih atas email tuan. Izinkan saya sedikit masa untuk siasat dan memberi jawapan. Kami menghargai semua pelangan tidak kira besar atau pun kecil. InsyaAllah saya akan selesaikan isu ini. Regards. Abdul Rahim Taiyoob From: Abdul Rahim Taiyoob To: 'Abd Halim Said' ; yuta@yuta.com Sent: Tuesday, 2 July 2013 5:27 PM Subject: RE: PESANAN KURMA Assalamualaikum. Semua pesanan kami diproses “first come first serve”. Transport yang mengambil barangan pesanan pelangan kami yang terlebih dahulu daripada pesanan tuan telah penuh. Oleh sebab itu, pesanan tuan tidak dapat dimuatkan ke dalam lorry tersebut. Stok kurma madu yuta telah sampai hari ini dan kami akan proses order tuan seperti biasa. Harap tuan maklumkan samada pesanan tuan diteruskan atau sebaliknya. Kami akan mengusahakan sebaik mungkin. Sekiranya terdapat sebarang perselisihan faham, kami memohon maaf. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Regards. Abdul Rahim Taiyoob

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 4

Kisah bahagian 4 semakin sensasi dan panas. Emel panas terpaksa dikejarkan keutara dek hati panas membara ekoran stok kurma yang sepatutnya ada telah disahkan hilang dalam simpanan. Duit sudah masuk , stok pulak habis ...bukannya sampai 38 ribu kotak yang aku tempah tapi 38 kotak itupun tak boleh nak selesaikan . Sebuah syarikat besar dan hebat tapi masalah kecil ini pun tak boleh nak selesaikan. Tak nak percaya pun tak boleh sebab ianya sudah terjadi kepada AKU ... From: Abd Halim Said [mailto:myhalalmartbemban@yahoo.com.my] Sent: Tuesday, 2 July, 2013 4:39 PM To: Abdul Rahim Taiyoob; yuta@yuta.com Subject: Re: PESANAN KURMA Salam Saya ingin merakamkan rasa dukacita saya terhadap layanan diberikan terhadap pesanan saya. Semalam saya telah membuat pesanan dan telah disahkan barangan yang dipesan masih ada stok dan jumlah RM juga tepat. Semalam petang saya diminta untuk membuat bayaran tetapi memandangkan kesuntukan masa maka pembayaran telah dibuat pada jam 10 pagi . Resit pembayaran pun difax tapi dimaklumkan tidak jelas , lantas saya hantar emel kepada tuan bersama resit yang telah discan.Tengahari menerima panggilan lagi untuk sah jumlah pembayaran yang telah dibuat sekali lagi. Tiba tiba pada jam 4.20 petang saya menerima pula panggilan yang menyatakan stok kurma yuta sudah habis dan hanya akan masuk pada hari Khamis?? . Beginikah sebuah syarikat yang besar mengendalikan pelanggannya ? Pengesahan dah dibuat , bayaran sudah dibuat tapi tempahan untuk 38 kotak tidak dapat dipenuhi . Alasannya sudah ada tempahan lebih 1000 kotak yang sudah buat bayaran terlebih dahulu . Kalau tak sudi layan yang 38 kotak ini janganlah diambil duit yang kami bayar tu ? . Maaf sekiranya berkasar tapi tak tahu nak kata apa lagi .. Serompong Enterprise JB 7356 Jalan TBU 1 Taman Bemban Utama 77200 Bemban Jasin Melaka H/P : 013 8518745 / 010 6146518 TEL/FAX : 06-5210411 Blog : http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/ Fb : My Halal Mart

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 3

Bahagian ini pula bab pendek ...terima ucapan Terima Kasih daripada anak Tawkey Kurma sebab duit dah masukkkk ....

From: xxxxxxxxar@auta.com>


To: 'Abd Halim Said' myhalalmartbemban@yahoo.com.my

Sent: Tuesday, 2 July 2013 12:36 PM

Subject: RE: PESANAN KURMA


Salam.


Terima kasih.



Regards.

Dol Rahim Yoob

Sambung lagi ...



KISAH AKU DAN KURMA - BHG 2


Bahagian ke 2 ini pula mengisahkan apabila pesanan yang telah dibuat telah disahkan stok produk yang ditempah masih ada dan jumlah kosnya adalah betul. Maka bermula kerja-kerja untuk membuat pembayaran. Tup tup penting tu lebih kurang 4.20 pm dapat panggilan bertanya bila pembayaran hendak dibuat. Maka bermulalah kisah kisah sadis yang tak perlu dituliskan disini ... Cukuplah sekadar emel yang telah dihantar sebagai pengesahan bayaran telah dibuat ...

Bersama ini disertakan slip pembayaran yang telah dibuat berjumlah RM 7354.00 kedalam akaun Maybank untuk makluman dan tindakan lanjut pihak tuan.




tq


Serompong Enterprise
JB 7356 Jalan TBU 1
Taman Bemban Utama
77200 Bemban
Jasin Melaka
H/P : 013 8518745 / 010 6146518 TEL/FAX : 06-5210411
Blog : http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/
Fb : My Halal Mart

Bersambung lagi


08 Julai, 2013

KISAH AKU DAN KURMA - BHG 1

Bahagian pertama ini mengisahkan bagaimana proses pesanan yang telah dilakukan untuk mendapat bekalan kurma sempena bulan Ramadhan 1434h . Dulu-dulu pakai fax tapi tahun ini ...pakai emel le pulak konon nak canggih dan terkini ... tup tup bila call untuk kepastian ....Maaf encik emel hanya bos kami je yang terima dan boleh buka . ...akhirnya terpaksa juga dicetak emel tersebut dan di faxkan juga ...
Inilah emelnya ...

Assalam



Berikut adalah pesanan yang ingin pihak kami perlukan


1. Kurma Safia Bertangkai 500 gm - 28 kotak = RM 2744.00
2. Kurma Wasem 500 gm - 7 kotak = RM 560.00
3. Kurma Safina 500 gm - 7 kotak = RM 560.00
4. Kurma Madu YUTA 600 gm - 38 kotak = RM 2964.00
5. Kurma Jewel 10 kg - 4 kotak = RM 320.00
6. Kurma Eygpt Golden Valley 10 kg - 2 kotak = RM 86.00
7. Kurma Cina Merah - 2 kotak = RM 120.00
Jumlah = RM 7354.00

Harap sahkan stok dan jumlah kos sebenar sebelum pembayaran dapat dilakukan

Terima kasih.


Salam hormat

Abd Halim Said


Serompong Enterprise
JB 7356 Jalan TBU 1
Taman Bemban Utama
77200 Bemban
Jasin Melaka
H/P : 013 8518745 / 010 6146518 TEL/FAX : 06-5210411
Blog : http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/
Fb : My Halal Mart

Bersambung ....

05 Julai, 2013

ISTILAH "TAK BERGUNA" PADA TAFSIRAN MANUSIA ..

"Ustaz, ana rasa ana tak guna. Apa pun tak tahu… tak tahu datang dunia ini buat apa,” kata seorang pemuda di kampung….
“Apa kerja enta?” tanya ustaz tersebut…
“Malu nak cerita… tapi kerja yang hina, tak perlu guna otak, tak ada skil, rezeki kais pagi makan petang je…” jawab pemuda itu…

Melihat pemuda itu yang hilang semangat terhadap hidup dan kerjanya… ustaz tersebut menyuruh pemuda tersebut mengikutnya untuk berjalan di sekitar kampung….
Sambil berjalan, ustaz tersebut pun bercerita…
“Lihat matahari di atas… Allah pastikannya timbul tiap subuh dan terbenam setiap senja. Dalam tempoh tersebut, manusia kadang-kala merungut berkata panas, kulit sakit….
Tapi rumput-rumput di bawah ini – tak merungut… mereka perlukan cahaya untuk membuat makanan daripada apa yang diserap daripada tanah….
Mengapa rumput perlu buat makanan?
Kalau tak, daun dia tak tumbuh, lembu-lembu dan kambing-kambing akan kelaparan….
Bila lembu-lembu kelaparan, manusia hilang sumber protein lak pulak…
Allah tak cipta semua benda hidup boleh guna cahaya matahari dengan terus… cahaya matahari sumber tenaga universal… lepas itu Allah cipta benda hidup yang boleh menggunakan cahaya matahari untuk membuat makanan sendiri… seperti rumput.

Lepas itu, Allah mencipta benda hidup yang boleh memanfaatkan makanan yang dibina rumput… seperti lembu dan kambing…

Dalam lembu dan kambing ini, Allah wujudkan sistem, makan rumput, dapat bina daging, susu dan juga hasilnya najis….

Manusia pula menggunakan lembu dan kambing sebagai sumber makanan. Manusia tak makan rumput… manusia tak dapat guna cahaya matahari untuk hasilkan makanan daripada badan sendiri… Allah ciptakan setiap satu dengan peranan yang unik….

Faham tak cerita yang ustaz nak sampaikan?”

Pemuda itu melihat pada ustaznya, “Maksud ustaz ialah setiap perkara yang Allah letak di alam ini ada tujuannya dan tidak sia-sia….”
Ustaz itu tersenyum, “Jadi apa kerja enta?”
Pemuda itu tersenyum lalu memberitahu ustaz tersebut dia perlu beredar kerana banyak kerja yang Allah tinggal untuk dia belum siap.

