SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

20 Ogos, 2010

BERINGATLAH SEBELUM KENA ...

Pagi tadi seusai sahaja bersahur , solat subuh dan sedikit tadarus ,keheningan pagiku diganggu oleh bunyi deringan telefon bimbitku yang jarang-jarang menerima panggilan seawal pagi. Kebiasaannya panggilan daripada pelanggan yang ingin bertanya samada kedai buka atau tidak hari ini ataupun bertanyakan produk-produk tertentu ada atau tidak. Tanpa banyak soal aku bingkas dari pembaringan disofa mengejar telefon bimbit yang berada didalam bilik agar tidak terlepas panggilan. Sebaik sahaja dijawab kedengaran suara seorang perempuan ...

P : Assalamualaikum En Halim , saya Pn XXXX daripada sebelah kedai En Halim
S : Kenapa Puan ?
P : Mesin Air En Halim tu sudah rosak ke ?
S : Kenapa Puan berkata begitu ?
P : Takder ler , sebaik saya sampai sahaja tadi saya lihat mesin air tu terbuka pintunya dan senget. Ingatkan rosak atau nak pindah ker ? Itu yang saya telefon ni nak bagi tau ..
S : Peti duit ada lagi tak puan ?
P : Takder
S : Ok puan . Terima kasih ye puan kerana telefon bagitau saya

Selesai sahaja perbualan tersebut maka akupun bergegas le ke kedaiku dengan diiringi isteri dan 3 anakku. Masuk sahaja ke lorong kedai tu , sudah nampak dah mesin air aku tu dah terbuka. Sah mesin air tu sudah kena pecah lagi. Sesampai sahaja didepan kedai lantas terus aku menuju ke mesin air yang sudah pecah tu untuk melihat sisa-sisa yang ditinggalkan ? Ku lihat , kunci mangga telah dipecahkan dan diumpil . Duit dan petinya hilang dilarikan ?? Yang tinggal hanya 2 , 3 keping siling yang bertaburan di bawah dan tertinggal dikotak peti duit . Lantas terpacul suara dari Isteriku .....baik juga pencuri ni sebab tak ambil semua duit . He he ketawa kecil aku dibuatnya lantas ku jawab .... kalau baik takkan dia jadi pencuri ?? Ku ambil kamera didalam kedai lalu ku ambil beberapa keping gambar lantas ku tinggalkan mesin airku yang dah dipecahkan tu menuju ke balai polis Jasin untuk buat laporan polis.
Seusai sahaja laporan polis dibuat , dimaklumkan IO tiada dipejabat , kesemua keluar kerana banyak kes berlaku pada hari ini. Salah satunya yang dimaklumkan oleh petugas di balai itu adalah kes pecah rumah di Air Baruk dimana kejadian berlaku semasa tuanrumah sekeluarga keluar menunaikan Solat Tarawih. Bila balik sahaja didapati rumah sudah kena pecah , habis segala duit dan barang kemas hilang ....anggaran kerugian lebih daripada 5K. Jadi balik le aku tanpa sebarang kenyataan direkodkan. Kehidupan dan perjuangan perlu diteruskan .. aktiviti harian diteruskan macam biasa ... ke cawangan hpa mengambil stok yang tiada untuk hari ini. Sedang urusanku belum selesai ... telefon bimbitku berdering lagi tapi kali ini daripada balai polis jasin memaklumkan bahawa IO sudah berada didepan kedai. Jadi tanpa berlengah ku punggah semua barang dagangan ku kedalam kereta lantas kembali ke kedai. Sampai sahaja dikedai , kulihat tiada IO yang menunggu lantas ku panggil semula ke balai dan dimaklumkan bahawa IO ada kes terbaru ....kali ini kes getah beku dicuri orang di RIM.

Persoalan demi persoalan timbul ? Apa dah jadi dengan negaraku ini ? Sudah teruk sangatkah masalah ekonomi masing-masing hingga masalah kecurian begitu berleluasa. Dibulan yang mulia ini ramai yang berlumba-lumba merebut kelebihan Ramadhan tapi disuatu pihak lagi mengambil kesempatan dan mencari jalan mudah untuk mendapat wang dengan mencuri . Sama-samalah kita fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah dan gejala yang tidak baik ini daripada terus berkembang biak. Beringatlah sebelum kena dan minta dijauhkan daripada terkena musibah dibulan yang mulia ini dikala kita sibuk sedang menunggu-nunggu untuk meraikan kemenangan kita dihujungnya. Jangan disebabkan oleh kealpaan kita maka ianya akan merosakan keceriaan yang kita impikan di bulan yang mulia ini.

Untuk akhirnya , kita saksikan gambar-gambar mesin airku yang telah dipecahkan orang dan dicuri duitnya ...
Untuk pengetahuan semua ... kejadian ini telah masuk kali yang ketiga berlaku keatas mesin air ini ..
Kejadian 1 - hanya terdapat kesan umpilan pada braket keselamatan - tiada lporan polis dibuat.
Kejadian 2 - Pintu hampir berjaya dipecahkan , masih bernasib baik kerana pemilik restoran sebelah dan PN yang menalipon tadi menyaksikan kejadian ini dan mereka cabut lari tanpa hasil - laporan polis dibuat tapi tiada sebarang tangkapan berjaya dibuat walaupun ada no kereta yang digunakan dilaporkan.
Kejadian 3 - hari ini , mereka berjaya memecahkan dan sekaligus mendapat apa yang dicari ....duit siling . Laporan polis dibuat dengan syak ianya dilakukan oleh kumpulan yang sama ...kita tunggulah sepandai-pandai tupai melompat , akhirnya .....tolong habiskan bidalan ini seadanya..


Keadaan mesin yang terbuka setelah kedua-dua kunci keselamatannya dipecahkan..

Kondisi mesin yang masih boleh beroperasi walaupun telah dipecahkan secara paksa ..

Kedudukan lokasi peti duit yang telah hilang ...

Selak pintu yang pecah kena umpil ...

2 ulasan:

Pasti As-Salam berkata...

salam..sabaou je le en halim..selagi bn x ditumbangkan begini le yg rakyat kena hadapi.. pglaman saya repot polis x ada pun tindakan yg kita nampak wpun kita menyatakan org yg kita syaki

Abd Halim Said berkata...

he he memang tgh bersabor ler ni , yg penting kita report dia nak ambil tindakan atau tidak itu tanggungjawab dia. kalau dia tak ambil tanggungjawab tu nanti jawap ler sendiri