SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

18 Mei, 2011

PASTI SAHABAT RAIKAN HARI GURU ...

Sempena Hari Guru yang lalu , atas daya inisiatif guru-guru telahpun diadakan majlis sambutan Hari Guru Pasti Sahabat Siti Khadijah secara sederhana tapi meriah dan cukup bermakna sekali. Selain daripada jamuan , majlis dimeriahkan lagi dengan acara mini sukaneka yang berlangsung di Taman Permainan Taman Asia Selatan. Kemeriahan sambutan ini mendapat sokongan padu daripada ibu-ibu yang turut hadir membantu pihak guru merealisasikan acara sukaneka dengan jayanya. Hasrat untuk meraikan sama terbantut ekoran panggilan untuk uruskan isteri tersayang yang secara kebetulan telah menunjukkan tanda-tanda awal akan kelahiran cahayamata kami yang ke ....

Kegembiraan dan kemeriahan ini hanya dapat dikongsikan melalui gambar-gambar yang ku wasiatkan kepada guru untuk mengambilnya sebagai kenangan terindah sambutan Hari Guru 2011 di pasti kami ..... JOM kita layan apa yang ada ....


Teka acara apa ?
Pandai ...... acara isi air dalam botol .
Cepat cepat ....


Yang lain menunggu dengan penuh geram ....eh lambat betullah sidia nie ...
Kalau aku ....sonang aje ba itu ..
Laa nape tak masuk air ni dalam botol ?
Cepat cepat celupkan aje ..
Takde botol besar lagi ker ...
Alamak ...macam sponge mak kat umah yang hilang ari tu je

Lari jangan tak lari ... dah nak menang nie

Aik tak penuh penuh lagi ker ? Sampai sok tak abis nie
Acara yang lebih mendebarkan ?


Nampaknya semua sudah bersedia ....
Sapa nak putihkan muka dulu angkat tangan ?


Satu ....dua .....tiup tiup tiup
Nape tak gerak-gerak tepung nie ekkk ?

Apa-apa pun Selamat HARI GURU buat semua guru terutamanya Guru guru PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH engkaulah lilin yang membakar diri untuk menerangi anak bangsa sendiri. Teruskan perjuangan murni ini selagi hayat dikandung badan