SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

09 Ogos, 2010

AHLAN WAHSALAN RAMADHAN 1431 H

Alhamdulillah Alhamdulillah Ramadhan datang lagi . Syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT kerana mengizinkan AKU berjumpa dengan Ramadhan Al Mubarak sekali lagi. Bagi pihak semua warga Kelab Sahabat Siti Khadijah dan PASTI Sahabat Siti Khadijah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan RAMADHAN KAREEM dan mengucapkan SELAMAT MENGHAYATI DAN MELAKSANAKAN IBADAH PUASA di bulan Ramadhan Al Mubarak ini kepada semua pengunjung SETIA blog ini. Mudah-mudahan Ramadhan kita semua pada tahun ini adalah lebih baik kualitinya berbanding Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Rebutlah bulan PESTA IBADAH ini sebaiknya untuk kita meningkatkan lagi amalan dan ketakwaan kita kepada ALLAH SWT. Janganlah hendaknya kita terleka dengan aktiviti-aktiviti yang sia-sia dan terpesona dengan tawaran-tawaran dunia yang memang senantiasa melalaikan kita daripada menghayati ibadah puasa pada tahap yang tertinggi iaitu menjadi orang yang sebenar-benarnya berpuasa dan bukannya sekadar menahan lapar dan dahaga disepanjang hari. Carilah yang terbaik , laksanakan yang terbaik dan jadilah insan yang terbaik. Aminnnnnn

Tiada ulasan: