SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

19 April, 2011

KISAH SI PENCARI KOPI

Tersebutlah sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah stokis menjual kopi baru-baru ini . Kisahnya lebih kurang macam ini ....

Kakak : Assalamualaikum

Tuanpunya kedai : Waalaikumsalam ...ya kak , apa hajat ?

Kakak : Kopi ada dik ?

Tuanpunya kedai : Ada kak .... akak nak berapa ? Jumbo atau yang papan?

Kakak : Dengan muka macam tak percaya ... 5 papan ada dik ?

Tuanpunya kedai : Ada ....

Rupanya sudah puas dia mencari kat cawangan-cawangan tapi jawapannya amat mengecewakan ...Takder !
Dalam percaya tak percaya , kegembiraannya tersentap apabila dompet yang dicari didalam beg tangan yang dibawa rupanya telah tertinggal dirumah .

Kakak : Maaf dik dompet akak tertinggal kat rumahlah , tadi beli gas ....kedai tutup pukul berapa sambil menjeling ke jam dinding yang menunjukan telah pukul 6.15 pm

Tuanpunya kedai : Pukul 6.30 petang ...

Kakak : Alamak tak sempat nie ...getusnya perlahan

Tuanpunya kedai : Akak tinggal kat mana ?

Kakak : Selandar dengan nada yang agak kecewa ..

Tuanpunya kedai : Wah ! Jauh juga tu ... sambil memberikan jaminan . Takper kak , kalau akak betul nak , saya tunggu sampai akak datang .

Tanpa berlengah , akak tersebut keluar meninggalkan kedai dan bergegas ke kereta untuk mengambil dompetnya yang tertinggal ........ sehinggalah jam telah menunjukkan lebih kurang 6.45 petang.

Kakak : Assalamualaikum ..

Tuanpunya kedai : Waalaikumsalam ....wah cepat betul akak sampai ?

Kakak : Akak telefon suruh anak akak hantar kat separuh jalan ...kalau tidak mungkin tak sempat. Akak nak 6 papan boleh ker ?

Tuanpunya kedai : Boleh kak ...untuk sapa beli banyak-banyak nie tanya si penjual tu semula

Kakak : Untuk Abang akak ..

Tuanpunya kedai : Abang akak tinggal kat mana ?

Kakak : Abang akak duduk kat Raub sana ? Dia telefon minta tolong carikan kopi kat sini . Katanya sudah seminggu dia cari kat Raub tapi stok kopi tak sampai-sampai..

Tuanpunya kedai : Jauhnya ...takkan datang melaka semata-mata nak cari kopi ?

Kakak : Kebetulan dia ada datang ke sini hantar anak dia temuduga. Sebab tu dia telefon minta tolong carikan. Tak sampai hati akak ....sebab tu susah payah cuba carikan juga.

Dugaan tak habis setakat itu ...

Tuanpunya kedai : No ahli akak ...

Kakak : Kad akak ntah mana hilanglah dik ..

Tuanpunya kedai : Takper kak ...no ic pun boleh nti saya carikan kat cawangan

Tiba-tiba , telefon akak tu berdering , rupanya dari anaknya. Rupanya arahan telah diberikan kepada anaknya untuk balik dan carikan kad keahlianya .. No ahli ayah adalah , kata anaknya. Betul ker kad ayah kau yang kau jumpa .... apa nombornya ?? Setelah selesai mencatat segala maklumat yang diperlukan dan untuk menyakinkan maklumat yang diperolehi tepat ...


Tuanpunya kedai : Boleh bagi no ic akak , manalah tahu tak betul boleh saya sahkan dengan cawangan ..

Setelah diselak dompet yang dibawa berkali-kali akhirnya ic yang dicari ditemui ..

Kakak : Maaf dik ...dalam keadaan tertekan caripun tak jumpa . Akak kena saman tadi . Bawa kereta cari kopi tak perasan cukai jalan kereta dah mati ...

Tuanpunya kedai : Allahuakbar .... banyak betul dugaannya. Bersabarlah kak ye ..

Sambil memasukan 6 papan kopi yang di beli kedalam beg ...

Tuanpunya kedai : Ini kopi kakak ... dan ini resitnya . Saya jual ye kak .

Kakak : Saya beli dik ...terima kasih banyak .

Kakak tadi meninggalkan kedai dengan penuh perasaan gembira kerana dapat memenuhi hajat Abangnya untuk mendapatkan kopi . Tiada yang lebih berharga ketika dan saat ini kecuali dapat menggembirakan saudara kandung sendiri.

Tuanpunya kedaipun tersenyum gembira. Menutup kedai dengan penuh ceria kerana dapat menunaikan hajat insan lain disaat ditekan dan ditohmah dari pelbagai sudut hanya untuk memperjuangkan keperluan ahli bawahan .

Daripada kisah benar ini yang terjadi maka tidak hairanlah ramai ahli-ahli yang marah di cawangan dan stokis apabila ditanya kopi tidak ada stok . Bayangkan datang dari jauh semata-mata untuk dapatkan kopi tapi ternyata bekalan tersebut telah tiada untuk sekian lamanya. Kalau sekali dua ditanya tidak ada mungkin boleh bertahan tapi kalau sudah berkali-kali masih tidak ada ... tuan puan FIKIRKANLAH SENDIRI !

Jadi apabila ada yang merintih dan meratap melahirkan rasa tertekan maka pinjam-pinjamkanlah telinga dan perasaan tuan puan untuk mendengar dan memahami masalah yang dihadapi. Jangan semudah menuduh , mengarah orang berhenti kalau sudah tak sudi , menggunakan kuasa yang sementara untuk merobek-robekkan semangat insan bawahan. Usahlah mempersoalkan kesetiaan dan pengorbanan ahli seolah-olah KAMI hanya mementingkan soal WANG semata-mata ? Adakah kerana wang hingga kita teralpa hingga disaman kerana mencari sepapan kopi . Adakah kerana wang kita tak sanggup berpatah balik untuk mengambilnya hanya untuk sepapan kopi ? Adakah hilangnya setia kami kerana mempersoalkan itu dan ini ? FIKIR dan JAWAPLAH SENDIRI ...

2 ulasan:

Cg Zam berkata...

Nilai sebuah setia takkan dapat kita ukur... Terkadang dalam menjaga setia juga menjadikan kita begitu menuntut jawapan... Nice story...

Abd Halim Said berkata...

kita tegur cara baik , buat tak dengar , kita kritik cara keras ramai yang melenting , kita nukilkan kisah benar ini pun masih lagi yg tak faham-faham dan buat-buat tak faham tapi akhirnya sebut juga kopi radix ...manusia mudah lupa tapi suka ampu dan menyembunyikan kebenaran