Sebelum beredar, pemuda itu memeluk ustaz tersebut… ustaz tersebut membisik padanya, “Mungkin masa ini anta tak tahu apa tujuannya… tapi percayalah Allah tidak akan utuskan enta buat kerja sia-sia… asalkan enta rajin dan bertaqwa, Allah akan membuka jawapannya…”

Akhirnya, pemuda tersebut berubah dari seorang pengutip najis binatang ternakan menjadi pengeluar baja terkemuka di kampungnya…

Dapat isi tersirat?

Senyum.



15 Mei, 2013

KHAS BUAT INSAN YANG BERGELAR CIKGU ..... TERIMA KASIHHHHHHH CIKGUUUUU

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.

Senyum.

Jangan baca saja jika suka. Sharelah juga ya.

25 Mac, 2013

PROMOSI TUNGGU BUBAR !!



 PROMOSI TUNGGU BUBAR !!

MY HALAL MART BEMBAN JASIN

SETIAP PELANGGAN YANG BERBELANJA MINIMA RM 50 DAN KEATAS  DALAM SATU RESIT AKAN MENERIMA 1 PAKEJ SALAMFONE YANG BERJUMLAH RM 15 SECARA PERCUMA !

PAKEJ SALAMFONE YANG DITAWARKAN 

         1.       SIMKAD BARU – MENGGUNAKAN NOMBOR BARU YANG AKAN DIDAFTARKAN ATAS NAMA PELANGGAN YANG DINAMAKAN.

                                ATAU

        2.       SIMKAD BARU – KEKALKAN NOMBOR SEDIADA TAPI DITUKARKAN KEPADA SALAMFONE

LAIN-LAIN TERMA DAN SYARAT

       1.  SIMKAD BARU AKAN DIAKTIFKAN SERTAMERTA SETELAH DIDAFTARKAN

       2.   SIMKAD BARU UNTUK KEKALKAN NOMBOR SEDIADA AKAN DISERAHKAN SETELAH 3 PERMOHONAN “MNP” KE SALAMFONE DILULUSKAN DAN AKAN DIAKTIFKAN SETELAH DILULUSKAN. 
                   

          3.  SETIAP PELANGGAN LAYAK UNTUK MENDAPATKAN TAWARAN PERCUMA INI 

       4. MAKSIMA 10 SIMKAD SAHAJA ATAS NAMA PELANGGAN SENDIRI

       5. PROMOSI INI TAMAT SEHINGGA SELESAI PRU KE 13 ATAU STOK KEHABISAN .
                                               

15 Mac, 2013

PROMOSI HIJRAH BULAN MAC 2013

Promosi

 
                                    RM1,600.00
*Promosi sehingga stok masih ada 
Pada setiap 50 pembeli pertama sahaja akan menerima "Hijrah Filtration System" dengan percuma bernilai RM990.00
Jaminan 3 Tahun

                            RM1,300.00
*Promosi sehingga stok masih ada
Pada setiap 50 pembeli pertama sahaja akan menerima "Hot & Normal" dengan percuma bernilai RM320.00
Jaminan 2 Tahun




Promosi Terkini
- 'Trade-In' water filter HIJRAH yang lama kepada yang baru dengan nilai RM200.00.
- Filter yang boleh di 'Trade-In' adalah selain dari filter yang berharga RM550.00.

BERMINAT SILA HUBUNGI  : 010 6305858 @ 013 8518745

27 Februari, 2013

TAK LAMA ...2 BULAN JE LAGI

Kisah dongeng ini berlaku di Tanah Emas di Timur Tengah… di mana sebuah kerajaan telah berkuasa lebih 50 tahun.


Saya dipanggil menghadiri sebuah kursus. Lebih tepat sebenarnya saya dipaksa menghadiri satu kursus.

Kursus ini tidak lain tidak bukan untuk mencuci minda saya. Saya akan diseru membalas budi orang yang tidak pernah mengenang budi bahawa kerana saya dan keluarga sayalah daripada bapa ke atuk saya, mereka berada di kedudukan mereka hari ini.

Namun saya terpaksa hadir dengan hati memberontak.

“Negara kini dalam ambang kehancuran kerana pembangkang. Umat berpecah belah kerana ada parti ajaran sesat yang pecahkan umat. Kena pertahan kerajaan sekarang kerana mereka telah menjaga kita untuk 50 lebih tahun. Habis umat kalau kerajaan ini digantikan dengan baru. Kita kena balas budi kerajaan yang telah menjaga umat kita selama ini,” kata seorang pensyarah di kursus tersebut.

Tiada hadirin yang berani berkata apa-apa. Bersorak pun tidak, bersetuju pun tidak. Semua diam mendengar.

“Sampai bila saya harus mendiamkan diri? Apakah saya nak biarkan fitnah-fitnah ini dimasukkan dalam minda semua hadirin yang terpaksa datang kerana mangkuk nasi mereka,” bisik di hati saya.

Kemudian pensyarah itu membuka ruang untuk sesi bersoal jawab.

Tiada yang berdiri untuk bertanya.

Saya masih bergelut dengan diri sendiri, “Nak atau tak nak?”

“Baguslah tak ada soalan. Maksudnya semua faham apa yang saya sampaikan. Bila pangkah nanti, jangan pangkah salah tahu,” kata pensyarah tersebut.

Terdengar kata-kata itu, kaki saya tertiba mendapat tenaga untuk bangun.

“Saya Zulkifli Ibrahim daripada Ringgung. Saya kurang bersetuju dengan beberapa fakta yang tuan sampaikan. Kerajaan berkuasa sekian lama, sekiranya negara ada masalah, mengapa salahkan pembangkang? Pembangkang bukannya mempunyai kuasa.

"Kedua, kegagalan kerajaan untuk memerintah dengan adil dan mengikut cara yang disarankan Islam selama ini sehingga mengakibatkan umat tidak lagi bersama kerajaan, mengapa tuan salahkan pembangkang?

"Ketiga, tuan juga tidak tepat bila mana suruh kami membalas budi kerajaan. Bukan kami yang menggigit tangan kerajaan, tapi kerajaan yang menggigit tangan kami, lihat cara duit rakyat dihabiskan untuk kekayaan pemimpin-pemimpin. Mereka sebenarnya yang tidak mengenang budi jasa kami yang mengundi mereka selama ini dengan merompak harta kita.

"Keempat, apakah tuan tidak rasa berdosa menyuruh kami menyokong sebuah kerajaan yang merompak dan zalim terhadap umatnya. Umatnya sengaja dikekalkan dalam keadaan miskin daif selama ini untuk memudahkan mereka menggunakan senjata wang untuk membeli hati rakyat yang dalam kesusahan. Walhal kalau dah 50 tahun lebih memerintah, ada lagi rakyat yang susah, ini semestinya salah kerajaan, bukannya salah pembangkang. Sekian saja soalan saya.”

Saya terkejut dengan keberanian saya. Ini kursus mencuci otak, tapi saya berani mencabar pensyarah – saya tak takut ke selepas ini saya ditransferkan ke tempat yang jauh dari keluarga? Saya tak takut ke selepas ini naik pangkat dan gaji saya terjejas?

Oh, apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat?

Tetiba, hadirin memberikan tepukan gemuruh selepas dewan diam seketika. Gementar saya hilang mendengar tepukan gemuruh itu.

“Jawab! Jawab! Jawab!” hadirin membuat laungan mendesak pensyarah untuk menjawab.

Saya masih tercegat di tengah dewan berdepan dengan mikrofon.

“Senyap semua! Senyap! Dengar sini, ini jawapan saya. Semua soalan saudara Zulkifli tak perlu jawab kerana dia agen pembangkang. Inilah cara pembangkang huru-harakan negara,” jawab pensyarah itu dengan sinis.

Para hadirin membuat bunyi bising tanda tak setuju.

“Senyap. Listen! Ini dakyah pembangkang. Tindakan disiplin akan diambil pada saudara Zulkifli kerana cuba mensabotaj program ini,” kata pensyarah itu lagi.

Saya terus berlawan.

“Bertanya soalan pun tak boleh? Bertanya soalan pun salah? Semua salah pembangkang. Ambillah tindakan pada saya. Keangkuhan tuan sekejap sahaja. Kerana 2 bulan sahaja lagi, langit Tanah Emas ini akan berubah wajah. Sampai masa itu saya bimbang orang-orang macam tuan akan terkial-kial lemas mencari pelampung,” jawab saya.

Hadirin semua bangun memberikan tepukan gemuruh.

“Ya, 2 bulan sahaja lagi. Kami tak perlu hadir program-program macam ini. 2 bulan sahaja lagi, orang macam pensyarah ini tidak akan dibiarkan membuli kita kerana kuasa mereka. Dah cukup lama kami bersabar. Ini kalilah,” jerit hadirin.

Begitulah sebuah kisah dongeng di Tanah Emas di Timur Tengah yang tidak kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati.

Keberanian Zulkifli Ibrahim telah memberi inspirasi kepada ramai untuk melawan kezaliman.

Senyum.