Sianak kecil kami ini jugalah yang hampir terlelap pada malam itu masih boleh bangun dan mengambil roti dan jem untuk dinikmati sebelum melelapkan mata. Dia bimbang agaknya bila bangun pagi jem dah abis ...
Begitu juga kisahnya , Hj Mat orang kuat CAP kat Melaka ni ... setiap kali datang ke pusat kami , pertanyaan pertama yang akan terkeluar daripada mulutnya adalah ...Jem dah sampai ? Tapi hari ini lain pula perkataan yang keluar daripada mulutnya bila melangkah masuk ke pusat kami .... Saya dah dapat 3 botol Jem Nenas dari Cawangan Semabok hari ini dengan nada yang cukup gembira. Bila dia lihat ada jem nenas kat sini apa katanya Wah kat sini pun dah ada . Bolehlah bagi satu lagi ... buat stok takut bila dah habis nanti susah bila pulak akan sampai stok semula .
Inilah secebis kisah jem nenas... harap pihak pengurusan HPA dapat pastikan bekalan yang secukupnya disediakan kerana masih ramai lagi yang menanti untuk menggantikan produk yang seumpamanya dengan produk alternatif yang suci , halal dan barakah. Bekalan sebanyak 12 botol yang dihantar ke cawangan Semabok , Tangkak dan Masjid Tanah memanglah tidak mencukupi jika dibandingkan dengan bilangan ahli yang ada.
Bagi yang teringin untuk dapatkan bekalan jem nenas insyallah masih ada beberapa botol di Pusat Jualan Duyong dan Pusat Agensi Jasin. Jangan berlengah , kelak telan air liur aje....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan