SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

27 Disember, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1430 H

Saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa Kelab Sahabat Siti Khadijah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah kepada semua ahli kelab khususnya dan seluruh ahli keluarga HPA amnya. Sesungguhnya kedatangan tahun baru ini dinanti dengan penuh syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus berjuang dan berjuang sehingga ketitisan keringat yang terakhir didalam meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini dan debaran kerana cabaran demi cabaran pastinya sedang menanti pejuang-pejuang didalam mendepani suasana ekonomi yang tidak menentu buat masa kini. Namun yakin dan percayalah dengan janji-janji Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud "Sekiranya kamu bersyukur denganKu Nescaya akan Aku tambah nikmat pemberianKu keatasmu" Oleh itu Ayuhlah ... sempena kedatangan tahun baru hijriah ini marilah kita sama-sama perbarui tekad dan azam kita untuk berhijrah kesuatu destinasi , suasana , cara hidup yang lebih baik dan diberkati oleh Allah SWT. Ayuh kita teruskan Jihad Ekonomi kita dengan menukar "Supermarket" kita mudah-mudahan usaha murni kita ini akan dapat membantu meningkatkan kedudukan ekonomi ummah dan sekaligus berjaya meruntuhkan ekonomi kapitalis yang menjadi punca masalah ekonomi kita sekarang ini. Buangkan perasaan hasad dengki dan iri hati sesama ummah tapi tanamkanlah semangat kesukaan dan kecintaan untuk melihat ummah kita berjaya dan menerajui barisan hadapan walaupun mereka tidak nampak atau kenal siapa yang membawa mereka kehadapan.Percayalah usaha sekecil ini insyallah akan membebaskan kita dari kemurkaan Allah SWT dan insyallah syurgalah balasannya. Ingat tak kisah seekor burung dizaman Nabi Ibrahim yang telah menggunakan paruhnya untuk mengambil air untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada terbakar ?? Walaupun dia tahu air yang dibawa tidak akan dapat memadamkan api yang marak tersebut tapi niat ikhlasnya untuk menunaikan tanggungjawab yang boleh dilakukan dengan kudrat yang ada itulah yang bakal dinilai oleh Allah kelak di akhirat sana. Jadi ayuhlah ... contohilah siburung kecil ini , mudah-mudahan ianya merupakan titik hijrah yang paling murni dan besar disisi Allah SWT. Amin...

Tiada ulasan: