SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

07 Januari, 2012

WARNA WARNI HARI PERTAMA SESI 2012


 ALHAMDULILLAH wa syukurillah kepada ALLAH yang MAHA BERKUASA , segala puji bagiMU YA ALLAH , selawat serta salam buat JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. 
Sesi 2012 telahpun dibuka tirainya .... kejutan diawal tahun berlaku dimana dihari pertama persekolahan serami 41 pelajar baru dan lama telah muncul di PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH bagi menyahut seruan JIHAD untuk menimba ILMU. Tahniah kepada para ibubapa yang prihatin dan telah membuat keputusan yang bijak untuk masa depan anak-anak mereka.KINI ....tanggungjawab dan amanah ini perlu digalas oleh KAMI bagi memastikan TUNAS-TUNAS ISLAM ini berjaya dibentuk dan diasuh mengikut acuan dan asuhan ajaran ISLAM sebagai suatu CARA HIDUP YANG LENGKAP ~ COMPLETE WAY OF LIFE .
JOM kita lihat telatah dan gelagat mereka melalui lensa yang sempat kami rakamkan ...





Lama vs Baru


Abang Senior takder masalah ... lama tak jumpa inilah masanya asah balik bakat dihari pertama persekolahan.

Yang lama sudah biasa , yang baru nampak segak dengan uniform baru

Merisik tempat untuk pastikan anak tidak terlepas peluang terbaik untuk dapat pendidikan awal yang terbaik !

Kemesraan yang telah berputik dihari pertama ...

Keakraban senior dan junior ... Islam memang agama persaudaraan.

Uji kekuatan meja sekolah agaknya ?

Tunas-tunas muda yang akan dilentur sebelum menjadi buluh
Mesyuarat tergempar ??

Tumpang seronok melihat telatah dan gelagat anak-anak ..

Model yang baik ... bersabar menunggu giliran

Majlis penyerahan anak untuk diasuh ...
Dua-dua senior ... bersedia untuk menggempur dipadang bola sesi ini ?

Tiada ulasan: