SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

02 Julai, 2010

JOM TURUN PADANG SIRI 3

ALHAMDULILLAH pada tanggal 26 hb Jun 2010 yang lalu program JOM TURUN PADANG SIRI 3 anjuran MTD BEMBAN telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kali ini UPU TEHEL telah menjadi tuanrumah dan telahpun mengenalpasti seramai 21 orang yang akan dikunjungi dalam siri ini bagi menerima sumbangan. Jumlah penerima kali ini bertambah satu kali ganda berbanding biasa memandang UPU Tehel telah bermurah hati untuk menaja sebahagian daripada kos sumbangan tersebut. Apa-apa pun jom kita saksikan sebahagian daripada koleksi yang dapat dirakamkan sepanjang JOM TURUN PADANG SIRI 3 untuk diambil iktibar dan pengajarannya ....



Pengerusi UPU Tehel Tn Hj Ibrahim sedang memberikan taklimat tentang senario penduduk di Kg Tehel dan perlaksanaan kunjungan pada hari itu ..



Semuanya khusyuk mendengar , lebih-lebih lagi sudah pekena bubur kacang durian sebentar tadi ... asyikkkk.

Keluarga pertama yang kami kunjungi ...

Tersenyum girang menerima sumbangan daripada kami ... mudah-mudahan sumbangan yang lebih bermakna dapat kami hulurkan jika ditakdirkan kami dapat memerintah kelak ....INSYALLAH

Kehadiran kami disambut dengan tangisan kegembiraan . Bekas guru mengaji yang cukup berjasa di Tehel dan Bemban yang kini dilupakan ? Sempat bertanyakan apa makna ayat Al-Quran yang disering menggangu beliau semasa tidurnya . Alhamdulillah segala persoalan dapat dihuraikan oleh Pengerusi MTD Bemban dengan baik.

Keluarga seterusnya ... dicelah kehidupannya rupanya terdapat remaja yang sudah layak menentukan masa depan negara yang masih tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Ketua keluarga ini tiada dirumah semasa kunjungan kami. Keluar berniaga kentang putar demi sesuap nasi anak dan isteri. Walaupun keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan ekoran penyakit leukimia yang dihadapinya. Apa boleh buat selagi hayat dikandung badan , perjuangan wajib diteruskan ...

Besar hati makcik ini menerima sumbangan daripada kami ... Walaupun tidak berada tapi semangat melawannya kepada pihak yang tidak prihatin terhadap kesusuhan rakyat sepertinya sukar ditandingi ....

Seorang ibu tunggal yang gigih berjuang untuk membesarkan anak-anaknya. Anak sulongnya yang menghadapi masalah buah pinggang telahpun kembali menemui Ilahi 2 tahun yang lalu ..


Seorang ibu tunggal yang menghadapi masalah kesihatan tinggal bersendirian. Dikhabarkan bulan depan bantuan bulanan yang diterimanya akan ditarik balik oleh pihak JAIM . Dah teruk sangat ke kewangan JAIM sehingga bantuan yang dihulurkan terpaksa ditarik balik ??

Tetap bersemangat bercerita .. semangat perjuangan tetap kental walau apa halangan yang menimpa . Mencari pendapatan sampingan dengan menjual penyapu lidi kelapa sawit. Hormat dengan kesungguhannya untuk mencari rezeki halal untuk keluarga. Tidak boleh ku bayangkan insan yang mempunyai segala-galanya tapi masih suka melepak disana sini menghabiskan harta ibubapa dan menyusahkan orang lain dengan merempit dan masalah keruntuhan akhlak disana sini dikalangan remaja melayu. Usaha tidak mahu tapi mahu pulangan yang besar ...
Makcik ini kaki sebelahnya telah dipotong akibat serangan kencing manis. Tinggal bersama suami tercinta setelah anak-anak mempunyai kehidupan berkeluarganya sendiri. Rindu dengan suara riuh rendah cucu-cucunya. kehadiran kami sekurang-kurangnya mengubat kerinduan kepada keriuhan tersebut ..

Sempat bergurau dengan Pengerusi UPU Tehel ...terharu menerima sumbangan peribadi daripada beliau .
Seorang bapa tunggal yang menghadapai masalah jantung. Telah menjalani pembedahan pintasan jantung. Tinggal bersama seorang anaknya setelah 2 orang lagi anaknya tinggal diasrama sekolah demi mengejar cita-cita untuk mengubah kehidupan keluarga.. Berbesar hati sungguh menerima sumbangan daripada rombongan kami.

Kehadiran rombongan disambut dengan penuh mesra ..


Sempat menceritakan kejadian yang berlaku semasa bertugas yang telah menyebabkan dirinya lumpuh dari pinggang kebawah hingga ke hari ini.

Tersenyum lebar menerima kedatangan kami ...
Terima kasih banyak atas sumbangan .. insyallah ianya akan dimanfaatkan sebaiknya.



Akhirnya ....setelah selesai perjuangan untuk hari ini . Semua ahli rombongan telah dibawa oleh Pengerusi UPU Tehel ke warong untuk melangsaikan keperluan jasad yang sudah kekeringan pada petang itu..
Tersandar kepenatan dan kepuasan setelah hajat tertunai sudah untuk turun padang ke Tehel ..

Tersenyum girang Sang Pengerusi kerana hajat untuk turun ke UPU tehel tercapai ..
Kemuncak daripada program Jom Turun Padang di UPU Tehel ... Usrah Bulanan.

Demikianlah sedikit perkongsian pengalaman yang diperolehi daripada program tersebut. Siapa sangka disebalik kegemilangan yang direkodkan oleh Kg Tehel masih ramai insan-insan yang terpinggir tidak mendapat pembelaan sewajarnya . Jadi kita perlukan keberanian untuk mengubahnya . JOM kita sama-sama BERUBAH untuk sebuah negara yang BERKEBAJIKAN.

Tiada ulasan: