SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

31 Disember, 2011

PASTI SAHABAT PERLUKAN SUMBANGAN ANDA!



Tirai persekolahan Sesi 2012 sudah hampir menjelang. Persiapan bagi menerima kemasukan pelajar-pelajar baru untuk sesi baru sedang giat dijalankan. Namun terdapat sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki bagi memastikan keceriaan pelajar-pelajar memasuki alam persekolahan tidak tercalar tanpa kehadirannya. Mungkin ANDA yang pemurah dan budiman dapat mengelakan insiden daripada terjadi ?? Pihak kami memerlukan SUMBANGAN ANDA bagi membiayai penukaran TIKAR GETAH kami yang telah koyak rabak setelah 2 tahun mengabdikan diri kepada tunas-tunas baru Islam yang kami asuh disini. Almaklum pelajar-pelajar yang baru nak mengenal erti kehidupan tentulah bermacam-macam perangai dan kerenah mereka dan tidak terkecuali tikar getah sediada sering menjadi sasaran mereka. Kos yang diperlukan adalah sekitar RM 400 sahaja. Sehubungan dengan itu , kami merayu kepada para DERMAWAN yang budiman yang diberikan kelebihan rezeki agar dapt menghulurkan sumbangan kepada PASTI kami . Segala sumbangan yang hendak disalurkan bolehlah terus dimasukan ke dalam AKAUN BIMB : PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH  04033010018361 . Kepada yang sudi menyumbang , ucapan ribuan terima kasih kami dahulukan dan mendoakan agar Allah akan melipatkan ganda rezeki tuan/puan pada masa-masa hadapan.

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

Tiada ulasan: