Memandangkan pemergian kami ini dalam tempoh yang lama (lama bagi orang berniaga macam kami kalau dahulu semasa makan gaji , 4 hari tak cukup lama kalau balik ke Utara) maka persinggahan kami adalah kerumah rakan stokis untuk mewasiatkan barang dagangan terutamanya kopi radix untuk dimanfaatkan kepada ahli yang memang dahagakan bekalan kopi yang sedang dalam krisis semasa ketiadaan kami bercuti sambil menyelesaikan masalah yang tertangguh sekian lama.
Destinasi ke 2 persinggahan kami adalah menghantar pesanan Bantal Panas kepada pelanggan kami yang sedia menunggu dipersimpangan jalan keluar dari Kg Tehel ...he he dapatlah sikit untuk bayar duit tol ..
Perjalanan diteruskan menuju destinasi ke 3 iaitu Alor Gajah. Di sana sedang menanti rakan seperjuangan yang memerlukan stok minyak wangi Munifhijjaz untuk dikembangkan rangkaian pengedaran disana...
Selesai sahaja misi di ketiga-tiga destinasi ini maka perjalanan ini diteruskan menuju ke destinasi utama .....Kedah dan Perlis. Jom kita lihat sedikit catatan perjalanan kami didalam menyempurnakan misi kami kali ini ...
Menikmati bekalan yang dibawa bersama ...almaklumlah ramai tentera , dengan cara ini ianya lebih menjimatkan dan yang lebih penting boleh dimakan tanpa was-was.
Perjalanan kami diteruskan sehinggalah kami sampai ke rumah mertuaku di Kg Bujang lebih kurang jam 8.15 malam.
Esoknya bermulalah perjalanan untuk misi utama kami ...HQ HPA di Jejawi Dalam Perlis. Bertolak pada jam 7.45 pagi akhirnya kami sampai ke destinasi kami pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah kami sampai lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk perjumpaan tersebut iaitu pada pukul 10.00 pagi.
Pukul 10.30 baru perbincangan dimulakan dengan dipengerusikan oleh Ust Ahmad Ali Pengerusi Panel Syariah HPA.
Maaf tiada gambar yang dapat dirakamkan kerana perbincangan ini diadakan secara tertutup ! Hebat perbincangan kami ini ... he he.
Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar dan mesra. Pada permulaan itu , aku hanya buku buku catatan sahaja tapi bila nampak perlahanan perbincangan tersebut maka mulalah aku buka laptop yang dibawa untuk rujukan. Lepas tu ku bawa masuk pula segala-gala dokumen yang kubawa untuk membuktikan dan mempertahankan segala dakwaan mereka adalah tidak benar. Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan baik dan lancar dan masalah kami dapat diselesaikan dan banyak perkara yang dapat diselongkar dan banyak kelemahan dapat dikesan bagi mengelakan daripada berulangnya insiden yang berlaku keatas kami yang bukan sahaja menyusahkan dan merugikan kami tapi juga syarikat. Perbincangan kami tamat sekitar jam 2.00 petang dan ditangguhkan dengan janji masalah pusat jualan isteriku akan disemak semula dan diselesaikan dalam tempoh 1 minggu. Jalan telah dirintas dan insyallah masalah yang menimpa isteriku juga insyallah akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
Perut pun sudah berkeroncong ...semasa perbincangan tu kami hanya dijamu dengan secawan kopi radix mai secawan , maka terpaksalah bawa diri ke bandar Perlis mencari sesuatu yang mengenyangkan dan hikmahnya ....kami berjumpa dengan Radix Chicken House (RCH) , jadi apa tunggu lagi .... kami terjah ajelah ...
Selesai misi kami ....jom kita tengok pulak apa misi anak-anak kami pulak
Setelah selesai ke dua-dua misi maka kami pun berangkatlah pulang ke Melaka untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ...
Sempat bergambar kenang-kenangan bersama Along di Masjid Gopeng
Alhamdulillah kami selamat sampai kerumah tepat jam 12 tghmalam . Adakah misi kami berjaya ? ANDA yang Nilaikan ...
2 ulasan:
pasti(PASTI)....berjaya
eee seronoknya bercuti
sekali sekala lupakan seketika dunia bis best gak dapat pulak bersantai dgn keluarga memang seronok ...tapi jaga-jaga poket bocor ha ha
Catat Ulasan