Pada 25hb Mei 2011 yang lalu , satu lagi catatan sejarah telah dilakarkan di MTD Bemban. Kami bersyukur dan berbesar hati kerana menerima kunjungan pimpinan Dewan Harian PAS Jasin yang julung-julung kali turun ke MTD kami setelah selesai pemilihan bagi sesi 2011-2013 baru-baru ini.
Program yang bermula pada jam 5.00 petang ini dimulakan dengan program Jejak Fakir dimana 2 buah keluarga telah kami lawati untuk menyampaikan sumbangan daripada PAS Kawasan Jasin dan MTD Bemban bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka sekeluarga setelah hilangnya tempat berpaut dan bergantung kasih. Muga-muga sumbangan sekecil ini dapat merungkai sedikit beban yang ditanggung oleh mereka dan menginsafkan mereka yang berkemampuan dan berkuasa bahawa masih ada lagi insan-insan yang perlu dibantu dan disantuni agar segala nikmat dan hasil masul negara dapat diagihkan seadil-adillnya.
Sesi ke 2 bermula dengan program Maghrib berjemaah dan disusuli dengan program tazkirah dan sesi dialog bersama pimpinan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Yang kusut sudah dileraikan , yang keruh telah dijernihkan ....terima kasih kepada semua yang telah menjadikan program ini mencapai matlamat yang digarapkan.
Jom kita layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan .......zazzzzzzzz
UBAH SEKARANG ! SELAMATKAN MALAYSIA
KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT ....HANYA ANDA YANG MAMPU MERUBAHNYA !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan