Makcik ke dua yang kami ziarahi. Seorang ibu tunggal yang hidup menumpang di rumah PPRT yang tanah bukan miliknya. Mendapat ehsan daripada saudara mara untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan. Tinggal bersama adiknya yang juga merupakan seorang ibu tunggal juga.
Sempat menyantuni Atuk yang sedang memikirkan masa depan cucu-cucunya dimasa depan ..
Ibu tunggal yang seterusnya ... tinggal bersama 5 anak dan ibunya disebuah rumah yang berhadapan dengan rumah-rumah tanah jutawan yang menjadi kontrovesi baru-baru ini. Tempat "rehat bawah tanah " eksklusif yang mendapat bantahan penduduk setempat kerana ketidaksesuaiannya kerana dikelilingi oleh 100 % orang melayu beragama Islam. Tapi apakan daya kuasa "RM" mengatasi segala-galanya..
Mudah-mudahan bantuan yang sedikit ini akan menjadi penawar duka lara insan yang berdukacita. Mudah-mudahan bantuan yang sedikit ini akan mengusik sanubari para penerima dan pembaca untuk menilai kembali sejauhmana peranan kita untuk mengubah senario ini daripada terus berterusan. Tepuk dada tanyalah IMAN kita ... JOM kita lakukan perubahan demi satu kehidupan yang lebih bermakna , lebih berkebajikan demi MALAYSIA yang kucintai ..
5 ulasan:
izin ana copy ke blog mtd, ana x pandai ayat
izin ana copy ke blog mtd, ana x pandai ayat
ayat ayat cinta pun boleh he he
salam,tumpukan juga kepada pembangunan ekonomi orang islam.bantu mereka untuk berjaya dalam hidup.ana cadangkan serapkan mereka dalam perniagaan HPA.wassalam
Cadangan yang baik. Salah seorang tu dahpun bersama HPA tapi maaf cakap hala tuju syarikat nmpknya tidak begitu fokus kpd golongan marhain. Sasaran kepada RM lebih aulia kini dari menyediakan keperluan asas yang diperlukan oleh pendokong dibawah. Keluhan org bawah tidak diendah malah ditekan sehingga lupa diri bahwa tanpa ahli dibawa siapalah kita yang diatas tuu..
Catat Ulasan