SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

12 Januari, 2009

TERIMA KASIH !!!

Alhamdulillah majlis meraikan Hari Asyura malam tadi telah berjalan dalam suasana kekeluargaan yang cukup ceria dan harmonis. Lebih 60 orang ahli HPA dan keluarga masing-masing telah hadir malam tadi yang bermula dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Sebaik sahaja selesai berjemaah , dengan diketuai 3 orang Hafiz majlis membaca Surah Al Baqarah dimulakan dengan penuh keyakinan dan tawakal kehadrat Ilahi agar segalanya di terima sebagai amalan soleh dan semua hajat dimakbulkan oleh Allah SWT. Selepas sembahyang Isyak berjemaah , majlis disusuli dengan Solat Hajat memohon Allah SWT melindungi semua umat Islam daripada bala dan khusus mohon keselamatan dan bantuan buat para pejuang-pejuang Islam yang sedang menghadapi serangan zionis di Palestin.Sebaik selesai solat hajat satu tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Ustaz Kamarulzaman yang diantara lainnya telah menyentuh tentang pentingnya umat Islam khususnya ahli HPA mengambil kesempatan dan iktibar daripada apa yang telah dan sedang berlaku keatas umat Islam di bumi Palestin. Mengupas betapa pentingnya memboikot produk-produk Yahudi dan Amerika dan alternatif yang telah di buka oleh HPA sendiri didalam menyediakan barangan halal dan diberkati.Alhamdulillah walaupun dalam keadaan kesihatannya yang tidak berada tahap yang sebenar tapi tazkirah ringkas ini telah disampaikan dengan penuh semangat dan pengharapan bahawa kini adalah masa yang terbaik untuk semua untuk berhijrah meninggalkan produk-produk haram keluaran yahudi dan Amerika. Amin. amin ya rabbalalamin , sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Esa , Maha Mendengar dan Maha Pengampun. Perkenankanlah Permintaan kami insan yang lemah ini ....Selesai sahaja tazkirah maka semua yang hadir telah dijamu dengan jamuan yang telah disediakan. Berkat semangat gotong royong dan sumbang menyumbang , juadah yang disediakan cukup untuk semua malahan dapat dibekalkan untuk dibawa pulang untuk ahli-ahli keluarga yang tidak dapat hadir. Terima kasih buat semua dan Syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jualah maka majlis ini berjaya ...amin.

Tiada ulasan: