SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

29 Disember, 2009

HIJRAH ...PUSAT JUALAN HPA DUYONG

Bermula pada tanggal 7 hb Disember 2009 bersamaan 20 Zulhijjah 1430 operasi Pusat Jualan HPA Duyong telahpun berpindah lokasi. Bermula di sebuah premis rumah kedai yang beralamat di No 7 Jalan SD 2/11A , Taman Seri Duyong Seksyen 2 , Melaka kini lokasi baru pusat jualan kami adalah di KM 11 , Permatang Duyong 75460 Melaka. Berbekalkan semangat HIJRAH maka penghijrahan dilokasi yang lebih strategik kerana terletak ditengah-tengah pusat perniagaan DUYONG yang terkenal dengan Kedai Runcit Ranjini dan Pasar Malam pada setiap Selasa diharap dapat mempromosikan lagi produk-produk HPA ketengah-tengah masyarakat yang masih teraba-teraba mencari produk alternatif untuk keperluan keluarga mereka. Walaupun saiznya agak comel berbanding premis terdahulu namun ianya tidak akan mematahkan semangat perjuangan kami untuk terus bersaing demi satu perjuangan yang amat panjang ini. Kunjungilah kami disana ...Insyallah kami menanti ANDA dengan khidmat dan produk yang terbaik.


Pandangan depan ..








Pandangan sisi kiri ...

Pintu masuk kedai ....Inilah dia pemilik Pusat Jualan Duyong.

Pandangan sisi kanan ...
Walaupun comel tapi Macam Macam Ada ...

2 ulasan:

Rangkaian Dcentella berkata...

tahniah Kelab Sahabat Siti Khadijah. nampaknya orakan langkah tuan lebih pantas di dalam mengembangkan perniagaan Islam.

Abd Halim Said berkata...

Terima kasih atas penghargaan namun orakan langkah ini penuh liku dan ranjau yang sedang menanti. Doakanlah muga kami berjaya melepasi ujian yang semakin getir ini.