SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

05 September, 2012

MAJLIS MENGGALAS HARAPAN MENGGAPAI IMPIAN @SMUAR

Ustaz Azizan sedang membuka majlis
ALHAMDULILLAH .... malam tadi telah berlangsungnya suatu majlis yang serba sederhana tapi penuh bermakna buat para pelajar dan ibubapa Sekolah Menengah Ugama Ar Rahmah (SMUAR) Solok Gaung Melaka . Majlis yang telah menyatukan ibubapa dan para pelajar yang istimewa kerana telah diraikan kerana kejayaan mereka melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi didalam dan diluar negara. Majlis amanat dan penyerahan sumbangan kewangan bagi meringankan beban para pelajar dan ibubapa bagi merealisasikan impian dan harapan semua untuk melihat lahirnya generasi pelapis yang tinggi ilmunya dan kental akidahnya bagi menjamin kelangsungan perjuangan yang masih belum selesai. Bukan jumlah sumbangan yang menjadi ukuran tapi iltizam untuk meringankan beban itu menjadi keutamaan disebalik kekurangan yang ada dimana-mana. Janji ALLAH itu BENAR ..... jika kau syukuri nikmat yang AKU berikan nescaya akan AKU tambah lagi nikmatKU daripada sumber yang engkau tidak ketahui ... Dari sebuah sekolah yang serba serbinya kurang , berkat pengorbanan tenaga pengajar , lembaga tadbir , ibubapa dan para pelajar maka daripada 44 orang pelajar yang telah menduduki SPM , 23 orang pelajarnya telah berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat Sarjana Muda di pusat pengajian tinggi dalam  dan diluar negara. 13 orang akan melanjutkan pelajaran didalam pelbagai bidang di Universiti Al Azhar Mesir manakala selebihnya telahpun mendapat tempat di IPTA/IPTS didalam negara - USIM , UNIZA dan KUIN. Jom kita teropong apa yang berlaku didalam majlis seterusnya ....
Setiausaha Lembaga Tadbir Madrasah sedang memberikan amanat dan motivas


Pengerusi Lembaga Tadbir ..Ayahanda Hj Mohd Diah Abdul sedang berbicara .... bicara tentang perjuangan dan pengorbanan

Mudir SMUAR sedang memberikan nasihat , suntikan semangat dan komitmen untuk meneruskan perjuangan

Para ibubapa yang hadir ..

Ahmad Shahir -- Al Azhar Mesir

Mohd Anuar - Al Azhar Mesir

Abdul Latif - Al Azhar Mesir

Mohd Khidir - Al Azhar Mesir

Luqmanul Hakim - Al Azhar Mesir

Wan Mohd Ikram - Al Azhar Mesir

Ain Hanisah - Al Azhar Mesir

Haziyah - Al Azhar Mesir

Hazirah - Al Azhar Mesir

Norizati - Al Azhar Mesir

Rabiatul Adawiyah - Al Azhar Mesir

Bapa Mohd Asyraf - USIM

Munirah - Usim

Bapa Zulaiha - USIM

Bapa Hanisah - USIM

Bapa Azri - UNIZA

Farah Adilah - KUIN

Bapa Mariam - KUIN

Ibu Nur Wahidah - KUIN

Keceriaan terpancar diraut wajah para ibubapa

Wajah ibu pun ceria

Sudah buka ..... kenalah tutup
AKHIRNYA ..... SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAKKU . KAMI SEMUA MENDOAKAN AGAR KAMU SEMUA BERJAYA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT .

Tiada ulasan: