SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

19 Julai, 2011

PERISTIWA HEBAT INI BERLAKU DI KAMPUNGKU ..

Hari Jumaat yang lepas , Angah ada menelefon aku dikedai ... mengingatkan AKU akan ada orang kampung jemput kenduri arwah lepas maghrib. Jadi seusai aje Solat Maghrib aku pun keluarlah menunaikan hajat orang yang sudi mengundang AKU tu ... bukan sebarang orang ... bekas Pengerusi JKKK yang kini uzur tapi masih bersemangat. Sesampai disana jemputan masih belum ramai yang datang ...AKU pun cari "port" yang sesuai dan berbual-bual kosong dengan rakan disebelah. Abang tahu tak ? Dia mula buka cerita ....tahu apa ? Berita pasal Exco Pertanian Melaka serta Timbalannya jatuh Sungai Tehel padi tadi ? Ya ke jawap aku separuh percaya ? Ada program apa hari ini ? Biasanya kalau ada program kat kampung penuh poster keliling kampung , takkpun depa umumkan kat masjid pada hari Jumaat tapi hari ini takde pun ? Betul bang dia cuba meyakinkan aku ...pagi tadi dia orang ada program melepaskan anak ikan Lampan kat Sungai Tehel . Semasa dia sedang melepaskan anak-anak ikan tu tiba-tiba aje jeti tu roboh maka terjunlah kelima-lima orang besar yang berada diatas jeti tu kedalam Sungai Tehel sebagai satu PERISTIWA BESAR yang sensasi. Apa lagi ayat yang boleh terkeluar masa itu kecuali KESIAN DIA ! Perbualan terhenti kerana jemputan semakin ramai yang datang dan majlis dah nak bermula. Seusai majlis aku ke mesyuarat cawangan ...bila ku tanya orang-orang kuat cawangan seorangpun tak tahu menahu akan peristiwa yang telah berlaku ? Hinggalah ...ada seorang mamat tu membuat "Posting" kat FB barulah kesahihan kisah hebat ini dapat dibuktikan. Lihatlah dunia ..... betapa besarnya kuasa PENCIPTA ALAM ini didalam merencana kejadian di mukabumi ini.




Apa tauladan dan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa ini ? Apa rasionalnya melepaskan anak ikan di perairan umum ? Adakah ada udang didalam Sungai Tehel ? Siapa yang dapat manfaat daripada program ini sampai dapat ganjaran mandi sungai ? Duit sapa yang digunakan untuk membeli anak-anak ikan tersebut ? Golongan mana yang akan dapat dibantu daripada program tersebut ? Adakah orang Kg Tehel ? Terlalu banyak persoalan demi persoalan yang akan timbul daripada program ini ? Jadi tak perlulah AKU berikan jawapan kepada persoalan ini , Lu pikir ler sendiri ... (pinjam ayat Nabil dengan izin )

Inilah musibahnya kalau memilih kerajaan yang tidak mengutamakan Negara Berkebajikan . Jadi ..... Ubahlah Sekarang ! Selamatkan Malaysia !

2 ulasan:

Mohd Asri berkata...

nampaknya sejarah Melaka nak berulang kembali. anjing raja jatuh sungai ditendang pelanduk. akan timbul sebuah negeri baru di Melaka ni..InsyaAllah..enta la yg menjadi pembesarnya..

Abd Halim Said berkata...

mudah-mudahan tuan. itu yg kita inginkan agar kegemilangan empayar Islam dapat dikembalikan. ada juga cakap pasal kejatuhan dlm versi yg lain pd mlm tu tapi tak smpi hati nak kongsi kat dlm blog nie ...tp alhamdulillah ada yg dpt memahaminya