SEROMPONG ENTERPRISE

SALAM PERJUANGAN ! SELAMAT DATANG KE KELAB SAHABAT SITI KHADIJAH.DAPATKAN PRODUK KESIHATAN BERASASKAN HERBA ,SUSU KAMBING ,BUAH MANGGIS , HARUMAN SUCI DAN HALAL , PRODUK SEJUK BEKU , PUSAT PENDIDIKAN ISLAM PRA SEKOLAH DAN ARTIKEL-ARTIKEL MENDIDIK JIWA DI SINI!

05 Ogos, 2012

IFTAR @ MARKAS PAS DUN BEMBAN

 ALHAMDULILLAH ... pada 28hb Julai 2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433 H yang lalu , AKU telah berkesempatan untuk berbuka puasa dan solat berjemaah sehingga selesai solat terawih di Markas PAS Dun Bemban. Program yang diadakan secara mingguan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan siraraturahim sesama ahli  jemaah Islam demi menguatkan lagi semangat perjuangan bagi mengajak masyarakat kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran yang semakin menjadi-jadi hari ini. Pertemuan ini bukan sahaja bagi menunaikan tuntutan agama dibulan yang mulia ini bahkan ianya menjadi tempat untuk menajamkan semangat dan minda perjuangan didalam menanti detik perjuangan yang ditunggu-tunggu ....PRU 13. Apa yang unik program ini adalah pengisian dan suntikan motivasi perjuangan yang disampaikan oleh ustaz yang diundang khas bagi mengisi ruang tazkirah Ramadhan yang disediakan.. Nak rasakan kelainan berbuka dan berjemaah di bulan yang mulia ini Jom bersama kami di Markas PAS Dun Bemban setiap hari Sabtu bermula dari jam 6.00 petang .... JOMMMMMMMMMM

Ustaz Jumary Al-Hafiz sedang membuka bicara untuk program tazkirah

Ustaz Daud sedang menyuntik semangat para hadirin dengan peristiwa Badar Al-Qubra


Jemaah yang bertuah ..

Tambah kapsyen

Jemaah muslimat yang bertuah

Penyampaian cenderahati kepada motivator


Jom .... moreh

Bekerjasama menyediakan jamuan

Jamuan seadanya







JUMPA LAGI MINGGU HADAPAN ..... 4hb Ogos 2013 ~ 15 Ramadhan 1433H

Tiada ulasan: