SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

13 April, 2016

JOM SIMPAN EMAS - 5

Bila join member SOLID GOLD rm450 + kos post ....anda dpt: 1. Dapat 1/4 dinar mutu 999.9 secara PERCUMA 2. Dapat beli emas (916, 999.9, dinar) dgn hrga ahli, hrga MURAH ⬇dr hrga pasaran 3. Dapat ILMU ๐Ÿ“š emas tanpa masuk kelas 4. Dapat beli brg emas dengan KOS UPAH d luar jangkaan ๐Ÿ˜ฑ 5. Dapat tukar goldbar kpd brg kemas TANPA sebarang kos upah ๐ŸŽŠ 6. Dapat BONUS ๐ŸŽฐpembelian balik Rm 1/gram 7. Dapat 1 website ๐Ÿ’ป utk PROMOSI 8. Dapat 1 PERSONAL ๐Ÿ‘ค website utk check bonus, harga emas dll 9. Dapat royalti keuntungan syarikat a) rm500 ๐Ÿ’ฐ secara berperingkat bila taja 1 orang. b) prIII rm250 ๐Ÿ’ฐ secara berperingkat selepas tajaan pertama. 10. Dapat jana PENDAPATAN ๐Ÿ’ถ lumayan dalam penjualan runcit 11. Dapat bonus 2 kali ๐Ÿ˜ sebulan 12. Dapat jadi GOLD SAVER ✨ secara tak langsung 13. Dapat pilih emas tanpa perlu pergi kedai ๐Ÿ˜˜ 14. Urusan pengeposan ๐Ÿ“ฎ barang ๐Ÿ“ฆ customer semua kilang uruskan 15. Dapat ramai kenalan SERTAILAH KAMI MENJADI KELUARGA POWERGOLD ๐Ÿ’

JOM SIMPAN EMAS - 4

FAKTA2 HEBAT POWERGOLD?? 1) Satu-satunya syarikat networking yang produknya emas 2) Emas TULEN yang berkualiti, kini dan 2 tahun di pasaran..kalau Emas tipu sudah pasti dah lama syarikat kene serbu 3) Produk Emas x perlu ckp byk..1 dunia kenal..1 dunia ada harga..jadi mudah nk promosi 4) Harganya pula logik dan masuk akal malah ada yg setengah produk harganya lebih murah dari pasaran..kos upah rendah..spread jual/beli rendah 5) Target prospek yg meluas..orang biasa yg suka saving emas..orang bisnes yang suke jual/beli emas..orang networking yang suka cari ahli 6) Ramai usahawan2 baru yang telah berjana menjana income lebih RM100k walaupun x ada pengalaman..sebab AURA EMAS susah di tolak..rata2 usahawan Powergold promot kehebatan produk..bukan promot income..jika produk baik income pasti baik punya... 7) Syarikat Melayu yang serius menjalankan bisnes emas..banyak produk2 baru diperkenalkan..malah ada sesetengah produk yg tidak ada di jual di mana2 syarikat @ kedai emas 8) InsyaAllah akan menjadi bisnes/income kekal...kerana jarang kedai emas yg tutup..makin bertambah adalah..sebab tu makin banyak tempat pajak 9) Bukan pelaburan mengarut..bukan skim cepat kaya..bukan money games..kenali dan fahami dulu baru tau.. 10) Urusan mudah hanya di hujung jari secara online..jimat minyak..tol..jem..parking JOM BERPOWERGOLD...

JOM SIMPAN EMAS ...3

Keistimewaan dan kelebihan menjadi ahli PowerGold . Jom bersatu hati meningkatkan ekonomi keluarga dan ummah bersama sama . Pakej baru powergold - Pakej ahli - Pakej baru powergold - Pakej ahli 1- RM350 (Gold) 1- RM380 (Gold) 2- RM450 (Solid Gold) 3- RM3800 (Super Power Gold)-Stokist Kelebihan Gold (350) - Free 0.5g syiling emas - RP1 RM500 (syarat 1 tajaan) - Sponsor bonus L1 rm40, L2 rm10 - sistem - Layak membeli harga EMAS murah Kelebihan Gold (380) - Dpt 7 jenis produk kesihatan. -Sponsor bonus L1 rm40, L2 rm10 - Tabung RPI = RM500 (syarat menaja 1 org) - Sistem - Layak membeli harga EMAS Murah Kelebihan Solid Gold (450) - Dpt 1/4 Dinar. -Sponsor bonus L1 rm50, L2 rm10 - Tabung RPI = RM500 (syarat menaja 1 org) - Tabung RPIII = RM250 (syarat menaja 1 org) - Sistem - Layak membeli harga EMAS Murah. Kelebihan Super Power Gold (3800) - Dpt 2 Dinar - Sponsor bonus L1 rm400, L2 rm100 - Tabung RPI = RM500 (syarat menaja 1 org) - Tabung RPII = RM1000 (syarat menaja 1 org) - Sistem - Layak membeli EMAS harga Murah - Mobile Stokist - Upah Register Gold-RM10 Solid Gold-RM10 Super Power Gold-RM100 Pkej ahli ada 4 pilihan...

JOM SIMPAN EMAS ...2

SIMPANAN EMAS TERBAIK : DINAR, GOLD BAR ATAU BARANG KEMAS..... Soalan yang selalu bermain di minda sesorang yang baru "nak belajar simpan dinar....gold bar...atau barang kemas ye....?? Mana yang paling bagus ye.....??? Jawapan saya.....PELBAGAIKAN SIMPANAN EMAS ANDA..... Sebab ape....??? Kenapa .....??? KERANA : SETIAP EMAS ADA SIFAT DAN KELEBIHAN MASING2..... ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ jom kite kaji...kelebihan emas.... ๐ŸŒท DINAR๐ŸŒท ✨ boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah ✨ digunakan untuk membayar zakat ✨ dijadikan sebagai hantaran mas kahwin ✨ cerderamata / hadiah untuk org tersayang ✨ simpanan untuk pergi haji ✨ tabungan/simpanan ๐ŸŒท GOLD BAR๐ŸŒท ๐Ÿ’ฅ harga lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1g kerana kos pembuatan tinggi.... ๐Ÿ’ฅ memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata2.... ๐Ÿ’ฅ pilihan utk mereka yang sudah banyak kemas, dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula... ๐Ÿ’ฅ bentuk fizikal lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.... ๐Ÿ’ฅ sesuai untuk simpanan jangka masa panjang spt pendidikan anak2....perkahwinan....simpanan hari tua....membeli rumah dan lain2.... ๐ŸŒทBARANG KEMAS๐ŸŒท ๐ŸŒŸ dijadikan perhiasan wanita ๐ŸŒŸ mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau ๐ŸŒŸ fungsi 4 dalam 1.... perhiasaan, simpanan, pelaburan dan perniagaan ๐ŸŒŸ mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ar rahnu Nak tahu bagaimana nak menjana pendapatan dengan EMAS , sila pm , call atau whatsapp 0138518745

JOM SIMPAN EMAS

Apa ada dengan RM450? Simpan tak KAYA Hilang tak MISKIN Tetapi jika digunakan untuk menyertai Powergold + Usaha InsyaAllah mungkin boleh merubah kehidupan anda. Dalam biz Powergold ni kita dididik dgn ilmu emas dan berniaga. Cuba lihat dan kaji orang yg nak berniaga, berapa modal nak bukak kedai handphone, kedai tayar, kedai emas, kedai makan, kedai hardware,kedai saloon, construction, stesyen minyak dll. Ribuan, puluhan ribu atau ratusan ribu modal disamping berbagai² risiko. Powergold bermodal RM350/RM380/RM450/RM3,800 sahaja. Tiada risiko! Kenapa? Ahli @ stokis tak wajib simpan stok, tak perlu sewa premis perniagaan dan tak perlu beli peralatan kedai. Tiada apa yg perlu dibimbangkan. di Powergold anda:- Tak Buat apa² - Tak rugi. Menyimpan - Untung harga murah + bonus. Buat Trading - Dapat Untung runcit + bonus. Buat Network - Bermacam² bonus menanti. PILIHAN DI TGN ANDA...KETUK KEPALA TANYA AKAL! ✊๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜ Jgn takut buat perubahan. Duit disimpan makin lama makin habis juga. Baik buat sesuatu dengannya. ✅ Berminat untuk tahu lebih lanjut ? Jangan ragu Whatsapp : AhsMartGold - 0138518745 www. lubukemasmurah.com/AhsMartGold

18 Januari, 2015

UMAR BERSYAHADAH

Kisah Saat-Saat Umar Bin Khattab Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah | Umar bin Khattab ra terkenal sebagai orang yang berwatak keras dan bertubuh tegap. Sering kali pada awalnya ( sebelum masuk Islam ) kaum muslimin dikasari. Sebenarnya di dalam hati Umar sering berkecamuk perasaan-perasaan yang berlawanan antaranya pengagungannya terhadap ajaran nenek moyang, kesenangan terhadap hiburan dan mabuk dengan kekagumannya terhadap ketabahan kaum muslimin serta bisikan hatinya bahawa boleh jadi apa yang dibawa oleh Islam itu lebih mulia dan lebih baik. Pada suatu hari, beliau berjalan dengan pedang terhunus untuk membunuh Rasulullah SAW . Namun di tengah jalan, beliau dihadang oleh Abdullah an – Nahham al – ‘ Adawi seraya bertanya : ” Hendak kemana engkau , ya Umar ? “ ” Aku hendak membunuh Muhammad , ” jawabnya . ” Apakah engkau akan selamat dari Bani Hasyim dan Bani Zuhroh jika engkau membunuh Muhammad ? “ ” Jangan- angan engkau sudah murtad dan meninggalkan agama asalmu ? ” Tanya Umar . ” Mahukah engkau ku tunjukkan yang lebih memeranjatkan dari itu wahai Umar, sesungguhnya saudara perempuanmu dan iparmu telah murtad dan telah meninggalkan agamamu , ” kata Abdullah . Setelah mendengar hal tersebut, Umar terus menuju ke rumah adiknya. Saat itu di dalam rumah tersebut terdapat Khabbab bin Art yang sedang mengajarkan al-Quran kepada keduanya ( Fatimah , saudara perempuan Umar dan suaminya ). Namun ketika Khabbab merasakan kedatangan Umar, dia segera bersembunyi di balik rumah. Sementara Fatimah menutupi lembaran al – Quran . Sebelum masuk ke rumah, rupanya Umar telah mendengar bacaan Khabbab, lalu dia bertanya : ” Suara apakah yang tadi saya dengar dari kalian ? “ ” Tidak ada suara apa-apa kecuali perbualan kami berdua saja , ” jawab mereka. ” Pasti kalian telah murtad , ” kata Umar dengan geram. ” Wahai Umar, bagaimana pendapatmu jika kebenaran bukan berada pada agamamu ? ” Jawab ipar Umar . Mendengar jawapan tersebut, Umar terus menendangnya dengan keras sehingga terjatuh dan berdarah. Fatimah segera membangunkan suaminya yang berlumuran darah itu. Namun Fatimah ditampar dengan keras hingga wajahnya berdarah, maka berkatalah Fatimah kepada Umar dengan penuh amarah : ” Wahai Umar, jika kebenaran bukan terdapat pada agamamu , maka aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah . “ Melihat keadaan saudara perempuannya dalam keadaan berdarah, timbul penyesalan dan rasa malu di hati Umar. Lalu dia meminta lembaran Al-Quran tersebut. Namun Fatimah menolaknya dan mengatakan bahawa Umar najis, dan Al-Quran tidak boleh disentuh kecuali oleh orang-orang yang telah bersuci. Fatimah memerintahkan Umar untuk mandi jika ingin menyentuh mushaf tersebut dan Umar pun menurutinya. Selepas mandi, Umar membaca lembaran tersebut, lalu membaca : ” Bismillahirrahmanirrahim . ” Kemudian dia mengulas : ” Ini adalah nama – nama yang indah nan suci. “ Kemudian beliau terus membaca : ุทู‡ Hingga ayat : ุฅู†ู†ูŠ ุฃู†ุง ุงู„ู„ู‡ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุฃู†ุง ูุงุนุจุฏู†ูŠ ูˆุฃู‚ู… ุงู„ุตู„ุงุฉ ู„ุฐูƒุฑูŠ ” Sesungguhnya Aku ini adalah Allah , tidak ada Tuhan ( yang hak ) selain Aku , maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku, ” ( QS. Thaha : 14 ). Beliau berkata : ” Betapa indah dan mulianya ucapan ini. Tunjukkan padaku di mana Muhammad. “ Mendengar ucapan tersebut, Khabab bin Art keluar dari balik rumah dan berkata : ” Bergembiralah wahai Umar, saya berharap bahawa doa Rasulullah SAW pada malam Khamis lalu adalah untukmu, beliau SAW berdoa : ‘ Ya Allah, muliakanlah Islam dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai ; Umar bin Khattab atau Abu Jahal bin Hisyam ” . Rasulullah SAW sekarang berada di sebuah rumah di kaki bukit Safa ‘ . “ Umar bergegas menuju rumah tersebut dengan membawa pedangnya. Tiba di sana dia mengetuk pintu. Seseorang yang berada di dalam mengintipnya melalui celah pintu. Dilihatnya Umar bin Khattab datang dengan garang bersama pedangnya. Segera dia beritahu Rasulullah SAW , dan merekapun berkumpul. Hamzah bertanya : ” Ada apa ? “ ” Umar , ” jawab mereka . ” Umar ? Bukakan pintu untuknya , jika dia datang membawa kebaikan, kita sambut. Tapi jika dia datang membawa keburukan, kita bunuh dia dengan pedangnya sendiri . “ Rasulullah SAW memberi isyarat agar Hamzah menemui Umar. Lalu Hamzah akan menemui Umar, dan membawanya menemui Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW memegang baju dan gagang pedangnya , lalu ditariknya dengan keras, seraya berkata : ” Engkau wahai Umar, perlukah engkau terus begini sehingga kehinaan dan azab Allah diturunkan kepadamu sebagaimana yang dialami oleh Walid bin Mughirah? , Ya Allah inilah Umar bin Khattab, Ya Allah , kukuhkanlah Islam dengan Umar bin Khattab . “ Maka berkatalah Umar : ” Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah selain Allah, dan Engkau adalah Rasulullah. “ Kesaksian Umar tersebut disambut gema takbir oleh orang-orang yang berada di dalam rumah ketika itu, hingga suaranya terdengar ke Masjidil Haram. Masuk Islamnya Umar menimbulkan kegemparan di kalangan orang-orang musyrik, sebaliknya disambut suka cita oleh kaum muslimin. Allahuakhbar.. Wallahualam

KISAH KELDAI DAN TELAGA

Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam telaga. Keldai itu meraung selama berjam-jam sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya untuk mengeluarkan keldai itu dari telaga tersebut. Akhirnya si petani memutuskan bahawa keldai itu sudah tua dan telaga juga perlu ditutup karena berbahaya, jadi tidak berguna lagi untuk menolong si keldai itu. Dia mengajak jiran-jirannya untuk datang membantunya menutup telaga itu dengan mengisi dan mengambus tanah kedalam telaga itu. Mereka membawa sekop, cangkul dan peralatan. Setelah tiba, mereka mulai mengaut tanah tanah bercampur kotoran air limbah yang mendap disekeliling telaga dan memasukkan ke dalam telaga. Ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, keldai itu berbungi seperti menjerit penuh ketakutan. Tetapi kemudiannya semua orang tidak lagi mendengar suara dari keldai itu. Sangka mereka keldai itu telah mati tertimbus. Setelah beberapa cangkul dan sekop menuangkan tanah dan kotoran limbah lagi ke dalam telaga, si petani melihat ke dalam telaga tercengang dan terkejut melihat apa yang terjadi didalam telaga. Dia terus memerhatikan tanpa berkata apa-apa kerana kagum dengan usaha keldainya itu. Walaupun terus ditimbus oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Keldai itu menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa badannya turun ke bawah, lalu keldai itu menaiki tanah yang semakin meninggi itu. Sementara jiran-jiran si petani terus menuangkan tanah ke dalam telaga itu, dan keldai itu terus menggoncangkan badannya dan melangkah naik sedikit demi sedikit. Setelah hampir penuh, keldai terus meloncat keluar dan semua orang terkejut kerana keldai yang disangka telah tertimbus, meloncat keluar telaga dan melarikan dirinya. Begitulah pengajarannya dengan kehidupan ini, dunia terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepadamu, segala macam bentuk ujian dan cabaran... Sehinggakan kamu terjerumus kedalam lembah dosa dan maksiat! Cara untuk keluar dari “telaga” masalah, ujian terhadap maksiat yang kotor dan sebagainya, adalah berusaha (dengan ilmu dan fikiran) untuk keluar (memperbaiki diri) dan memijak (meninggalkan keseronokan dunia yang menipu) untuk keluar dari lubang kesesatan tersebut. Melangkah dengan ilmu sdedikit demi sedikit walaupun susah, dengan keyakinan walau diasak dengan ujian demi ujian, dengan sabar dan usaha, pasti akhirnya... percayalah kamu akan keluar dari “telaga” yang dalam dengan itu meneruskan kehidupan dalam dunia yang luas ini bagi memperbetulkan kesilapan lalu yang pernah dilalui. Pastinya selepas itu kita akan berhati-hati agar diri kita tidak terjerumus kedalam lubang 'telaga dosa' itu lagi. TUNTUTLAH ILMU, ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT.