Kelab Sahabat Siti Khadijah - Gabungan Unik Perniagaan Produk Halal & Toyyib , Pusat Pra Pendidikan Anak-Anak Syurga , Pencetus kesedaran Insan tentang kelebihan menyimpan EMAS untuk masa depan
SEROMPONG ENTERPRISE
26 November, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL AHDA
MAAF sekiranya ada keterlanjuran bicara , bahasa , artikel yang disiarkan didalam blog kami ini mencuit hati dan perasaan ANDA semua.
MAAF kepada peminat setia Ayam Organik kerana bekalan tidak dapat disediakan untuk menjadi salah satu menu hidangan dihari yang mulia ini. Ramai yang balik hampa .. Sudah diutarakan tapi apakan daya . Kami hanya insan kerdil dipandangan mata mereka . Ini juga satu pengorbanan sempena meraikan hari Raya Korban pada tahun ini.
" SELAMAT MERAIKAN HARI RAYA AIDIL ADHA = HARI RAYA HAJI = HARI RAYA KORBAN " ....BERKORBAN APA SAJA , HARTA ATAUPUN NYAWA , ITULAH JANJI SETIA SEHATI DAN SEJIWA ...
25 November, 2009
ADAKAH KOPI RADIX SEMASIN INI ?
"Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang", kata si gadis dalam hatinya.
Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, "Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya."
Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.
Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, "Kebiasaanmu sangat aneh?".
"Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini",jawab si laki-laki.
"Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana", lanjutnya dengan mata berlinang.
Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya...Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian...kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.
Untung saja ada kopi masin !
Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia... Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:
"Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu---tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu... Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.
Suatu hari seseorang telah bertanyanya, "Bagaimana rasa kopi masin?"
Si gadis pasti menjawab, "Rasanya begitu manis."
Moral:
Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi...
UTUSAN PENGGUNA TERBARU KINI DIPASARAN !
23 November, 2009
TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !
Kami semua tumpang gembira ....
Sekalung TAHNIAH ! juga buat CIK NORHIDAYU ABD MAJID Pengurus HPA Cawangan Tangkak kerana telah dinobatkan sebagai Staff HPA Zon Selatan Terbaik 2009 . Kami berbangga kerana dapat berurusan dengan staff terbaik dikalangan yang terbaik . Muga kejayaan ini akan menjadi contoh ikutan yang terbaik kepada staff yang lain untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan HPA dulu kini dan selamanya ...
Majlis penganugerahan ini telah dilansungkan bersempena dengan Majlis Perasmian Radix Chicken House (RCH) Kluang pada 21 hb November 2009. TAHNIAH ! Sekali lagi ...
20 November, 2009
AYAM OH AYAM
"Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!" kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan.
Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,"Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan lembu," Lalu dia pun bercerita..
Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.
Ia berkata kepada sang lembu, "Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"
"Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,"tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala.
"Sang lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup..."
Moral:
Berbuatlah kebajikan sementara kita masih hidup dan sihat. Jangan menunggu tika kita sudah meninggal dunia, baru mengharapkan orang lain utk berbuat kebajikan atas nama kita.
18 November, 2009
AKUKAH ADIK YANG DICARI ?
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!". Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa : "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang hister
17 November, 2009
RAMAI YANG TERKEJUT DAPAT SURAT CINTA ?
Berbagai persoalan dan pertanyaan yang timbul. Adakah CINTA anda masih tidak sehebat CINTA yang dipaparkan didalam artikel yang pernah dipaparkan sebelum ini. Adakah pengorbanan ANDA sebelum ini masih tidak berbaloi dan tidak dihargai. Setelah segala simpanan dikeluarkan , pinjaman dibuat dan masih belum habis dibayar lagi , setelah beratus-ratus liter minyak habis , sudah berapa kali tayar kereta dan motor diganti , setelah banyak bil telefon , api dan air dilunasi setiap bulan , ANDA masih menerima surat CINTA yang memaklumkan bahawa pengorbanan ANDA masih tidak setimpal dan tidak memuaskan hati KEKASIH anda !
Ohh kejamnya KEKASIH hatiku ini ....
Inilah asam garam kehidupan sebagai seorang usahawan yang berstatus AGEN STOK. Ramai yang telah menerima surat teguran/peringatan kenapa jualan bulanan masing-masing terus merosot dari bulan ke bulan . Bila sudah terima surat macam itu , maka ramailah gelabah dan tak tenteram jiwa dan raga dibuatnya. Ramai yang tidak menyangka kehidupan sebagai seorang Agen Stok tidak semudah yang disangka. Aku punya modal , aku punya produk , aku punya downline dan bukan downline yang tumpang sekaki , ikut sukahatilah. Aku jual lebih dapat bonus hujung bulan , kalau aku tak jual modal aku beku kat situ , aku beli dengan tunai bukannya hutang tertangguh , wang sudah masuk dalam kantung. Ramai yang berfikiran begitu ? Rupanya tidak begitu , ada insan yang prihatin akan nasib dan masa depan Agen Stok rupanya ? Jadi apa yang harus dilakukan ?? Perlukan dibalas surat CINTA ini ??
Wahai sahabat-sahabatku AGEN STOK sekalian ...
Sekiranya ANDA benar-benar sayangkan kerjaya ANDA sebagai usahawan dan bercita-cita untuk menjadi USAHAWAN MUSLIM yang berjaya melalui AGEN STOK maka luahkanlah apa juga masalah dan persoalan yang terpendam dikalbu. Janganlah disimpan dan memendam perasaan. Fahamilah bahawa surat CINTA yang dihantar sebenarnya adalah ISYARAT bahawa KEKASIH kita ini memerlukan maklumbalas akan keadaan yang sebenarnya berlaku , sedang berlaku , akan berlaku dan apa hasrat serta harapan ANDA AGEN STOK semua kepada KEKASIH kita ini muga kasih keduanya akan semakin subur , mekar dan semakin intim biar masa terus berlalu .
Luahkanlah apa yang ANDA fikirkan selama ini tentang KEKASIH kita ini. Luahkanlah kenapa jualan ANDA yang pada permulaannya baik tapi semakin lama semakin merudum ? Luahkanlah kenapa stok ANDA hanya cukup-cukup makan sahaja ? Luahkanlah kalau dahulu bonus agen stok anda boleh tahan tapi kini tidak boleh bertahan ? Luahkanlah kalau dahulu jual sedikit boleh bertahan tapi kenapa kita semakin meningkat jualan semakin kecil modal ditangan ? Luahkanlah kalau dahulu ada duit simpanan tapi setelah menjadi Agen Stok habis semua simpanan dikeluarkan ? Kenapa dahulu produk sedikit dapat bonus lebih tapi bila produk semakin banyak bukan bonus yang lebih tapi modal pula berlebih ? Kenapa dahulu kos boleh tampung tapi bila jual lebih kos sudah tidak boleh tertanggung ? Kenapa MODAL anda tidak berkembang malah semakin menguncup ?
Anda ada AKAL ? Anda ada MATA ? Anda ada TELINGA? Jadi !! Jalankanlah tanggungjawab masing-masing kerana setiap dari kita mempunyai pandangan , firasat , gerak hati dan citarasa yang berbeza-beza walaupun kita dibekalkan dengan AKAL , sepasang MATA dan sepasang TELINGA yang fungsinya sama.
Tidak perlulah dinyatakan apa pandangan saya terhadap apa yang berlaku , sedang berlaku dan akan berlaku kerana perspektif saya mungkin berbeza dengan ANDA semua. Saya telah jalankan tanggungjawab saya sebagaimana persoalan yang dikemukakan diatas dari perspektif dan pandangan saya dan saya telahpun mendapat jawapannya terhadap MASA DEPAN dan HALA TUJU kita sebagai usahawan berstatus AGEN STOK.
Jadi ....jalankanlah tanggungjawab ANDA semua. Muga dengan cara ini , KEKASIH kita ini akan dapat menyelami dan memahami apa yang berlaku pada semua AGEN STOK yang ikhlas berjuang didalam memertabatkan INDUSTRIES MAKANAN HALAL ini sebagai suatu tuntutan FARDHU KIFAYAH demi menyelamatkan ummah demi suatu kejayaan yang hahiki insyallah.
Muga akan ada sinar baru didepan sana sekiranya ANDA semua bersatu hati didalam menangani persoalan MASA DEPAN dan HALA TUJU AGEN STOK demi satu PERJUANGAN !!
Aminnnnn.
SI UNGU PULA MUNCUL
SI LADY BERWAJAH BARU
Sesuai dengan imej sebagai teman sejati wanita kini ia muncul dengan imej baru.
Berwarnakan warna yang sinonim dengan wanita tapi masih mengekalkan nilai mata dan harga yang sama.
Muga penampilannya dengan warna yang lebih ceria akan lebih menambat hati para wanita untuk menggunakannya sesuai dengan temanya Harum , Segar & Yakin.
12 November, 2009
ADAKAH CINTA KITA SEHEBAT INSAN INI ?
Kisah benar … cukup memberi kesan pada jiwa. Diforwardkan oleh Kak Jina:
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak …….disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian..Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………
“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.
“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis…. tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah pak suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .
09 November, 2009
06 November, 2009
MISWAK MEMASUKI PASARAN
Kalau mereka ada campuran ramuan Kayu Sugi (Miswak) HPA pun sudah ada ! Apa alasan lagi untuk tidak bertukar kepada alternatif terbaik yang ada. Dapatkan segera Ubat Gigi Herba Dengan Ekstrak Kayu Sugi(Miswak) Asli di Pusat Agensi dan Jualan kami.
Harga RM 4.00
Nilai Mata 1
Jadilah insan pertama yang memiliki dan menggunakannya tanpa ragu
JOM TUKAR !!
04 November, 2009
RADIX COOKIES BERWAJAH BARU
02 November, 2009
MASIH TIDAK MAHU PERCAYA LAGI ??
Kapsul ubat: Gelatin babi dicop halal | ||
|
Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.
"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.
![]() |
Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.
Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.
"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.
Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn (foto, kiri) berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.
Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.
Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.
Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.
Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA - (Sumber : Malaysiakini.com)
INOVASI NUGGET
SI MERAH DAH MUNCUL
CERAMAH PENGGUNA BIJAK
TARIKH : 4 HB NOVEMBER 2009 (RABU)
MASA : 8.00 MLM
TEMPAT: HPA CAWANGAN SEMABOK PERDANA MELAKA
TAJUK : PRODUK HALAL HARAM - APA PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB ITA
PENCERAMAH : WAKIL CAP
JAMUAN DISEDIAKAN
Tuan/puan ahli-ahli HPA dan bukan ahli adalah dijemput hadir beramai-ramai untuk mendengar secara langsung pendedahan berani berserta fakta kukuh akan permasalahan pemakanan kita seharian.
Jadilah pengguna yang bermaklumat muga anda semua tergolong didalam golongan pengguna BIJAK .
Jumpa disana ...