Tarikh : 09.07.2011
Masa : 8.00 pagi
Destinasi : Stadium Merdeka
Perjalanan ku bermula jam 8.00 pagi , menuju dan mengambil rakan-rakan seperjuangan yang ingin turut serta ke Kuala Lumpur untuk turut serta didalam perhimpunan AMAN BERSIH 2.0.
Melalui Tol Jasin , Alhamdulillah melepasi "Roadblock" pertama di Exit tol Jasin terus melusuri lebuhraya Utara Selatan menuju ke Seremban . Exit Tol Seremban Alhamdulillah melepasi "Roadblock" kedua terus menuju ke Stesem KTM Seremban. Perjalananku bersambung semula dengan KTM Komuter ...
Langkahan JIHAD menuju ke Stadium Merdeka .... BERSIH ! BERSIH !
Berjumpa dengan rakan seperjuangan dari negeri berjiran yang akan menuju destinasi dan matlamat yang sama ...
Semboyan semangatku bermula sebaik sahaja kakiku melangkah masuk kedalam tren ...
Disambut dengan laungan TAKBIR ! ALLAHUAKBAR ! Rupa-rupanya telah ada sekumpulan awal yang telah berada didalam TREN menyedari kehadiran kami ....
Suasana yang agak lengang diawal perjalanan nampaknya semakin padat dengan jumlah penumpang yang semakin bertambah disetiap stesen yang disinggahi ...melihat cara mereka, semuanya menuju perhimpunan yang sama.
Sesampai di KL Sentral .....kami pun melangkah keluar dan ternyata langkah perjalanan yang lancar nampaknya tersekat disini ....semua pintu keluar telah di jaga dengan begitu rapi oleh pihak polis . Sesiapa yang cuba-cuba menyelinap keluar akan ditangkap dan disumbat kedalam trak. Apa ikhtiar kami ??
Untuk meredakan keadaan ....kami mengambil keputusan untuk makan tengahari dulu ... Tu Dia tak menang tangan pekerja-pekerja gerai melayan tetamu istimewa mereka hari ini. Rezeki melimpah-limpah ....Ada akal ke PakMenteri kata peniaga-peniaga RUGI dengan adanya BERSIH 2.0 ..... Lu pikir le sendiri.
Sahabat-sahabat sedang bersantai mengikuti perkembangan terkini sebelum mengambil tindakan selanjutnya.....
Restoran KFC penuh melimpah dengan pelanggan ...
Suasana yang tenang tiba-tiba dimeriahkan dengan teriakan BERSIH ! BERSIH ! Rupanya satu kumpulan perhimpunan telah berarak keluar dari HILTON menuju ke KL Sentral . Kumpulan tersebutnya diketuai oleh DSAI , TIAN CHUA , DATO A SAMAD SAID dan lain-lain. Suasana menjadi gamat dan meriah. Semangat untuk berhimpun akhirnya membuak-buak. Para pendokong yang sebelum ini bersendirian kini berkumpul dan bersatu menjadi kumpulan yang besar .... Pihak Polis sedaya upaya cuba menghalang kumpulan ini daripada memasuki KL Sentral . Mereka membuat benteng dipintu masuk TAPI ibarat OMBAK TSUNAMI tolakan demi tolakan yang dibuat akhirnya berjaya memecahkan benteng dan bermulalah satu lagi babak perjuangan yang tidak mungkin ku lupakan....
KL Sentral bergema dengan sorakan BERSIH ! BERSIH ! , ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR ! REFORMASI ! silih berganti .. tapi takdir telah menentukan disaat inilah kamera yang kubawa mula kehabisan bateri dan detik-detik keramat ini tidak dapat kurakamkan sebaiknya namun begitu ianya terpahat dengan sempurna di sanubari ini ..
Pendokong yang pada mula bersendirian kini mula bersatu apabila terdengar sorakan di luar ...
Kumpulan yang diketuai oleh DSAI telah dihalang daripada memasuki KL Sentral
Bagaikan OMBAK TSUNAMI yang melanda ...akhirnya mereka berjaya memasuki KL Sentral ... ALLAHUAKBAR !
Suasana tenang didalam kini menjadi MERIAH dan GAMAT. Kumpulan menjadi semakin besar dan bersemangat.
Di dalam KL Sentral saja lebih 6000 peserta berhimpun ... Tak percaya cuba kira sendiri
Suasana di pintu keluar ke Jalan Tun Sambathan ....dimana berlaku tembakan gas pemedih mata didalam terowong yang telah dinafikan oleh golongan "MUNAFIK"
Suasana kelam kabut selepas DSAI berlari masuk selepas terkena tembakan gas pemedih mata ..
Diantara para penyokong PERHIMPUNAN AMAN yang masih tidak berganjak dengan gaya santai masing-masing. Ini pun mereka GENTAR dan TAKUT ...
Banyak tangkapan rambang dibuat namun sedikit tidak mengentarkan kami yang hadir .Kami menjalankan tanggungjawab kami sebagai WARGANEGARA SEJATI demi menyelamatkan negara tanah tumpahnya darahku dari terus dikuasai oleh golongan KEPARAT yang jika dibiarkan terus berkuasa akan membawa KEMUDARATAN yang lebih teruk kepada NUSA , BANGSA dan TANAHAIR.
JADI ....JOM KITA
UBAH SEKARANG ! SELAMATKANLAH MALAYSIA
1 ulasan:
TaHnIah buat semua yang menyertai himpunan rakyat BERSIH 2.0 ..tercatit dalam sejarah
Catat Ulasan