Turut sama produk seangkatan yang akan menjadi bahan sejarah adalah Sabun Casia dan Sabun Saffron. Ini berikutan memo yang telah dikeluarkan oleh pihak syarikat yang menyatakan dengan rasminya bahawa ketiga-tiga produk ini adalah diantara produk yang akan ditamatkan pengeluarannya.
Timbul bermacam-macam persoalan dan pertanyaan kenapa ianya diberhentikan kerana permintaan untuk ketiga-tiga produk ini cukup baik ?? Pertanyaan yang dimajukan kepada pihak tertinggi tidak mendapat penjelasan sewajarnya kenapa ? Budaya biasa orang kita ...bila sudah tidak berkuasa atau tidak berdaya barulah keluar macam-macam cerita ... Yelah kalau sudah tidak suka tu ...macam-macam kisah lama yang diungkit ?
Nasib yang serupa juga menimpa ketiga-tiga sabun ini . Cakap-cakap daripada "Pemimpin Hebat" yang kita dimaklumkan ...sabun ini terpaksa dihentikan kerana terlalu banyak aduan yang diterima .. , sabun ini tidak dikilangkan oleh HPA ... jadi jalan terbaik untuk menghentikan segala aduan dan tohmahan ini maka "Pengurusan Tertinggi" ambil keputusan untuk hentikan pengeluarannya ..
Mudah sungguh berniaga macam ini... "Marahkan nyamuk rumah dibakar..." Apa-apa pun inilah ranjau dan duri yang perlu ditempuhi didalam perjuangan ini ... Pahit untuk ditelan tapi inilah realitinya ... Bertuahlah kepada sesiapa yang masih ada ketiga-tiga sabun ini didalam simpanan. Kalau boleh di "frame"kan alangkah baiknya agar dapat disaksikan oleh generasi-generasi akan datang .
SABUN ASIATICA XT dalam kenangan ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan