SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

22 April, 2012

JOM ..........GOLFING

    Beginilah caranya teman dan anak-anak "BERGOLFING" dihujung minggu. Bukan memukul dari lubang ke lubang tapi memotong dari pokok ke satu pokok. Memungut tandan demi tandan .Badan berpeluh otakpun tenang. Bersyukur kerana ada yang sudi memberikan amanah kepada AKU untuk uruskan kebun sawitnya ini. Dapat juga menampung apa yang kurang dek bisnes yang tidak berapa "SEGAR" buat masa ini ... Alhamdulillah pengalaman yang ada semasa kecil berkebun di kampung tidak sia-sia  ... kata orang-orang lama ... Alah bisa tegal Biasa . Mudah-mudahan ALLAH SWT akan memberikan kekuatan dan ketabahan kepada diri dan keluarga dalam menghadapi ujian hidup ini ..

Sebahagian tandan yang telah dikumpulkan

Seperti abahnya .... anak ke 2 ku ini didedahkan juga dengan seni kebun agar dia mengerti ....

Along .....senyum dalam kepenatan

Ada seni ....kalau tidak duri mencucuk jari

Selesai .... inilah hasilnya "BERGOLFING" dihujung minggu

Tiada ulasan: