SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

12 Februari, 2010

GONG XI FA CHAI

Sempena kedatangan Tahun Baru Cina yang akan diraikan oleh masyarakat Cina maka satu program turun padang telah diadakan sebentar tadi. Lokasi yang bertuah kali ini adalah Taman Kesang Indah dan Taman Kesang Damai. Program turun padang ini selain daripada untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada masyarakat Cina ianya juga merupakan misi dakwah kepada orang Cina didalam merealisasikan slogan "PAS UNTUK SEMUA" dan menunjukkan sikap tolenrasi dan hormat menghormati orang Islam didalam meraikan hari gembira orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina. Selain menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka , sejumlah 5 biji limau mandarin dan sekeping kad jemputan ke Jamuan Tahun Baru Cina juga diedarkan kepada mereka. Rombongan juga ditugaskan untuk mendaftarkan pengundi-pengundi baru tapi ternyata MAJORITI ahli keluarga orang Cina sudah mendaftar menjadi pengundi sebaik sahaja cukup haulnya . Bagaimana dengan orang KITA ?? Alhamdulillah ...kedatangan rombongan kami disambut mesra oleh mereka . Jom kita saksikan apa yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera ku ....


Tekun mendengar taklimat sebelum gerak kerja turun padang dimulakan ..



Antara bungkusan limau mandarin yang telah disediakan untuk diagih-agihkan kepada masyarakat Cina yang akan dikunjungi .

Ini dia ...Pengerusi MTD sedang memberikan penerangan dan matlamat program hari ini ...

Sempat membelek untuk kali terakhir untuk pastikan tiada limau yang dah "expired" terhulur nanti ...
Sedang menunggu gilirin untuk berlepas ...
Rumah pertama yang dikunjungi ...
Senyuman gembira dan terima kasih yang diberikan atas kunjungan dan hadiah yang diberikan serta ucapan Selamat Tahun Baru Cina.
Walaupun cuma 5 biji berbanding berkotak-kotak limau yang mereka ada didalam rumah . Pemberian ikhlas ini amat dihargai oleh mereka...

Antara makhluk ciptaan Allah yang meraikan kedatangan kami ..
AKHIRNYA .... Gong XI FA CHAI daripada kami semua MAJLIS TINDAKAN DUN BEMBAN . Muga kesatuan dan perpaduan hati dapat kita tautkan untuk menuju masa depan negara yang lebih cemerlang dan berkebajikan dimasa depan.

4 ulasan:

BLOGGER NYAMUK berkata...

saya pun ahli hpa gak tapi janganlah berita pas pun nak diwarwarkan dalam blog ni...HPA for all umno,pas, pkr,dap dan semua parti kat malaysia.bersama kita berjuang produk halal tidak kira agama dan parti.Allahuakbar

Abd Halim Said berkata...

Terima kasih atas pandangan. Dah HPA untuk semua apa masalahnya berita PAS dalam HPA kerana ahli PAS juga mendokong perjuangan HPA. PAS juga untuk semua jadi apa yang menjadi masalah utamanya. Tidak nampak apa-apa konflik dalam masalah ini ..matlamat perjuangan masih sama.

BLOGGER NYAMUK berkata...

terima kasih atas pandangan.betul ke takde PBC oleh sahabatsiti khadijah?

Abd Halim Said berkata...

PBC terakhir pd 6-7 Mac 2010. Selepas itu tiada lagi penganjuran tapi jika ada peserta rangkaian yang hendak menyertai PBC akan kami hantar kepada PBC anjuran kelab@komuniti yang lain.